Memaparkan catatan dengan label CATATAN PERJALANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN PERJALANAN. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2014

I-City Misi Mencari cinta..

Ini cerita beberapa minggu yang lepas,seminggu sebelum wedding uda hahahaa ko mampu nak simpan cerita sikit punya lama. Saya memang mampulah memerap cerita yang dah basi ni. Tajuk kat atas tu pulak bukan main hot lagi..tapi suka hatilah nak tulis ape pon tajuk tu. Bila dah blur cam tulah jadinye. Mengarut. Sebelum cerita ni masuk tong sampah, moh le kita tengok kisahnye.
Alkisah bermula disebabkan UncleBad nak berjumpa sorang member ni dan kebetulan kitaorang janji kat Shah Alam. Lepas tu planning esok tu dia nak pegi tengok-tengok rim kereta kat Puchong maka, terjadilah jalan-jalan tak dirancang ni. Layankan je..Kitaorang kan tuli sikit bab jalan kat KL ni. mau habis minyak satu tangki kalau buat pandai je. jadi untuk selamat keadaan, kita guna kan waze. Memang terbaiklah. Tak sesat u olls. kalau tak mesti haru.  UncleBad pulak jenis tak cool bab cegini. mula cuak semacam. dekat dua puluh kali rasanya dia tanya kalau nak masuk simpang tu. dari orang cakap belok kiri dia pegi ke kanan..nasib dapat wife yang penyabar macam ai u ollsssss...huhuuu
okeh-okeh jom dipendekkan kisah,lepas jumpa friend terusla ke I-City. Orang dah berjuta kali kot pegi kitaorang baru nak sampai. Jakon kejap masa sampai tu.Rupa nya I city ni bandar yang berwarna warni dengan lampu ye. Saya yang lampi ni ingatkan just tempat mandi manda dan tempat rumah salji je rupanya memang penuh dengan segala macam benda dan lampu dalam tu ek. ui...dasat..ko datang bawa duit je lah sebab semua tempat yang nak masuk tu..kena bayor okey. Kejong kaki mak ni..



Ambik gambar dulu kat sini.. Macam kebun sayur pon ade nampak dalam gambar ni

Okey, sebelum masuk tengok dulu rate ni:

Harga tiket masuk ke i-City Shah Alam:
6 pagi – 6 petang : RM 1.00 ( 1 kenderaan)
6 petang – 6 pagi : RM 10 ( 1 kenderaan)
Di sebabkan kitaorang masuk dah malam, tiket untuk kereta adalah RM 10 gulp...telan air liyor.
Mula-mula terus masuk sini. nak sejuk-sejuk sikit dan Haziq yang terlebih excited tak sabar-sabar masuk sini.

Harga Tiket Snow walk I-City

                                                 Dewasa            RM 25 Seorang
                                               
                                                Kanak-kanak     RM  20 Seorang 
                                               
                                                Sewa boot          RM 10
                                           
                                               Sarung kaki di sediakan RM 20 seorang (deposit dikembalikan)


Masa ni kat depan pintu masuk. Tak sejuk lagi ni..Hafikh pon tak pakai stokin lagi

Sampai dalam dah sejuk gile. saya rasa dah macam taufan musim salji nie. Haziq cakap sejuk..Apelagi kitaorang keluar semula untuk sewa boot. Mula-mula Haziq tak nak pakai boot bila dah sejuk barulah terhegeh-hegeh nak pakai pulak.



Nasib si kecik ni okeh je. tak nangis bagai kalau tak haru juga. Dah bayor mahal-mahal keluar awal sangat. rugi gitu.







okey..ini bukan dalam snow walk lagi. Ini dalam rumah hantu ape ntah. Nie Haziq masuk dengan ayah dia je. masuk seorang rm 15.


Masa nak masuk beriya sangat, bila sampai dalam UncleBad cakap Haziq dah takot sibuk ajak keluar cepat. Habis kena bebel dengan ayah..









