Khamis, 1 Julai 2010

ADA APA DENGAN KUALA LUMPUR

Prejudis sungguh ayat saya yek.Tak baik kan.saje jerk buat gempak. Hujung minggu yang lalu, saya dan family pergi berjalan-jalan ke Kuala Lumpur. Jejalan bawa Haziq. Nak sangat merasa naik bas dan LRT so, dikesempatan yang ada pergilah belayar bawa beg naik bas. Penat tu. Dah lama tak rasa susah-susah macam nie, dulu masa study rajinlah naik bas. Bila dah bekeluarga ni, dah lama xnaik bas.


Pada mulanya, saya dan suami cuma merancang untuk tengok wayang pada hujung minggu tu. Bawa Haziq tengok Karate Kids. Cerita tu sesuai untuk tontonan kanak-kanak tapi entah macam mana, tetiba je ayah Haziq call nak tukar planning. Apalagi, wife ko yang suka jalan nie...setuju aje.Jalan punya pasal semuanya ku redah jua hehee..biasalah ayat poyo.


Dengan kudrat yang ada, meredahlah kitaorang ni naik bas dari Muar ke KL. Sampai KL, kakak ipar datang ambil. Kakak ipar saya nie, bercuti dua bulan kat sini. Dia dan keluarga dok kat Columbia. Tu yang nak pegi sangat sebelum dia balik sana semula. Haziq pun memanglah tersangan suka dengan anak Kak Long nie Adam. Inilah satu-satunya sepupu dia. Memang masing-masing suka sangatlah. Sebelum nie memang ada jumpa tapi kat Kg suamilah. Masa tu diaorang baru sampai dari Columbia.


cerita balik tentang Key El ni...sampai je kat Bukit Jalil perhentian sementara Pudu siap naiktaraf, Abang Hanif( suami kak long) bawa kitaorang makan huhu...pukul  dua pagi tu gie makan. Pikir-pikir nak makan kat mana, last2 Makan lah kat Damansara malas nak pusing jauh2.Tempat nie dulu happening sangat tapi sejak 'uptown damansara' dah bertukar tempat, sunyi sudah tempat makan ni. Lepas makan, balik rumah Kak Long dan tido....


Pagi tu si Adam dan Haziq ni dah bangun dulu. Masing-masing tak sabau nak mandi kat 'swimming pool'. Depan rumah Kak long nie ada kolam renang. Betul-betul depan rumah dia. Tapi bukan kolam renang sendiri ye...kolam awam. Dia duduk kat apartment yang ada kolam renang jadi bila setiap kali datang rumah dia, semua akan teruja nak terjun kolam. Si Haziq yang memang sukakan kolam ni lagilah tak sesabau. Macam terror je.

Bawa pelampong bagai. nak mandi kolam orang besar je.


Ni dengan pak Long

Si Adam ni xpayah ceritalah...umur 3tahun dulu dah pandai berenang. Sekarang lagi lah terror nya. Macam-macam aksi.


Haziq nak tiru aksi Adam tapi takot. dok je lah kat tepi tu.hehe

Ok, lepas je mandi, semua bersiap untuk makan . Aktiviti lepas makan, pegilah ke tempat nie

Orang KL mesti tau kan...Ini tempat shopping tapi kitaorang pegi sini bukan nak shopping pun tapi nak
tengok ini dia...........


TOY STORY 3. Tengok kat Golden Screen Cinema. Yang best tu tengok 3D. Cantik gambar dia. First time tengok movie menggunakan 3D. Jakon lah kejap... Pakai spek mata itam. Si Haziq nie pula bila dah lama2, boring terus tanggal spek tu heehee tak nampak dia ckp. yelah tu. tapi dia tengok jugalah sampai habis. ketawa bagai. Cerita mengisahkan permainan yang dimiliki oleh andy. Barang-barang mainan yang boleh bergerak dan bercakap sesama sendiri. Menyentuh tentang setiakawan, kenakalan dan persahabatan. Andy terpaksa menyerahkan mainan kepada taman kanak-kanak kerana dia akan memulakan pengajian di kolej. macam-macam kejadian berlaku pada permainan ini. Akhir sekali, andy menyerahkan mainan tersebut kepada kanak-kanak perempuan bernama Bonnie.

Sementara nak tunggu masa tayangan bermula, nie lah yang Haziq minta.

Sukalah dapat gula-gula tu. Yang paling gigil nak bayar harga gula tu RM8. ambik ko nak. tapi geramnya bila Haziq makan sikit je lepas tu buang gula-gula tu. suruh beli yang kecil tak nak. Tamak sungguh.

Lepas tu nak tunggu dalam masa sejam, Haziq dan Adam nie main kat Sini dulu Starship Galactica. Besar gile tempat permainan budak ni. sorang RM20. Kak Long belanja. Tq kak long.


Sebelum masuk panggung beli popcorn dan set Hot dog...yum..yum...alamak, lupa hari ni (semasa menulis) puasa. sabar-sabar.

Aktiviti Malam

  • Lepas habis tengok wayang balik rumah. sampai rumah dalam 7 malam.

  • Haziq sempat tido sekejap dalam perjalanan balik. Punyalah penat.

  • Pukul 9 keluar makan. Makan kat Kg Baru. Nasi lemak antarabangsa. makan lewat malam lgi. macam mana tak debab huhuuu.. Makan disebalik KLCC. nasi lemak tu biasa je..cuma banyak lauk boleh pilih. heheee.

  • Sampai rumah pukul dua pagi dan tido.

Gambar pada keesokkannya.  Sebelum naik LRT tu, pegi makan tengahari dulu kat Sg Buluh.


Tunggu LRT sampai...Haziq tu poyo hehee

Naik LRT. Si Haziq tu mood tak baik. Tak nak gambar. Eleh, demand konon. Di dalam gambar adalah kaklong, Adam dan Haziq. Mana gambar aku???? gambar saya banyak dalam kamera kaklong. Tunggu dia masuk dalam Facebook heheee...
Konon-konon bila sampai KLCC nak makan KFC tapi xjadi.beli bungkus untuk Haziq dan terus makan kat Foodcourt.

Ni apehal pula makan pakai kuali ni. dah xde pinggan ke..Ni lah salah satu trademark kedai makan kat sini. saya makan nasi dan lauk taufu, sikit sambal dan air mirinda orange.Sedapnye dan harganya pun sedap RM10.00 semua ni.Nasib baik tak kerja kat KLCC hehee..kalau tak, lambat jadi kayalah aku.
Selepas possing maut depan Suria KLCC, masa untuk balik sudah tiba. maka berderaian air mata berguguran mengiringi perpisahan kita. hehhee tak de lah tak sape yang nangis pun. Haziq tak nangis sebab dah keletihan. say bye,bye je kat semua orang.Lepas dapat tiket kat Bukit Jalil tu, kitaorang terus je naik bas. Nasib tak tunggu lama. Dah penat sangat..


Pose dalam bas sebelum tido lena sampai Muar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan