Memaparkan catatan dengan label TEMPAT MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPAT MAKAN. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

Makan best

Hari sabtu pegi lagi Melaka bawa Hafikh gigi cucuk. Ala..ambik lg tambahan injection untuk vaksin pneumakokal tapi sebelum tu kitaorang singgah dulu makan kat tangkak. Kedai ni saya lupa pula nama dia hehehee gile juga minah ni ek..boleh pula nak bgtau makan best tapi lupa nama kedai..sah saya dah semakin tua. Yang saya ingat ada nama Atie..erm macam tu lah bunyinye. Kedai ni betul-betul tepi jalan Muar Tangkak. Taman Mega.. Berdekatan juga dengan tol Tangkak..Tak sampai 500 meter je dari Tol Tangkak. Sebaris dengan pejabat IDJ dan klinik satu malaysia. Tu dia banyak betul penunjuk arah dan hint kalau sesat jugak tak tau lah kikiihh
Kedai ni UncleBad yang tunjuk. Dia kan kerja Tangkak..so memang tak hiranlh dia tahu.  Banyak betul ko makanan kat sini.. Ini anatara yang saya makan dan cuba.


 
ni ape.?cuba teka..main teka-teka pulak ea..teka lah sangat ni. roti arab ok. betapa pelahap nye..dah makan separuh baru nak snap gambar. tapi tak pe masih ade bentuk lagi. cun lagi. cicah dengan kuah kari ha memang bestlah. lembut je. gebu je. ini order untuk Hafikh. Bagi dia makan roti je. Kari no lah..tak boley nanti sakit perut, mak juga yang susah. Sebelum nie, saya memang dah bagi dia makan bubur tapi si Hafikh ni kuat makan, kang aje pulak dia pukul-pukul mulut saya sebab tak bagi dia makan..Ini sebagai tutup mulut dia je heheee..tapi serius ko, dia memang akan pukul-pukul mulut kita kalau kita tak bagi ape yang dia makan.  Roti nie pon penyudah yang habiskan saya lah.. gile ape kalau Hafikh boleh habiskan roti nie..



pastu saya makan ini.. ini pulak lontong kering. Yang spesill lontong kering nie, ayam tu masak lemak dan ayam tu adelah ayam kampung. Pergh..sodap dan terangkat. Ayam tu tak liat okey. Lembut je.  Memang best sangat. 


 Dak Haziq pulak makan mee rebus. Okey juga mee rebus dia. Bak kata semua nye sedap kat kedai ni. 

Budak nie pulak nak marah bile orang lambat suap mulut dia..haiyoo, boleh tahan ini budak.

Ini selingan. Ini pulak dalam klinik precious baby & chilld speciallist  Kat sini tempat ambik ubat untuk Hafikh dan Haziq

 semmentara nak jumpa doktor..boleh main-main 




Okey dah tu  je untuk selingan dan makan-makan. so, kepada sesiapa yang berdekatan jom lah ke kedai makan tuh. Malas lah nak cerita banyak sebab tak dapat bayaran hahaa.. berkira.













Isnin, 16 Januari 2012

Banyak Makan Bukan Banyak Cakap

sebelum tuh, belum terlewat rasanya nak ucap tahniah pada kawan baik zaman persekolahan saya, Az.  dah dua anak dia. Best kan dapat baby. Pantang elok2 yerk dan semoga berjaya dalam meneruskan usaha penyusuan susu ibu.
Okeh ini kesah Dua hari lepas. Lokasi Pak Ngah Kopitiam. Malam tuh entah kenapa, sian pulak tengok si UncleBad tuh nak makan tapi macam tak de geng jadi saya pon layanlah.  Layan okeh. makan okeh. Tengok jam pon baru pukul 8.30 so, boleylah layan dia nie walaupun dah budget dari siang tak nak makan malam sebab petang tuh dah melantak burger handmade makmentua saya, masa ambik Haziq.  Tapi bila UncleBad cakap nak makan tapi tak best makan sorang, saya pun merelakan lah perut untuk ditadah.heheee. Haziq? budak tuh bile dah kenyang memang tak nak dah tengok makanan. siap nak muntah lagi. Sikit lagi nak kena marah kawkaw dengan ayah dia mana taknye, sibuk main PSP.


sila tengok kesebokkan Haziq...


Siap senyum-senyum orang snap gambar..tengok mata tak pandang pon. Dok dalam keta pon  ngadap PSP.  Tapi kalau marah pon saya nak juga tolong jawabkan pada ayah dia "sape soh g tambah game baru".  Yelahkan, hari tuh Haziq tuh dah tak kisah nak main PSP tuh sangat sebab dah boring kan ..tup,tup bapak ko lelebih nak download game baru...apelagi dok ngadaplah.  Nasib masa tuh keje sekolah dah siap. Mak ko malas nak layan. Makan lagi best.

Sedap??memang mantop. Ini order dari enSuami. Best tau chickenchop ni.  Daging panggang bukan bergoreng macam sesetengah tempat.  tapi ai cuit sikit jerk..kentang ai tak usik pon. tak percaya???tanya sama itu hudhud.( nyanyi cam MNasir )..hehehe

berasap ko..ko ade? sedap juga hot plate nie. Yang ini ai yang order tau. yee mee.  Rasanya tak de lemak kot muahaahahaa (ketawa ala-ala Adudu ..tau tak sape?? budak kepala kotak musuh Boiboiboy. ). 
  Tak de lemak kot..betul ker? Telur pun makan yang putih jerk..kuning tak nak. kenyang jugak. Itulah yerk dugaan bile nak diet.  Macam mane nih masih tak turon lagi berat nih? Dah du a minggu gie jogging. Sekarang weekend je pagi pegi jogging.  EnBad dan Haziq membungkang lagi atas katil saya dah keluar jogging. Sian ek, jogging sorang2. Hari tuh masa jogging tuh siap berkenalan dengan nyonya tuh.  


Nyonya: adik u orang mana? sini punya olang ka? tak pernah nampk mey..
Saya: Orang sini auntie.  Saya selalu jogging kadang2 petang2 ada.(padahal baru sekali aku jogging petang)
Nyonya: sudah mau balik ka?
Saya: tak, nak pusing lagi satu kali.
Nyonya : Bagus lah. U kirja ke?
Saya: ha'ah kerja.
Nyonya: Saya dulu pon kirja dekat Hospital JB tapi masa tuh belum tukar Nama Hospital Sultanah Aminah.  Saya selalu joging sini sama husband. U belum kawen ha?
Saya : Sudah.
Nyonya: sudah lor?? (tak pecaya ke?).sudah ada anak?
Saya : (alamk nyonya nie byk tanya plak aku nak jogging) hehe ada sorang
Nyonya: Oo habis sape jaga?
Saya : Apak dia jaga kat rumah (ikut versi bahasa nyonya pulak dah).
Nyonya ; sudah besar/
saya: sudah, lima tahun (sebenar nye tersasul patutnye enam tahun).
Nyonya: ooo sudah besar hantar sekolah. Bagus belajar..
Saya : hehehe..okeh auntie saya jalan dulu.
Nyonya : ok..ok..baik2 jogging. 

Hah, dah dapat satu kawan. dua, tiga kali jogging , confirm dah boley tambah kawan ramai2 hehhehe hover okeh.




Isnin, 7 Mac 2011

CERITA BIASA

Dah lama rasanya tak poyo kan...selalu cerita sedih pun, buat sayu hati je.  Dalam Tazkirah Al Hidayah minggu lepas, ustaz Harun Din cakap, kalau kita menangis apebila terima musibah, bermakna kita tidak redha. Ujian Allah walaupun berat kita kena terima. Untuk menceriakan hati yang gundah gulana, saya nak kongsi klip cerita poyo dak Haziq nie. Video pendek nie saya rakam masa tengah makan asam pedas di Pt. Jawa, Muar. Jom tengok budak banyak cakap nih ketika makan...

 





Nak makan pun banyak cakap. Apepun, inilah sorang pengarang jantng penghiburlara. Walaupun selalu gaduh dengan saya tapi bila dia tak de rasa sunyi pula.  Makan asam pedas kat Pt Jawa nih, memang best tau. Makan kat tepi laut gitu.  Menambahkan selera. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Nengoklah nih....ada bot, sampan...ha, dah macam jakon macam orang lain tak pernah tengok bot.


Ade pulak orang yang tengah lapor...merenung-renung laut sebab makanan tak sampai lagi. Muka toye..

Bila dah sampai...terus ngap ikan tuh. Sedap ko...ikan merah masak asam pedas.


lauk sampingan. Sayur kangkong , telur dadar dan sotong goreng tepung yang lambat sampai.  Disertakan sekali kapal terbang mainan kat tengah-tengah lauk tuh...Itu sekadar hiasan mainan Haziq.

Dan aksi sedap hingga menjilat jari.



Sabtu, 8 Januari 2011

Bila dah sihat ni.bukan main berselera sekarang. Makan,makan dan makan. Cukup dua jam, perut dah bunyi-bunyi.. Wah, tahap bahaya nih...tapi disebabkan takut kena gastrik lagi dan teringatkan orang kat dalam perut nih, maka nye...carilah makanan walau dimana sahaja. Bunyi macam kebulur pula aku nih.
Okeh, bila dah cerita bab makan nih..malam kelmarin, saya dan family telah melabuhkan punggong kat satu tempat makan yang baru dibuka. Tak tau lah buka secara rasmi bila. Suami saya yang bagitau tempat tu dah ada dibuka kepada umum. Itu pun bile dia jejalan dengan dak Haziq masa saya tengah sakit-sakit hari tuh...sian kan.dia sesedap je jalan. haaa....macam kejam je laki aku tapi tak de lah masa saya tengah menonggeng kat rumah dia tinggalkan saya sesorang tapi masa tuh saya  baru nak elok sikit dan malas nak keluar malam so, sebab diaorang boring, diaorang jejalan lah meninggalkan saya dirumah.
Tempat makan nie kat tepi muara sungai Muar. Damai dan sejuk je... kat mana tuh?? tak lah dekat je. Kat Kompleks Marina Tg. Emas, Muar. Makanan okey. Kala rasa nak dok tempat berhawa dingin, dok dalam restoran. Tapi saya dan suami dok kat luar je. di bawah pokok-pokok kelapa...dan ditiup angin laut...dan makanan yang panas pun cepat sejuk. Bagus...tak payah susah-susah nak tiupkan untuk Haziq.
Sementara tunggu makanan sampai, Haziq buat aksi...ooo, ye nampak tak sesuatu di pipi Haziq

Nie jelas sikit...kenapa budak nih jadi macam nih? kena dera ke ape...hari ketiga di sekolah, dia terjatuh kat sekolah. kesian anak aku...

hitam.. tapi nampak lagi kot...nasi goreng.

roti canai untuk Haziq


pemandangan sekitar tempat makan.
Harga makanan pun okey...tak mahal pun macam biasa-biasa je dan makanan boleh tahan dan banyak pilihan. Next time boleh datang lagi.