Sabtu, 19 November 2011

Aktiviti Sejukkan Badan

Sekarang kitaorang satu family dah ada port baru tau.  Ni  tmpt mandi berendam punya.  sejuk, tapi tak sesejuk salji heheee...Syok tau, air masih lagi bersih dan yang best tempat nih orang ramai tak tau lagi. Air dari atas gunung Ledang tuh.  Tapi bukan tempat berdekatan taman rekreasi Gunung Ledang tau.  Nih kat dalam kampung Area Jementah.  Gunung Ledang walaupun kat Area Daerah Ledang Johor tapi bersempadan dengan Melaka dan johor.  Jadi inilah salah satu tempat yang menerima air dari kewujudan gunung Ledang.  Best tau pegi sini, orang tak ramai sebab tempat nih bukan kawasan rekreasi. Tapi kalau pegi tak ramai, takut sikit sebab area nie sunyi sikit walaupun ada kemudahan jalan kampung.  Tapi yang penting coverage talifon ada.

Tengok diaorang mandi.  Syok ajeHaziq tuh.  Dah macam mandi kat kolam renang plak dia.

Gambar beramai-ramai dalam kolam renang sebelum makan bekal huhuhu

Haziq takut..

post sebelum balik.  Garang nye mak mentua aku kat belakang tuh hehee....tak stanby ambik gambar.

selonok jugak main air

Lepas mandi makan kat Marybrown pulak melayan kan Haziq. 
Okeh ada tak orang yang terasa teruja? kalau ada jomlah ke Johor...Anda pasti terpikat ( ayat promote johor ).









Jumaat, 18 November 2011

Pengantin Comel ;-)

Selamat pengantin Baru kepada pasangan Shikin Dan Bakhtiar.  Semoga berkekalan keakhir hayat. Jadilah pasngan yang saling menyayangi, saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain. kikikih...saje nak menggedik ea..Hari nie, hari ulangtahun perkahwinan kitaorang sebenarnya. Ulangtahun yg ke 7. Lama juga dah saya jadi bini orang yek. Saya bersyukur perhubungan ini masih lagi utuh dan kukuh.  Walaupun ada beberapa cobaan (ader ker?) yang kadang2 menduga perasaan, Alhamdulillah kami masih lagi bertahan dan saling menyayangi. Semoga akan selamanya begini keakhir hayat. Sayang sungguh saya kepada Pak Bad nie tak terluah dengan kata-kata hihihiii.  Walaupun saya boley dikatakan seorang yang independent, tapi saya hormat suami saya..cewah mcm bagus je kan tp betul what, kita kena tau, walaupun kita boley buat hampir semua perkara, tapi ada juga benda yang kita perlu bantuan suami kan,kan,kan.  Jadi sayangi dan hormatilah suami anda. tiba2 lari tajuk ek..Paling penting saya sayang kamu, kamu, kamu Ahmad Bakhtiar.