Khamis, 28 Januari 2010

BILA TERASA RINDU....


Bila terasa rindu...sedekahkan Al-fatihah buat Aishah yang di dalam kenangan. Untuk apa dikenang? Ya, untuk apa..tapi bagi aku yang mengandungkan dan melahirkan, kadang-kadang terkenang jua.Walaupun tak bersua tapi bila sesekali ketika memerah susu, ketika terasa sakitnya melahirkan perasaan sayang dan rindu hadir jua. Apa pun aku redha. Semoga ada hikmah disebaliknya. Kini walaupun  telah 30hari berlalu, aku masih lagi memerah susu. Sayang juga bila buang susu tu macam tu sahaja. Susu pun lambat kering. Mugkin niat untuk menyusukan pada awal kehamilan dulu membuatkan susu tu banyak.

Kat sini aku sedar, jika kita memang berniat, berhajat dan bersungguh-sungguh, susu tu dengan sendirinya akan keluar. Agak mustahil jika ada yang mengatakan tiada susu untuk menyusukan anak. Apapun terpulang pada individu. Kalau rasa yakin yang tinggi InsyAllah semua akan dipermudahkan. Walaupun aku sendiri tidak pernah lagi meyusukan secara eksklusif tapi aku yakin semua orang mampu melakukanya. InsyAllah, jika ada rezeki aku selepas ini, aku akan sedaya upaya akan menyusukan baby dengan susu ibu. Semoga dipermudahkan.

Semalam, anak aku , Haziq main sorang-sorang dan berangan yang dia sedang bermain dengan baby. Habis semua patung ultraman dia panggil adik dan dia bahasakan diri dia abang. Kesian juga tengok dia. Dia memang berharap nak adik tapi nak buat macam mana, belum sampai masanya lagi. Masa hari pengkebumian adik dia hari tu pun dia tengok. so, bila orang tanya mana adik dia akan jawab "adik dah tanam".  Harap2 suatu hari nanti dia akan faham dan aku bersyukur sampai saat ini pun dia tak tanya lagi tentang adik dia. Mungkin dia dah tengok semuanya, membuatkan dia tak bertanya lagi soalan-soalan yang aku sendiri mungkin tak dapat nak jawab. Sabarlah Haziq.satu hari nanti, Haziq akan dapat adik juga. Masa tu nanti, Ibu harap Haziq akan jaga adik dengan sebaiknya ya, sayang.

Rabu, 27 Januari 2010

hubungan jarak jauh

Kat sini aku nak kongsi sikit tip hubungan jarak jauh. Ini berdasarkan pengalaman saya dulu ( setahun yang lepas).Masa tu my husband kat Penang dan aku sendiri di Muar, Johor. Jauh kann...erm, Alhamdulillah dapat juga kitaorg menempuhinya selama 2 tahun setengah. Jom, kita kongsi..

1) Elakkan cemburu buta
Ini adalah satu yang penting. Janganlah terlalu cemburu. Memang kadang2 tu terfikir gak benda-benda jahat nie tapi kalau ikutkan hati mati beb! Cuba fikir positif. Kalau tetiba terfikir yang bukan-bukan cuba call. Tak kiralah tengah malam-malam pun tak pe lah janji puas hati kan...sambil call tu, dengar-dengarlah suasana, bunyi-bunyian dalam telefon tu. Pandai-pandailah nak menyiasat kan...

2) Selalulah Berhubung.
Sekarang nie kemudahan perhubungan banyak. Kita ada telefon, internet,3g dan macam-macam lagilah.Yang penting tu semua selain menjimatkan kos, ia memudahkan kita. Kalau tetiba rindu, telefon je.Tak pun 3g dimana-mana anda berada. Kalau terasa nak jiwang sikit, bagi email. Kat office pun kalau tengah free ( pastikan tengah tak de keje, jangan pula buat masa keje tangah melambak..harus dimarahi oleh bos. Lainlah kalau awak sendiri jadi bos) tulislah ayat-ayat jiwang tue. terus je sent. Tak payah guna setem pun. Pastikan perhubungan berterusan. Hari-hari call. Tanyakan perkembangan diri dan kongsi aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ini pasti akan merapatkan perhubungan.

3) Luangkan Waktu
Bila sesekali jumpa tu, rancanglah aktiviti bersama. Bawa anak bercuti atau pun cukup sekadar berjalan-jalan disekitar tempat kediaman. Sekurang-kurangnya semasa buat aktiviti bersama tu ada jugalah cerita-cerita yang dapat dikongsi bersama.

4) Terima Hakikat
Terimalah hakikat yang suami kita tu jauh. Tak boleh nak selalu jumpa. Janganlah minta benda yang bukan-bukan yang tak mampu suami nak tunaikan ketika itu juga. Jangan paksa-paksa untuk buat sesuatu. Suami jauh pun bukan suka-suka. Demi kerjaya dan masa depan, kenalah sabar sikit. Semua tu ada hikmahnya. Lambat laun pasti semuanya akan berakhir. Percayalah.

5) Lupakan Isu Remeh-temeh
Kalau boleh semua isu-isu remeh- temeh tu tak payah lah nak mengungkit. Lupakan saja jika isu tu tak penting pun. Bukan apa, dah lah jauh nanti disebabkan isu-isu kecil jadi bergaduh. Kan tak best. Mesti dah tak seronok nak bercerita bila sesekali jumpa kan. Tak kanlah sebab suami tak balik sesekali sebab ada keje pun tak boleh nak faham.  Memang kadang-kadang tu macam tak boleh terima alasan kerja dihujung minggu tapi kalau benda tu terbukti betul.  Dia pun memang ada kerja yang tak dapat dielakkan, redha je lah. Memahami kerja dia akan membuatkan kita lagi dihargai.

Banyak juga tips-tips yang dapat dikongsi kat sini. Mula-mula macam tak de idea tapi bila dah menaip, nah! ambil kau banyak pula yang keluar. apa-apa pun diharap tips-tips nie berguna dan boleh dijadikan panduan pada yang sedang menghadapi situsi yang menduga kesabaran ni. semoga dengan kesabaran akan membuahkan kebahagiaan akhirnya.

Isnin, 25 Januari 2010

SELAMAT HARI JADI..

Selamat hari jadi buat aku..hehh...yang ke..28thn.(sepatutnya smlm 24hb jan)Muda lg ke?tp bg aku umur adalah angka.Apa yg penting matlamat dan tujuan hidup mestilah jelas dan pastikan tercapai. Terima kasih but member2 aku yang wish. Ingatan korang amat dihargai. dengan my husband aku minta hadiah (tak malu betul ) tapi alasan belum gaji lagi. Takpe gaji nanti kena double ye...

Semalam tak bleh langsung nk server internet.boring betul. Dok rumah menghabiskan sisa-sisa berpantang memang membosankan. Rasa nak pecah kepala beb! Andainye dapat aku berjalan-jalan time macam nie bahagianya. Aku kira-kira, hari ni baru hari yang ke 27 aku berpantang. Fuh lama gila nak tunggu 44hari.adalah dalam dua minggu lagi. aku berharap internet ni tak buat pasal. Kalau tak sakit mata aku memandang laptop yang dijadikan perhiasan nie.

Melayan karenah Haziq, semakin memenatkan. Lasaknya anak aku nie tak tekejar rasanya. Mulut pun banyak sungguh cakapnya. Rasa tak terjawab dengan soalan-soalan yang pening kepala nak menjawab tapi itulah antara karenah kanak-kanak berusia empat tahun. Bila dia banyak tanya, lagi banyak yang dia belajar.

Lagi 3minggu, adik aku, angah akan berkahwin. so, sekarang nie mak aku dah ambil cuti sebulan untuk membuat persiapan. Aku nak tolong pun tak banyak. Dengan keadaan berpantang, manalah boleh aku keluar rumah sangat. Tolong sikit-sikit je. Itupun banyak dia tak buat lagi. Apapun, sebagai Kak Long aku akan pastikan semuanya berjalan lancar. Kesian juga kat adik aku nie. Dah lah tunang jauh. Susah nak bincang. Nak kena talifon semua. Tak pe, InsyAllah semuanya akan selamat.

Jumaat, 8 Januari 2010

Haziq yg kecoh...

Sekarang nie, anak aku yg sorg nie suka betul nak membuli arg. Habis mak cik dia kena buli.  Kadang2 dia suka nak menjerit2. Nak org je dengar ckp dia. aku pun dah tak larat nak bisning2.  Mungkin sebab org selalu ikutkan permintaan dia, mengada2 jadinya mamat sorg nie.

Macam2 soalan yang dia tanya sekarang nie. Berangan pun jangan cakaplah. Memang tak tau duduk diam.  Dia paling tak suka bila kucing masuk rumah.  Habis satu rumah atok dia nie, dia kejar kucing tu.  Pintu semua dia tutup.  Kalau atok dia bagi makan kucing, marah betul dia. Pelik aku tengok. Memang pantanglah dia tgk kucing sekarang nie.

Kusyuk nye main game..


control....




Game bola ke???

MASSAGE CREAM GAMAT








Ini adalah salah satu produk yg aku gunakan semasa berpantang. Keluaran syarikat GAMAT EMAS SDN. BHD. Harga RM 20.00 shj dan kandungan seberat 60gm.  Antara kelebihan dan kegunaan produk ini adalah :

  • Memberi rasa sejuk dan selesa semasa menggunakanya.
  • bauan yang segar, membuatkan badan terasa ringan.
  • Digunakan utk mengurut diseluruh badan.
  • Membuang angin dari badan.
  • Melegakan segal sendi dan otot, lebam dan terseliuh.

Rabu, 6 Januari 2010

2010, PERMULAAN THN 1000 DUGAAN

Selamat tahun baru 2010. seperti biasa semua org mempunyai azam baru yg perlu dicapai utk thn ini. Bagi aku setiap thn bermcm impian dan target utk ku capai namun tak semua yg kita target dan impikan akan menjadi kenyataan dlm thn tersebut.ada yg lambat dan tak kurang juga tak dpt tertunai juga.Yang penting usaha,kesungguhan dan niat kita sendiri akan menentukan semuanye akan menjadi kenyataan.

Perkongsianku pada kali ini adalah salah satu impianku untuk memiliki cahaya mata kedua untuk thn 2009 telah menjadi kenyataan namun Allah lebih menyayanginya. Tanggal 30.12.2009 pada pukul 4.01 pagi lahirlah puteri ku yang diberi nama siti Aishah kedunia ini namun Allah lebih menyayanginya.dia hanya mampu mengenal dunia ini selama 15minit sahaja. Luluh hatiku apabila anak perempuan yg ku impikan tidak dapat ku peluk,cium dan merenung matanya. Namun seperti yg telah ku ketahui sebelum ni drp doktor semasa pertenghan kandungan nya, aku redha ya, Allah. Ini ujianmu.aku tabah menghadapinya. semoga kau gantikan ku dgn puteri yg lain utk ku ubati kedukaan ini.

Berikut adalah kronologi semasa proses bersalin

  •  Aku telah masuk ke wad pada 29.12.2009 di Hospital pakar sultanah aminah,Muar. Aku dimasukkan kerana telah over due selama 10 hari.  Setelah diperiksa, masih belum terbuka lagi jalan untuk baby lahir.
  •  Pada pukul 6.30 pagi doktor telah memasukkan ubat Dilapan iaitu ubat untuk membuka jalan bagi memudahkan proses kelahiran baby.
  •  Pada jam 10mlm, aku telah mula terasa sakit yang berpanjangan iaitu 3 @ 4minit sekali dan setelah diperiksa pintu rahim ku telah terbuka 8cm. Semua org pun kelam kabut sbb tak sangka aku dah terbuka jln sedangkan ubat yg dimasukkan tak keluar pun lg. aku telah ditolak ke dewan bersalin.
  •  Tepat 4.01 lahirlah anak perempuan ku, Siti aishah. Namun Allah lebih menyayanginya. Dia hanya sempat mengenal dunia selama 15minit sahaja. Tak sempat utk ku tatap wajahnya.Tiada kedengaran tangisan suaranya. Mungkin tidak mahu meninggalkan  banyak kenangan, dia pergi jua. Hanya sekeping gambar yg dirakam oleh suamiku pengubat rindu. Dan hanya ayah dia seorang dapat memeluk dan menciumnya.  Tabahkanlah hatiku Ya,Allah. Aku redha. Besar sungguh dugaan Mu.  Semoga aku mampu menghadapinya. Amin