Jumaat, 8 Jun 2012

Sambal Jawa Laksamana

Nak kongsi resepi sambal Jawa turun temurun. Temurun ker?Pernah tak makan sambal masak macam nih.  Kalau ikutkan sambal jawa, ada lagi tambahan bahan-bahan. tak salah ada letak kentang sikit, lada kering semua tapi yang nie simple je.  Sebab tuh bagi nama lain sikit tambah Laksamana kat belakang sebab masak kat dapur Taman Laksamana (rumah ai lah tuh) heheheee.. Lauk saya masak petang semalam. Punyalah cun nak...
Asalnya saya belajar masak sambal nie dari mak mentua saya.  Dia bagi temurun punya resepi. Mana dia belajar tak tau lah hehee tapi sebab sedap, belajar lah kan...Jadi ini lah resepinye.


bahan-bahan.
5 bungkus tempe (dipotong)
segenggam ikan bilis
2 Biji bawang Besar( dihiris halus)
4 biji lada besar hijau(dihiris halus)
setengah cawan santan

Mula-mula goreng tempe dan  ikan bilis sampai garing. Semua secara berasingan lah. jangan masuk semua sekali nanti hangus pulak ikan bilis tuh nak tunggu tempe garing. Lepas tu masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi dalam kuali bersama-sama bawang dan lada besar. Tunggu bawang kekuningan dan akhir sekali masuk santan. Jangan lupa garam secukup rasa. okeh, faham?..Senang je kan. Sekejap je dah jadi satu lauk untuk malam nih. Selamat mencuba.