Rabu, 15 Mei 2013

Setting Time And Happy Mother Day.

Esok ai dah start keje u olls, malasnye u olls, liatnye u olls..agak dah kenapalah dengan saya ni. Inilah gamaknye perangai orang yang dah lama tak keje. Cuti panjang tiga bulan sudah habis bro.. nak memulakan rutin baru adalah sangat memenatkan minda dan badan hahahaa ngada-ngada okey ai sekarang u olls. Dihari-hari terakhir cuti nie, kenalah kemas-kemas sikit rumah.Esok tak taulah macam mana kelam kabut. Kena bangun pukul 5 pagi gamaknya..Nak kemas-kemas barang, susu, Haziq lagi..adoiyai dah lama sangat bersenang lenang nih..saya akan bagi Hafikh susu badan.Stok dah simpan..harap-harap mencukupi. Hafikh saya akan hantar ke psat Jagaan kanak-kanak Taska Al-abid .Dipejabat nanti saya akan take time untuk perah susu. Buat stok lagi kan. Harap saya dapat setting time di pejabat pula dan berharap masuk keje sok tak de lah kerja urgent yang perlu disiapkan. maklumlah dah lama cuti. Banyak lah keje-keje yang kena settle kan. Hari tu tetanya budak pejabat ape cerita, diaorang cakap banyak keje yang menanti huhuuu. keje saya pon main gilir-golir diaorang cover. erm..bila staff tak cukup mcam tu lah gaya nye.rojak..eh, dah,dah..tarik nafas dalam-dalam..fokus..cari semangat. fikir perkara-perkara yang terindah..indahlah sangatnye ye. Petang nak ambil baju. Baju barulah kan esok nak le pejabat. Baru hari ni terhegeh-hegeh nak ambil. Pakailah baju tu esok tanpa dibasuh dulu. Nasiblah kan.Dah lama tak tempah baju. sekali tempah ambik ko, 3 pasang. Kain dari tahun lepas, tak tempah-tempah baju.Itu pun kain orang bagi. Tahun lepas nak tempah sayang. Mengandung, tu yang dok perap kain tu lama-Lama sampai dah hilang bau kedai..alahai Fening.


Ini adalah sebahagian dari kerperluan sebelum memulakan kerja. ini untuk menjayakan bf saya. cewaaah uolls beriya-iya saya kan. Over gitu.. Ai beli barang ni semua u olls kat intenet je. (cerr...dah macam kepoh plak ) maklumlah semua dihujung jari. duit pon dihujung jarilah jugek. biasalah bandar kecil cam segamat ni pilihan kurang. malas nak pening kepala saya beli je kat shop Kasihkusayangku. timbang-timbang shop mana yang murah. barulah order. tak gitu???  saya beli, botol simpan susu autumz..ada 10biji percuma double seal storage plastic..ice pack pon penting. 3 beg satu kotak ..harga tak ingat hahaa...tapi murah je berbanding shop lain. pastu storage plastik, autumz jugak dan dua set BF bra.  Suka gitu yek..errr...
 Ok dikesempatan ini jugak saya nak ucaplah selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu ye. walaupun terlambat tapi tak pelah..saya sibuk tak sempat nak update blog hujung minggu hari tu. Siboklah sangat yek.MALAS adalah kenyataannye hahaaa.. Buat bonda tercinta Fuziah bt Jaafar..semoga diberi kesihatan yang baik dan sayang mak. Juga buat ibu mentua saya Hajah Salmah bt yem. terimakasih banyak-banyak.
Makan-makan dengan nenek.

Ini nak selit satu gambar duadaripada tiga hero saya. Tengok si Hafikh tu, bukan main suka dia.  Nak jalanlah katakan...kikiii..