Selasa, 30 Mac 2010

HOBI YANG TAK MASUK AKAL...

Minat atau ikutan?

Melihat hobi suami yang aku rasa gila, macam rasa tak berbaloi dan merugikan je. Erm, tapi dah hobi dan minatkan, nak buat macam mana. Memang dari sebelum kahwin pun dia dah minat sangat2 kat kereta. Macam-macam yang dia bikin. Lantaklah duit dia. Tapi jumaat yang lepas memang aku terkejut. Dii hantar motor LC dia kat bengkel semata-mata nak buat 'disk break ' belakang. Logik nya, biasalah kan bagi mat-mat motor @ mat rempit tapi suami aku yang kusangkakan minat kereta je dah berminat balik dengan minat masa dia belajar dulu iaitu bikin motor. haaa pening-pening...


Untuk kereta sahaja dah macam-macam dia ubahsuai. Dari enjin sampailah yang dalam-dalam kereta tu dah bertukar( akupun tak kenal  nama-nama spare part tu ). Baru-baru nie, pergi tukar rim kereta sampai kat Puchong, KL sebab nak cari rim Jepun katanya. Mahal tak ingat. Anak aku pun sekarang dah pandai bab-bab kereta nie. Beli kereta control pun, nak yang drift lah tak nak yang biasa ( mintalah dgn ayah ko, dengan ibu sorry ).


Cerita tentang kereta nie, secara tak langsung kereta aku pun dah bertukar wajah sebab suami aku bagi idea merepek untuk tukr itu-ini. Tapi sebab kereta aku, sikit-sikit dia buatkanlah kalau banyak nanti aku tak berani nak bawa. Untuk rim sahaja, sudah RM dua ribu lebih haaa....takotnye. Kalau aku beli peti ais baru pun tak pe duit tu hehee...tapi dah minatkan layan je lah. Inilah minat yang gila. Tak tidor malam beb!



Yang bagusnya dia nie berjimat gak.malah lagi jimat dari aku yang boros ni. Nak beli barang tu tak terus beli, dia tengok-tengok dulu harga. Lepas tu bila duit dah ngam2 dalam tempayan dah penuh baru beli ( wah! jgnlah tanya kat mana aku simpan tempayan, confirm tak ada). Lepas dah beli tu, puas hatilah dia. Tak sebut-sebut lagi dan paling dia bangga bila orang puji atau cakap macam nie " wah! lawa rim, beli kat mane " atau "rim baru ke oi?" dan dia akan menjawab " tengok kakilah beb" .  Tak tahan aku dengar. Belagak gila mamat nie. Itu belum dia buka bonet depan lagi.  Akan terpancarlah riak muka bangga. Apa-apapun bahagialah dengan minat tu. Asal tak mengabaikan tanggungjawab sudahlah. Suami aku nie pun buka cerewet sangat. So, sebagai isteri aku kenalah memberi sokongan walau apapun minat dan kesukaannya tapi berpada jugalah kan. Aku pun ada hobi gila gak, cuma tak lah segila dia. Saling memahami kunci kebahagiaan ( keluar dah ayat poyo aku ). Kebahagiaan menjamin masyarakat penyayang. InsyaAllah...Amacam? ada berani..

Ahad, 28 Mac 2010

TEMAN LAMA

Sekejap sahaja dah nak Isnin semula.Malas betul nak pegi keje esok.
Semalam, teman lama saya telah bertandang ke Muar kerana mengikut suami bertugas di sini. Namanya Salina. Dia teman sekampung dan satu tempat belajar saya dulu. Masih seperti dulu, peramah dan terlalu banyak cerita sampai tak berhenti mulut dia bercerita. Sekarang anak dah anak dua tapi masih macam dulu tak banyak berubah. Anak yang sulung sebaya dengan Haziq, 4 tahun dan yang kedua 3 tahun .Sekejap je masa berlalu. Saya panggil dia kak Ena sebab dia tua tiga tahun dari saya. Suami dia Hasrul teman sepejabat saya semasa bekerja di Segamat dulu. Dah jadi jurutera JPS Penang sekarang.


Macam-macam cerita yang keluar. maklumlah dah lama tak jumpa. Dia tidor semalam je di Muar. Haziq pun sukalah dapat kawan baru.. Apa-apa pun harap happy selalu dengan kehidupan sekarang dan semoga bertemu lagi.

Sabtu, 27 Mac 2010

BUAT DUIT DENGAN TADIKA

Pelik je dengar tajuk buku nie tapi itulah buku yang telah dibelikan oleh suami tersayang (cewah) kepada saya. Buku hasil tulisan Rashidah Rafie nie dibeli sempena pameran buku antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur.  (Rajin sungguh suamiku nie pegi pameran buku yek).Ye, sememangnya dia memang rajin pergi pameran tak kiralah pameran apa, memang rajin tapi biasanya pameran yang berdekatan dengan kediaman kami je cuma kali nie, terjauh sikit sebab semalam( hari jumaat) dia ada meeting di Putrajaya kebetulan bos dia pun ajak dia ke pameran tersebut, dia pun buka langkah seribu ( wah! baik punya cilok ye ). Untuk Haziq pula, dia belikan beg Upin&Ipin ( original tau..kalau tak ori pun bukan aku tau ye tak..). Sukalah Haziq, dapat beg Upin&Ipin yang botak sama macam dia tu hehee...

Beg sekolah baru Haziq

Bercerita lanjut tentang buku Buat Duit Dengan Tadika ni, sebenarnya beberapa hari yang lepas suami kesayangan saya nie ada bertanya tentang projek masa depan ( erm, macam banyak je projek aku nie ). Dia suruh saya buat bisnes kecil-kecilan sebab saya terlepas cakap 'bilalah nak jadi orang kaya, boleh ambil2 je semua barang yang aku nak '...bunyi macam tak bersyukur je tapi sebenarnya ayat gurau semata-mata. Saja nak pancing suami saya tu manalah tau dia offer beli barangan kulit yang pada masa tu berada di depan mata tapi dia pula mencadangkan saya berniaga supaya boleh jadi kaya. (Ish, takut tamak aje aku nie). Maka saya pun bercerita dengan dia, saya suka tentang kanak-kanak. Idea untuk membuka Tadika nie pula tercetus baru-baru ini, bila susah sangat nak cari Tadika yang sesuai untuk anak saya dan memenuhi kehendak-kehendak saya sendiri.  Walaupun saya nie bukanlah suka sangat melayan budak-budak tapi saya suka ambil tahu perihal ilmu kanak-kanak kerana ia mampu memberi panduan untuk saya mendidik anak-anak dan ini juga menjadi salah satu sebab tercetusnya idea untuk membuka Tadika, tapi taklah sampai menjadi cita-cita. setakat berangan tu bolehlah tapi bila saya dah bercerita dengan suami dan dia pula yang dah beriya-iya memberi dorongan dan galakkan maka, saya akan cuba berfikir semasak-masaknya untuk meneruskan atau berangan-angan aje tentang Tadika nie.



Ok dari pengamatan awal saya tentang buku ni (belum habis baca pun), ia mampu menjadi panduan buat saya dan sesiapa saja yang berminat tentang membuka Tadika.  Lain kali, selepas habis baca, saya akan cuba ulas pula apa-apa yang menarik yang terdapat dalam buku ini.. Semoga ia mampu memberi mamfaat kita bersama.

Jumaat, 26 Mac 2010

TERLEBIH SUDAH....

Seorang teman mengadu tentang teman sepejabatnya yang suka mengadu dumba, membawa mulut dan kecoh dan bertempat. Hari ni, dia bengang dengan teman tu sebab dah lah menumpang kereta dia tapi teman tu pula yang lebih-lebih (kes terlebih sudahlah ni). uh..memang begitulah ragam orang. dimana-mana pun sama sahaja. Nasiblah urusan kerja sabar je lah. Yang penting pandai membawa dan kelakuan diri kerana dimana kita berada tak semua orang senang dan suka kita. Kalau difikir-fikir sangat pun tak jadi keje, tension dan semua bersarang dalam kepala. Kepada teman saya tu, banyak-banyaklah bersabar. Jangan dilayan sangat kelak rosak masa depan...Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Selesaikan semua kerja tu ok. Harap-harap semua dipermudahkah Allah.

Isnin, 22 Mac 2010

KEPERLUAN SEBELUM BUAT PASPORT

Untuk yang pertama kali buat pasport, berikut senarai keperluan yang perlu dibawa dan diperlukan semasa untuk membuat pasport baru.

  • Bawa fotostat kad pengenalan - satu keping.(untuk kecemasan bawalah dua keping)
  • Gambar ukuran pasport - dua keping
  • Ambil dan isi borang.
  • Untuk sebarang persediaan sekiranya 'cip' pada kad pengenalan rosak, bawa sijil kelahiran(surat beranak). Ini sebagai persediaan  kepada sebarang kemungkinan, sebab kalau 'cip' tak boleh baca, pegawai imegresen akan minta surat beranak.
  • Jika terlupa bawa surat beranak terpaksalah korang mengambil surat beranak di bahagian pendaftaran kelahiran , kematian dan anak angkat. Setelah isi borang dan bayar RM 5, korang akan dapat surat beranak baru dan barulah boleh settlekan pasport korang tu.
Semoga menjadi panduan.

GOSSIP!! OH, FACEBOOK



Dah lama tak jumpa member saya Kak lin tapi hari khamis lepas, kitaorg keluar lunch sama.Erm, banyak cerita yang keluar. Yang tak sepatutnya keluar pun keluar. Ditemani Noreen, teman sepejabat, makin menjadi-jadi bergosip. Ish..ish...tak patut-tak patut. Dah namanya perempuan, biasalah kan gosip tak ingat. Bertempat JOM CAFE kitaorang menghabiskan 'lunch hour' dengan makan dan bergossip. Menu tengahari nyum..nyum..

Nasi ayam jom cafe

Nasi lemak yang Noreen makan (sedap sambal dia)



Merahnye sirap nie

Gossip Kali nie kisah 'teman' seangkatan (jaga mulut ko..hehe.) yang komen gila-gila pasal suami dia dalam Facebook. Macam-macam pendapat yang keluar.  Memang tak patut tau. Maruah suami tu kenalah jaga. Walaupun suami tu buta I.T ke, janganlah tulis hal dalam rumahtangga dalam FB tu.  Malu tu. Kitakan orang Melayu. Ada adab sopan. Lagi pun dalam Islam sendiri tak benarkan umatnya bercerita tentang keburukan suami mahupun isteri. Semua orang akan tahu keburukan suami kalau dah tulis dalam Facebook tu. Macam mana kalau cikgu anak kat sekolah (walaupun anak belum sekolah), kawan-kawan mahupun sedara mara suami yang baca, siapa yang malu?( mereka dan keluarga mereka). Kesian kat anak tu kalau kawan-kawan tau kisah rumahtangga ibubapa mereka. Ish, tak patut tau. Kalau ye pun tertekan, menekan, tekanan atau tersakit jiwa, janganlah tulis dalam laman sosial macam tu. Itu bukan medan yang baik untuk luah perasaan atau pendapat yang berkaitan peribadi. Cubalah luah pada teman-teman yang boleh dipercayai.( jangan pula luah pada batu api, pening pula nanti ).



Pada 'teman' seangkatan tu, berpada-padalah untuk tulis dalam Facebook tu. Ye,lah, kita manusia memang tak lepas dari kesilapan. Tapi kesilapan tu boleh dielak kalau kita berfikir dulu sebelum bertindak. Tak guna tulis bermacam-macam nanti yang kena ketawakan diri sendiri juga. Bagi saya, Medan terbaik untuk selesaikan masalah rumahtangga nie,kita berbincang atau rujuklah pada keluarga kalau perkara yang menjadi isu tu terlalu rumit untuk diselesaikan. Bukan semua orang dalam facebook tu berniat baik untuk mendoakan terbaik untuk kita. Sama-samalh muhasabah diri untuk mencari dimana kesilapan diri. Jangan hanya mencari kesalahan orang tanpa kita sedari, diri sendiri yang mempunyai banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan. Tiada manusia dalam dunia nie sempurna terimalah seadanya suami atau isteri kita.

Dan pada akhir pertemuan bersama kak lin dan Noreen petang tu, kami bersama berjalan beriringan menuju ke kereta dengan mengucapkan bye, bye, bye (intonasi dalam versi Sinchan ).hehe... Sama-salmalah kita bermuhasabah diri.

Inilah Noreen dan Kak Lin yang tengah 'control cun' (cun Ke?..hehehee)

Isnin, 15 Mac 2010

CUTI SEKOLAH BERMULA

Sepetang Di Putrajaya

Disebabkan dah lama tak berjalan, jadi cuti sekolah nie planning nak bawa Haziq jalan-jalan.  Pada mulanya berjanji dengan Haziq nak bawa dia naik LRT, maklumlah kat Muar nie mana ada LRT mahupun keretapi. Walaupun sikit masa dulu pernah bawa dia naik keretapi dari Gemas ke Segamat, tapi biasalah kan budak-budak bila teringat, nak naik lagilah dia.  Jadi disebabkan hujung minggu lps suami aku nie ada urusan di Puchong, aku pun mengambil kesempatan ( cucuk mencucuk suami aku) untuk membawa Haziq naik LRT. Yahoo...sukanya anak aku sampaikan kat rumah mak diapun (pengasuh anak aku ) sibuk tanya jadi tak naik LRT. Ish, malunya aku.


Namun, agak mengecewakan, apabila suami aku yang telah kepenatan dan malas nak drive masuk KL telah bertukar fikiran untuk membawa Haziq mandi kolam je. Jadi atas pertolongan kawan dia yang bekerja di Shangri la Hotel Putrajaya, dia pun booking bilik dan untuk membuatkan anak aku tu terleka dan lupa tentang LRT, kitaorang singgah di Melaka semata-mata untuk belikan Haziq mainan...hai, politik-politik...



11/2 - 7.00 pm.  Bertolak dari Muar
 -10.30 pm  Makan dan berjumpa dengan kawan suami (dean & Zura) suami isteri di Sg. Ramal.
- 11.30 pm  Check-in di Palm Garden Hotel Kajang.

12/2- 10.00am  Breakfast/ Check-out
 - 10.30am  Bertolak ke Puchong
( Lama gila tunggu suami settlekan urusan dia. Sampai tertido anak aku )
 - 2.00 pm Bertolak dari Puchong ke Putrajaya

 - 2.30 pm Check-in ke Shangri la Hotel Putrajaya.
  ( Wah, bestnye duduk kat sini. Rasa mcm tak nak balik)















 
 3.15 mkn tengahari. terlewat sudah. Nasib kawan suami Dean ada.

Aksi-aksi tengah tunggu makan tengahari. Lapor dek..

- 4.30 teman Haziq mandi...Wah sukanya dia...



-5.30 pm   masuk bilik dan tido




13/10 - 12.00pm  Check-Out hotel dan bertolak ke Melaka
( Terima Kasih kepada 'Atok' dan isteri kerana membantu dan melayan kami sebaik mungkin )

-5.00 pm  Sampai Rumah ( Muar)

Jumaat, 12 Mac 2010

SELAMATKAH ANAK KITA??

Masuk hari nie, sudah dua hari Haziq tidak ke Sekolah. Risau tentang keselamatannya kerana kes pelajar tadika diserang di Jalan Abdul Rahman, Muar saya dan suami membuat keputusan untuk tidak menghantarnya ke sekolah buat sementara waktu nie. Minggu depan pun cuti sekolah telah bermula, jadi tidaklah risau sangat ketinggalan pelajaran.

Kejadian kanak-kanak sekolah tadika diserang lelaki tidak dikenali itu benar-benar merisaukan saya. Walaupun sekolah anak saya tidak terlibat, tapi disebabkan tempat kejadian berada disekitar tempat tinggal kami iaitu Muar, ia benar-benar membuatkan saya tersentak. Sedih, kasihan, risau semuanya bercampur dalam kepala nie. Rasanya tiada lagi tempat yang selamat untuk anak kita. Walaupun kawasan sekolah bertutup dan berpagar tapi ia bukan jaminan untuk keselamatan anak. Berkali-kali saya berpesan pada anak supaya tidak menghampiri orang yang tidak dikenali dan sentiasa berada dekat dengan guru tapi apalah yang tahu oleh kanak-kanak seusia Haziq (4tahun). Cuma saya berharap dia akan dilindungi oleh-Nya. Dan semoga pesalah tersebut akan cepat tertangkap.

TAKZIAH

Pagi-pagi lagi telah dikejutkan oleh pemergian rakan sekerja iaitu En ahmad Kasiran ke Rahmatullah. Beliau telah meninggal dunia jam 7.00 pagi tadi. Takziah Kepada keluarga Allahyahham. Al- AFatihah.

Khamis, 11 Mac 2010

TOLONGLAH SAYA...

Semalam saya telah memberikan panduan laman web untuk buat tiga kolum kpd rakan bloger saya, Adam&Hawa. Alhamdulillah dia dah berjaya buat tkr templet blog dia tp sekarang nie, saya pula yang dah tak dpt nak buat 3 kolum. Ni semua gara-gara nak tukar templet baru tapi terlupa save yg asal. uhhh...tensionnye.rasa mcm nak nangis. bila saya try buat, mesti keluar perkataan ni...Templat anda tidak boleh dihuraikan kerana ia tidak purna bentuk. Sila pastikan semua elemen XML ditutup dengan sempurna..
Tak tau lah kenapa...akhirnya, nak buat tiga kolum tak dpat,nak tkr templet pun xdapat...Ada ke sape2 yg bleh tolong? berpinar mata ni tgk kod yg banyak-banyak tu lama-lama tapi tak dapat juga. tolonglah...

Rabu, 10 Mac 2010

Pening pula...salah edit

kenapa blog aku tiba2 jadi macam nie...ape yg telah ku lakukan...tension nye..

Isnin, 8 Mac 2010

JIKA KAU UBAH FIKIRAN

Dua tiga hari nie emosi sering terganggu. Tengok baby orang teringat baby sendiri. Kenapalah dengan aku ni yek...Instigfar banyak2. Ape kena mengena tajuk kat atas tu dengan ape yang aku nak mengarut nie..Jika kau ubah fikiran adalah tajuk lagu Mila AF. Mesti perasan kan. Kalau mengikut bait-bait lagu tu memang tak terkena langsung dengan aku. Nie lagu budak2 lah. Tapi lagu nie adalah salah satu daripada kenangan aku semasa melahirkan Aishah. Masa menahan sakit untuk bersalin tu, lagu nie kerap keluar kat radio yang dipasang oleh nurse kat situ. Bila dalam pantang, jika lagu nie keluar, automatik perasaan tu hadir. Sedih.Walhal bukan ada apa pun yang berkait dalam bait lagu tu untuk aku kenangkan tapi melodi tu bagai dah sebati dengan kenangan yang ada bersama Aishah. Cuma sekarang rasa sedih tu telah berkurang tak sehebat semasa didalam pantang dulu. Biarlah lagu ni menjadi melodi kenangan yang aku sendiri akan rasa sampai bila-bila..Sekurang2nya apabila dengar lagu nie akan mengingatkan aku pada kehadiran seketika mujahid kecil ini walaupun tidak pernah bersua di dunia.

Jumaat, 5 Mac 2010

TIP MENJAGA AKSESORI

PERAK


Perhiasan dari perak boleh digosokan dgn menggunakan ubat gigi.ratakan ubat gigi kat barangan perak korang dan bersihkan dengan span basah. Lepas tu keringkan dengan kain lembut. Pasti korang berpuas hati dengan kekilatan nya.






KACA MATA


Bersihkan kacamata dengan kain lembut.Kain yang keras dan kasar akan merosakkan kacamata kesayangan korang tu. Cuci dengan cairan khusus (lens cleaner) atau bawa kacamata secara rutin ke kedai berhampiran untuk dibersihkan.


KEBAIKAN CINCAU

Tengok dari rupa mcm tak best je tapi inilah salah satu minuman yang menyihatkan badan.Rendah kalori dan tinggi serat adah ciri-ciri yang dimiliki oleh cincau.  Cincau juga mampu meredakan panas didalam tubuh, demam, kembung perut sembelit dan cirit birit.


Penyakit tifus, usus dan radang perut juga dapat dirawat menerusi pengambilan cincau. Selain itu, cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser..So, rajin2 lah minum cincau ye.

GULA-GULA GETAH tingkatkan Ingatan


Dipercayai kemampuan mengingat terutama ketika mengingat kata-kata dapat ditingkatkan sehingga 35peratus. Ini kerana perbuatan mengunyah akan meningkatkan degup jantung yang menyebabkan lebih banyak oksigen dan nutrisi dipam keotak. Proses ini secara tidak langsung dapat meransang bahagian otak yang berkaitan dengan daya ingatan manusia.

Rabu, 3 Mac 2010

KERJA SEMULA

Masuk hari ini dah tiga hari saya bekerja.Erm, hari pertama je keje dah melambak. Tambahan pula naik je cuti Anis, teman baik saya dan juga teman sepejabat telah masuk wad kerana melahirkan anak kedua nya.Tahniah buat kak anis. Semoga dapat menjadi ibu yang terbaik ye.






Dan dengan itu kini giliran saya pula menanggung kerja dia setelah dua bulan yang lepas dia menanggung kerja saya. Saya masuk kerja, dia pula bersalin. Ganti mengganti nampaknya. Mendengar orang mendapat baby, terasa juga saya. Tapi semua itu dugaan dan semoga tabahlah hati ini.