Ahad, 31 Oktober 2010

HAI KEMBALI SUDAH..BAH

Dah lama menghilang..kemana kau? aku di sini sudah..haaah, gila sudah..sibuk lah sekarang. Hari-hari keje luar. Bila sampai rumah, ada juga keje yang tak sudah-sudah. Paling benci tengok kain yang melambak tak berlipat-lipat. Lepas tuh bila dah siap semua, tengok jam sudah pukul 10 malam sudah. Badan pun dah letih. Kena tengok buku Haziq dan suruh dia tido awal. Bila dah suruh dia masuk bilik dengan aku-aku terbang. Sedar-sedar dah pagi oh...kekadang tuh rindu nye nak datang keje pagi-pagi pakai cantik-cantik, kasut tumit tinggi dan dok depan komputer buat keje sikit-sikit, report siap terus boleh layan FB macam dulu-dulu..boley? Tapi sekarang, kalau pakai kasut tumit tinggi pun bila dah sampai 'site' tukar kasut Pua Choo Kang (betul ke ejaan tuh?)tapi tidak, kasut 'boot' saya cantik sikitlah dari Pua Choo Kang.sebab mahal hahahaa...
Keje macam saya nih, bila time sibuk memanglah tak de can langsung nak 'curi tulang' hehee tapi,tapi perlu ingat, bila dah tak de projek pula...dok goyang kaki jerk kat pejabat. Ha sungguh rindu zaman bermalas-malasan.
Nak tengok satu gambar nih. sila layan...
v
v
vv
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
vv
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
Gambar anak aku...dimana kau???suka ea Haziq gambar dengan Stacy. Nyanyi lagu jahat lagi. Ini gambar made in Sabah tau. Dalam sibuk-sibuk tuh sempat lagi berjalan ke Sabah yerk. Next time, kita cerita tentang jejalan di Sabah yerk. Chow..

Rabu, 20 Oktober 2010

BEBEL IBU

Sekarang nih masuk kerja sudah awal..tak lambat-lambat macam dulu.Kadang-kadang tuh lagi satu minit nak pukul lapan baru nak ketik kad ayat apeh nih???sekarang, tengok, tengok,tengok sikit pukul berapa tercatat di atas kad kuning?? pukul 7.30 am okey.. paling tak boleh blah, ada pukul 7.20am sebab ape? sebab saya rajin, rajin dan rajin wah!poyo gile. Sebab pertama sekarang pagi-pagi saya dah bangun.hehe..kedua sebab terlalu rajin nak ke pejabat. oh, tidak penipuan berlaka sebab utama sekarang Haziq dah tak menangis dan buat perangai kat sekolah lagi. Dulu, Haziq nih mengada-ngada kat sekolah. Tengoklah budak kalau dah lama sangat tak de adik macam tuh  lah manja nye. Sungguh bohsan nak melayan. Tapi sekarang tidak. Dia suka ke sekolah. tak menangis dan merengek-rengek. Alhamdulillah. sebab utama kerana, sekarang dia sudah tido awal. Kalau dulu punyalah payah nak tido bila pagi malas gie sekolah sebab ngantuk. boley?? Nasib baik mak ko nih penyabar orang nye. hehehe...penghargaan untuk diri sendiri.
Rasanya dah lama tak menconteng arang dalam blong nih. Tak sempat sangat. Bila ada masa, malas mencengkam jiwa . Lagi pun mood cuti -cuti satu Malaysia sudah sampai. Saya nak ke Mana? nanti lah akan diberitahu kelak..teruja nyer....mengapa bah..bah..

Hari nih cuma nak bercerita tentang jejalan sambil makan malam semalam. Bukan makan ape pon tapi sebab tiba-tiba jadi boring, malam tuh Haziq ajak ronda-ronda pastu dia nak mngayuh basikal baru..Aksi Haziq tengah tunggu makanan sampai.

Ini pulak muka poyo ibu. Lepak-lepak kat Sam Kee. Kopitiam ni memang milik chinese tengok nama pon tau kan tapi sebab pekerja dia semua melayu, boleylah layan. Yang best kat sini, Kopi dia. Oiginal. jam u juga dia kisar sampai hancur. Best. Budak Haziq mula-mula tak nak makan tapi bila dah rsa ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

terus mak apak ko order lagi satu. Takcukup satu pinggan. Ini nama nya roti steam. Sedap. dalam ada kaya dan mentega. Lembut sangat tu yang dak Haziq tak cukup.
 Itu je lah nak bebel rasanya. Bila kemalasan sudah datang. Jumpa lagi...



Khamis, 14 Oktober 2010

DARI KEPALA KE HUJUNG BADAN...


Pulp....toing,toing...Hari tu kita bercerita tentang rambut Kan? hari nie nak cerita pasal tudung. Ape pasal? aku punya pasal lah ... hehee..Nak cerita tentang tudung Rozita Che Wan..pergh, Rozita yang tak pakai tudung tu pun ada nama tudung kan? kenapa saya tak de nama tudung? ops ade...tudung Ekin hahaaa poyo..
Hari tu cerita rambut Rozita yang cantik tuh hari nie cerita tudung yang dia pakai kan.
Saya telah terbekenan tudung nie masa tengok pembaca berita TV1 pakai. Nampak cantik dan bila cari2 kat intenet..baru tau nama tudung nie, tudung Rozita Che Wan. 

Tudung nie saya tempah sendiri. Kebetulan ada kain lebih dari baju yang sama, jadi saya tempah tudung tu mengikut design yang dicilok dari internet. Terror gak lah akak tu dapat copy 100% rekaan tu. Saya berpuas hati tapi dari segi material tu ada panas sikitlah sebab kain untuk baju dibuat tudung.


Pandangan tudung dari hadapan..dah macam model tudung lah pulak
bahagian 'awning'.

tudung nie dua lapis. satu bahagian luar kain kosong. cuma dalam kain bunga. Macam tudung sekolah je konsep nye cuma depan ada awning. Ha jadiah tudung baru. Saya dah pakai tudung nie sekali masa jamuan di pejabat
Sekarang nie dah malas nak pakai tudung bawal. Bukan ape malas nak gosok. epas tu kang susah pula nak bentuk. Ape-ape pun terpulang pada kita lah kaau rajin, gosoklah tudung bawal, kalau pemalas macam saya.. belilah tudung yang ada awning atau tudung jenis kain lycra. Tak payah gosok. Alah beli beli menang memakai..wawaaaa...

Rabu, 13 Oktober 2010

SEBELUM TIDO

Sekarang nie sebelum tido, Haziq rajin baca buku. sampai berbakul-bakul buku dia baca...poyo. Mana ada lah.Dia suruh saya baca buku untuk dia.Mamat nie belum pandai membaca lagi. Tapi yang best tu, bila saya baca, dia boleh betul kan bila saya tersalah cerita. Boley macam tuh? Dia tengok gambar je tapi dia boleh faham jalan cerita hehee nampak sangat mak ko ni bodoh. Mana tak nye dia suruh saya baca buku Toy story 3lah, Ben 10 lah, mengarut-ngarut aku cerita. hahaa... komik tak masuk kepala pas tuh, dialog in english mula lah mengarut bila ada dialog tuh tak reti nak terangkan katdia maksud sebenar ayat tuh. Nak cakap dengan mamat nie kena pikir dulu , kalau tak sekarang nih macam-macam yang dia soal balik yang kekadang tuh tak boley nak jawab... macam satu ayat nih " kenapa toy tu semua boleh jalan-jalan ea? nanti mainan Haziq tuh malam-malam dia jalan lah ye tengok Haziq tido." Mulalah mak ko nie pening nak karang ayat. padan muka aku.hehee...

kekadang dia suruh gak baca komik Upin & Ipin. Itu pun kekadang tanya yang pelik-pelik. Tapi tak pe.. soalan-soalan tuh akan menajamkan lagi pemikiran ibu ko ni yang sedia ada tumpul..


Jumaat, 8 Oktober 2010

PENUTUP RAYA



Semalam pejabat saya telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya merangkap jamuan untuk pesara, bakal pesara dan bakal jemaah Haji untuk tahun ini. Merangkap juga menghargai kakitangan yang telah bertukar dan merangkap pengakap...tidak,tidak gurau aje.. Semuanya dibuat sekali menjadi satu. Jimat kan??kuikui..Kenalah berjimat cermat sekarang nie. Membazir amalan syaitonnn..

Gambar yang gelap tapi boleh nampak lagi..kepada yang tak nampak tuh sila pakai teropong.sila,sila,sila..

Sempat lagi pose masa tengah marhaban..boley ke gitu??comel kak Liza tu..kiri sekali
 
Noreen mengagihkan bunga telur dan bunga rampai..anak dara kena rajin. Mak dara tukang arah jerk..amboi, pandai ko ye Shikin.


antara Hadiah untuk cabutan bertuah dan untuk orang yang dirai. Kak Anis datang hari nie. Tu sempat lagi pose depan hadiah. yeay,yeay 'kepala' datang hehe

Sekarang masa untuk makan pulok.. wah! segar, besar kecik mata saya sekarang.


menu utama Nasi minyak.. ayam masak merah, kuah lodeh..erk, betul ker? 
 
Muar nie terkenal denagan macam-macam makanan yang best-best, berat-berat, lemak-lemak, kolesterol.. ini satey Muar. Sedap. Dan lagi bertambahlah lemak-lemak tepu dalam badan. haa..sebab sedap, makan jugak ler.

pemanis mulut..atau pencuci mulut ke pemasam mulut. ape-apepon dah habis aku bedal.

acar darat

Air yang kurang manis...wah, laser yek..tapi bagus juga sebab dah makan yang tinggi karbohidrat dan kalori. Bolehlah minum air yang kurang manis. Lagi elok minum air mineral..baru betol.

Pelayan tetamu yang sentiasa tersenyum.hehee tak de lah, dia cuma nolong in tuang air.

Si Dilla yang suka buat pasal huhu...suka mendengki dia nie. tapi sangat friendly.

Lepas makan ambil gambar.

Dah kenyang ambik gambar je lah kan..sambil tunggu nama naik manelah tau dapat cabutan bertuah.Bertuah ker??



Hajat hati nak menang hadiah misteri merangkap hadiah utama tapi dapat ini jerk..
v
v
v
v
v
v
v
v

Jadilah kan..bekas kedap udara jenama Turperrware.. daripada tak dapat..ape nak dikata..
Nak tau hadiah misteri tu ape??malas nak bercekadak kat sini, hadiah utama tu adalah komputer riba 14" jenama compact. Dimiliki oleh abang Razak. Taniah yerk..

Ini lah hadiah untuk orang-orang yang bertuah. hehehe...nasib sebenarnye kan.tak baik cakap macam tu kan,kan..Nie hadiah member yang dok semeja. boleh katakan semua dapat dapat..kebetulan. Walaupun hajat hati nak dapat comforter atau tilam travel yang boelh lipat-lipat tut tapi dah dapat mangkuk serbaguna tu pun dah syukur. Alhamdulillah.







Khamis, 7 Oktober 2010

RAMBUT SIHAT

Rambut sihat,rambut cantik semua orang nak..saya selalu berangan nak rambut sihat dan cantik macam fouzih Gaous,macam jue Aziz dan paling tak boleh blah,rambut cun macam rozita cik wan.

Cantikkan rambut dia..

Kat sini tak de lah nak tunjuk rambut saya. Tak dapek lah den nak nolong..Saje nak kongsi serba sedikit info tentang rambut. Walaupun bertudung, tak semestinya kita terlepas dari menjaga rambut. Jangan ingat perempuan bertudung tak menjaga penampilan rambut ye..rambut kan mahkota wanita. satu kepuasan tu bila rambut kita mengurai sihat.kan,kan,kan??
pergh, dah macam karangan plak. Bahasa berbunga ranum indah. bak puitis dahulu kala..oi,oi,sudah jangan nak toya kat sini.


Nak bagi tau satu tips yang saya dapat dari majalah tapi lupa majalah apa. Kalau nak bagi rambut tak kering, amalkan letak santan pada rambut. Saya dengan bangganya nak bagi tau, saya telah cuba buat dan jadi. Bangga kau.. Bangun pagi rasa rambut lembut sangat. Cubalah petua dahulu kala nie. Memang leceh tapi berbaloi. Bukan susah pon, beli je santan kat pasar tu. balik letak je atas rambut semasa mandi. Jangan jadi pemalas.
Antara faktor rambut saya menjadi kering dan rosak  adalah

  1. Menggosok rambut dengan tuala selepas mandi...ni dalam dua bulan nih saya dah tak buat. Sekarang lepas jerk syampoo terus bungkus kepala dengan tuala.
  2. Selalu terdedah dengan asap rokok..oh, suami ku silalah berhenti merokok. Semalam pun dah merungut rokok dah naik harga lagi. Jadi silalah berhenti. Ayat nak salah kan suami jugak. hehehee..
  3. Pakai syampoo yang mengandungi kimia yang banyak. Sekarang saya dah pakai syampoo baru. 

Itulah rasanya kot penyebab rambut saya rosak. tak taulah kalau ada lagi. rasa-rasanya itu sahaja yang menjadi penyebab kerosakan rambut saya. Dua bulan lepas, rambut saya gugur banyak sangat. Penuh satu rumah rambut bersepa-sepah. Sekarang lepas dah tak amalkan amalan yang tak berpaedah kat atas tadi, rambut pun dah tak gugur. Tak payah nak sapu rumah hari-hari. Tak sempat oooo...

Oklah itu saja kot untuk hari nie. Macam tak de idea. Sekarang macam terkenang-kenang sabah...mengapa bah..ko berubah...hehee..kenapa ea?

Rabu, 6 Oktober 2010

TENTANG DIA


Baru-baru nie, jumpa kawan satu pejabat yang dah lama tak berborak sakan (sebelah kiri). Kawan saya ni baru je bertukar ke Pejabat baru. Dulu nie lah member yang selalu memekak bersama dalam pejabat. Sekarang bila dia tak ada, boring pula sebab sehari-hari di pejabat dah macam rasa tak meriah. Meriah dalm erti kata memekak. Berjanji makan-makan bagai.


Nih gambar manja Dila dan Noreen kat Spa Kak anis

Teman sepejabat saya nie memang antara kawan rapat saya kat pejabat. Bila dah jumpa memang tak berhenti bercerita. wah...ala-ala murai pula. Kak anis tua dua tahun dari saya sebab tu kena tambah gelaran akak kat depan tu. Dia banyak bantu saya masa mula-mula kerja dulu. Ha, masa zaman bodoh lurus dulu dia lah yang banyak ajar bengkang bengkok. Hehee..macam jahat pula ea ..tapi dia banyaklah bantu nak buat kerja yang serba asing dalam hidup saya masa mula-mula kerja dulu. Ajar jadi berani sikit marah orang wah..macam gangter pula. Hidup mesti berani tapi berani sikit jerk lah. Lelebih takot juga..

Bila bab possing, dia pun berani jugak. Nih lah gambar kenangan masa kat Gunung Ledang. Semasa kursus zapin.

Setiap kali ada kursus. muka-muka nie lah yang selalu memekak kat belakang sampai bos sound, " budak dua orang nie kalau dok dekat memanglah tak boleh" . Selaung semacam jerk kita kan. Bila time nak sound orang, dia jadi 'kepala'. saya jadi back up song je hehee nampak sangat penakot tapi betul juga bila tak de 'kepala'sekarang nie, tak terbela nasib kitaorang semua. Dia memang berani. Berani menanggung risiko. Bila saya bodoh tak reti parking petak dulu, dia ajar cara yang betul parking. Sekarang tengok saya sudah pandai parking petak yang dulu kejap keluar masuk tapi tak boleh-boleh juga masuk petak parking tu. Tensi masa tu rasa macam nak angkat je kereta dan terus letak dalam petak. Ape ko ingat, motor ke hehehe...walau pun berani, dia tetap ada juga penakot nye. Ingat lagi masa belajar zapin kat Gunung Ledang, malam-malam tu ada terdengar bunyi sesuatu yang menakotkan huh...punyalah takot tapi saya boleh tido mati sampai pagi cuma Kak anis tak boleh tido. siap dia pegang-pegang tangan Norin. Punyalah takot sampai serik nak pegi tempat tu lagi.

tengok, masa belajar zapin pun dia 'kepala' hehee



Apa-apa semua dia jadi ketua..hahaa.. sebab orang lain semua penakot. eh, bukan kot...yang lain semua pemalu..( ayat cover line).Mat rempet jatuh motor...MALU...ape hal lak keluar ayat Adnan Sempit nie hehee..bengong.


...Dia nih memanglah suka nyanyi..semua orang tau. Tapi tak pe, sebab dia memang pandai nyanyi. Kasik tarik punya. pernah juga masuk pertandingan kan,kan,kan..

Bila ada sukan, semua dia masuk. Tak kiralah ape sukan pon. Rajin sangat. semua boleh. Paling dia minat main badminton. Lasak sungguh. Selalu juga menang bila beregu dengan Liza. Main carrom semasa pertandingan antara jabatan, dapat no 1 lagi. Pergh, tercabar rasanya hehe...
balik dari lawatan di Senawang. Suka betol berjalan.

Masa birthday saya pon dia rajin belikan kek. Saya pulak selalu lupa beday dia..hish, tak guna punya kawan hehehee


kek ni sponsor bersama kak Liza. Nie beday dua tahun lepas. Masa nie pun si manis Liza tak pakai tudung lagi. Sekarang dah pakai. Dah semakin manis bila pakai tudung.

Kak Anis, walaupun kita jarang-jarang dapat jumpa lepas nie, awak hello-hellolah kita. No hal punya. Kalau nak karaoke pun boleh layan.huhu..Ada banyak lagi kisah tapi next time sambung k. Dah tak larat nak upload gambar nih.




Selasa, 5 Oktober 2010

LAGI-LAGI RAYA

Perasan tak, saya selalu menulis tentang cerita yang dah basi.. bila dah basi mestilah dah tak best kan. sama macam makanan bila dah basi, orang buang sahaja. Tapi saya tak nak buang. Nak simpan je dalam peti ais sampai bila-bila..boley? kenapa pagi-pagi dah cerita tentang basi nih.. sebab tak de idea lah jadi macam nie. Ape pun saya nak juga tulis tentang cerita yang dah basi nei heheee...tak sedap pun tak pe, janji dapat tulis.

Cerita yang basi nie atau pun cerita yang terlewat nie adalah cerita hujung minggu saya yang lepas. Semalam tak sempat nak kepoh-kepoh kat sini sebab tu postpone hari nie. Hari yang saya rasa betul-betul bahagia..sebab ape? sebab hari nie dok pejabat sampai petang jadi bolehlah menggoreng cerita hari nie. Goreng sampai hangus. Bila dah hangus dan dah rentung hitam barulah boleh buang wawawa...Jom lah layan cerita minah poyo nih..cerita tentang raya yang tak habis lagi. Cerita tentang memenuhi jemputan rumah terbuka..

Sabtu yang hening 2.10.2010
Rumah pertama yang kami redah ops bukan redah tapi dijemput adalah Kompleks Penghulu Sagil. Wah! beraya rumah penghulu nampak..ape nak buat, dijemput kerna penghulu nie satu pejabat dengan suami saya. Menu ketupat, rendang, kuah lodeh, kuih2 raya dan tapai. DIsamping tuh ada juga mee dan kue tiaw goreng yang digoreng apabila ada permintaan. ala-ala pasar malam tapi tak kena bayar...ambik dan order jerk..Itu lah makanan kegemaran Haziq. Habis satu pinggan dia makan. Bagus-bagus.

Kemudian terus pergi ke Rumah ketua kampung Sagil..Wah,wah dah macam Y.B pula yerk melawat rumah pelosok kampung hehee...suami saya lah..orang dah jemput kan. Kerja pejabat Daerah macam suami saya nie memang lah macam tuh..kalau saya sure dah tak terlayan..sebab ape? sebab saya adalah pemalas. hehee..pemalas yang degil boley tak? boley, boley blah.
Menu nasi minyak, rendang, bubur cacar dan otak-otak.

Rumah yang ke3 pula adalah rumah Kontraktor. Haji Rahim. makanan okey juga tapi sebab dah tak larat nak makan, saya makan mee goreng jerk. Masa nie pun Haziq dah mula membebel cakap dah penat tapi berubah menjadi ceria bila dapat aiskrim. Pandai juga yerk, diaorang nie ambik hati budak.

kemudian terus ke Gersik. Rumah penghulu Sahak. Haziq dah tido. Tapi kitaorang still pegi makan-makan. Haziq tido dalam kereta. Kitaorang parking dekat dengan tempat makan jadi nampaklah Haziq dari dalam kereta. Cermin kereta pun buka sikit walaupun aircond terbuka supaya ada angin masuk bersama oksigen. Menu ketupat dan lauk-pauk dan minum cendol. Okey..kenyang dah.

Lepas tu gerak pula ke Kompleks penghulu kundang ulu..hhhuhuhuhu..banyak betul rumah penghulu yang kitaorang lawati. Apa pun, misi mesti harus dihabiskan. Orang dah jemput mesti kena pegi kan??nie ayat orang tengah rajin.. bila sampai kompleks penghulu nie, Haziq still lagi tido. Jadi hanya suami saya pergi sorang.ohhhh..sedih nye sebab tak dapat makan hehee...

Haziq pula tido dalam keadaan bengang. Ibu dengan apaknya tak reti-reti nak balik. sorrylah Haziq. Gambar tak de dlam entry nie, tak sempat nak snap sebab satu rumah kena dok dalam 15 jerk. Boleyy plak laki aku buat peraturan macam tu. Dah macam itik tercekek gamak nye aku makan. Pergh, penderaan mental betul. 






Sabtu, 2 Oktober 2010

HAZIQ DAN UNIFORM

Anak sapa lah ni?? terpampang kat atas nie. Dengan muka masam. Nak marah ke ape.ada sesape kenal tak? atau ada sape-sape yang tak kenal? Apa motif letak gambar budak nie kat sini ? motif nye..sebab mengada-ngada. sape yang ngada-ngada? sayalah ye. sape lagi. mak budak kat atas tu sayalah ye. Hari nie saje nak promote gambar dia bagi glamour sikit. Budak bernama Haziq nie sekarang dah besar. tak sangka dah sekolah. Tahun depan pon dah nak masuk lima tahun. Bermakna sudah dua tahun Haziq bersekolah. Setakat nie masih lagi belum pandai baca dan mengaji. Banyak main ini budak.
 Ini ketika balik dari sekolah. satu hari belanja RM 1. Tengok,budak sekarang punyalah mewah. saya kecil-kecil pun tak dapat macam nie. Tapi nak buat macam mane. Beli hotdog/nugget saje dah RM 1. Belum lagi air satu kotak RM 1 juga. Bengkok meliuk-liuk lah mak ko nie. Nasib bapak baik.puji skit. nanti hari-hari dapat duit hehehe Bagi duit hari-hari dapatlah budak kecil nie beli bagai semua. Cuma sekarang nie dia dah malas bawa duit..haaa bagus. Katanya tak nak kawan minta duit kat dia...katanyalah. aPa-apapun  boleh berjimat. Itu dalam plastik tu adalah aiskrim Malaysia. tau tak aiskrim Malaysia? yang aiskrim yangikat bunjut kat atas tuh. ada perasa sirap, sarsi,  teh...(ada ke?)...Seringgit, dapat tiga batang. Syok tu. Dah lama tak jumpa aiskrim nie. Kalau dulu, masa saya kecil-kecil sebatang dua puluh sen je. sekarang dah naik tiga puluh sen lah sebatang.. Kira oklah tu. Naik, jangan tak naik. Lama-lama semua menaik melambung. Adush.
 naik kereta..slow-slow ok. kang tertinggal plak punggong kat belakang tuh.

        Dan tutup pintu. "Baik-baik,nanti tersepit plak tangan tu. Malas aku nak layan ko menangis". Itulah ibu ye...membebel tak siap-siap. selamat....selamat jalan pulang ke rumah.
nie dengan uniform sekolah yang hanya dipakai setiap hari Khamis. Setiap khamis ada senaman di sekolah. so, kenalah pakai t-shirt. nanti nak main baling-baling bola susah pula.Tapi apesal budak nie makan KFC??sebab tetiba balik dari sekolah dia cakap lapar dan nak makan KFC. Boley pula cakap kat sekolah tak makan. Kesian pula, jom lah makan. 

senyum kambing. Puas hati dapat makan sedap kan. Sekarang Haziq sudah semakin kuat makan. tak macam dulu susahnye nak makan. Tengok pipi dia dah tembam. Bagus satu peembangan yang baik okey. Tak lah bosan tengok timbang tuh asyik dok kat situ je berat. Tapi kalau aku yang naik, dah rasa macam penimpang tu penipu..wawawa...