Tengok je lah gambar sebab dah banyak lupa ape nama tempat yang kitaorang masuk tu. Sebelum keluar, kitaorang pekena chicken rice shop kat dalam tu. Kat dalam tu ade banyak juga kedai dan fast food.. KFC pon ade. so lepas main-main dalam tu, makan terus kat dalam tu juga. Kalau tak cukup duit, tak pe ATM ada di situ huhuuu..


old Town pon ade... Tengok burung-burung tu...macam terbang ke bangunan tu je...sweet.

Malam tu kitaorang tak terus balik sebab UncleBad nak meneruskan misi ke Puchong esok kan. Jadfi kitaorang pon check in hotel ini...evely kat Putrajaya. Hafikh masa ni dah tak menyedo dah. Kalau perasan, Hotel ni lah tempat ahli keluarga kapal terbang MH 370 berkampung kan.  Dikesempatan ini pon saya nak ucapkan berbanyak bersabr dan tenag kepada ahli keluarga dan kenalan yang terlibat dengan tragedi ini ye.  Semoga Allah akan permudahkan segalanya.


Hotel ni best sangat. luas dan cantik. kItaorang redah je check in malam tu. Memang banyak kosong. Harga untuk standart room ni, rm 140 semalam tanpa sarapan pagi ye. Kitaorang saje tak nak ambil sarapan sebab memang plan pagi tu nak pegi makan kat Alamanda je sebab hotel ni betul-betul sebelah Alamanda.



Ini gambar terakhir yang sempat ambik sebelum Hafikh meragam.  Ni kat Alamanda. Sangat tension masa ni sebab Hafikh tetiba mengamok. Tak taulah nak ape. Masa ni pon di belum pandai jalan. Kalau tak biar kan dia jalan senang sikit. Agak-agak ngamok je, lepaskan jalan hahhaa..

Selasa, 18 Disember 2012

Shopping


Kejap je dah nak habis cuti sekolah kan. Rasa macam baru je start cuti. Bermula dengan Haziq sunat dan seterusnya hantar dia pegi kelas asas Jawi dan membaca Al- Quran, dah tinggal dua minggu je lagi buka sekolah. Tahun nie, Haziq dah masuk tahun satu bermakna, sudah bermulalah keseriusan saya dalam pembelajaran anak. Dulu bukan tak serius tapi masih lagi boleh malas-malas gitu..mak ko nie memang pemalas Haziq dan mula tahun nie, saya dah start cari tempat tusyen yang terdekat dan okey untuk Haziq.  Haziq memang perlu untuk kekelas tambahan. tapi bukan semua subjek lah mungkin saya boleh lebihkan pada subjek matematik dan Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris dan sains...mane-mana yang saya rasa perlu lah. Yang lain tu rasanye saya masih terror lagi huhuuuu...macam 'good2 ' je saya nie.  Keperluan hantar kekelas tambahan nie saya rasa sebab Haziq nie banyak main . Kat rumah, nak kena paksa dan gaduh pusing satu rumah baru dia nak study. sungguh memeningkan. Dan satu yang saya perasan, dia suka study ade kawan. Mungkin itu lebih buat dia lebih relaks atau lebih memberi tumpuan sebab ada perasaan untuk berlumba. Dan saya pun dah mula risau takut tak boleh nak fokus, sebab bulan febuari saya dah ade baby.  Yes!! saya sudah tujuh bulan mengandung dan Alhamdulillah kandungan pada kali ini bayi saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Syukur sangat. Doakan yang baik-baik ye untuk saya dan baby.
Berbalik pada Haziq, saya dah mula beli baju sekolah untuk dia dan peralatan sekolah yang lain. Untuk permulaan, semua saya beli dua pasang. Baju, kasut, seluar, semua saya beli dua pasang.  Jika ada keperluan, lepas dah masuk sekolah, mungkin akan tambah lagi sepasang baju.  Maklumlah ahkak nie kadang-kadang, bila dah tersebuk dan kepenatan, baju sekolah pun tak sempat nak basuh hari-hari.  gitu lah kan...orang dah keje nie...hahaaa..itu satu alasan sebenarnye. Okeh, weekend hari tu gie Sogo...wah!!Sogo okeh..KL okeh..gile gigih saya panjat bas dan jalan sampai malam. Cari hotel dekat-dekat situ je sebab memang target nak shopping saja.  mula-mula plan nak naik keretapi. saje kan nak bawa Haziq naik keretapi. Dah lame tak naik keretapi tapi frust sangat sebab tiket dah habis. so, naik bas. Sampai kat TBS, terus naik LRT pegi ke Sogo. Pandai tak pandailah kitaorang tekan tiket kat mesin tu. pastu siap dah tersalah train..bile perasan tengok dah sampai Bukit Jalil..dah nak kemana pulak. Turun semula dan pusing naik train satu lagik...sengal tak sengal lah bahu bawa beg galas semua. Ape pun semua tu pengalaman.  Kali nie pegi pon berlima je dengan My hubby yang sporting kali nih, Haziq, Mak mentua dan Aja (adik ipar). Mak mentua ai, memang kaki shopping. Pusing-pusing satu Sogo memang dia redah je. Dan saya pula, memang gagah kan diri untuk berjalan. Tengah sale nie lah nak beli kan. duit je lah standby. lagi pun lagi dua bulan dah tak bleh jalan. Dah ade baby dan kalau nak gile shopping macam nie pon kena pikir dua, tiga kali sebab sian kat baby dan saya pon rasa tak terlarat nanti... ini pun tak sedar diri, jalan bawa badan pun sampai tak larat, bile malam dah sakit pinggang. kaki dah kebas tetiba rasa nak demam..nasiblah UncleBad tolong belikan panadol.  Malam, semua tido mati.
Mula-mula sampai, saya jalan sendiri dengan mak mentua. Haziq jalan dengan ayah dia..yahoo, seronok haahaa bila dah beli semua, baru perasan yang paling banyak shopping adalah Haziq. Punyalah baik hati ayah dia belanja semua. Beli baju tido, mainan tak tinggal semua mainan transformer. sejak dua menjak nie dia gile dengan transformer. Hari2 tengok CD tranformer. sampai nak pasang wallpaper kat bilik pon nak cari Transformer..tapi tak pasang pon. Kat segamat nie manalah wallpaper yang cecanggih macam tuh kan.  Setakat gambar bunga-bunga biasa tuh adelah. . Baju sekolah dan kasut pon dah siap beli. Habis satu part. cuma tinggal nak belikan baju sekolah agama. Tunggu bonuslah pulak kan. Banyak gak UncleBad keluar budget, gegel sey.. tapi terima kasih sangat-sangat sebab sporting bawa jalan-jalan, melayan kitaorang dan yang penting belanja kitaorang hahaa.. best kan. Sesekali melayan mak buyong nie. Tak pe kan... bukan selalu.  Balik, naik kereta pulak.  Bapa mentua saya datang keesokanya. Penuh ko satu bonet. Dah lepas nie dok diam-diam kat rumah. Kumpul balik duit penuhkan satu tempayan baru boleh jalan semula.

sampai je terus gie makan. masa nie tengah tunggu makanan sampai. possing dulu



Haziq dan Mak aja

Dah tak tau nak makan ape, UncleBad belikan saya nasi ayam penyet. boleh lah bedal je. Dah lapor sangat. 

Nie gambar dah penat berjalan. 


Tranformers


Lepas mandi

Gangnam Style..nie kat Mahkota Perade Melaka..ambik nak, Lepas KL singgah Melaka jap tuh.


masa balik singgah Melaka jap...jalan sangat. Ko mampu??haaaa ..nie gambar dah penat tak sabar nak pelok bantal.

apepon gambar yang lain-lain tak sempat nak take. punyalah seronok berjalan, terlupa nak ambik gambar.  Si UncleBad macam biasalah...tak sporting bab bergambar




Sabtu, 11 Jun 2011

Tioman

Entry nih sebenarnya nak display seminggu yang lepas tapi simpan dulu sebagai draf.  apepun baca jerk lah ape yang tertulis nih.


Ini kisah gumbira pada cuti sekolah. awal2 cuti 29 .mei hari tuh, kitaorang sekeluarga dah berjalan dulu.  Lokasi Pulau Tioman.  Memang best ar tempat nih.  Air jernih. Nampak bagai ikan dalam laut. Tak payah snorkling.  Yang tak tahan nampak ikan todak lagi...jangan ko terbang dah lah todak.  Tetiba teringat cerita Singapura Dilanggar Todak.

Ini aksi bukak baju dihari pertama.  Budak nih memanglah hantu air kan.  Pagi-pagi buta dah nak terjun laut...oh tidak kuasa...sejuk wei.


Dah siap bawa pelampung, penyodok pasir semua import dari Muar.

Tengok ayah ko juga yang kena layan...cari barang semua.  Ibu malas.  Nak cuci-cuci mata jerk ditepi pantai.  Perut pun dah terboyut macam pelampung...

Pemandangan di jeti.  Trip nih, adalah trip bersama rakan pejabat suami saya.  Kitaorang ambil pakej bermalam di Salang.  Ada banyak jeti dan penginapan yang kita boleh pilih tempatnya.




timba air buat istana pasir....mainlah puas-puas.

Rakan-rakan seangkatan ayah Haziq.


Main sorang-sorang jerk....macam nih lah orang tak de adik beradik..masa nih kat pekan Tekek. Cari barang sikit.

Muka merah kena gigit ape ntah..


 Atas bot


Gambar bersama setelah mandi dan basah bersama.muahahaaa...Akhirnya,  ibu pun terjun laut juga setelah tak tahan di kutuk oleh uncle Bakhtiar dan boboiboy Haziq hehehhee


Ahad, 16 Januari 2011

MANDI DAN MANDA DAN MAIN...

Tengok tajuk, pening sebab nak berbelit-belit tapi tak terbelit. Episod gumbira ini bermula apabila cuti hari hol Sultan Johor tak de buat ape-ape, jejalan lah. Disebabkan semua orang kerja cuma orang-orang Johor je cuti makanya sukalah nak jalan. Nak jalan jauh sebab cuti satu hari jerk iaitu selasa minggu lepas so, jalan dekat-dekat aje lah..manelagi...SELAMAT DATANG KE NEGERI MAJU 2010- MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.Wah! punyalah besau tulisan. Sabau-sabau k.
Ingatkan time cuti satu hari tuh tak ramai orang tapi mak oi, tak terjangka ramai sungguh yang datang. Tengok kat tempat parking...semua flet Johor. Sah, semua orang-orang dekat-dekat sempadan nih..kalau tak Muo, Segamat, Ledang..mesti adenye..termasuklah saya. Syok jerk cerita, kat mana ye kitaorang pegi. ??


Melaka wonderland je. Tak jauh pun. Dalam Malaysia jerk..Tempat nie baru jerk buka. Terletak di Ayer Keroh Melaka.

Haziq masuk dengan semangat yang berkobar-kobar.

Sebelum meneruskan xpdc, beli tiket dulu. Tiket untuk dewasa RM 26.00 dan kanak-kanak bawah empat tahun RM 20.00. Itu hari biasalah. Weekend rasanya lagi mahal.

Bila nak ambik gambar tetiba mamat nih lari kat saya...apesal nih..

Oh..nak ambik kan gambar ayah dan ibu yang buyong nih..tq Haziq nasib gambar jadi. pandai kamu.

Tempat tukar baju sebelum masuk dalam.

okeh, disebabkan tak de adik -beradik..main sesoranglah anak aku. Kesian..

Cubaan untuk membuat terjunan..dia nih penakut juga sebenarnya.puas pujuk baru nak cuba.

Haziq dah mula cuak.bila nak sampai nih..

Nasib ayah dapat sambut.tq ayah..

Bila dah takut main terjun-terjun...dok bawah air hujan je lah..

 Ayah dia tuh pun takut juga tu..jangan tak tahu

 Tengok...takut.

Terjunan kedua

hehehee...selamat dah.

dan setelah bermandi manda kat atas...turun bawah mandi pantai pula. Ombak dia kuat juga. macam kat laut betul plak rasa.

ambil gambar dengan maskot nih...dia tak takt. suka lagi.

Ok tamat masa...jom balik da...