Memaparkan catatan dengan label ops..poyo je. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ops..poyo je. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

Aiskrim Batu Punya Cerita

Pertama kali buat aiskrim batu @ aiskrim Malaysia...Tau tak ape tuh...alah, aiskrim buatan sendiri masuk dalam plastik dan ikat macam tocang pastu masuk peti ais.  Haziq memanglah tersangat suka aiskrim nih.  Hari-hari balik sekolah nak beli aiskrim tuh.  Saya pun try buat sendiri.  Bukan ape kan..kat kedai tuh bukan nye guna air masak.  Buat je lah kan.  Dulu masa saya kecik2, mak saya pun rajin buatkan aiskrim nih untuk saya dan adik-adik.  Belum beku masing-masing dah tak sabar curi2 makan sebab kalau mak tau, mesti dia tak bagi ambil dulu.  Tunggu sampai beku tapi tau lah nie semua budak-budak pelahap tak sabar-sabar nak baham makan.  Terima kasih mak sebab buatkan macam-macam untuk kitaorang heheee...hari tuh hari ibu dah wish kat my mom tp tak celebrate lagi...Minggu nih InsyAllah, boleh celebrate sama-sama..Adik saya kat Kedah tuh pun ada balik...boley tengok sekali baby baru..

Untuk Haziq saya buatkan dua perisa.  Satu perisa sarsi dan satu lagi perisa sirap sebab ada dua jenis air tu je kat rumah saya.  Nak buat perisa kopi, kang tak makan pulak.  Tapi semalam saya puasa kan...lepas je sembahyang maghrib,  saya makan dulu aiskrim tuh...sedap nye rasa sebab tengah musim2 panas nih memang best pekena ais bagai nih....baik kan saya...ibu yang rajin sekarang hohoho...

sila abaikan aiskrim warna hijau okey kerana itu memanglah sah buatan kilang..



Khamis, 14 April 2011

Bila Hati Kata Menyampah

Wah ayat tak tahan. Memang tengah betul betul menyampah nie beb. Menyampah bila dengar suara dia...menyampah bila dengar dia gelak-gelak..menyampah dengar cerita poyo dia...lagik, ape?ape lagik? menyampah nak purak-purak mesra depan dia..menyampah nak senyum-senyum...ahhhh! semuanya menyampahlah. Plastik belaka.  Dengan sape pula menyampah nih? oi, itu rahsia dek non..Tak boley nak bagi tau sebab dia tau aku tak suka dia hahaaa....Tapi nak buat macam mana, bila sekarang hari-hari kena tengok dan selisih depan dia. Nak aje paling kan muka tapi tak baik kan,kan...jadi pura-pura mesra walau dalam hati berkata-kata.  Kadang-kadang tuh menyampah sangat bila tiba-tiba dia buat-buat mesra depan orang padahal bila takde orang, dia buat bodoh jerk...apelah minah nie..ada aku kisah? meluat ar.Ape tips nak elak jangan jadi terlalu membenci ye? takut pula muka anak saya macam dia hahaa...lagi haru biru. Taknak, tak nak Tak baik tau. Kak Lin, tolonglah daku...





Khamis, 7 Oktober 2010

RAMBUT SIHAT

Rambut sihat,rambut cantik semua orang nak..saya selalu berangan nak rambut sihat dan cantik macam fouzih Gaous,macam jue Aziz dan paling tak boleh blah,rambut cun macam rozita cik wan.

Cantikkan rambut dia..

Kat sini tak de lah nak tunjuk rambut saya. Tak dapek lah den nak nolong..Saje nak kongsi serba sedikit info tentang rambut. Walaupun bertudung, tak semestinya kita terlepas dari menjaga rambut. Jangan ingat perempuan bertudung tak menjaga penampilan rambut ye..rambut kan mahkota wanita. satu kepuasan tu bila rambut kita mengurai sihat.kan,kan,kan??
pergh, dah macam karangan plak. Bahasa berbunga ranum indah. bak puitis dahulu kala..oi,oi,sudah jangan nak toya kat sini.


Nak bagi tau satu tips yang saya dapat dari majalah tapi lupa majalah apa. Kalau nak bagi rambut tak kering, amalkan letak santan pada rambut. Saya dengan bangganya nak bagi tau, saya telah cuba buat dan jadi. Bangga kau.. Bangun pagi rasa rambut lembut sangat. Cubalah petua dahulu kala nie. Memang leceh tapi berbaloi. Bukan susah pon, beli je santan kat pasar tu. balik letak je atas rambut semasa mandi. Jangan jadi pemalas.
Antara faktor rambut saya menjadi kering dan rosak  adalah

  1. Menggosok rambut dengan tuala selepas mandi...ni dalam dua bulan nih saya dah tak buat. Sekarang lepas jerk syampoo terus bungkus kepala dengan tuala.
  2. Selalu terdedah dengan asap rokok..oh, suami ku silalah berhenti merokok. Semalam pun dah merungut rokok dah naik harga lagi. Jadi silalah berhenti. Ayat nak salah kan suami jugak. hehehee..
  3. Pakai syampoo yang mengandungi kimia yang banyak. Sekarang saya dah pakai syampoo baru. 

Itulah rasanya kot penyebab rambut saya rosak. tak taulah kalau ada lagi. rasa-rasanya itu sahaja yang menjadi penyebab kerosakan rambut saya. Dua bulan lepas, rambut saya gugur banyak sangat. Penuh satu rumah rambut bersepa-sepah. Sekarang lepas dah tak amalkan amalan yang tak berpaedah kat atas tadi, rambut pun dah tak gugur. Tak payah nak sapu rumah hari-hari. Tak sempat oooo...

Oklah itu saja kot untuk hari nie. Macam tak de idea. Sekarang macam terkenang-kenang sabah...mengapa bah..ko berubah...hehee..kenapa ea?

Jumaat, 23 Julai 2010

GLAMOUR KEJAP



Hari ni, di pagi jumaat yang tenang ini aku dlimpahi keglamouran jap,tak semena-mena nama up pula.semua kerana gambar saya dan haziq termasuk dalam harian metro hari ni..boleh tahan sengal jap.
sebenarnye bukan ada cerita sensasi pun tapi sebab gambar pandangan belakang saya dan haziq tu dah masuk paper kecoh lah satu pejabat.Yang pelik tu ramai pula yang perasan kelibat kitaorang...hehe macam artis lak.
satu ayat yang tak best tu boleh pula cakap saya kantoi mengular waktu keje..hello ibu-ibu bapak-bapak,semalam saya pegi Tanjong emas pada pukul enam petang..enam petang ok bukan enam pagi..kalau enam pagi pon,apa aku kesah..bukan time keje tak tapi enam pagi tu kat atas katil lagilah..ah,sudah jangan dilayan orang2 yang suka berprasangka buruk tu..hentikanlah,hentikanlah..
gambar tak sengaja tu diambil wartawan metro sempena karnival gegaria metro dimuar yang akan belangsung sabtu ahad ni ditanjung emas. korang pegilah, saya balik kampung .kebetulan petang semalam bawa haziq jejalan kat tanjung emas tu yang tak semena-mena gambar kiut kitaorang masuk dalam paper bukan nampak muka pun.aku bukan nak glamour sangat..orang yang membuatkan kitaorang glamour..perasan sudah.
inilah nye gambar poyo tu...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VV

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Ni je gambar yang bikin kecoh tu. Kecik je.Tak nampak muka pun. gambar saya tengah pimpin anak. Boley gitu ?Jangan marah ye.Apa-apa pun memang gila glamour sekejap hari nie. Tq harian metro sebab termasukkan gambar saya. Lain kali ambil gambar muka terus lagi puas hati.heheee