Isnin, 28 Mac 2011

Ais krim pisang punya isu

Jadik jakun bila tengok Haziq makan ais krim macam pisang hehee...dulu kecik2, tak pernah jumpa aiskrim macam nih...memang pun sebab aiskrim tuh baru wujud sekarang bukan dulu-dulu. bila tengok Haziq makan terus jadi jakon macam mana aiskrim tu boleh jadi macam tu. Kreatif sungguh si Mat Kool nih nak menarik minat .  Mula-mula Haziq selalu cerita nak beli aiskrim pisang. Dia pernah makan kat rumah mak dia (pengasuh). Beriya-iya dia cerita aiskrim tuh best sampai kan saya pun dah jadi cam budak-budak. Cari-cari tak pernah jumpa. Teringin juga nak tengok aiskrim pisang tuh...tapi semalam masa jalan-jalan kat Segamat, dia terus tunjuk aiskrim tuh. Bila dah beli tuh, siap dia jilat-jilat dan tunjukkan cara nak bagi kulit pisang tuh terbuka.  Rupa-rupanya bukan perasa pisang okeh...dalam dia perasa vanila dan kulit pisang tu adalah jelly...heheee.... jakon betul macam budak-budak saya nih.





Tengok, gaya model aiskrim  nak buka kulit pisang

Macam nih lah aiskrim pisang tuh...apelah ibu nih jakon tak ingat.

Rabu, 23 Mac 2011

BUKA MATA LUAS-LUAS

Yeay,...sudah ada lagi sorang...18 mac 2011 lahirlah seorang puteri pengarang jantung adik saya.  Ini adalah anak buah pertama saya dalam family saya.  Kira sekarang Haziq dah ada sepupu baru lah.  Sebelum nih hanya Adam ( anak kakak ipar saya), sekarang sudah ada lagi sorang kawan Haziq.  Tapi kali nih girl pulak lah. Adik saya selamat melahirkan puteri sulungnya pada pagi sabtu lepas.  Lagi entry yang terlambat.hehee... Ape pun selamat menjadi ibu mithali ye Angah. Saya belum lagi berkesempatan menjengah anak buah baru nih.  Maklumlah jauh.  Adik saya  nih tak berpantang kat rumah mak cuma mak aje berpantang kat rumah dia...boley? hak!mak dengan ayah saya je ke Negeri Kedah mewakili saya dan adik-adik....wah ayat tak boleh blah..hehee.Kat sini nak tunjuk lah sikit buah tangan dari mak Long nih...


si,si,si, silalah tengok. Buka mata luas-luas....cantik tak? huh teruja betul sebab dah lama tak beli baju baby. Baby girl pula tuh...semua benda nak beli. Maklumlah baju baby girl nih berpesen-pesen.  So, sape nak baju cecantik, jadilah anak buah saya..hehee...ada pulak saya nak layan.
 Ini kotak dia okeh. Maklumlah baby girl, semua nak pink.  Sekarang sila layan....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Inilah dia baby baru tuh. Nik Irdina Aqilah. Debob kan.  hehee... raya nanti bleh ambik gambar ramai-ramai. Kalau tak ada sorang jerk budak bawah umur...sekarang sudah ada dua budak bawah umur yang boleh dibuli terutama Haziq.
Dikesempatan ini juga, saya nak ucap tahniah buat kakak ipar saya yang dah mengandung tiga bulan. Wah! suke gile lah si Adam sebab dapat adik. Berganda-ganda anak buah saya lepas nih hehee...okehlah, pengarang jantung, pengubat lara kami sekeluarga terutama saya kot???


Selasa, 22 Mac 2011

SUDAH TUA KAMUH..

Berapa umur dia...cubang bilang dengan jari, mesti tak cukup walaupun dah ditambah dengan jari kaki. Bermakna sudah melebihi bilangan kaki dan tangan hehee... suka betul nak mengutuk kan.  Macam lah diri sendiri tu muda sangat.  Saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE.........23 eh, eh, salah.. 32 lah.. terbalik pulak. Semalam birthday suami saya. Lambat buat entry. Malas sangat nak mengarang. Tapi hari nih pun kira oklah sebab pagi-pagi  dah rajin online.  Curi masa jap.
semoga semakin dimurahkan rezeki. Diberkati Allah selalu.  Bila sambut hari jadi, yang terlebih excited adalah dia nih.V
VV
VV
VV
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Beriya-iya nak potong kek. 

Beli pun nak kek utltraman. Macam Birhday dia pulak. Ayah dia boley dok tepuk tangan jerk. Hish,hish...tak patut
Ok semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat.



Rabu, 16 Mac 2011

MARI MEMBACA

Dah macam tajuk buku kanak-kanak pula entry nih. Ayat nak skema.  Alkisah nya dua hari lepas. Saya ke Pustaka Hussein. salah satu kedai buku kat bandar Muar nih.  Saje tengok-tengok buku. Tambahan pula ada jualan murah.  Lama juga belek-belek buku mana yang nak dibeli.  Saya sebenarnya memang suka membaca. Cewah ayat budak baik kan... tapi memang saya suka membaca. Dulu sebelum kahwin saya suka membaca novel tapi sejak dah kahwin nih, jarang-jarang dapat habiskan novel dan baca novel biasalahkan bila dah kahwin dan bekerja nih, sibuk sikit. Sikit je tak banyak pon sibuk tu tapi bila dah free, sibuk pula buka internet. macam mane nak habis baca novel hehee tapi surat khabar saya tak pernah tinggal okey. Sekurang-kurangnya membaca jugalah kan. Nak tau juga perkembangan semasa.  Tak lah propa jerk.


Saya cuma beli dua buah buku jerk.  Punyalah lama dok belek-belek, last ambik dua jerk. Cukuplah tuh. Kang beli bebanyak tak terbaca.  Dua buku ilmiah.  Buku Nasib Melayu di Bumi Melayu nih adalah himpunan tulisan Mohd Ridhuan Tee abdullah dalm surat khabar Mingguan Malaysia dan Majalah Al Islam. Best tau buku nih.  Banyak juga isu-isu sensitif yang kita tak tau ada dalam nih.  Untuk menajamkan minda dan tambah pengetahuan, cubalah baca pasti tergoda....;-)
Buku kedua pula Ubat Hati. Hasil Ustz Siti Nurbaya bersama Ida Ezyani.  sesekali baca buku-buku motivasi nih bagus juga. Boleh dijadikan panduan. 

Okeylah saje je nak cerita pasal buku.  Rasanya dah dua kali berturut-turut tulis pasal buku kan...jangan prejudis okeh.


Isnin, 14 Mac 2011

TIPS ANAK MENDENGAR KATA

Cuti sekolah dah bermula.  Minggu nie kira ada free sikit sebab boley keluar rumah lambat sikit.  Kalau tak pepagi dah nak kena hantar Haziq ke sekolah.  Kalau ayah dia hantar pon, masih lagi kena bangun awal sebab nak siapkan Haziq.  Bukan tak suka nak buat semua tuh tapi,  biasalah sesekali bila lambat pegi keje,  banyak sikit benda yang boley buat. Antaranya pakai bulu mata palsu...boley??? Biar betul pegi pejabat pakai bulu mata palsu bagai.  Nak kena jeling dengan orang pejabat ke? heheheee...rasanya tak mungkin kot saya buat macam tuh cuma bila tak hantar Haziq ke sekolah nie, saya cuma boley berdandan lebih sikit..sikit je. lelebih kang tak keje pulak.. baik gie kenduri.  Yang buat relaks sikit,  Haziq tinggal kampong minggu nih. Berdendanglah mak kau.  Saya tak suruh dia tinggal okey tapi dia yang nak. Mula-mula tak nak tapi bila tengok ada geng sebelah rumah mak saya tuh, terus dia cakap nak tinggal dan yang paling best ayat dia " padan muka ibu, dok sesorang kat rumah".  sabor aje lah.  ape pon, Keje sekolah dia saya angkut sekali bawa balik kampung.  Biar dia buat sikit-sikit.  Kalau tak main aje kan...

Okeylah membebel panjang sangat saya just nak cerita, baru-baru nih saya ada membeli e-book formula anak mendengar kata.  Hasil tulisan Ustaz Mohd Kamal Mohd Said dan Ahmad Fairoz Daud.   Best juga e-book nih. Banyak info dan doa-doa berguna yang boleh diamalkan.  Cuma rajin dengan tak rajin jerk.  Ada beberapa tips yang best.  Kat sini saya nak kongsi sikit ape yang saya dapat dari baca ebook ni...



  • Setiap hari amalkan membaca selawat dan mencium ubun-ubun kepala anak supaya menjadi anak yang baik.  Bagi saya, amalan nih memang bagus dan saya telah mencubanya terutama ketika anak sudah tidur.  senang sikit , kalau tidak si Haziq nih mesti tanya apesal ibu tiup-tiup kepala dia.
  • Yang nih, saya dah lama amalkan..Bacaan "Ya Lotiff" sewaktu anak tidur. dan hembuskan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini adalah untuk melembutkan hati anak.
  •  Mengamalkan ayat Toha 1-5. Lepas tuh tiup pada air minuman anak. Bagus juga diamalkan. Bagi ibubapa tuh, rajin-rajin amalkan. saya pun sedang-sedang mencuba.
  • Sekiranya tetiba teringat anak, terus doa kan anak. Mungkin pada ketika itu anak sedang memerlukan doa kita.
  •  Berdoa dan bercakap benda yang baik masak tengah masa supaya makanan tu akan melembutkan hati anak. Jangan merungut-rungut okeh masa masak.
  •  Galakkan anak makan masakan yang kita masak kerana sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai tuh boleh mempengaruhi sikap anak..alamak! tak boley makan kat kedai selalu ley...
  •  Buatlah sembahyang hajat setengah jam sebelum subuh. Setelah selesai solat letak tangan di atas jantung serta baca " Ya Fattah" 71 kali kemudian berdoa buka pintu hati anak kearah kebaikan. InsyAllah kalau rajin amal pasti berjaya .  Saya pun sedang berusaha mengamalkan semua tips-tips ini.

Dah lama tak dengar cerita kawan saya Kak Lin.  Baru-baru ni dengar cerita dia dah  mengandung. Tahniah ye. Tak lama lagi dah boley panggil mak Lin atau ibu lin atau mama lin atau bonda lin...heheee banyak betul nak panggil ek. ape-apepun jaga diri okeh.  Baik-baik bawa kereta balik keje tuh. Maklumlah sekarang keje dah jauh berulang.  Dan sabar menempuh jem.


Isnin, 7 Mac 2011

CERITA BIASA

Dah lama rasanya tak poyo kan...selalu cerita sedih pun, buat sayu hati je.  Dalam Tazkirah Al Hidayah minggu lepas, ustaz Harun Din cakap, kalau kita menangis apebila terima musibah, bermakna kita tidak redha. Ujian Allah walaupun berat kita kena terima. Untuk menceriakan hati yang gundah gulana, saya nak kongsi klip cerita poyo dak Haziq nie. Video pendek nie saya rakam masa tengah makan asam pedas di Pt. Jawa, Muar. Jom tengok budak banyak cakap nih ketika makan...

 


video



video
Nak makan pun banyak cakap. Apepun, inilah sorang pengarang jantng penghiburlara. Walaupun selalu gaduh dengan saya tapi bila dia tak de rasa sunyi pula.  Makan asam pedas kat Pt Jawa nih, memang best tau. Makan kat tepi laut gitu.  Menambahkan selera. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Nengoklah nih....ada bot, sampan...ha, dah macam jakon macam orang lain tak pernah tengok bot.


Ade pulak orang yang tengah lapor...merenung-renung laut sebab makanan tak sampai lagi. Muka toye..

Bila dah sampai...terus ngap ikan tuh. Sedap ko...ikan merah masak asam pedas.


lauk sampingan. Sayur kangkong , telur dadar dan sotong goreng tepung yang lambat sampai.  Disertakan sekali kapal terbang mainan kat tengah-tengah lauk tuh...Itu sekadar hiasan mainan Haziq.

Dan aksi sedap hingga menjilat jari.



Rabu, 2 Mac 2011

InsyaAllah....ada jalannya

Bila saya buat catatan beberapa hari lepas, ada juga kawan-kawan yang bertanya. Tq pada semua yang prihatin. Saya tau saya masih ada lagi kawan yang sayang dekat saya. Saya okey. Cuma saya sedang cuba untuk menerima hakikat. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dan uji pada saya sekeluarga.  Dalam usia 29 tahun memang saya benar-benar terdesak untuk memiliki anak lagi.  Saya akui, saya risau sekiranya tidak dapat memiliki zuriat lagi.  Saya bertuah kerana suami memahami cuma saya amat-amat risau tentang Haziq. Takut dia tak boleh nak terima semua nih.. saya takut dia cakap saya penipu sebab dah banyak kali saya cerita tentang adik pada dia. Dia begitu mengharap dan saya takut dia semakin jauh dari saya kerana lebih suka menghabiskan masa di rumah pengasuh. Dia kata boring kat rumah tak de kawan.  Saya juga akan sedih bila dia selalu pegang2 perut saya dan bercakap-cakap dengan baby.  Apepun hidup mesti diteruskan.  Saya tak nak terlalu bersedih. Nanti semua keje tak jadi kan? Saya harap akan ada sesuatu keajaiban akan berlaku. InsyaAllah.  thank you untuk semua sokongan.  Saya akan terus berusaha dan berdiri dengan kekuatan kerana saya tak nak hanyut dari terus mengingati Allah.  Hanya Allah yang tahu segalanya.  Ya, Allah tetapkanlah iman ku.  Amin.