Selasa, 18 Disember 2012

Shopping


Kejap je dah nak habis cuti sekolah kan. Rasa macam baru je start cuti. Bermula dengan Haziq sunat dan seterusnya hantar dia pegi kelas asas Jawi dan membaca Al- Quran, dah tinggal dua minggu je lagi buka sekolah. Tahun nie, Haziq dah masuk tahun satu bermakna, sudah bermulalah keseriusan saya dalam pembelajaran anak. Dulu bukan tak serius tapi masih lagi boleh malas-malas gitu..mak ko nie memang pemalas Haziq dan mula tahun nie, saya dah start cari tempat tusyen yang terdekat dan okey untuk Haziq.  Haziq memang perlu untuk kekelas tambahan. tapi bukan semua subjek lah mungkin saya boleh lebihkan pada subjek matematik dan Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris dan sains...mane-mana yang saya rasa perlu lah. Yang lain tu rasanye saya masih terror lagi huhuuuu...macam 'good2 ' je saya nie.  Keperluan hantar kekelas tambahan nie saya rasa sebab Haziq nie banyak main . Kat rumah, nak kena paksa dan gaduh pusing satu rumah baru dia nak study. sungguh memeningkan. Dan satu yang saya perasan, dia suka study ade kawan. Mungkin itu lebih buat dia lebih relaks atau lebih memberi tumpuan sebab ada perasaan untuk berlumba. Dan saya pun dah mula risau takut tak boleh nak fokus, sebab bulan febuari saya dah ade baby.  Yes!! saya sudah tujuh bulan mengandung dan Alhamdulillah kandungan pada kali ini bayi saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Syukur sangat. Doakan yang baik-baik ye untuk saya dan baby.
Berbalik pada Haziq, saya dah mula beli baju sekolah untuk dia dan peralatan sekolah yang lain. Untuk permulaan, semua saya beli dua pasang. Baju, kasut, seluar, semua saya beli dua pasang.  Jika ada keperluan, lepas dah masuk sekolah, mungkin akan tambah lagi sepasang baju.  Maklumlah ahkak nie kadang-kadang, bila dah tersebuk dan kepenatan, baju sekolah pun tak sempat nak basuh hari-hari.  gitu lah kan...orang dah keje nie...hahaaa..itu satu alasan sebenarnye. Okeh, weekend hari tu gie Sogo...wah!!Sogo okeh..KL okeh..gile gigih saya panjat bas dan jalan sampai malam. Cari hotel dekat-dekat situ je sebab memang target nak shopping saja.  mula-mula plan nak naik keretapi. saje kan nak bawa Haziq naik keretapi. Dah lame tak naik keretapi tapi frust sangat sebab tiket dah habis. so, naik bas. Sampai kat TBS, terus naik LRT pegi ke Sogo. Pandai tak pandailah kitaorang tekan tiket kat mesin tu. pastu siap dah tersalah train..bile perasan tengok dah sampai Bukit Jalil..dah nak kemana pulak. Turun semula dan pusing naik train satu lagik...sengal tak sengal lah bahu bawa beg galas semua. Ape pun semua tu pengalaman.  Kali nie pegi pon berlima je dengan My hubby yang sporting kali nih, Haziq, Mak mentua dan Aja (adik ipar). Mak mentua ai, memang kaki shopping. Pusing-pusing satu Sogo memang dia redah je. Dan saya pula, memang gagah kan diri untuk berjalan. Tengah sale nie lah nak beli kan. duit je lah standby. lagi pun lagi dua bulan dah tak bleh jalan. Dah ade baby dan kalau nak gile shopping macam nie pon kena pikir dua, tiga kali sebab sian kat baby dan saya pon rasa tak terlarat nanti... ini pun tak sedar diri, jalan bawa badan pun sampai tak larat, bile malam dah sakit pinggang. kaki dah kebas tetiba rasa nak demam..nasiblah UncleBad tolong belikan panadol.  Malam, semua tido mati.
Mula-mula sampai, saya jalan sendiri dengan mak mentua. Haziq jalan dengan ayah dia..yahoo, seronok haahaa bila dah beli semua, baru perasan yang paling banyak shopping adalah Haziq. Punyalah baik hati ayah dia belanja semua. Beli baju tido, mainan tak tinggal semua mainan transformer. sejak dua menjak nie dia gile dengan transformer. Hari2 tengok CD tranformer. sampai nak pasang wallpaper kat bilik pon nak cari Transformer..tapi tak pasang pon. Kat segamat nie manalah wallpaper yang cecanggih macam tuh kan.  Setakat gambar bunga-bunga biasa tuh adelah. . Baju sekolah dan kasut pon dah siap beli. Habis satu part. cuma tinggal nak belikan baju sekolah agama. Tunggu bonuslah pulak kan. Banyak gak UncleBad keluar budget, gegel sey.. tapi terima kasih sangat-sangat sebab sporting bawa jalan-jalan, melayan kitaorang dan yang penting belanja kitaorang hahaa.. best kan. Sesekali melayan mak buyong nie. Tak pe kan... bukan selalu.  Balik, naik kereta pulak.  Bapa mentua saya datang keesokanya. Penuh ko satu bonet. Dah lepas nie dok diam-diam kat rumah. Kumpul balik duit penuhkan satu tempayan baru boleh jalan semula.

sampai je terus gie makan. masa nie tengah tunggu makanan sampai. possing dulu



Haziq dan Mak aja

Dah tak tau nak makan ape, UncleBad belikan saya nasi ayam penyet. boleh lah bedal je. Dah lapor sangat. 

Nie gambar dah penat berjalan. 


Tranformers


Lepas mandi

Gangnam Style..nie kat Mahkota Perade Melaka..ambik nak, Lepas KL singgah Melaka jap tuh.


masa balik singgah Melaka jap...jalan sangat. Ko mampu??haaaa ..nie gambar dah penat tak sabar nak pelok bantal.

apepon gambar yang lain-lain tak sempat nak take. punyalah seronok berjalan, terlupa nak ambik gambar.  Si UncleBad macam biasalah...tak sporting bab bergambar




Jumaat, 30 November 2012

Kisah Disebalik Kisah




Mesti pelik kan apesal minah nie tetiba masuk cerita upin & Ipin. Gile gedik ape sampai nak bagi orang tengok kisah ni. Padahal hari-hari boleh tengok kat astro ulang tayang cerita yang sama tiap-tipa hari. Senang cerita nak bagitaulah kan Haziq dah sunat. Dah elok dah pon. Dah lari bagai. Dia sunat 17.11.2012 hari tu. Hari sabtu. Sebenarnye, saya memang tak terfikir pun Haziq nak sunat awal.  Dia kan penakot. Umur pun baru 6 tahun tapi bile dia selalu cakap nak sunat, saya jadi risau. Boley ke??risau takut dia tak nak bile dah sampai klinik... Bila tanya kenapa nak sunat...ini jawapan dia " Kalau dah sunat, bile sembahyang kat masjid, Haziq boleh dok dekat ayah. Tak yah dok belakang lagi". Saya : "Ye,ke?". (muka mak siap kerut lagi). " Haziq :" Iyelah, Mail cakap, kan ayah?". Ayah : "ha'ah. Betul lah tuh ". Tau tak mail mane? Mail dalam cerita Upin & Ipin nie.. haahhh pengaruh sungguh.
Bile semua orang tanya tak sakit ke? relaks je dia jawab tak sakit. Macam kena gigit semut je. semua tu dia tengok dalam Upin & Ipin lah. Tu yang bersusah payah saya download cerita kat atas tuh. Budak-budak kan. memang terbaik betul cerita nie.
Mula-mula tertanya gak nak buat kenduri ke. tapi takut tak jadik. So keputusan yang kitaorang buat, tak yah buat kenduri bagai. kalau orang lain siap berarak, kompang bagai tapi kitaorang bawa je Haziq gie klinik. Kalau dia tak nak pun tak pe.Tak paksa sebab dia pun kecik lagi. Kalau dia ok je, pun bagus sebab dah settle satu masalah. Kalau dah sekolah sok lagi lah takut. Kawan-kawan semua dah cerita tentang kesakitan suant tu jadi, biarlah buat sekarang. sementara dia nak nie.
 Bila sampai kat klinik, saya tengok dia cool je. siap main PSP. Mak ko dah takut bagai. Siap tak nak masuk lagi. Ayah dia sorang je lah yang masuk.. tapi kat luar tetiba dengar Haziq jerit. pastu terus senyap. bila keluar dari bilik doktor, saya tengok ada sisa air mata dan muka dia pon monyok je. Sian pulak. Muka dah macam menyesal gile. tapi dia tak nangis pun masa tu, bile sampai rumah je, masa nak baringkan dia..masa tu lah dia meraung. alahai...sian....tapi sehari tu je lah dia lemah. tido je...nak bangun pun takut. nak makan pun baring. main PSP je. Masa tu lah keluar ayat " betullah Mail cakap, sakit sunat macam kena gigit harimau..Ipin tu cakap je tak sakit..yelah kartun kan bu". alahai, anak aku, pandainye ko nak myedapkan hati. Apapun saya bersyukur sangat semuanya dah selesai. dia pun dah sihat. Siap bangga lagi dah sunat sebab dia kata dah jadi orang besar.

