Selamat berpuasa..lambat nye baru nak wish..dah nak raya kot. Ada kawan saya tu siap hari-hari post lagu raya kat group..hari-hari on the way pegi pejabat dengo lagu raya, semangat lain macam katanye hahaa..kemaruk dah tu.Lama tak membebel kat sini. Bukan lupa tapi terkadang terleka seketika. Ceh,puitis konon..sibuk lah..banyak sangat kerja.ok dah poyo sangat di situ. Ada lagi ke orang nak baca blog ni??hahaa,bajet cun je kan ada orang yang baca blog ni tapi saya tau pasti ada new reader dalam blog ni..ade ke..ade tu di situ..saya nampak tu.hahaa...perasan sangat nih!sila jangan sengetkan mulut atau cebikkan bibir.baca dengan muka yang comel. Hari ni nak cerita ape? Macam-macam nak cerita sebab dah lama tak membebel cuma saya teringat sorang kawan ni. Saya kesian dekat dia,dekat wife dia..wife dia baru keguguran baru-baru ni.saya faham, semua orang apabila mengandung mengharapkan yang terbaik dan berharap kehadiran bayi baru akan menambah seri dalam keluarga.owh, bukan sorang tapi dua orang sahabat saya yang kehilangan baby..sorang tu gugur bayi 2 bulan dalam kandungan dan sorang lagi, bayi dilahirkan sempurna tapi meninggal dunia. Sama macam saya dulu.cuma membezakannya,saya dulu dari awal kandungan dah tau baby ade problem..kawan saya ni pulak tiba2 baby dia meninggal..Innalillah. Lagi swdih bila dia dah beli tiket flight balik bertiga termasuk baby tapi akhirnya baby tak ikut. Aduhai..sedihnya. sabar. Allah sedang menguji kita. Ok,
Siapa yang dah lama ikut kisah-kisah saya sebelum ni pasti tau kan saya pernah kehilangan dua anak perempuan. Anak ke2 dan ke3. Masa tu kecewa sangat. Bayangkan saya dapat tahu baby ada problem semasa 5 bulan mengandung tapi doktor tak boleh buat ape2. Bermakna saya akan melahirkan anak yang akan pergi meninggalkan saya ketika lahir..berat sangat dugaan tu tapi saya tahu..Allah ade perancangan yang lebih baik..redha yang penting. Mujahid kecil tu akan tunggu kita disana. Saya berharap kawan2 saya ni jangan berputus asa.. dan sokong your wife. Beri sedikit perhatian. Saya tahu pedihnya kehilangan. Walaupun pernah kehilangan boyfriend sebelum ni tapi tak serumit kehilangan anak..eh!dah kenapa..hahaa.. ok..serius balik. Tapi tak mo sedih sangat..Ingat Allah. Berkata memang mudah tapi saya tahu nak menghadapinya bukanlah semudah 1,2,3..walaupun situasi kita berbeza namun kita kehilangan yang sama....ANAK.
Ok..tak nak poyo lama-lama, saya nak kongsikan doa2 yang saya amalkan selepas kehilangan dua anak sebelum ni. Saya amalkan setiap kali lepas solat. Cuba amalkan..InsyaAllah.
Memaparkan catatan dengan label KONGSI TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KONGSI TIPS. Papar semua catatan
Isnin, 14 Julai 2014
Kehilangan
Ok..seeloknya baca terjemahan dan fahamkan ayat tu betul-betul. Nanti kita akan rasa macam 'wow' perfect ayat ni. Tak payahlah berubat bagai dengan orang-orang yang kita tak tau betul atau tidak kalau jumpa ustaz-ustaz takpe. Tapi ustaz yang sebenar-benar ustazlah kan.
Satu lagi next time kalau mengandung lagi, semasa kandungan sebelum tiga bulan, kita niatkan akan namakan bayi yang bakal lain dengan nama Muhammad.. betapa besarnya barakah nama Muhammad itu. Ini betul tak tipu. Saya dengar ceramah ustaz tu bagi tips ni khusus untuk sesiapa yang selalu keguguran dan kehilangan anak.
Dan kalau boleh hafal 6bismillah ye. Itu juga pelindung bagi kita.
