Isnin, 18 November 2013

Ulangtahun Perkahwinan Ke Lapan.

Hari ini...hari ini adalah ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 8..Mok cik dah tuo. Ha, Haziq pon dah 7 tahun. Kejap je masa berlalu. Dari tak de apa-apa kini dah ada apa-apa..dari kecik kini dah besau, dari muda kini sudah tua..hehehee..macam comell je, macam cantik je..dah macam ayat nak makan penampar pulak. : )
oklah saya tak tau nak romantis-romantis bagai ni dan semestinye kalau romantik kang sesorang je perasan. UncleBad tu silap-silap kata " dah kenapa??". Tadi pagi pon sama wish bagai kat dia pastu boleh pulak cakap hari ni heh tarikh kawen. pastu cakap plak ..lupalah sambil gelak-gelak.. eh, aje nye. Apepon saya berdoa semoga perkahwinan kami akan bahagia keakhir hayat. Sentiasa diberkati Allah, bersama susah dan senag dan diharap kami dapat mendidik anak-anak amanah Allah kepada kami sebaik yang mungkin. Amin.
Sayang ketat-ketat.



Sabtu, 9 November 2013

Vaksin



Wah...dah lame derk tak mengarang. Baru perasan dah lama gile tak mepoya-poya kat sini. Terlupa sebentar dengan blog ni. Sibuk dan malas bersatu tu yang jadi malas kuasa 10...boley??Bila siang memang susahlah sekarang. Nak baca blog lain pon tak tercapai. Tensi mak tau..kan best kalau ade banyak tangan..boleh buat macam-macam dalam satu masa ek..bila malam pula dah penat..tido je lah jawabnye. Dah sekarang kena tulis dengan pantas sebelum si kecil bangun.
Alkisah dua minggu lepas,pegi bawa dua anak kesayangan ke klinik pakar kanak-kanak. Hafikh selalu demam dan Haziq pula kena semput. Haziq yang sihat walafiat tu sekarang dah mengidap semput okeh..dulu tak de tapi awal tahun ni lh baru dapat. Dia akan semput atau asthma ni masa batuk.kesian ahkak tengok dia. UncleBad yang cool tu pon dah risau giler.
Ok tu kisah Haziq.
Pernah dengar tak pneumokokal? Penyakit ni disebabkan oleh bakteria pneumokokus. Saya pon tak tau pasal penyakit ni dan ramai yang tak tau tentang kewujudan penyakit ni..Saya pon asalnye Hafikh sebelum ni kerap demam. Elok sekejap,pastu demam balik pakej lengkap selsema dan batuk.
Kawan UncleBad cadangkan dapatkan suntikan tambahan. Vaksin ni memang tak de dalam jadual suntikan yang kita selalu ambik kat klinik tu

ini  jadual imunisasi yang biasa kita ambil kat klinik.

Sedikit info pasal penyakit ni ia biasanya ditemui dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebabkan oleh batuk atau bersin. Penyakit pneumokokal nie sangat serius dan boleh mengakibatkan kerosakkan otak, kehilangan pendengaran dan kematian...Macam seram kan.. okey lagi...Siapa yang perlu dilindungi dari penyakit ni adalah

  • kanak-kanak bawah umur 5 tahun
  • kanak-kanak yang tinggal kat taska
  • mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
disebabkan Hafikh dok kat taska, kenalah ambil vaksin ni Vaksin ni boleh ambil dari umur seawal 2bulan. Macam Hafikh dah 8 bulan baru ambik sebab kitaorang dapat tau lambat.  Ade 3 dos kena ambil. satu dos rm 250 lah tapi tak tau harga tempat lain. nanti bulan depan kena ambil lagi dan last sok masa umur dia setahun baru ambil lagi sekali. Memang agak mahal tapi sebab ia pun penting, pejam mate je lah.
Itu anatara info yang saya dapat kalau nak tau lebih lanjut sila google sendiri...ai kan pemalas nak menulis panjang lebau nie..
Kitaorang ambil vaksin ni kat klinik precious baby klinik kat Segamat tak de pakar kanak-kank so, pegilah Melaka. sambil tu boleh jejalan. okeylah jom dapatkan vaksin nie..mencegah adalah lebih baik kan


Published with Blogger-droid v2.0.10