ambik ko tidur tak ingat dunia...nie masa hari first sunat. Punya lah sakit. tidur. sian...masa nie memang sian sangat tengok dia. tu kain siap gantung okey. pakai tali. ayah dialah yang buat tu kan...ai, takde pengalaman.

nie hari kedua..tengok,tengok dah senyum-senyum kan...haaa..dah mula sihat lah tu tapi masih lagi takut-takut nak bangun.

hari ketiga, malam tu dah gie jalan cari games baru sebab dah bosan main PSP game yang sama je. dah banyak kali menang lah katanya. tapi tak boleh blah masuk supermarket pakai kain pelikat siap sorong masuk dalam troli...langgar pantang dah nie nasib tak bentan.


hari ke tiga (siang) dah boleh jalan depan rumah. makan roti lagi. masa nie dah bosan gila kot dok rumah. sampai cakap tak best lah sunat.......memang pon.

pastu hari yang keempat dah makan doyan...peace.

okeh ini masa kat Jusco Seremban...laaaa dah sampai seremban rupenye. 

hari yang kelima, saya paksa dia pakai seluar sebab mak ko  nak berjalan. disebabkan saya cuti seminggu, bosan sudah tak keluar rumah, hari yang kelima Haziq sunat dan kebetulan cuti Keputeraan Sultan Johor, UncleBad hantar saya balik rumah mak saya..so, Petang tu saya ajak adik yang kebetulan cuti (Acu) dan mak pegi jejalan dan sampailah kitaorang ke Seremban. Masa nie UncleBad tak de...dia biasalah kan time orang cuti pon kerja. Tu yang campak hantar kitaorang balik Palong. Tak tahan kot dengar saya berzikir kat telinga dia siang malam merungut dia tak cuti-cuti hahaaa...tak solehah betul.

Masa nie dah hari yang keberapa pun saya dah tak ingat. dan main helikopter kontrol. dengan Azril...cucu sebelah rumah mak saya. Nie memang kawan baik Haziq masa cuti sekolah.  Sebab dia pun masa cuti sekolah mak dan apak dia pos ke kampung..




Rabu, 21 November 2012

Perjalanan Menuju Dewasa

Cuti sekolah datang lagi.  Kejap je dah hujung tahun.  Bermakna tahun depan Haziq dah masuk darjah satu. Sekejap je Budak kecik nie dah besar. Kalau dulu kurus kering sekarang dah melebar dah dia. Hari-hari terakhir Haziq sebagai kanak-kanak tadika..Datang sekolah pun sekadar main-main nak habiskan waktu sekolah.  Tak datang pun tak pe tapi sebab tak lama lagi nak cuti, hantar jugalah Haziq kesekolah. Lepas nie dah tak jumpa lagi kawan-kawan yang sama. Kemungkinan semua akan bersekolah tempat yang berlainan.  Teringat masa mula-mula hanatr dia masuk tadika. Masa tu baru 4 tahun. Sekolah TAJ kat Mar. hantar je..dia tak nangis tapi masa mula-mula sekolah dulu selalu tak datang sekolah.Ponteng. Masa tu pun kecik lagi tak lah paksa sangat.Masa tu kawan baik dia nama Hakim. erm, dah lama tak jumpa. Entah kenal lagi tidak. Tahun depan dah masuk darjah satu.  Harap-harap dia senanglah nak pegi sekolah. Biasalah kan bab bangun pagi memang bercinta sikit dak Haziq nie.malas nak memekak. Bile dah masuk darjah satu nie, dah kena belajar betul-betul...ha, tension lah mak lepas nie dan terfikir ape tau..rasa dah tua rupanye aku hahaaa ok jom layan gambar-gambar hari terakhir rakan-rakan Haziq di sekolah tadika...









Best kan jadi budak-budak. Happy je. ape pun semua ini akan jadi kenangan terindah buat Haziq dan semua diantara kita.  apepun semoga anak-anak ini akan menjadi anak yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu dan bapa.


Jumaat, 12 Oktober 2012

Jom Follow nuffnangx






yuhoooo...dah lama ahkak tak update. terlalu lama kan.. hari nie cuma nak bagi tau tentang NuffnangX. Saya pun tak berapa nak perasan lah tentang NuffnangX nie sehinggalah terbaca kat blog kak Jemah nie. Sungguh terpesona saya heeehee..korang boleylah follow saya kat situ ye.. dengan pakai NuffnangX nie, memudahkan saya dan pada korang yang suka baca blog, dengan mudah. nak respon pun senang. jom lah cuba .

Sekarang saya akan tunjuk cara-cara nak daftar NuffnangX nie...

mula-mula korang daftar dulu kat sini yerk http://www.nuffnangx.com/

Pastu akan keluar ikon macam nie:----
NuffnangX logo

pastu tekan  Google play macam icon kat bawah nie.

Download the Android App

lepas tu Nuffnang akan hantar icon dalam smartphone korang dan ape lagi korang buka dan sahkan. pastu terus lah follow ahkak ye.  korang boleh link terus ke www.shikinlatiff.blogspot.com . okeh sebab kalau tekan cinta hatiku, confirm macam-macam cinta yang datang. so rajin-rajiin lah ye taip panjang-panjang sikit muah...

Sabtu, 22 September 2012

BUjang LApok



Haziq adalah peminat setia cerita bujang lapok.saya pun tak tau sejak bila dia minat cerita P. Ramlee tu tp ape yg pasti dia sangat teruja bile tengok cerita tu walaupun dah berkali-kali tengok tapi masih ketawa berdekah-dekah tanpa jemu sama juga macam dia tengok cerita karton yang lain.dia juga memang suka cerita aksi tetutama cerita berkaitan askar memang  fokuslah depan tv tu  bile time study kelaut. berbalik cerita bujang lapok tuh..kalau saya  memang dah mengantok gile kalau tengok cerita berulang kali ni . Dia bleh je kusyuk berdekah-dekah depan tv sampai dah hafal segala dialog. Same aje dia dengan ayah dia. erm.. same-same melayan cerita P.Ramlee.  Tapi tak semua cerita Haziq suka. Cuma cerita-cerita yang kelakar je lah dia minat. Tapi bujang Lapok adalah yang paling dia suka. Kalau cerita Sarjan Hassan tuh tak pulak dia melayan...




tengoklah aksi dia tengok tv. sambil makan kerepek pisang lagi.. dia pun sememangnya pengemar kerepek pisang huhuuu..





.

Ahad, 16 September 2012

GIGI BARUHAZIQ

Dua minggu lepas, pegi bawa Haziq jumpa doktor gigi.dua minggu yang lepas okeh. nampak sangat pemalas nak update blog sekarang nie.. Gigi budak Haziq tu dah tumbuh gigi kekal rupanya. Tetiba terasa dah semakin bujang anak aku. huhuuu.. Memang tak sangka awal dia akan tumbuh gigi kekal nie. yelah kan, gigi susu pertama dia tumbuh dulu dia baru lapan bulan. Punya risau masa tu kenapalah anak saya nie tak tumbuh gigi.  Pastu mak pulak cakap, tak pe tumbuh lambat, lambatlah gigi susu dia tanggal..Disebabkan oleh fakt tuh makanya saya pun dah set macam tuh lah kan. sian sungguh jadi lurus bendul.
Bila first Haziq tu
njuk gigi dia dah tumbuh, saya memang cuak gile okeh.  Mana taknye, gigi baru tu tumbuh belakang sangat.  Saya dah risau gile sampai tido malam mimpi gigi datang nak tido sebelah..hahaaa boleh plak..gigi kapak pulak tu.ada mata lagi . Risau tau takut gigi dia tuh tumbuh bersepah-sepah. mana mungkin... Tak handsome okeh. Dia sendiri pun tak perasan gigi baru tu tumbuh. Masa raya mak uda dia tegur gigi dia dah berlapis. Pelik dak Haziq nie.
Bila nak bawa jumpa doktor satu hal lagi. Punyalah geram, tiga hari datang klinik, klinik gigi tu tutup. Nak pegi klinik lain, tak biasa. Doktor yang satu nie juga yang setakat nie rasa okeh. Menyirap betullah.  Nasib si Haziq nie on aje sentiasa. Dia pun risau agaknya bile hari-hari saya cakap tak lawa gigi bersepah.
Akhirnya hari yang keempat baru dapat jumpa Doktor Kishor Nath.  Mula-mula masuk bilik Haziq dah takut.  Teringat dulu masa dia umur 3 tahun, bawa dia jumpa doktor gigi, mula-mula baring okeh, bila doktor soh buka mulut dia terus bangun lari kat pintu. terus tak nak baring. Tapi kali nie dah bawa bodyguard siap-siap.  Bile Haziq macam nak bangun je, bodyguard keluar suara hahahaaa...sape lagi ayah dia lah. Dia kan ada gentar sikit dengan ayah dia. Bila dah sette semua doktor suruh bagi makan aiskrim. dua  sekali cabut. tapi Haziq tak lah cakap sakit sangat. Cuma mula-mula dia risau gusi di
a dah luas sikit. Tanya juga dengan doktor, kalau gigi dia macam tu tak bers
epah ke nanti, jawapan yang sangat melegakan bile doktor kata tak pe. sebab gigi tu akan tolak kedepan nanti.  Kalau awal sangat dah cabut, nanti gigi tuh akan kedepan sangat. huh, macam tu rupanya. Jadi lepas nie untuk gigi atas bahagian atas, tak perlu risinilah
au nak cabut awal sangat, takut gigi tu kedepan sangat. DaH jongang pulak kang.



Selasa, 31 Julai 2012

semuanya okey

Dah lama rupanya pn sri sri tak membebel yerk. pn sri pun baru tersedar selepas beberapa kawan-kawan pn sri bertanya pasal blog ni..owh baru tersedar pn sri ada peminat rupanya..ahem. rasanya belum lewat lagi nak ucap selamat berpuasa.
sebenarnya bAnyak benda nak cerita tapi saya belum  lagi mengedit banyak gambar..entahlah,malas sangat pulak kan..biasalah saya ni kan.(kejap saya,kejap pn sri) ngada-ngada.erm, puasa pon dah 10 hari, kawan-kawan pejabat pon dah mula tukar ringtone raya huhuhuuu...barulah hari nie nak update blog. itu pun setakat membebel tanpa gambar. nanti bile-bile puan sri senang, puan sri tulis panjang-panjang ye heheheee... ape pun saya berharap kita semua tabah menghadapi ramadhan ini. Dugaan Ramadhan memang banyak. Pada kawan-kawan Pn. sri yang berada dalam kesusahan, kesedihan dan kesulitan yang teramat, anggaplah semua dugaan itu ada manis diakhirnya..akan ada satu kejayaan yang menunggu kita..kan,kan,kan..ini peringatan untuk diri sendiri juga.  Sampai bertemu lagi... salam sayang buat semua

Jumaat, 8 Jun 2012

Sambal Jawa Laksamana

Nak kongsi resepi sambal Jawa turun temurun. Temurun ker?Pernah tak makan sambal masak macam nih.  Kalau ikutkan sambal jawa, ada lagi tambahan bahan-bahan. tak salah ada letak kentang sikit, lada kering semua tapi yang nie simple je.  Sebab tuh bagi nama lain sikit tambah Laksamana kat belakang sebab masak kat dapur Taman Laksamana (rumah ai lah tuh) heheheee.. Lauk saya masak petang semalam. Punyalah cun nak...
Asalnya saya belajar masak sambal nie dari mak mentua saya.  Dia bagi temurun punya resepi. Mana dia belajar tak tau lah hehee tapi sebab sedap, belajar lah kan...Jadi ini lah resepinye.


bahan-bahan.
5 bungkus tempe (dipotong)
segenggam ikan bilis
2 Biji bawang Besar( dihiris halus)
4 biji lada besar hijau(dihiris halus)
setengah cawan santan

Mula-mula goreng tempe dan  ikan bilis sampai garing. Semua secara berasingan lah. jangan masuk semua sekali nanti hangus pulak ikan bilis tuh nak tunggu tempe garing. Lepas tu masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi dalam kuali bersama-sama bawang dan lada besar. Tunggu bawang kekuningan dan akhir sekali masuk santan. Jangan lupa garam secukup rasa. okeh, faham?..Senang je kan. Sekejap je dah jadi satu lauk untuk malam nih. Selamat mencuba. 


Selasa, 29 Mei 2012

Makanan Istimewa.




Nie saya masak petang ahad harituh..cewah, ada macam kat kedai tak? siap letak dalam pinggan macam dulang tuh lagi. Punyalah penat uli tepung pastu masuk dalam tempayan. Ayam tandori tuh pulak saya simpan 3 hari 2 malam tau. nak bagi sebati. Nak sedap kenalah perap lama-lama.  ko ade? Hahaaa...tetete, tolong jangan pecaya okeh. sebenarnya ni ai buat...kat kedai. erm, apalagi order sama itu kedai lah. Roti nan tandoori. gile kaw saya menipi.  Kepada yang pecaya tuh anda sememangnye lurus tanpa bengkang bengkok.sorry..tapi rasanye semua orang takkan pecaya tengok benda alah cegini saya masak kan. Ok,  First time makan makan roti nan ni. UncleBad cakap sedap tapi dia cakap sedap tuh kat kedai lainlah kan... saya pon order ikut cam dia.  Dan memang sedap. satu pinggan RM 7.  Kedai ni kat segamat je.  Asal nye petang ahad tuh, pakwe saya nih nak makan satey muar. Maklumlah dah lama tak makan satey muo.  Hantar Haziq kat rumah mak dia, tuh yang tetiba dia nak makan satey.  Untuk 3 hari nih Haziq dok rumah mak dia. Berhari-hari pujuk kitaorang soh hantar muar pastu minggu depan dia cakap nak balik Palong pulak.( Rumah Mak saya). Wah! suke betul ko ye cuti sekolah. Jalan sana,jalan sini. Saya hantar dia pon tak lama haritu. dok kejap je dah terus UncleBad kuis-kuis kaki nak balik cepat. Tak sempat nak kepoh-kepoh. Biasalah kan jurujual sekarang kena jadi peramah hahaaa...jadi bila orang dah cuit-cuit tuh pahamlah kan haaaa apelagi soh tutup cerita lah kan. Jalan dengan Pakwe nie memang tepati masa. baguslah kan cepat sikit sampai rumah. Baik punya  cover laki. Pastu tak jejalan pon kat Muar..dia dah sibuk nak cari satay pastuh sampailah Segamat, tak jumpa.  Kalau jumpa pon, kedai tutup dah petang kan, kedai pon dah tutup pintu. Lepas tuh dah sampai Segamat semua kedai pon tutup. lastly terjumpa kedai nih. Waris Corner Station. Boleh jelah layan.  Tu yang makan roti nan nie.  Kat kedai nih macam-macam ade. Western food pun ada. Tapi yang special kat sini adalah makanan arablah kan.  Ada nasi goreng arab, roti nan pon ada macam-macam perasa. Pastuh ade nasi beriyani arab dan beberapa makanan masakan kampung. ha, makan sesedap rasa sampai malam kenyang. Bagus macam nih. Kurang makan malam. heheee...



Ahad, 20 Mei 2012

Hari sihat Sepanjang Hayat


kejap tenggelam, kejap timbul..tu lah kan. Sesuka hati je nak muncul, nak nyorok..Biasalah orang lazy buzy macam ai kan...ni pon sebok nak cerita nan kisah yang lalu. Yang dah berlalu seminggu yang lalu.  Daripada Masa gambar nih diambil Haziq sihat walfiat, sampailah demam seminggu dan hari ni dah semakin sehat. Erm seminggu tak pegi sekolah.  Tu lah budak susah makan obat.  Ini adalah Program Sihat Sepanjang Hayat Yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Segamat. Semua Kanank-kanak Tadika Perpadan yang berdekatan masuk pertandingan Mewarna.  Gambar masa mewarna  lupa plak nak ambik.

Nih selepas mewarna tamat. Kat belakang tuh macam biasalah kan ada pemeriksaan kesihatan.

okeh yang ini dua dari kiri adalah Haziq.  Tetiba je cikgu dia suruh naik pentas buat cara-cara gosok gigi dengan pekerja kesihatan.

Ni masa taunggu giliran dapat Hadiah...ceh macam confirm je menang.

Memang menang pon...dapat no 3 je. tak daptlah basikal. yang dapat basikal tuh kawan baik dia, Naim.  Haziq siap nak nangis sebab dia tak dapat basikal. sian.hehee...pastuh suruh ambik gambar dengan naim pon tak nak sebab bengang dia tak dapat basikal.

Nih je hadiah yang dia dapat.  Jam tangan. Tak paki pon lagi sebab dah seminggu tak sekolah.

Ini pulak...tetiba ada orang nak bagi.  Sian agaknye kan...banyaklah. ini namanye, orang yang bertuah macam saya harus dapat muahahaa...hadiah lucky draw.Bertuah kan...
Terimalah show percuma dari saya..v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
vvvv
vvv
vv
v
Haziq dua darpada kiri ye. Yang pegang mikrofon tuh.  Siap tanya kawan sebelah (Naim) lirik lagu. lupa liriklah pulak.  





Rabu, 9 Mei 2012

MARY KAY Dan Saya

Pernah dengar produk Marykay tak? owh sekarang saya sudah jadi perunding bebas  kecantikan Marykay. Hah, terasa macam hebat? tak juga hehee.. Mula-mula saya cuma pengguna produk nih tapi lama-lama ai jatuh cinta you.  Produk nie walaupun mahal skit  tapi sangatlah berbaloi. Saya suke ok. Produk nih berdasarkan bahan-bahan botanikal seperta bunga-bunga dan buah-buahan.  Memang tak de kesan teruk pada kulit. Jaminan dari Company, duit akan dipulangkan kalau tak puas hati.  Best kan.. kalau beli produk lain, kalau tak sesuai, terus campak dalam tong sampah, yang nih, kalau tak puas hati dapat duit balik.
Korang boleh tengok www.marykay.com.my  untuk info tambahan. Dalam You tube pon ada macam-macam. Cara solek dan penggunaan barang.  Semua Marykay tak sorok k.  Cakap je nak untuk kelihatan muda, tegang-tegang sikit, untuk putih, untuk hilang jerawat...semua ade.   Memang puas hati okeh.

 Mineral Powder Foundation
Ini salah satu produk yang saya pakai. Pakai bedak nih sangat best. ringan dan tak berminyak. Debu yang halus dan ringan ini berupaya menutupi garis-garis halus, kedutan, dan ketidaksempurnaan wajah. Sangat-sangat cool hehee..okeh saya dah pakai 3 bulan dan belum habis pon satu nih. penggunaan dia sangat lah lama dan jimat. cuba baca artikel  nih

pastuh ini pulak malacep whitening system.  untuk hilangkan bintik-bintik hitam. 
ape lagik saya pakai??

saya dah pakai set nih, lapan bulan.  Lepas je bersalin tahun lepas, saya pakai nih.  Masa tuh kulit saya penuh bintik hitam tau sebab masa mengandung tak leh pakai ape-ape. tak tahan bau. sekarang walau pun tak lah bersih sesangat tapi dah kurang okeh.  dah cantek okeh wawaaaa nak nangis dengor mak ko poyo. okeh realiti memang dah kurang bintik hitam tuh. Saya jenis kulit kering memang mudah berbintik-bintik.Dan yang paling best enam bulan penggunaan saya baru tukar toner. lama tau tahan. tak yah beli tiap-tiap bulan.  
lagik,lagik,lagik ape nak cerita ek....erm. tu je lah kot buat masa nih...nanti saya tunjuk lagi ape yang saya pakai ye.. kalau ade sebarang pertanyaan boley inbox kat FB saya ye...taip je centralclaim@yahoo.com. pasti akan saya jawab.  kalau ade yang nak tanya lah ye heeeehehehe.