Jumaat, 16 Julai 2010

CERITA YANG TERLEWAT

Korang,korang, korang....ada sesuatu yang saya nak bagi kat korang semua.ambiklah, ambiklah ahaks...saya nak bagi korang tengok satu video yang best sangat. Ini adalah hadiah pada semua yang sudi membaca blog cabuk ni. Kat tempat lain tak de tau nie. Saya rakam khas untuk pembaca blog ni semasa berada di Mesir hari tu laaa, tak abis lagi.. memang  rasa macam setahun pun tak habis nie hheehee...muka kak lin mesti dah boring. Sape kak lin? tu yang tengah baca tu hehee... boleh gitu???? Jom kita tengok dulu video ni.. Kepada sesiapa yang tak dapat nak tengok video nie, cuba Download program kat sini

Saya rakam video nie semasa berada di Masjid Al Azhar, Mesir. Sejuk hati dengar anak kecil ini bertaranum. Merdu sungguh. Cara dia tahan nafas memang mengagumkan. inilah anugerah dari Allah. Sebenarnya dia tengah berlatih sebelum pertandingan yang kebetulan akan berlangsung pada malam tersebut. Dan video ini lagi best dari yang tadi setelah anak kecil ini, memperbaiki bacaan Taranum tersebut.


Inilah kelebihan dan bakat yang ada pada anak kecil ini. Orangnya sangat pemalu. Kat belakang dia tu ada ibu dan adik perempuan dia. Bila rasa malu, dia akan pegang tangan adik dia..so, sweet. Abang yang baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan