Kat sini aku nak kongsi sikit tip hubungan jarak jauh. Ini berdasarkan pengalaman saya dulu ( setahun yang lepas).Masa tu my husband kat Penang dan aku sendiri di Muar, Johor. Jauh kann...erm, Alhamdulillah dapat juga kitaorg menempuhinya selama 2 tahun setengah. Jom, kita kongsi..
1) Elakkan cemburu buta
Ini adalah satu yang penting. Janganlah terlalu cemburu. Memang kadang2 tu terfikir gak benda-benda jahat nie tapi kalau ikutkan hati mati beb! Cuba fikir positif. Kalau tetiba terfikir yang bukan-bukan cuba call. Tak kiralah tengah malam-malam pun tak pe lah janji puas hati kan...sambil call tu, dengar-dengarlah suasana, bunyi-bunyian dalam telefon tu. Pandai-pandailah nak menyiasat kan...
2) Selalulah Berhubung.
Sekarang nie kemudahan perhubungan banyak. Kita ada telefon, internet,3g dan macam-macam lagilah.Yang penting tu semua selain menjimatkan kos, ia memudahkan kita. Kalau tetiba rindu, telefon je.Tak pun 3g dimana-mana anda berada. Kalau terasa nak jiwang sikit, bagi email. Kat office pun kalau tengah free ( pastikan tengah tak de keje, jangan pula buat masa keje tangah melambak..harus dimarahi oleh bos. Lainlah kalau awak sendiri jadi bos) tulislah ayat-ayat jiwang tue. terus je sent. Tak payah guna setem pun. Pastikan perhubungan berterusan. Hari-hari call. Tanyakan perkembangan diri dan kongsi aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ini pasti akan merapatkan perhubungan.
3) Luangkan Waktu
Bila sesekali jumpa tu, rancanglah aktiviti bersama. Bawa anak bercuti atau pun cukup sekadar berjalan-jalan disekitar tempat kediaman. Sekurang-kurangnya semasa buat aktiviti bersama tu ada jugalah cerita-cerita yang dapat dikongsi bersama.
4) Terima Hakikat
Terimalah hakikat yang suami kita tu jauh. Tak boleh nak selalu jumpa. Janganlah minta benda yang bukan-bukan yang tak mampu suami nak tunaikan ketika itu juga. Jangan paksa-paksa untuk buat sesuatu. Suami jauh pun bukan suka-suka. Demi kerjaya dan masa depan, kenalah sabar sikit. Semua tu ada hikmahnya. Lambat laun pasti semuanya akan berakhir. Percayalah.
5) Lupakan Isu Remeh-temeh
Kalau boleh semua isu-isu remeh- temeh tu tak payah lah nak mengungkit. Lupakan saja jika isu tu tak penting pun. Bukan apa, dah lah jauh nanti disebabkan isu-isu kecil jadi bergaduh. Kan tak best. Mesti dah tak seronok nak bercerita bila sesekali jumpa kan. Tak kanlah sebab suami tak balik sesekali sebab ada keje pun tak boleh nak faham. Memang kadang-kadang tu macam tak boleh terima alasan kerja dihujung minggu tapi kalau benda tu terbukti betul. Dia pun memang ada kerja yang tak dapat dielakkan, redha je lah. Memahami kerja dia akan membuatkan kita lagi dihargai.
Banyak juga tips-tips yang dapat dikongsi kat sini. Mula-mula macam tak de idea tapi bila dah menaip, nah! ambil kau banyak pula yang keluar. apa-apa pun diharap tips-tips nie berguna dan boleh dijadikan panduan pada yang sedang menghadapi situsi yang menduga kesabaran ni. semoga dengan kesabaran akan membuahkan kebahagiaan akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan