Isnin, 20 Disember 2010

JAUHNYE...

Sekarang nih musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah jerk sukalah budak-budak sekolah ye. Si Haziq pon suka sangat lah. Tiap-tiap minggu balik kg. Pilih jerk kampung yang mane dia nak pegi. O...bermusafirlah ye selama sebulan nih..tinggallah mak dengan ayah ko berdua kat rumah macam pengantin baru. hhaaha..tapi bila ayah ko balik keje lambat, tinggallah ibu ko nih nangis sorang2 kat rumah..alamak, dalam hati ada taman nampak dan bila tiba cuti sekolah, ramailah orang kahwin. Bila ramai orang kahwin, saya pon tiap-tiap minggu makan nasi orang kahwin. Jadi bila tiba weekend, tengahari tak payah masak. Makan rumah orang kahwin je. I like....sah pemalas nak masak.

Pada yang baru kahwin tuh, selamat pengantin baru ye. Ramai juga teman-teman saya yang melangsungkan perkahwinan. Ada dapat orang dekat ada juga yang dapat orang jauh. Tapi lebih ramai dapat orang jauh dan duduk jauh-jauh. Sesuatu yang susah untuk ditempuh tapi biasalah sekarang nih, masing-masing ada kerjaya. Kena fikir masa depan juga yek untuk buat keputusan. Kalau main redah je...esok lusa sape yang nak tanggung sape?

Kat sini, bukanlah nak komen pasal kahwin jarak jauh nih tapi just nak bagi tips sikit pasal cinta jarak jauh nih. Apekata layan sikit bunga-bunga cinta akak nih:::
 Yang pertama-tamanya, percaya pada pasangan. Ini penting. Sebab kalau tiada kepercayaan, susah sesuatu hubungan itu untuk berjaya. Percaya sidia tak akan berubah sekelip mata atau dalam satu hari sahaja. Wah, macam pakar motivasi pula..
 Kedua sabar. Kat sini kesabaran perlu teguh. Biasalah kadang-kadang bila dah jauh, ada saja dugaan yang tak terjangka terjadi seperti tak dapat balik seperti biasa atau ada urusan yang perlu sidia selesaikan membuatkan perancangan kita tergendala. Jadinya...sabar banyak-banyak ye dik..
 Ketiga sanggup berkorban. Berkorban dari segi masa dan kewangan. Perhubungan jarak jauh nih memang perlukan itu semua terutama dari segi kewangan. Jangan sesekali merungut atau mengeluh.
 Keempat...Pekak kan telinga. Yang ini korang kenalah tahan telinga sikit. Tolong jangan korek telinga bagi pekak okeh.. Maksudnya, apa kata-kata orang sekeliling jangan ambik peduli sangat. Kalau tak, tak jadi keje. Tekanan juga. Biasalah, orang nih kadang-kadang suka membuat persepsi negatif macam, kalau selalu jauh, suami cari lain. Kalau selalu jauh, anak kurang kasih sayang. dan bla,bla,...sampai tak larat nak layan. Fikir positif. Kita berjauhan ada sebab bukan suka-suka okey. Kita pun tak nak terjadi macam tuh. Kadang-kadang yang tinggal serumah pon bercerai kan...bergaduh kan.. itu pula macam mana? sape nak jawab? semua tuh berbalik kepada niat dan keikhlasan kita. Betul tak Kak Ain?hehehe

Kelima. Rasanya ini yang terakhir...tapi kalau ada lagi akan disambung...Okey yang kelima nih, rajin-rajinlah hubungi orang yang jauh tuh supaya walaupun jauh kita dekat dihatinya..cewah... betul tau. Pastikan setiap hari berhubung. Internet kan ade ataupun kalau yang tak berapa nak celik IT tuh, telefon kan ada. sesekali buatlah panggilan 3g. Ko tengok betul-betul sekeling belakang skrin tuh. Tapi kalau setiap kali ko buat 3g, dia jawab panggilan tuh dalam toilet, itu seperti ada sesuatu yang tak kena. Sila buat friend finder pada telefon korang dan dia.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan