Khamis, 12 Ogos 2010

SUPERHERO

sekarang nie banyak sungguh rasanya Haziq baju supehero. memang suka betul dia dengan koleksi baju superhero nie. Terbaru, makLong dia belikan baju Batman. Tak sangka pula maklong dia belikan lagi baju batman tu. sebelum nie dah dua baju dia belikan. Baju ultraman dan spiderman. siap dengan sarung muka lagi. Pening melayan karenah Haziq ne. Kalau sepupu dia, Adam tu beli baju superhero, dia pun nak juga. Kesian mak Long. apa-apapun thank you ye Kaklong. Dan yang paling tak best tu, hari ini, selasa pukul tiga petang, Kak Long sekeluarga akan pulang semula ke Columbia. Nampaknya lagi dua tahunlah dapat jumpa lagi. Masa tu InsyaAllah Haziq dah berumur enam tahun dan Adam dah sembilan tahu. Dah besar.


Dengan bangganya mempersembahkan baju batman tu..

Adam akan memulakan semula waktu persekolahan seperti biasa setelah bercuti selama tiga bulan. Semanya akan kembali seperti biasa dan Haziq pun dah tak de kawan lagi lepas nie. Tunggu lagi dua tahun barulah meriah semula rumah atok. Harap-harap masa tu saya pun dah bertambah lagi seorang anak.hehee...






Inilah dia budak yang suka possing.

Semoga bertemu lagi Adam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan