Selasa, 10 Disember 2013

Makan best

Hari sabtu pegi lagi Melaka bawa Hafikh gigi cucuk. Ala..ambik lg tambahan injection untuk vaksin pneumakokal tapi sebelum tu kitaorang singgah dulu makan kat tangkak. Kedai ni saya lupa pula nama dia hehehee gile juga minah ni ek..boleh pula nak bgtau makan best tapi lupa nama kedai..sah saya dah semakin tua. Yang saya ingat ada nama Atie..erm macam tu lah bunyinye. Kedai ni betul-betul tepi jalan Muar Tangkak. Taman Mega.. Berdekatan juga dengan tol Tangkak..Tak sampai 500 meter je dari Tol Tangkak. Sebaris dengan pejabat IDJ dan klinik satu malaysia. Tu dia banyak betul penunjuk arah dan hint kalau sesat jugak tak tau lah kikiihh
Kedai ni UncleBad yang tunjuk. Dia kan kerja Tangkak..so memang tak hiranlh dia tahu.  Banyak betul ko makanan kat sini.. Ini anatara yang saya makan dan cuba.


 
ni ape.?cuba teka..main teka-teka pulak ea..teka lah sangat ni. roti arab ok. betapa pelahap nye..dah makan separuh baru nak snap gambar. tapi tak pe masih ade bentuk lagi. cun lagi. cicah dengan kuah kari ha memang bestlah. lembut je. gebu je. ini order untuk Hafikh. Bagi dia makan roti je. Kari no lah..tak boley nanti sakit perut, mak juga yang susah. Sebelum nie, saya memang dah bagi dia makan bubur tapi si Hafikh ni kuat makan, kang aje pulak dia pukul-pukul mulut saya sebab tak bagi dia makan..Ini sebagai tutup mulut dia je heheee..tapi serius ko, dia memang akan pukul-pukul mulut kita kalau kita tak bagi ape yang dia makan.  Roti nie pon penyudah yang habiskan saya lah.. gile ape kalau Hafikh boleh habiskan roti nie..



pastu saya makan ini.. ini pulak lontong kering. Yang spesill lontong kering nie, ayam tu masak lemak dan ayam tu adelah ayam kampung. Pergh..sodap dan terangkat. Ayam tu tak liat okey. Lembut je.  Memang best sangat. 


 Dak Haziq pulak makan mee rebus. Okey juga mee rebus dia. Bak kata semua nye sedap kat kedai ni. 

Budak nie pulak nak marah bile orang lambat suap mulut dia..haiyoo, boleh tahan ini budak.

Ini selingan. Ini pulak dalam klinik precious baby & chilld speciallist  Kat sini tempat ambik ubat untuk Hafikh dan Haziq

 semmentara nak jumpa doktor..boleh main-main 




Okey dah tu  je untuk selingan dan makan-makan. so, kepada sesiapa yang berdekatan jom lah ke kedai makan tuh. Malas lah nak cerita banyak sebab tak dapat bayaran hahaa.. berkira.













Jumaat, 6 Disember 2013

HAFIKH 9 bULAN



Sekejap je dah masuk 9 bulan kan.  macam terasarasa lagi penat bawa hafikh keluar masuk wad masa demam kuning hari tu.  okeylah dah lama tak update pasal hafikh. hafikh sekarang tersangatlah aktif. tak sompek den nak jongah blog. Pa yang Hafikh dah boleh buat??

  • Dah boleh duduk.
  • Dah mula kenal orang pasti siap nak nangis bila orang tak nak dukung dia..haiyooo manyak susah ooo tak macam abang dia dulu, dengan macha pon jadik.
  • Sekarang sudah pandai memanjat. Tak tau lah lepas nie dia merangkak dulu atau tidak sebab orang kata kalau dah duduk terus je jalan...orang katalah.
  • Masih lagi menyusu badan tapi bila bersama saya je.  Kat taska udah ngak mau susu ibunyeee.. siap taska pulang balik stok yang saya hantar..sodih.
  • Suka panjat-panjat atas badan ayah dia. Tersangatlah aktif. Penat mak.
  • Kalau dulu tido malam 8.30malam dah hanyut tapi sekarang pukul 10 pon masih nak main lagi. Bila tido lambat, ibu dia lah yang payah nak buat kerijo. Maklumlah siang kerijo di pejabat . Malam pulak kerijo kat rumah pon boleh tahan banyak. Poning ahhh..
  • Gigi dah tumbuh dua batang. gigi sebelah bawah je. .
  • Kuat makan.  Walau dah kenyang sekalipon, mulut tu sentiasa nganga bila orang hulur makan. amboi, nak lawan abang ke??

Dah itu je kot perkembangan Hafikh. Lain kali cerita lagik..tapi entah ler.. bile lagi kesempatan untuk buka blog.
Leka main mainan dengan abang dia