Selasa, 21 Disember 2010

KISAHNYA

Minggu lepas hantar Haziq ke rumah kedua orang tua saya. Bukan main seronok mamat tuh. Dua minggu sebelum tuh, hantar dia dok rumah mentua saya. Wah, seronok berjalan lah Haziq. Sukalah ada orang melayan dia bagai. Kalau kat rumah nih siap cakap "Haziq kat rumah tak de kawanlah ibu ". Lepas tuh minta hantar pegi rumah mak (pengasuh) dia. Nasiblah rumah mak dia tuh dekat tapi start tahun depan mak dia dah dok jauh sikit kira-kira 15minit dari rumah saya. Ha...sesuatu yang memeningkan juga ye bila nak hantar rumah jauh.. 
Okey bila sudah dok rumah nenek tuh ye dah tak ingat nak balik lah...boleh suruh ibu dan ayah baliklah..wah bukan main ko ye.


petang sebelum balik ke Muar harituh, sempat lagi main bola dengan ayah...nih aksi nak sepak bola. Bila sepak bola mesti kidal

main sepak bola macam jauh je ye .penatlah ayah mengejar bola.
Nasib ayah ko rajin...tapi tak pe. ayah tuh pun dah selalu merungut badan sudah naik..baguslah kalau perasan sendiri hehee

dan bile dah dahaga, minum air. Tolong ambik air ibu...dan untuk minggu nih, dok rumah berdua lagilah..takpe bagi can kat anak cuti puas-puas.










Isnin, 20 Disember 2010

JAUHNYE...

Sekarang nih musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah jerk sukalah budak-budak sekolah ye. Si Haziq pon suka sangat lah. Tiap-tiap minggu balik kg. Pilih jerk kampung yang mane dia nak pegi. O...bermusafirlah ye selama sebulan nih..tinggallah mak dengan ayah ko berdua kat rumah macam pengantin baru. hhaaha..tapi bila ayah ko balik keje lambat, tinggallah ibu ko nih nangis sorang2 kat rumah..alamak, dalam hati ada taman nampak dan bila tiba cuti sekolah, ramailah orang kahwin. Bila ramai orang kahwin, saya pon tiap-tiap minggu makan nasi orang kahwin. Jadi bila tiba weekend, tengahari tak payah masak. Makan rumah orang kahwin je. I like....sah pemalas nak masak.

Pada yang baru kahwin tuh, selamat pengantin baru ye. Ramai juga teman-teman saya yang melangsungkan perkahwinan. Ada dapat orang dekat ada juga yang dapat orang jauh. Tapi lebih ramai dapat orang jauh dan duduk jauh-jauh. Sesuatu yang susah untuk ditempuh tapi biasalah sekarang nih, masing-masing ada kerjaya. Kena fikir masa depan juga yek untuk buat keputusan. Kalau main redah je...esok lusa sape yang nak tanggung sape?

Kat sini, bukanlah nak komen pasal kahwin jarak jauh nih tapi just nak bagi tips sikit pasal cinta jarak jauh nih. Apekata layan sikit bunga-bunga cinta akak nih:::
 Yang pertama-tamanya, percaya pada pasangan. Ini penting. Sebab kalau tiada kepercayaan, susah sesuatu hubungan itu untuk berjaya. Percaya sidia tak akan berubah sekelip mata atau dalam satu hari sahaja. Wah, macam pakar motivasi pula..
 Kedua sabar. Kat sini kesabaran perlu teguh. Biasalah kadang-kadang bila dah jauh, ada saja dugaan yang tak terjangka terjadi seperti tak dapat balik seperti biasa atau ada urusan yang perlu sidia selesaikan membuatkan perancangan kita tergendala. Jadinya...sabar banyak-banyak ye dik..
 Ketiga sanggup berkorban. Berkorban dari segi masa dan kewangan. Perhubungan jarak jauh nih memang perlukan itu semua terutama dari segi kewangan. Jangan sesekali merungut atau mengeluh.
 Keempat...Pekak kan telinga. Yang ini korang kenalah tahan telinga sikit. Tolong jangan korek telinga bagi pekak okeh.. Maksudnya, apa kata-kata orang sekeliling jangan ambik peduli sangat. Kalau tak, tak jadi keje. Tekanan juga. Biasalah, orang nih kadang-kadang suka membuat persepsi negatif macam, kalau selalu jauh, suami cari lain. Kalau selalu jauh, anak kurang kasih sayang. dan bla,bla,...sampai tak larat nak layan. Fikir positif. Kita berjauhan ada sebab bukan suka-suka okey. Kita pun tak nak terjadi macam tuh. Kadang-kadang yang tinggal serumah pon bercerai kan...bergaduh kan.. itu pula macam mana? sape nak jawab? semua tuh berbalik kepada niat dan keikhlasan kita. Betul tak Kak Ain?hehehe

Kelima. Rasanya ini yang terakhir...tapi kalau ada lagi akan disambung...Okey yang kelima nih, rajin-rajinlah hubungi orang yang jauh tuh supaya walaupun jauh kita dekat dihatinya..cewah... betul tau. Pastikan setiap hari berhubung. Internet kan ade ataupun kalau yang tak berapa nak celik IT tuh, telefon kan ada. sesekali buatlah panggilan 3g. Ko tengok betul-betul sekeling belakang skrin tuh. Tapi kalau setiap kali ko buat 3g, dia jawab panggilan tuh dalam toilet, itu seperti ada sesuatu yang tak kena. Sila buat friend finder pada telefon korang dan dia.








Selasa, 7 Disember 2010

PERNAH TENGOK TAK???

Baru-baru nie, saya ada melihat persembahan barongan. Pernah dengar tak??Barongan nih biasanya popular kat area Johor dan Selangor. Kalau kat tempat saya nih, persembahan barongan nih selalunya ada pada majlis-majlis perkahwinan. Biasanya persembahan barongan ni, akan dipersembahkan selepas tarian kuda kepang.  Tarian nih dibawa oleh masyarakat Jawa. Mula-mula tengok tuh memang ada rasa takut. Ialah penari-penari tuh, pakai topeng semua. Sebelum nih memang saya tak penah tengok tapi kali nih tetiba jerk berani nak tengok. gile berani pula tiba-tiba. Tapi mula-mula tuh, dok jejauh jerk akak ko nih pastu..bila Haziq dah gelak-gelak kan cakap ibu dia nih penakut, barulah aku berani...hahaa berani sangatlah tuh yerk.


Mula-mula dari jauh jerk tengok..


ha..nampak,nampak? tuh yang ada pakai burung merak yang besar tuh.
Kalau kuda kepang, lagi takut...sape yang pakai baju merah harus dok jauh-jauh sebab penari kuda kepang nih suka orang pakai baju merah. Tapi memang best lah tengok persembahan nie. Cubalah tengok.