Sabtu, 8 Januari 2011

Bila dah sihat ni.bukan main berselera sekarang. Makan,makan dan makan. Cukup dua jam, perut dah bunyi-bunyi.. Wah, tahap bahaya nih...tapi disebabkan takut kena gastrik lagi dan teringatkan orang kat dalam perut nih, maka nye...carilah makanan walau dimana sahaja. Bunyi macam kebulur pula aku nih.
Okeh, bila dah cerita bab makan nih..malam kelmarin, saya dan family telah melabuhkan punggong kat satu tempat makan yang baru dibuka. Tak tau lah buka secara rasmi bila. Suami saya yang bagitau tempat tu dah ada dibuka kepada umum. Itu pun bile dia jejalan dengan dak Haziq masa saya tengah sakit-sakit hari tuh...sian kan.dia sesedap je jalan. haaa....macam kejam je laki aku tapi tak de lah masa saya tengah menonggeng kat rumah dia tinggalkan saya sesorang tapi masa tuh saya  baru nak elok sikit dan malas nak keluar malam so, sebab diaorang boring, diaorang jejalan lah meninggalkan saya dirumah.
Tempat makan nie kat tepi muara sungai Muar. Damai dan sejuk je... kat mana tuh?? tak lah dekat je. Kat Kompleks Marina Tg. Emas, Muar. Makanan okey. Kala rasa nak dok tempat berhawa dingin, dok dalam restoran. Tapi saya dan suami dok kat luar je. di bawah pokok-pokok kelapa...dan ditiup angin laut...dan makanan yang panas pun cepat sejuk. Bagus...tak payah susah-susah nak tiupkan untuk Haziq.
Sementara tunggu makanan sampai, Haziq buat aksi...ooo, ye nampak tak sesuatu di pipi Haziq

Nie jelas sikit...kenapa budak nih jadi macam nih? kena dera ke ape...hari ketiga di sekolah, dia terjatuh kat sekolah. kesian anak aku...

hitam.. tapi nampak lagi kot...nasi goreng.

roti canai untuk Haziq


pemandangan sekitar tempat makan.
Harga makanan pun okey...tak mahal pun macam biasa-biasa je dan makanan boleh tahan dan banyak pilihan. Next time boleh datang lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan