Rabu, 16 Mac 2011

MARI MEMBACA

Dah macam tajuk buku kanak-kanak pula entry nih. Ayat nak skema.  Alkisah nya dua hari lepas. Saya ke Pustaka Hussein. salah satu kedai buku kat bandar Muar nih.  Saje tengok-tengok buku. Tambahan pula ada jualan murah.  Lama juga belek-belek buku mana yang nak dibeli.  Saya sebenarnya memang suka membaca. Cewah ayat budak baik kan... tapi memang saya suka membaca. Dulu sebelum kahwin saya suka membaca novel tapi sejak dah kahwin nih, jarang-jarang dapat habiskan novel dan baca novel biasalahkan bila dah kahwin dan bekerja nih, sibuk sikit. Sikit je tak banyak pon sibuk tu tapi bila dah free, sibuk pula buka internet. macam mane nak habis baca novel hehee tapi surat khabar saya tak pernah tinggal okey. Sekurang-kurangnya membaca jugalah kan. Nak tau juga perkembangan semasa.  Tak lah propa jerk.


Saya cuma beli dua buah buku jerk.  Punyalah lama dok belek-belek, last ambik dua jerk. Cukuplah tuh. Kang beli bebanyak tak terbaca.  Dua buku ilmiah.  Buku Nasib Melayu di Bumi Melayu nih adalah himpunan tulisan Mohd Ridhuan Tee abdullah dalm surat khabar Mingguan Malaysia dan Majalah Al Islam. Best tau buku nih.  Banyak juga isu-isu sensitif yang kita tak tau ada dalam nih.  Untuk menajamkan minda dan tambah pengetahuan, cubalah baca pasti tergoda....;-)
Buku kedua pula Ubat Hati. Hasil Ustz Siti Nurbaya bersama Ida Ezyani.  sesekali baca buku-buku motivasi nih bagus juga. Boleh dijadikan panduan. 

Okeylah saje je nak cerita pasal buku.  Rasanya dah dua kali berturut-turut tulis pasal buku kan...jangan prejudis okeh.


1 ulasan:

  1. baguslah baca bu ilmiah...nanti jangan lupa konsi ape2 yg patut kat sini babe..

    BalasPadam