Jumaat, 30 Julai 2010

SELAMAT HARI LAHIR

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya..eh,eh bukan selamat hari jadi kepada Office mate saya, En Mustafa. Semalam 29 julai 2010 dengan murah hatinya, dia telah membelanja kami semua makan PIZZA HUT. Pizza lagi ye aku ni.. Tak de kek just makan Pizza je. kenyang sampai malam huhu malam makan lagi walaupun sudah kekenyangan.Resipi baru dari pizza hut ni tak tau nama pizza tu,tau makan je. memang best. Ada dua perasa, satu bebola ayam dan satu lagi bebola daging ada kat atas pizza tersebut nyam..nyam...nyam..

Dikeliling Pizza tu bebola ayam.

Ini pula bebola daging. Best, bertambah lagi lemak2 dan kalori..heheee cakap pandai lah.

Orang yang dirai en. Mustafa

Makan kat dapur office je..time keje tak boleh ngular..ayat poyo
dalam gambar dari kiri en sudin, hjg Norlida ( bos saya ) gheee takot hehee, kak som..saya mana? cari sendiri. selalu nyorok belakang kamera.

Bos besar (Jurutera Jalan) memang besar..nasib baik muat kat screen..hehehe jangan marah, jangan marah. nanti en sudin tu jual.nangis..

en Mus yang sporting.

Semoga berbahagia, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Selamat hari jadi juga kepada kawan rapat saya Azlin Kamarudin. Rupanya dah hampir tiga tahun kita tak celebrate bersama selepas awak tak keje JKR. Kali terakhir sambut sama-sama dengan Nizam,En Mus dan Kak lin bertiga. Tak pe lain time kita celebrate sama2.




Rabu, 28 Julai 2010

Hobi Haziq

Bercerita tentang Haziq nie memanglah tiada kesudahannya. Ada saja perkara yang ingin dikongsi heheee macam ramai je yang nak kongsi-kongsi dengan saya. Apa pun tak pelah, cerita je lah kan.Saje mengisi-isi masa terluang nie wah, senang lenang ye hari nie. Tak de keje ke? keje ada tapi tak banyak hehee ayat cover line. Hari nie hujanlah beb! dari pukul 2.30 pagi tadi sampailah sekarang pukul 8 tadi so, dok opis je lah. Nak gi site pun keje tak jalankan.. oklah tu kan daripada mengular tak tentu arah lebih baik mengarang ayat depan komputer. Kalau ikut hati macam nak balik rumah tido sejuk tu hari nie best tido hahaaa itu je lah kijo ko..membuta tak siap-siap.kesiankan minah nie suka poyo tak tentu pasal...

HAziq, haziq dan HAziq..hari nie dia tak sekolah. Ada majlis Tilawah Quran, so untuk budak tadika kat sekolah dia tu, tak sekolah lalalaa..laa.la suka lah si Haziq ni. Malam semalam seperti biasa melakukan hobi dia. Main PS2 lah ape lagi. Kat rumah tu dah melambak-lambak game. boleh jual semula dah. nak jual 5 keping Rm10 eh, tak,tak 3 keping RM 10..boley tak? ada orang nak beli tak hehee... semua ada. macam-macam game cuba tengok nie
V
V
V


dan tengok yang ini pula
VV
V

VVV
VV
V

Dah bole nak buka satu kedai jual Cd game. Dari cd perang,  kartun, movie , bola sepak semua ada. bagitau je tajuk ape semua ada. Nasib Upin & Ipin tak buat cd game kalau tak mesti dah beli punyalah..Boley lah cadangkan kat Les' Copaque_Production buat cd game..alamak ibu pula yang dah terlebih.

Memang nie lah hobi Haziq sejak berumur 3 tahun lagi. Sekarang dia selalu minta PSP (game tangan tu) kat ayah dia. Dah lama juga dia 'ngendeng' kat ayah dia tapi tak dapat sebab mahal sangat game tu. Lagipun kalau dah beli PSP, PS2 nie sape nak main kan..Tak kan pula saya nak main..tak boleh blah pula.Tak kuasa banyak lagi keje nak buat. Dia ni tau tentang kewujudan PSP tu bila anak kepada pengasuh dia nie selalu main game tu dan dia pun selalu pinjam. So, balik rumah je selalu lah dia pujuk ayah dia. Tak dapek den nak nolong.

Bila ayah dia ada, selalulah dia main bersama. Dengan saya dia dah malas nak ajak nanti kalau ayah dia suruh main dengan ibu dia akan kata " ibu tak pandai main". hehee...lebih baik buat2 bodoh so, selamatlah tak kena main game dengan dia. Bosanlah nak main game nie. Banyak lagi kerja rumah yang boleh dibuatkan. Lagi satu memang tak berapa nak pandai pun main game nie semua..hehee  sampai satu masa Haziq akan marah-marah bila ibu dia nie salah tekan...padan muka ibu...
Bila dah kena marah tu, blah je lah kedapur buat keje sendiri. Ha, bagusnya. senang cerita , tak payah susah-susah tapi yang tak best nye, kejap-kejap dia panggil "ibu tolong tukarkan cd lain" ye,ye,ye..yang lain2 memang dia pandai tapi bila nak tukar cd game tu dia tak pandai..bab tukar menukar nie, ibu lah yang terror. so, lain kali jangan nak belagak okey.








Selasa, 27 Julai 2010

SAYA DISERANG ...

Tidak,tidak,tidak...bosan sungguh. Rasa macam tak boleh nak buat kerja. kerana apa..kerana saya diserang...diserang dari pelbagai penjuru. Habis punah segalanya. Tension jadinya. serangan yang dah lama tak menyerang. Mungkin kerana pelbagai faktor. Faktor tak sayang badan, faktor angin cuaca, faktor dan bermacam faktor lagi yang berkemungkinan membuatkan saya diserang..pening? ye, saya pun tengah pening..pening-pening lalat sebab bengang kerana diserang. Babak serang menyerang nie bermula dari awal pagi sehinggalah ke petang nie. Tak habis-habis. Kerana apa tak habis-habis. Tak penat ke? penyerang ni memang tak tau penat kerana dia memang suka menyerang..oh, sudahlah apa lagi yang tak habis-habis mengarut nie.. sebenarnya saya diserang.....SELESEMA. Huh,punya lah lama mukadimah.Bosan jerk...
Dari pagi tadi tak henti-henti bersin...huh malas betul rasa nak melayan. Bosan ah...





Isnin, 26 Julai 2010

Makan Lagi..

Erm, makan lagi ..cerita tentang makan nie memanglah tak habis-habis, kali nie nak cerita sikit pasal makan di Pizza hut tempoh hari. Macam biasalah kan..si kecik Haziq nie ajak makan di Pizza. Pada awalnya, nak gi warong biasa je tapi tetiba budak kecik nie nak demand. Tengok-tengok poket ayah,..erm bolehlah cukup duit sampai gaji hehee macam banyak je duit ayah tu yek. tak pelah demi Haziq tersayang, layankan je lah. janji ko makan. jangan tak makan sudah.Nanti yang makin lebar ibu dan bapaknye je. Jadi tong sampah.. tak larat tu nak timbang hari-hari tak turun-turun gak.alamak, alasan ke.. ibu hehee..cakap jelah kuat makan ye tak.
Dengan semangat kesukanan berkobar-kobar, melangkah masuk ke Pizza hut nie yang baru je diubahsuai. Cantik dan semakin bersemangat untuk makan. Belek punya belek, inilah hidangan yang di order..


Chicken wing dan spagetti. Pasta tu untuk haziq sebab terlebih suka sangat makan mee, spagetti pun dia panggil mee dan empat ketul chicken wing yang telah dihabiskan oleh kitaorang.




Sebelum order sampai, main-main dulu dengan father.
ini wajah yang dah tak tahan nak makan..panas,panas,panas.

Ini pula wajah baru Pizza yang telah diubahsuai boleh lah pegi ye malam nie orang Muar..hehee jakon je.
Air yang best. ah, terasa-rasa ditekak. tapi sabau sebab hari nie puasa. Jangan terlanjur..minum air sebelum Maghrib..kenapa Haziq seperti sedang berfikir-fikir ye
Makan betul-betul

ah, kenyang nak nyandar jap tapi kan nape baju dah tukar warna..ha, magic lah Haziq nie.Kalau nak tau, ni gambar keesokkanya..hari-hari makan Pizza ye. Banyak betul duit mak ko hehee..memanglah banyak, masa nie gaji baru masuk. gila kentanglah kejap..

Pizza nie betul-betul mencabar keimanan.. sabar2 puasa

Dan ini gambar sape hah... gambar mak sape lah nie haa gambar saya lah pemandangan dari sisi ye ..Jangan komen lelebih ok hehee..Tq Haziq sebab ambikkan gambar ibu walau pun tak sempurna..dapatlah menyelit kat hujung-hujung nie.Cuma tak nampak kurus macam dalam paper hari tu lah hahaaa...peninglah. Tengok As, kawan ko dah perasan..Ape2pun buat kawan-kawan ye, jangan lupa malam nie (26 julai 2010 bersamaan 15 shaaban) baca Yassin 3x,esok puasa ye. sebab malam nie malam nifsu Shaaban. Antara hari-hari yang dimustajabkan berdoa. InsyaAllah.






Jumaat, 23 Julai 2010

GLAMOUR KEJAP



Hari ni, di pagi jumaat yang tenang ini aku dlimpahi keglamouran jap,tak semena-mena nama up pula.semua kerana gambar saya dan haziq termasuk dalam harian metro hari ni..boleh tahan sengal jap.
sebenarnye bukan ada cerita sensasi pun tapi sebab gambar pandangan belakang saya dan haziq tu dah masuk paper kecoh lah satu pejabat.Yang pelik tu ramai pula yang perasan kelibat kitaorang...hehe macam artis lak.
satu ayat yang tak best tu boleh pula cakap saya kantoi mengular waktu keje..hello ibu-ibu bapak-bapak,semalam saya pegi Tanjong emas pada pukul enam petang..enam petang ok bukan enam pagi..kalau enam pagi pon,apa aku kesah..bukan time keje tak tapi enam pagi tu kat atas katil lagilah..ah,sudah jangan dilayan orang2 yang suka berprasangka buruk tu..hentikanlah,hentikanlah..
gambar tak sengaja tu diambil wartawan metro sempena karnival gegaria metro dimuar yang akan belangsung sabtu ahad ni ditanjung emas. korang pegilah, saya balik kampung .kebetulan petang semalam bawa haziq jejalan kat tanjung emas tu yang tak semena-mena gambar kiut kitaorang masuk dalam paper bukan nampak muka pun.aku bukan nak glamour sangat..orang yang membuatkan kitaorang glamour..perasan sudah.
inilah nye gambar poyo tu...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VV

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Ni je gambar yang bikin kecoh tu. Kecik je.Tak nampak muka pun. gambar saya tengah pimpin anak. Boley gitu ?Jangan marah ye.Apa-apa pun memang gila glamour sekejap hari nie. Tq harian metro sebab termasukkan gambar saya. Lain kali ambil gambar muka terus lagi puas hati.heheee

Selasa, 20 Julai 2010

MAKAN

Dua hari lepas, disuatu petang yang dingin, angin sepoi-sepoi bahasa, perut berkeroncong semua gara-gara tak makan tengah hari diet konon..disebabkan terlalu lapar, saya telah meminta tolong adik kat opis nie, belikan makanan..macam bagus je suruh-suruh orang kan. Kebetulan, kebetulan tau,si Dila nie, memang berada kat luar so, i calling-calling lah si Dila nie.( thank you Dilla) erm.,Order baik punya. Burger GCB Mac Donald.Ape maksud Gcb nie tak tau lah. G tu rasanya grill sebab memang daging ayam ni 'grill'. Tu yang best. Konon nye, tak berminyaklah,tak berlemak.. kononnye lah. Korang dah rasa? burger baru nie. sedap tau.. memanglah sedap sebab ko dah kebulur kan tapi,tapi,tapi..memang best pun. Disebabkan dah terlalu sedap, malam tu juga saya ajak pula suami pegi makan burger tu lagi.. ha, ambik ko..mane tak debab huhuuu.. Haziq pun suka tu burger nie. Oklah, malas nak promote lelebih. Bukan dapat bayaran pun kan..jom lah layan gambar-gambar yang tak berapa nak ada ni...


jom makan.. Haziq ni sibuk je ayah nak makan.Cik Lin, macam manelah Haziq tak tembam kan..hari-hari makan sedap sekarang hehee.

Ini adalah mainan yang di jual kat Mc D.Biasalah si Haziq nie, bab-bab mainan semua dia nak. Lain kali saya tunjuk berapa banyak mainan Haziq..Tak boleh lawan punya. Anak ayah kan. Mula-mula dia nak beli batman tapi disebabkan mainan batman tu dah habis, kawan batman pun boley lah. padan muka hehee

garangnye...siap ada kepak lagi.terbang,terbang.
Seperti biasa gambar tukang ambik gambar, memang lah tak tersenarai dalam entry nie. Muka lebar memang tak layak nak lelebih tayang muka. Kesiannye aku.huhuu






Isnin, 19 Julai 2010

HUJUNG MINGGU

Hari nie nak cerita aktiviti semalam. Aktiviti selepas pulang dari kampung. Dalam hujan renyai-renyai dari Kampung tu, berhenti jugalah kat tempat nie sebab dah berjanji dengan si kecik tu untuk mandi-manda. Supaya dia berpuas hati dan tak merungut-rungut menuntut janji, ibu dan ayah nie pun menunaikan hajat yang tak lepas tu.
kita orang pergi kat tempat nie...
        v
         v
         v
         v
         v
         v
         v
        v
         v
        v
kenapa macam tak nampak je...meh sini saya bagi tau..Nama tempat nie Taman Tiga Budaya Asahan. Kat mane? kat Asahan lah. asahan Melaka. Kenapa tiga budaya ek? kenapa,kenapa,kenapa?..saya pun tak pasti tapi, berdasarkan lokasi yang terletak di sempadan antara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, tu namanya tiga budaya kot. Rasanya betulah tu.

Pemandangan dari luar. Hujan tu

Pada mulanya saya sendiri tak tau kewujudan tempat nie sehinggalah suami saya nie bagitau. Itu pun sebab dia ada buat kerja-kerja di Kawasan sekitar tempat ni. Tempat nie sebenarnya di kaki Gunung Ledang. Namun dia terletak di Kawasan Melaka. Perjalanan mengambil masa 20 minit dari Bandar Tangkak. Sebelum sampai tempat nie, kita akan bertemu dulu dengan penempatan PLKN. Terdapat juga kem askar kat sekitar Asahan nie. Jadi kalau nampak askar banyak keluar masuk jangan terkejut pula. Memang kawasan askar kat sini. Jangan menyorok pula nampak askar, nanti tersesat kat Kg Orang Asli pula...tak tau...

Tak sempat nak ambil gambar air dalam baldi nie jatuh.

Main tembak-tembak...alamak, apa sudah jadi

Sejuk-sejuk pun ada datang mandi. Tapi bagus juga bila datang time hujan, orang tak ramai.

Gambar puas hati selepas dapat mandi.

Dan ini pula gambar ibu yang poyo...heheee
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

(gambar di rakam oleh Haziq) pandainye hhee


Jumaat, 16 Julai 2010

CERITA YANG TERLEWAT

Korang,korang, korang....ada sesuatu yang saya nak bagi kat korang semua.ambiklah, ambiklah ahaks...saya nak bagi korang tengok satu video yang best sangat. Ini adalah hadiah pada semua yang sudi membaca blog cabuk ni. Kat tempat lain tak de tau nie. Saya rakam khas untuk pembaca blog ni semasa berada di Mesir hari tu laaa, tak abis lagi.. memang  rasa macam setahun pun tak habis nie hheehee...muka kak lin mesti dah boring. Sape kak lin? tu yang tengah baca tu hehee... boleh gitu???? Jom kita tengok dulu video ni.. Kepada sesiapa yang tak dapat nak tengok video nie, cuba Download program kat sini
video

Saya rakam video nie semasa berada di Masjid Al Azhar, Mesir. Sejuk hati dengar anak kecil ini bertaranum. Merdu sungguh. Cara dia tahan nafas memang mengagumkan. inilah anugerah dari Allah. Sebenarnya dia tengah berlatih sebelum pertandingan yang kebetulan akan berlangsung pada malam tersebut. Dan video ini lagi best dari yang tadi setelah anak kecil ini, memperbaiki bacaan Taranum tersebut.

video

Inilah kelebihan dan bakat yang ada pada anak kecil ini. Orangnya sangat pemalu. Kat belakang dia tu ada ibu dan adik perempuan dia. Bila rasa malu, dia akan pegang tangan adik dia..so, sweet. Abang yang baik.



Khamis, 8 Julai 2010

SAMBUNG JALAN LAGI, MESIR

Dua, tiga hari tak update rasa rindu pula. Dalam sibuk-sibuk tu nak curi sikit mengarut jap.sibuk ke.Biasalah kan, mengarut bagai nie serah jerk kat saya..confirm pening. Nak cerita balik tentang jejalan kat Mesir hari tu. Tak habis lagi kan... dah bosan? ngadap je lah. Akak nak ngomel sampai tahun depan. Pergh...macam banyak je pengalaman tapi tak pe,tak pe...selagi idea mencurah-curah, tangan tak penat, mata tak ngantuk dan leher tak sengal, sama-samalah layan cerita yang tak siap-siap nie.

tempat seterusnya ialah kilang kristal. Ini adalah pemandangan dipintu masuk kilang ni. Nama kilang ni AsFour. Nama diambil sempena nama pemilik kilang tersebut. Orangnya pemurah dan Meninggalnya pun dalam keadaan yang sungguh mulia. Meningggal dalam bulan Ramadhan, pada malam LailatulQadar, Meninggal di Mekah dan di kebumikan di tempat yang mulia di sana tapi tak ingatlah nama tempat tu.

Inilah antara koleksi rantai-rantai yang ada kat sini. Memang saling terpesona. Harga pun berpatutan,cantik sangat.

Ini lampu kristal kat rumah saya. Cantik kan. Mahal tau...nanti kalau sesiapa datang kat rumah saya,pasti terpukau...hahaaa...nak poyo lagi. Bukan,bukan,bukan..ini adalah salah satu lampu yang dijual disitu. Giler ape nak beli lampu nie. Baru sampai Airport je dah pecah. Ni rumah orang-orang besar bole lah. Kita hanya semut merah heheee. Tak mampu akak.

Koleksi rantai tangan.

Ini pula pengalaman menyusur sungai Nil. Sungai terpanjang di dunia. Kat Mesir nie, mana-mana pegi, bila nampak sungai, jangan ditanya nama sungai tu. Itu adalah sungai Nil. Memang panjang. Kat tengah-tengah  sungai tu ada pulau lagi...Unik.

Ni. mak Mah dan suami serta mak mentua saya. Kitaorang naik kapal bot. ada lagu irama padang pasir lagi..lal..la..la..laa
Inilah gambar disekitar pemandangan Sungai Nil. Yang kapal tu bukan kapal tentera laut, itu adalah tempat makan ala, dalam kapal. Kira macam restoran terapunglah cuma di atas kapal dan dengan hiburan tarian irama padang pasir...suka,suka,suka. tapi saya tak masuk pun tempat tu. Gila kentang ape...Yang warna coklat tu Hillton hotel di Mesir.Habis semua bangunan berdebu. ahaks,ahaks batuk,batuk hehee...tak lah woi, memang macam tu lah warna hotel Hillton tu.kena saman pula kang...

Beginilah suasana dan pemandangan di sekitar bandar Mesir. Sibuk dan bising. Semua orang tangan gatal tekan hon. Tapi jarang ada kemalangan. tabik spring.toing,toing..

MASJID SALAHUDDIN Al-Ayubi. Ini adalah salah satu kubu dan masjid salah seorang pemerintah Mesir. Cantik sangat tempat nie. see------>


Semua nie pemandangan dari luar masjid


Ini pemandangan dari dalam...tengok cantik lampu-lampu dia.

ini mimbar di dalam masjid tersebut..nape orang tu tengok aku...

Pose kenang daku dalam doa mu kenangan..nape yang tengah tu macam kero je mata hehee

Dia buat ape tu hah? buat bodo lah tak tau ke...jangan marah adik-adik, ni lah mesin buat tarbus..tau tak ape tu. Tu lah, yang dia pakai kat kepala dia tu.macam dalam cerita P.Ramlee tu o..o..o.. baru lah tau.

Banyaknye selendang. tapi sayang seribu kali sayang, mahal-mahal barang kat sini. Curi ambik gambar je lah.
itu je yang mampu.

Dari kiri Rina, ibu dia ( tak ingat nama cikgu ni) Haji Jamal ( ketua rombongan) dan cuba teka...mother in low lah.

Ape lagi yang cantik-cantik..bunga pun cantik2 juga tapi agak-agaklah tak kan nak angkut tanam kat depan rumah.

Korang tau nie apa ? binaan yang banyak kat Mesir nie. Kat sini pun ramai orang-orang miskin duduk. Inilah kubur orang2 Mesir nie. Dalam satu tempat macam ni adalah tempat tanam untuk satu keluarga je.

Ini makam Guru Imam Shafie.

Inilah Masjid Imam Shafie. Imam ikutan kita. Kat sinilah terdapat makam Imam shafie. Tengok lambang kat atas kubah tu...ape makna? maknanya kapal dan bulan tu ialah, ilmu imam Shafie nie berkembang di seluruh dunia. Itulah yang diceritakan oleh adik2 Universiti Al- Azhar nie.

Makam Imam Shafie.

Tapak kaki Rasulullah..Iye ke...Wallahualam.

Oklah, macam dah penat pula. Tunggu edisi akan datang boleh tak? Macam edisi siasatlah pula. apa-apa pun sambung lain kali. Penatlah. Tunggu idea datang.