Sabtu, 9 November 2013
Vaksin
Alkisah dua minggu lepas,pegi bawa dua anak kesayangan ke klinik pakar kanak-kanak. Hafikh selalu demam dan Haziq pula kena semput. Haziq yang sihat walafiat tu sekarang dah mengidap semput okeh..dulu tak de tapi awal tahun ni lh baru dapat. Dia akan semput atau asthma ni masa batuk.kesian ahkak tengok dia. UncleBad yang cool tu pon dah risau giler.
Ok tu kisah Haziq.
Pernah dengar tak pneumokokal? Penyakit ni disebabkan oleh bakteria pneumokokus. Saya pon tak tau pasal penyakit ni dan ramai yang tak tau tentang kewujudan penyakit ni..Saya pon asalnye Hafikh sebelum ni kerap demam. Elok sekejap,pastu demam balik pakej lengkap selsema dan batuk.
Kawan UncleBad cadangkan dapatkan suntikan tambahan. Vaksin ni memang tak de dalam jadual suntikan yang kita selalu ambik kat klinik tu

ini jadual imunisasi yang biasa kita ambil kat klinik.
Sedikit info pasal penyakit ni ia biasanya ditemui dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebabkan oleh batuk atau bersin. Penyakit pneumokokal nie sangat serius dan boleh mengakibatkan kerosakkan otak, kehilangan pendengaran dan kematian...Macam seram kan.. okey lagi...Siapa yang perlu dilindungi dari penyakit ni adalah
- kanak-kanak bawah umur 5 tahun
- kanak-kanak yang tinggal kat taska
- mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
disebabkan Hafikh dok kat taska, kenalah ambil vaksin ni Vaksin ni boleh ambil dari umur seawal 2bulan. Macam Hafikh dah 8 bulan baru ambik sebab kitaorang dapat tau lambat. Ade 3 dos kena ambil. satu dos rm 250 lah tapi tak tau harga tempat lain. nanti bulan depan kena ambil lagi dan last sok masa umur dia setahun baru ambil lagi sekali. Memang agak mahal tapi sebab ia pun penting, pejam mate je lah.
Itu anatara info yang saya dapat kalau nak tau lebih lanjut sila google sendiri...ai kan pemalas nak menulis panjang lebau nie..
Kitaorang ambil vaksin ni kat klinik precious baby klinik kat Segamat tak de pakar kanak-kank so, pegilah Melaka. sambil tu boleh jejalan. okeylah jom dapatkan vaksin nie..mencegah adalah lebih baik kan
Published with Blogger-droid v2.0.10
Isnin, 24 Januari 2011
HIDANGAN SI CILIK
Banyak betul menu masak yang saya nak tunjukkan nih. Macam pandai sangantlah bab mencipta resipi nih ye. Hari nih saya telah mendapat buku yang ditempah daripada Book Cafe Tq kerana menghantar pesanan dengan tepat dan memuaskan. Buku nih hasil karangan mama Fiza yang mencipta resepi untuk anak-anaknya dan telah berkongsi dengan menerbitkan buku ini. sedikit info mama Fiza nih yang telah menarik perhatian saya..
Nama sebenar Hafiza Abdul RAhman. Seorang pengamal 'Homeschooler'. Beliaua dan suami memberi pendedahan mengenai kaedah home ' scooling' dan penyediaan makanan sihat kepada anak-anak.
Ok saya tertarik dengan buku nih sebab banyak masakan yang boleh saya cipta untuk Haziq. Maklumlah, dia tuh memang susah makan sikit. Harapannya, dapatlah menggalakkan dia makan dengan makanan yang berkhasiat daripada buku nih. Resipi dalam ni ada 45 resipi merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, pencuci mulut dan snek. Tunggulah bila saya ada buat resipi dalam nih boleh saya kongsikan dengan korang ye.
Dari pemerhatian seimbas saya, kebanyak kan resipi menggunakan minyak zaiton, bawang hooland dan beras organik. semua bahan nih memang bagus untuk kesihatan. Iyolah...nantikanlah ye percubaan demi percubaan saya untuk menjadikan Haziq Gedebob huhu.. Dan diharapkan ibu nih semakin rajinmakan memasak.
Nama sebenar Hafiza Abdul RAhman. Seorang pengamal 'Homeschooler'. Beliaua dan suami memberi pendedahan mengenai kaedah home ' scooling' dan penyediaan makanan sihat kepada anak-anak.
Ok saya tertarik dengan buku nih sebab banyak masakan yang boleh saya cipta untuk Haziq. Maklumlah, dia tuh memang susah makan sikit. Harapannya, dapatlah menggalakkan dia makan dengan makanan yang berkhasiat daripada buku nih. Resipi dalam ni ada 45 resipi merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, pencuci mulut dan snek. Tunggulah bila saya ada buat resipi dalam nih boleh saya kongsikan dengan korang ye.
Dari pemerhatian seimbas saya, kebanyak kan resipi menggunakan minyak zaiton, bawang hooland dan beras organik. semua bahan nih memang bagus untuk kesihatan. Iyolah...nantikanlah ye percubaan demi percubaan saya untuk menjadikan Haziq Gedebob huhu.. Dan diharapkan ibu nih semakin rajin
Isnin, 20 Disember 2010
JAUHNYE...
Sekarang nih musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah jerk sukalah budak-budak sekolah ye. Si Haziq pon suka sangat lah. Tiap-tiap minggu balik kg. Pilih jerk kampung yang mane dia nak pegi. O...bermusafirlah ye selama sebulan nih..tinggallah mak dengan ayah ko berdua kat rumah macam pengantin baru. hhaaha..tapi bila ayah ko balik keje lambat, tinggallah ibu ko nih nangis sorang2 kat rumah..alamak, dalam hati ada taman nampak dan bila tiba cuti sekolah, ramailah orang kahwin. Bila ramai orang kahwin, saya pon tiap-tiap minggu makan nasi orang kahwin. Jadi bila tiba weekend, tengahari tak payah masak. Makan rumah orang kahwin je. I like....sah pemalas nak masak.
Pada yang baru kahwin tuh, selamat pengantin baru ye. Ramai juga teman-teman saya yang melangsungkan perkahwinan. Ada dapat orang dekat ada juga yang dapat orang jauh. Tapi lebih ramai dapat orang jauh dan duduk jauh-jauh. Sesuatu yang susah untuk ditempuh tapi biasalah sekarang nih, masing-masing ada kerjaya. Kena fikir masa depan juga yek untuk buat keputusan. Kalau main redah je...esok lusa sape yang nak tanggung sape?Kat sini, bukanlah nak komen pasal kahwin jarak jauh nih tapi just nak bagi tips sikit pasal cinta jarak jauh nih. Apekata layan sikit bunga-bunga cinta akak nih:::
Yang pertama-tamanya, percaya pada pasangan. Ini penting. Sebab kalau tiada kepercayaan, susah sesuatu hubungan itu untuk berjaya. Percaya sidia tak akan berubah sekelip mata atau dalam satu hari sahaja. Wah, macam pakar motivasi pula..
Kedua sabar. Kat sini kesabaran perlu teguh. Biasalah kadang-kadang bila dah jauh, ada saja dugaan yang tak terjangka terjadi seperti tak dapat balik seperti biasa atau ada urusan yang perlu sidia selesaikan membuatkan perancangan kita tergendala. Jadinya...sabar banyak-banyak ye dik..
Ketiga sanggup berkorban. Berkorban dari segi masa dan kewangan. Perhubungan jarak jauh nih memang perlukan itu semua terutama dari segi kewangan. Jangan sesekali merungut atau mengeluh.
Keempat...Pekak kan telinga. Yang ini korang kenalah tahan telinga sikit. Tolong jangan korek telinga bagi pekak okeh.. Maksudnya, apa kata-kata orang sekeliling jangan ambik peduli sangat. Kalau tak, tak jadi keje. Tekanan juga. Biasalah, orang nih kadang-kadang suka membuat persepsi negatif macam, kalau selalu jauh, suami cari lain. Kalau selalu jauh, anak kurang kasih sayang. dan bla,bla,...sampai tak larat nak layan. Fikir positif. Kita berjauhan ada sebab bukan suka-suka okey. Kita pun tak nak terjadi macam tuh. Kadang-kadang yang tinggal serumah pon bercerai kan...bergaduh kan.. itu pula macam mana? sape nak jawab? semua tuh berbalik kepada niat dan keikhlasan kita. Betul tak Kak Ain?hehehe
Kelima. Rasanya ini yang terakhir...tapi kalau ada lagi akan disambung...Okey yang kelima nih, rajin-rajinlah hubungi orang yang jauh tuh supaya walaupun jauh kita dekat dihatinya..cewah... betul tau. Pastikan setiap hari berhubung. Internet kan ade ataupun kalau yang tak berapa nak celik IT tuh, telefon kan ada. sesekali buatlah panggilan 3g. Ko tengok betul-betul sekeling belakang skrin tuh. Tapi kalau setiap kali ko buat 3g, dia jawab panggilan tuh dalam toilet, itu seperti ada sesuatu yang tak kena. Sila buat friend finder pada telefon korang dan dia.Khamis, 7 Oktober 2010
RAMBUT SIHAT
Rambut sihat,rambut cantik semua orang nak..saya selalu berangan nak rambut sihat dan cantik macam fouzih Gaous,macam jue Aziz dan paling tak boleh blah,rambut cun macam rozita cik wan.
Cantikkan rambut dia..
Kat sini tak de lah nak tunjuk rambut saya. Tak dapek lah den nak nolong..Saje nak kongsi serba sedikit info tentang rambut. Walaupun bertudung, tak semestinya kita terlepas dari menjaga rambut. Jangan ingat perempuan bertudung tak menjaga penampilan rambut ye..rambut kan mahkota wanita. satu kepuasan tu bila rambut kita mengurai sihat.kan,kan,kan??
pergh, dah macam karangan plak. Bahasa berbunga ranum indah. bak puitis dahulu kala..oi,oi,sudah jangan nak toya kat sini.
Nak bagi tau satu tips yang saya dapat dari majalah tapi lupa majalah apa. Kalau nak bagi rambut tak kering, amalkan letak santan pada rambut. Saya dengan bangganya nak bagi tau, saya telah cuba buat dan jadi. Bangga kau.. Bangun pagi rasa rambut lembut sangat. Cubalah petua dahulu kala nie. Memang leceh tapi berbaloi. Bukan susah pon, beli je santan kat pasar tu. balik letak je atas rambut semasa mandi. Jangan jadi pemalas.
Antara faktor rambut saya menjadi kering dan rosak adalah
- Menggosok rambut dengan tuala selepas mandi...ni dalam dua bulan nih saya dah tak buat. Sekarang lepas jerk syampoo terus bungkus kepala dengan tuala.
- Selalu terdedah dengan asap rokok..oh, suami ku silalah berhenti merokok. Semalam pun dah merungut rokok dah naik harga lagi. Jadi silalah berhenti. Ayat nak salah kan suami jugak. hehehee..
- Pakai syampoo yang mengandungi kimia yang banyak. Sekarang saya dah pakai syampoo baru.
Itulah rasanya kot penyebab rambut saya rosak. tak taulah kalau ada lagi. rasa-rasanya itu sahaja yang menjadi penyebab kerosakan rambut saya. Dua bulan lepas, rambut saya gugur banyak sangat. Penuh satu rumah rambut bersepa-sepah. Sekarang lepas dah tak amalkan amalan yang tak berpaedah kat atas tadi, rambut pun dah tak gugur. Tak payah nak sapu rumah hari-hari. Tak sempat oooo...
Oklah itu saja kot untuk hari nie. Macam tak de idea. Sekarang macam terkenang-kenang sabah...mengapa bah..ko berubah...hehee..kenapa ea?
Isnin, 19 April 2010
KEBAIKAN mADU LEBAH
Kebaikan Madu Lebah (yang asli tau)
Makanlah madu. Amalkan selalu dan sangat baik untuk kanak-kanak dan bayi-bayi yang sedang membesar.
- Awet muda
- Melawaskan perut dan membersihkan usus.
- Mengeluarkan lendir kepada bayi yang baru lahir.
- Membersihkan darah seperti darah-darah beku.
- Mempercepatkan proses pembaikan selepas bersalin
- Menyembuhkan cirit-birit untuk kanak-kanak.
- Mengelak dari cacing perosak.
- kulit yang halus dan licin.
- Mengelakkan kencingmanis bagi ibu mengandung.
- Kandungan zat galian dalam madu lebah mampu menguatkan janin.
- Makan madu dgn satu gelas air ye...dua sudu madu dibancuh dgn segelas air.Itu adalah petuanye.
- dan akhir sekali ye...ia boleh menguruskan badan.Itu yang penting bagi aku hehehehee
Makanlah madu. Amalkan selalu dan sangat baik untuk kanak-kanak dan bayi-bayi yang sedang membesar.
Jumaat, 9 April 2010
PANDUAN UNTUK BUAT BLOG
Rakan saya Liza ada bertanya macam mana untuk buat blog. Saya pun takde lah pandai sangat tapi kat sini saya akan cuba terangkan sikit tentang ilmu buat blog nie. Cewah, macam teror je. Apa-apa pun marilah kita berkongsi. Kalau akak salah tunjukkanlah jalan yang lurus ye...
Pertama-tamanya kenalah daftar kat http://www.blogspot.com/ atau pun apa-apa blog yang korang terasa nak joinlah (contoh wordprees etc). Kalau untuk blog saya, saya lebih suka menggunakan perisian blogspot. Itu terpulang pada setiap orang ok.
Setelah daftar tu korang bolehlah meneruskan mengarang semua apa yang korang nak buat.
Untuk dapatkan blog atau templete yang menarik korang boleh tengok dan cari kat sini :
http//btemplates.com/
atau pun korang cari kat google, pyzam template semua nie akan membantu korang mendapatkan template yang cantik menawan.
Dan jika ingin lebih banyak ilmu blogspot yang saya rasa dapat membantu, korang boleh pegi ke www.godekblog.blogspot.com Korang boleh banyak belajar dari situ. Aku pun banyak belajar dari sini. Thank yau Pedot. Kau memang seorang yang tak kedekut ilmu dan rajin.
ok...enjoy!
ok...enjoy!
Ahad, 4 April 2010
CARA MENJAGA BEG KULIT
Beg kulit kalau tidak dijaga dengan betul pasti akan rosak. Kalau rosak sebab dipakai takpelah kan tapi dalam simpanan rosak, alamat frust gilelah jawabnya. Kat sini kita berkongsi sikit tips menjaga beg kulit ni.
Semoga memberi mamfaat bersama.
- Simpan beg kulit dalam keadaan menegak atau posisi berdiri dalam rak almari.
- Masukkan gumpalan kertas kedalam beg supaya bentuk beg tidak berubah. (buat jangan jadi pemalas)
- Simpan beg didalam pembalut beg yang biasanya diberi semasa membeli beg tersebut. Jangan buang pula yek.
- Jangan bungkus beg mahal tu dengan kertas surat khabar kerana ia boleh merosakkan permukaan kulit. (ingat nie sayang ye)
- Lebih elok simpan beg kesayangan tu dalam kotak ( alamk!rajin ke..kalau saya memang malas nak semak banyak2 ni).
- Untuk menjaga kelembapan beg, bolehlah letakkan silica yang mampu mengurangkan kelembapan. Rajin-rajinlah tengok silica yang dimasukkan dalam beg tu. Kalau bergumpal, itu bermakna ianya perlu diganti baru sebelum silica itu pula yang akan mengotorkan beg anda.
Semoga memberi mamfaat bersama.
Isnin, 22 Mac 2010
KEPERLUAN SEBELUM BUAT PASPORT
Untuk yang pertama kali buat pasport, berikut senarai keperluan yang perlu dibawa dan diperlukan semasa untuk membuat pasport baru.
- Bawa fotostat kad pengenalan - satu keping.(untuk kecemasan bawalah dua keping)
- Gambar ukuran pasport - dua keping
- Ambil dan isi borang.
- Untuk sebarang persediaan sekiranya 'cip' pada kad pengenalan rosak, bawa sijil kelahiran(surat beranak). Ini sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan, sebab kalau 'cip' tak boleh baca, pegawai imegresen akan minta surat beranak.
- Jika terlupa bawa surat beranak terpaksalah korang mengambil surat beranak di bahagian pendaftaran kelahiran , kematian dan anak angkat. Setelah isi borang dan bayar RM 5, korang akan dapat surat beranak baru dan barulah boleh settlekan pasport korang tu.
Jumaat, 5 Mac 2010
TIP MENJAGA AKSESORI
PERAK
Perhiasan dari perak boleh digosokan dgn menggunakan ubat gigi.ratakan ubat gigi kat barangan perak korang dan bersihkan dengan span basah. Lepas tu keringkan dengan kain lembut. Pasti korang berpuas hati dengan kekilatan nya.
KACA MATA
Bersihkan kacamata dengan kain lembut.Kain yang keras dan kasar akan merosakkan kacamata kesayangan korang tu. Cuci dengan cairan khusus (lens cleaner) atau bawa kacamata secara rutin ke kedai berhampiran untuk dibersihkan.
Perhiasan dari perak boleh digosokan dgn menggunakan ubat gigi.ratakan ubat gigi kat barangan perak korang dan bersihkan dengan span basah. Lepas tu keringkan dengan kain lembut. Pasti korang berpuas hati dengan kekilatan nya.
KACA MATA
Bersihkan kacamata dengan kain lembut.Kain yang keras dan kasar akan merosakkan kacamata kesayangan korang tu. Cuci dengan cairan khusus (lens cleaner) atau bawa kacamata secara rutin ke kedai berhampiran untuk dibersihkan.
Rabu, 27 Januari 2010
hubungan jarak jauh
Kat sini aku nak kongsi sikit tip hubungan jarak jauh. Ini berdasarkan pengalaman saya dulu ( setahun yang lepas).Masa tu my husband kat Penang dan aku sendiri di Muar, Johor. Jauh kann...erm, Alhamdulillah dapat juga kitaorg menempuhinya selama 2 tahun setengah. Jom, kita kongsi..
1) Elakkan cemburu buta
Ini adalah satu yang penting. Janganlah terlalu cemburu. Memang kadang2 tu terfikir gak benda-benda jahat nie tapi kalau ikutkan hati mati beb! Cuba fikir positif. Kalau tetiba terfikir yang bukan-bukan cuba call. Tak kiralah tengah malam-malam pun tak pe lah janji puas hati kan...sambil call tu, dengar-dengarlah suasana, bunyi-bunyian dalam telefon tu. Pandai-pandailah nak menyiasat kan...
2) Selalulah Berhubung.
Sekarang nie kemudahan perhubungan banyak. Kita ada telefon, internet,3g dan macam-macam lagilah.Yang penting tu semua selain menjimatkan kos, ia memudahkan kita. Kalau tetiba rindu, telefon je.Tak pun 3g dimana-mana anda berada. Kalau terasa nak jiwang sikit, bagi email. Kat office pun kalau tengah free ( pastikan tengah tak de keje, jangan pula buat masa keje tangah melambak..harus dimarahi oleh bos. Lainlah kalau awak sendiri jadi bos) tulislah ayat-ayat jiwang tue. terus je sent. Tak payah guna setem pun. Pastikan perhubungan berterusan. Hari-hari call. Tanyakan perkembangan diri dan kongsi aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ini pasti akan merapatkan perhubungan.
3) Luangkan Waktu
Bila sesekali jumpa tu, rancanglah aktiviti bersama. Bawa anak bercuti atau pun cukup sekadar berjalan-jalan disekitar tempat kediaman. Sekurang-kurangnya semasa buat aktiviti bersama tu ada jugalah cerita-cerita yang dapat dikongsi bersama.
4) Terima Hakikat
Terimalah hakikat yang suami kita tu jauh. Tak boleh nak selalu jumpa. Janganlah minta benda yang bukan-bukan yang tak mampu suami nak tunaikan ketika itu juga. Jangan paksa-paksa untuk buat sesuatu. Suami jauh pun bukan suka-suka. Demi kerjaya dan masa depan, kenalah sabar sikit. Semua tu ada hikmahnya. Lambat laun pasti semuanya akan berakhir. Percayalah.
5) Lupakan Isu Remeh-temeh
Kalau boleh semua isu-isu remeh- temeh tu tak payah lah nak mengungkit. Lupakan saja jika isu tu tak penting pun. Bukan apa, dah lah jauh nanti disebabkan isu-isu kecil jadi bergaduh. Kan tak best. Mesti dah tak seronok nak bercerita bila sesekali jumpa kan. Tak kanlah sebab suami tak balik sesekali sebab ada keje pun tak boleh nak faham. Memang kadang-kadang tu macam tak boleh terima alasan kerja dihujung minggu tapi kalau benda tu terbukti betul. Dia pun memang ada kerja yang tak dapat dielakkan, redha je lah. Memahami kerja dia akan membuatkan kita lagi dihargai.
Banyak juga tips-tips yang dapat dikongsi kat sini. Mula-mula macam tak de idea tapi bila dah menaip, nah! ambil kau banyak pula yang keluar. apa-apa pun diharap tips-tips nie berguna dan boleh dijadikan panduan pada yang sedang menghadapi situsi yang menduga kesabaran ni. semoga dengan kesabaran akan membuahkan kebahagiaan akhirnya.
Langgan:
Catatan (Atom)






