Sabtu, 28 Ogos 2010

MEH, LAYAN JAP

Pagi-pagi nie, lepas sahur, lepas subuh nie hehee macam baik je aku nie..saya nak cerita tentang sesuatu yang menjadi kerajinan sekarang nie. bulan-bulan puasa nie...ye kerajinan saya yang tak terhingga tentang masakan. Ok, jom segar-segarkan mata tapi tahan nafsu ye sebab akak kepoh nie nak cerita lagi bab makan. Apa yang saya makan ketika berbuka semalam? cis, macam tajuk karangan pula. Kalaulah dulu time SPM tajuk karangan tentang makanan dan makan, confirm saya dapat A++. poyo lah tu dah macam susu formula pula siap ada A++..formula anak bijak,anak bijak hehee... Apalah mengarut pepagi ni oi.bengong.. dah, jom kedapur..
Semalam nie haa, akak nie haa, masak ni haa..berapa banyak nak letak haa ni?sila tengok gambar je lah..

Wah,wah wah, ayam masak kari.letak sikit bendi. serbuk kari import dari Kedah tau. sedap juga rasanya hehee puji diri sendiri nampak..tak nampak-tak nampak..

ada nampak macam ikan tak siap tak..apa ada?, memanglah... ini ikan sadin ok. takde kepala ikan dah. tu yang tepi-tepi tu bukan lobak ok..itu kentang. kira nama masakan nie sardin kentang masak sambal..boley gitu?

ini pula telur dadar ropol-ropol..hahaa..yang penting kena habiskan sampai muntah hehee..

dan yang ini...

VVVVVVVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVVV

VVVVVVVVVV

VVVVVVVVV

VVVVVVVV

VVVVVVV

VVVVVV

VVVVV

VVVV

VVV

VV

V
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


korang dah ada ni tak...?..belum kan..DODOL..ye dodol dimakan bersama sambal cicah pula dengan tempoyak dan makan bersama nasi panas-panas..wah sedap gile confirm....pening terus pengsan...hehee.Pesanan penaja..aksi ini tidak boleh ditiru dan diguna pakai. dodol nie sebenarnya husband bawa balik. entah sape ntah bagi dia kat pejabat.kiranya dah boleh jadi kuih raya lah kan..

dan kek buah nie memang sedap. Ini pun suami saya bawa balik. dah dua dah kuih sponsor..pelik juga ye kenapa pula mamat nie dapat kuih free...nape aku tak dapat? nak kata tokey kedai bukan..nak kata ALONG pun bukan tapi kenapa yek???ko sape, aku sape shikin...boleh tak kalau buat ayat macam tu..meh sini jap, nah ambik.. dush...berdarah hidung ko pegi klinik sendiri hehee.
Apapun ini sumbangan belas ikhsan sebenarnya..hehee..mungkin muka laki saya, muka kesian kot.(Kak lin, sila jangan gelak. saya tau awak pun tau hehee).Selamat sudah. Habis.








Khamis, 26 Ogos 2010

Berbuka Dimana??

Setelah beberapa hari tak menjengok ke dapur, semalam kembali semula menjadi mak-mak. bukan sekarang pun dah mak orang ke?tolong jangan perasan.. korang buka ape? buka kat luar ke?atau makan maggie je..walau apapun cara dan dimana berbuka, kita masih lagi dapat berbuka dengan aman dan damai kan ?Alhamdulillah dah macam iklan radio lah pula hehee..ape yang saya masak semalam? biarlah rahsia kerana... hehee.tak,tak,tak nie nak ceritalah nie. cerita tentang masakan kita.
Dengan bangganya, saya mengumumkan telah memasak ketam siput sedut. syahdu gitu. Kenapa syahdu? kerana dengan gelabah dan tunggang langgang mengetuk hujung siput sedut tu..hish, punyalah penat.sakit pinggang belakang. Nasib baik tak puasa lepas buka ada orang tu cakap sedap hehee..bangga kembang-kembang. memang tau pun sedap poyo seh. Kat Muar nie memang mudah dapat siput sedut. Pegi je kat pasar satu plastik RM 5 sahaja. Kat tepi-tepi jalan pun ada orang jual..mula-mula dulu tak pandai pun masak siput nie siap geli lagi bila nak 'ngeje' kan dia sebab siput tu kebiasaanya hidup lagi. pastu berjalan-jalan sampai atas sinki..macam seram je..tapi sekarang dah terror gila hehee sebab Haziq dan ayah dia suka sangat makan siput sedut, nak tak nak...belajo lah rajin kan...kenapa pula pagi-pagi nie dok cerita pasal siput je ni. Ok cukup..tengok nie

kecur tak? tak kecur? kenapa saya sorang je yang kecur hehee

ni pula, telur ikan masak asam pedas. sebab terlalu memberi tumpuan memasak siput sedut jadinya telur ikan nie tak sesempurna rasa sebab masin hehee telur ikan nie sebenarnya, ayah Haziq yang beli..terajin pula dia bawa balik telur ikan nie..tengok-tengok macam sedap tapi lepas buka, masin. nasib baik ada siput sedut hehee..
 
Ini hidangan terakhir semalam. Bubur lambuk yang dibawa balik oleh ayah Haziq. sumbangan masjid besar Tangkak.hehe. Jadi semalam saya hanya masak satu lauk je. sebab tu sedap siput sedut aku heee
Lagi satu, tengah suka guling-guling nie kat pejabat sebab semalam diumumkan dapat bonus RM 500. Terima kasih ye Dato' Najib sebab memahami kehendak naluri saya kakitangan kerajaan ni. Jadilah kan. Harap-harap bayar selepuk..sedap sikit nak membeli hehee..mentang-mentang anak tak ramai sekolah boleh lah cakap cegitu. tak pe hujung tahun harap-harap dapat lagi, lagi dan lagi  hehehee.. 





Rabu, 25 Ogos 2010

Dah lama tak cerita bab makan dan jadi chef ye sebab, sebab banyak sangat memenuhi undangan berbuka puasa..hehee mana ada..acah je. ramai sangatlah orang nak jemput berbuka. Kakak-kakak ku ni pun diam jerk tak de nak kecoh-kecoh buka kat hotel atau kedai mamak ahaks bukan,bukan,bukan.. kat restoran-restoran ke atau papa-apa lah kan janji ada orang bayarkan..hihihiii..poyo. Rasanya sudah empat hari tak masak kat rumah. weekend berbuka kat kampung lah kan..dua hari lagi tu makan kat luar je sebab Haziq tak de. Kemalasan pun menjelma sudah. Tapi petang semalam si haziq tu dah balik jadi hari nie bercadang nak masak untuk berbuka. Nak masak apa tak pikir lagi...
Hari nie nak cerita tentang dak haziq lagi. Cerita pasal membeli mainan. Ye, semalam boleh pula dia pow ayah dia. nak beli mainan. sebelum supermarket tutup, terpaksalah ayah dia ni menunaikan zakat janji petang tadi. hahaaa...pening lor..ingatkan dah pukul sembilan lebih tu dia dah lupa tetapi tidak.aje boleh pula ajak keluar minta mainan. so, dengan langkah longlai sebab tak gaji lagi  layan kan je lah..
Yang tak tahan tu punyalah lama dia pilih mainan. tup,tup dia pilih mainan harga berapa tau...RM 120. Gile apa nak beli nie. Wah siap nak merajuk bagai budak nie. RM120 tu kalau beli baju raya, kurang-kurang dapat dua pasang. Tak sanggup ah... akhirnya setelah ayah dia bising-bising jap terus je tunjuk mainan yang lain. Harga pun murah sikit. Murah-murah pun RM 59.00 juga ayah dia kena.. hehee nasib baik hari nie gaji.

punyalah lama memilah...

inilah mainan yang dia nak..balik dah nak kena pasang kan pula.








Isnin, 23 Ogos 2010

Macam-macam kisah

Hujung minggu yang lalu, selain dari beli baju raya Haziq, aktiviti lain adalah balik kampung saya di Gemas.huhu suka sungguh dak Haziq nie.sibuk cerita nak petik rambutanlah. nanti kena gigit kerengga lah. macam-macam lah mamat nie. Beli baju pun sekarang sudah lebey dari ibu. Ye, dah besau rupanye dah Haziq ni. Dah ada citarasa sendiri, dah ada impian sendiri..alamak dah tua kah aku. tapi bagus juga, ada pendapat dan pandangan tapi malas nak layan bila time ngada-ngada datang..semua tak nak. Beli baju nie pun sebenarnya tak dirancang. Petang jumaat lepas habis keje tu, si saudara Bakhtiar ajak berbuka di Melaka. Last minute baru ajak..nasib tak masak lagi.tau, sebenarnye nak ambik hati sebab dah dua hari tak buka dengan kitaorang bukan,dengan saya sebab Haziq tak puasa..bukan sebab merajuk tapi sebab en abang sorang nie berbuka dan terawih dimasjid tempat dia berkerja.. so, nak ambik hati punya pasal hari jumaat bawalah kitaorang jejalan  di Melaka. Tu yang lepas makan gie shopping jap. Tak lama pun bukan nye ada gaji lagi kan hehee..
Ok cerita balik kampung pula, nak tau, disebabkan terlalu bestnye dok kat kampung tu, boleh pula si Haziq ni tak nak balik..eh, budak nie ada ke cegitu..ko tu dah lah sekolah kan,kan,kan tapi disebabkan ayah dia dah bagi line, apa saje kata-kata saya dah tak laku,dah tak pakai..geram sungguh tengok kan si arjuna ku yang sporting tak kena tempat nie. boley tak ayat macam tu...geram juga tapi, suka hati lah Haziq..ko memang suka nak bagi ayah dan ibu honeymoon ye...honeymoon makan asam..ada ke pula gitu hehee.
apa-apa pun dua hari saje diberi. Lusa maybe atok anto smpi pejabat ayah. minggu nie kena sekolah juga sebab lagi 2 minggu dah cuti. Dan saya balik dengan duka lara bersama suami...huhu..
dan inilah makanan yang dicuri disedekahkan oleh mak saya. thank u mother

rambutan yang menjadi kegilaan Haziq

kerepek pisang ini pun menjadi kegilaan Haziq dan saya. Ini kuih raya yang dah siap awal..alamat nya belum raya, kuih dah habis...

dan sempat lagi minta buat muka toya jeruk kedondong nie..pergh, nie yang best..jangan sakit perut sudah le.






Jumaat, 20 Ogos 2010

MAKAN,MAKAN DAN LAGI MAKAN

Masiih lagi nak bercerita bab makan tapi bukan makan lepas puasa tapi nie kisah makan kenduri sebelum puasa hari tu. Kira confirm dah jadi darah daging hehee..Lama dah cerita nie tapi disebabkan tak de idea dan kekurangan mood untuk bercerita kat sini, terperap ajelah dalam otak huhuhu.. hari nie  tengah rajin sikit bukan selalu akak rajin ye.. so, dengarlah cerita ku ini.
bermulalah kisah...(versi syair ) tak jadi-tak jadi...cerita balik bab kenduri kahwin nie, majlis nie adalah majlis sepupu suami saya. Pegi pun sebab menggantikan mentua saya yang tidak dapat menghadirkan diri. so, pegilah bersama dengan keluarga kakak ipar saya. Kira jejalan yang terakhirlah sebelum kakak ipar saya nie balik ke Columbia hari tu. Gambar-gambar pun banyak diambil dari kamera kakak ipar saya ni. Thank u lah kak long sebab sudi mengemail  gambar-gambar yang cantik-cantik nie. jom follow



Persandingan antara mohd khidir dan Faezah

upacara memotong kek. Majlis bermula sekitar 8.30 malam di Dewan Sime Darby.

sedapnya adam makan. makanlah ye..kat Colombia tak de sup tu. Suruh mummy masak baru dapat.

Artis undangan yang hadir. siti Nurhaliza. Menyampaikan tiga buah lagu. Tapi tak ingat tajuk  adus..rasanya ada satu lagu yang dia nyanyi masa dia kahwin dulu.

Budak-budak nie bergambar dengan Mr President Metrofulus..Korang rasa cerita ape tu..

Ibu, ayah Haziq..lebar seh gambar nie hahaaa...coverline untuk diri sendiri

Dan rasanya dalam kamera nie, saya semakin lebar...haaa selamatkanlah. harap-harap lepas puasa dah menipis betul ke ayat tu???Ini gambar bersama pengantin.

Undangan perkahwinan... besar gile kad nie ko..

Inilah antara barangan cenderamata yang kita orang dapat.

cermin dan sikat..ye, boleh bawa kemana2.
Ok lepas tengok gambar nie, korang rasa sepupu suami saya yang lelaki ke perempuan ? ape malas nak jawab..meh sinilah saya jawab kan..yang lelaki tu lah sepupu suami saya. Ok habis..nak gie masak gheee rajin nye aku..jom kedapur.




Khamis, 19 Ogos 2010

KARIPAP ROTI SARDIN

Bulan-bulan puasa nie, pagi-pagi tak de keje lain asyik nak cerita pasal makan. Dengan hujan lebat pagi-pagi nie..membuai perasaan.huish, mengarut lah. Ok seperti yang dijanjikan, semalam kekonon nak cuba resepi baru kan.. resepi yang dicilok daripada harian Metro semalam. Disebabkan kacang goreng maka jadilah karipap roti sardin saya semalam. Hu, suka betul dak Haziq makan. Memang kecur...adui, pagi-pagi dah mula nak pikir-pikir makan. Nasi sahur pagi tadi pun tak keluar lagi hehee..ah ko memang macam tu shikin..makan je lah tak siap-siap..
Jom mari sini akak nak ajar buat karipap spesel nie..mesti korang terpukau dengan hasil kreativiti yang dicilok oleh saya ni. Mula-mula buka kitab dulu, baca bismillahirramannirrahim..ape gelak-gelak betul ape kan kenalah baca bismillah dulu ..ade ke orang gelak? bahan-bahan yang digunakan senang je. Beli roti, sardin, limau dan bawang. senang je kan. Ok korang potong-potong dulu bawang..kemudian campurkan dengan sardin. Sardin tu ambik isinya sahaja. air tolak tepi.

ye..akan jadi menarik seperti ini.poyo nyer...sebelum terlupa perahkan minyak panas, alamak gile kentang ape..sorry..letakkan perahan limau.
Ini dia limau yang telah dihiris. ok, perah kan aje..senang kan.rajin sungguh ambik gambar sambil masak kan..macam majalah masakan lah pula.boleh gitu?

Lepas tu gelekkan roti jadi kemek sampai macam nie. Ala, lagi senang je..bukan susah pun. Bagi yang tak de penggelek, pakai je cawan ke ape janji kemek roti tu...

Buangkan bahagian tepi roti

sebelum tu, buat pes tepung ok.ini untuk diletakkan di tepi roti supaya tidak terbuka ketika goreng nanti. pusing,pusing,pusing..

Buat macam nie ye...dengar nie cikgu ajar, jangan main2 ha..

selepas gulungan siap, gunakan garpu untuk menutup tepi kiri dan kanan roti. Paham tak ? ke cikgu cakap macam pening..

Setelah dengan gigihnya mengulung dan menggoreng sampai basah ketiak, inilah hasilnya. sedap.. puji sendiri je lah heheee.
Rajin kan sya sekaang nie auwww... dan semalam inilah juadah istimewa yang saya masak disamping lauk-lauk ini

ayam masak kari dan

sambal jawa. Ada ke yang nak resipi nie hehee
 Korang rasa pecaya tak saya buat semua nie..pecaya kan. Penat tu memasak. Nasib baik pejabat denga rumah tak jauh. so, bolehlah balik dengan kadar segera. Cuma hari nie tak tau nak masak ape...



Rabu, 18 Ogos 2010

LAYANKAN

Masih lagi nak bercerita tentang makan dan masak, erm...cuma kisah masak makanan Haziq time bulan puasa. Hari tu kekonon nak ajar dia puasa separuh hari tapi so far tak menjadi lagi. Ada ke puasa dia cakap tak boleh makan tapi boleh minum poyo je Haziq nie. Apa-apa pun malas nak paksa sangat. Layan je dulu cewah psiko nampak ibu nie ye..
Time puasa nie, ada lagi satu tugasan yang bertambah iaitu kena masak makanan untuk Haziq bawa bekal ke  sekolah. Yelah, mana tahan mamat tu, dia sorang je tak bawa bekal, orang lain bawa mestilah dia tak puas hati kan.. so, masaklah ala kadar sikit bila lepas sahur tu. cempak-cempak je heehehe macam terror je.Kantin sekolah tak buka jadi terpaksalah ibu-ibu nie buat breakfast untuk anak-nak ye. Hari nie dan semalam hanya bekalkan Nugget je untuk Haziq. Ini memang tahap malas sangat. Tapi tak pelah makan aje ye Haziq jangan banyak cakap. Kalau dah malas gile tu, bawa aje roti ke sekolah tapi biasalah dak Haziq nie bukan nak sangat makan roti-roti nie tu yang boring. Kalau boleh hari-hari nak makan mee goreng.. boley gitu?? hari-hari mak ko ni nak kentang-kentong kat dapur pagi-pagi buta. Mak saya pun ada cakap, budak-budak memang suka makan mee. Dan kerana nak suruh dia makan, layan jugalah tapi bukan hari-hari. Lebih tu.  Catatan kali nie tak disertakan gambar sebab tak tau lah kenapa tak boleh nak masuk kat entry nie. error je pic tu bila nak download...ke aku yang tak tau nak masuk kan sebab format baru. petang nie nak try satu resipi baru..roti karipap sardin. dapat resipi kat harian metro tadi. Nanti tengok ye jadi ke tak resipi ni. hehee

Selasa, 17 Ogos 2010

INNALILLAH

Kembalinya rakan saya yang sentiasa dalam ingatan ke Rahmatullah pada pukul 3.00 pagi tadi. Mohd Nizam Bin Yusof. sesuatu yang tidak disangka setelah diberitahu tentang kesihatan yang semakin pulih oleh isterinya beberapa bulan yang lepas rupanya tidak seperti yang saya sangkakan. Itulah ketentuan Ilahi. al Fatihah.. Ini adalah artikel yang lepas mengenai arwah klik sini




RAJINNYAAAA....

Setelah beberapa hari berpuasa, berapa hari? satu,dua..ye tiga hari bukan-bukan tujuh hari dah seminggu rupanya berpuasa..saya baru sekali pegi ke bazar ramadhan. itu pun beli makanan untuk Haziq..ye bagusnye ibu Haziq nie hehee...sebenarnye malas. Malas nak parking, malas nak bersesak-sesak dan malas-malas semuanye malas. Lagipun banyak membazir bila pegi bazar Ramadhan nie...bagus nye ayat buang-buang makanan sebab tak habis  lepas tu belum tentu lagi makanan tu semua sedap-sedap.bila perut sudah kenyang semua tak sedap..betul tak???silap-silap sakit perut..terberak-berak sebab makan makanan yang dah terbasi. Alamak banyak komen nampak. Memanglah sebab saya kan kaki komplen hehee. Sementara tengah rajin nie, masak je lah puas-puas rasa macam nak belajar masak dengan mama Fina lah...

sambal tempoyak auw sedap bau nya

ayam masak kurma yang macam tak jadi huhuhuuu

dan lagi satu ikan baung masak lemak cili padi tapi gambar tak ambik. Ikan baung 3 ekor my hubby beli dengan harga RM 47.50 huhuhhh mahal gile tapi sebab nak makan beli lah berkilo-kilo.gile kentang...

Ok lah fikir-fikir jap nak masak ape malam nie...lama lagilah nak buka..


 

Isnin, 16 Ogos 2010

CANTIK TAPI...

Terkejut saya dengan pendedahan oleh akbar berita Minggu semalam tentang produk-produk yang disenarai hitam oleh kementerian kesihatan. Mana tak nya, ada salah satu produk tu saya pernah pakai dahulu. dahulu ye bukan sekarang.sekaran pakai produk lain tapi macam dah start was-was juga. takut-takut merbahaya.

Produk-produk yang disenarai hitam tu adalah kelulusan dari KKM sendiri tapi mereka dapati pengusaha ini telah menghantar sample yang tidak mengandungi racun dan untuk produk sebenar mereka telah meletakkan hydroquinone, tretinoin dan macam-macam lagilah racun-racun durjana ni.

Punyalah kaya raya si pengusaha produk nie tapi menipu.. alahai kesiannya aku heheee. Memang tak beretika langsung. Bagus juga dengan pendedahan berita Minggu ini. Sekurang-kurangnya ramailah yang akan tersedar yang diri telah tertipu. Tak patut sungguh. kepada teman-teman, rakan-rakan berhati-hati lah dengan produk-produk yang akan menyusahkan kita dikemudian hari. Berkat ke dibulan Ramadhan nie menipu sebegitu dan sampai bila kekayaan mereka itu akan membawa mereka ke syurga dunia nie.. Alahai....







Khamis, 12 Ogos 2010

SUPERHERO

sekarang nie banyak sungguh rasanya Haziq baju supehero. memang suka betul dia dengan koleksi baju superhero nie. Terbaru, makLong dia belikan baju Batman. Tak sangka pula maklong dia belikan lagi baju batman tu. sebelum nie dah dua baju dia belikan. Baju ultraman dan spiderman. siap dengan sarung muka lagi. Pening melayan karenah Haziq ne. Kalau sepupu dia, Adam tu beli baju superhero, dia pun nak juga. Kesian mak Long. apa-apapun thank you ye Kaklong. Dan yang paling tak best tu, hari ini, selasa pukul tiga petang, Kak Long sekeluarga akan pulang semula ke Columbia. Nampaknya lagi dua tahunlah dapat jumpa lagi. Masa tu InsyaAllah Haziq dah berumur enam tahun dan Adam dah sembilan tahu. Dah besar.


Dengan bangganya mempersembahkan baju batman tu..

Adam akan memulakan semula waktu persekolahan seperti biasa setelah bercuti selama tiga bulan. Semanya akan kembali seperti biasa dan Haziq pun dah tak de kawan lagi lepas nie. Tunggu lagi dua tahun barulah meriah semula rumah atok. Harap-harap masa tu saya pun dah bertambah lagi seorang anak.hehee...






Inilah dia budak yang suka possing.

Semoga bertemu lagi Adam...