Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hamper raya...


Selamat hari raya..hari nie last keje.esok cuti tapi terpaksa g jb sebab nak cek semula keadaan baby.Risau nye. Esok g dgn my hubby. Kurang sikit rasa takut tu. Harap2 semua berada dalam keadaan baik dan selamat.

Selasa, 15 September 2009

KEKURANGAN AIR KETUBAN

Dah dekat seminggu tak menulis blog nie.malas pula rasa tp hari nie semacam ade semangat baru utk aku menulis sesuatu yg penting tentang kandungan ku ini.

Lima hari lps, aku pegi scan perut.Alangkah kecewa hati bila doktor bgtau aku kekurangan air ketuban.Tambahan pula buah pinggang baby nampak bengkak.Doktor ckp,kemungkinan baby meninggal dlm perut adalah besar.Kecewa,sedih, semua bersatu dlm kepala nie.Serabut sgt.Kenapa?Dulu masa anak first aku kurang air ketumban gak tp masa tu dah 36minggu so,terus bedah. Tp utk kali nie, terlalu awal.baru 26 minggu. Ya, Allah kesiannya anak aku.

Dari maklumat yg aku dapat, doktor kata paru2 baby bleh mengecut.Aku tak berputus asa.Setiap mlm aku cuba lakukan sembahyang hajat.belum terlambat lg aku rasa.semoga di akhir Ramadhan ini, Allah memakbulkan doa hambanya yang hina ini.

Dan tadi,aku cuba berubat secara kampung.Manalah tau baby kena sawan ke.Memang mcm tak de kena mengena je tp cara tradisional kita tak bleh abaikan. Aku cuba. Jumpa bidan dia cuma naik kan baby.urut sikit.sebab baby mcm dah kebawah sangat. Dan diberi air kelapa muda sebagai penawar. Lps buka aku akan minum.

Aku berharap, Allah memakbulkan doa aku nie.Kita hanya berusaha.Allah jua yang menentukan.

Sedikit info  air ketuban



Jika kekurangan air ketuban, masalah boleh timbul kepada tumbesaran bayi dalam kandungan... puncanya?... air ketuban pecah (mcm air kencing meleleh keluar dari dalam vagina... jika air ketuban tidak pecah puncanya selalu dari masalah bayi itu sendiri atau kandungan dalam rahim... Ultrasound adalah tool yang digunakan untuk membuktikan pengurang air ketumban (AF Index).
Tiada siapa tahu bagaimana terjadinya kekurangan air ketumban mahu pun terlebih air ketumban kerana kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi.  Jika bayi menelan banyak air dan kurang kencing, kuantiti air ketuban berkurang dan begitu juga sebaliknya.  Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, masalah ini selesai sendiri.

Info dari website Hospital Kulim.

Rabu, 2 September 2009

Anemia semasa mengandung.

Alhamdulillah.semalam dapat juga aku berpuasa penuh sehari. Mungkin keadaan cuaca hujan dan mendung semalam membuatkan aku mampu berpuasa penuh satu hari.

Hari nie aku berkongsi sedikit tentang penyakit anemia atau kurang darah. Aku adalah salah seorang pengidap anemia nie.Dulu masa anak pertama aku kena juga penyakit kekurangan darah nie.Aku pun kadang2 risau. Aku cuba untuk mengatasi setakat nie paras hemoglobin aku masih di bawah 11mg. minggu lepas naik sedikit,10.4 mg berbanding bulan lepas hanya 9.9mg.

Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
Kelihatan pucat
Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
Loya
Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
Sakit kepala dan pening
Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
Mudah lupa

Berikut adalah nasihat2 yang telah diberikan oleh jururawat yg merawat aku hari tu :
  • Sempena bulan puasa nie, makan banyak kurma ketika berpuasa
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
    Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
    Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan

InsyAllah aku akan amalkan.Risau sangat2 nie....