Isnin, 3 Februari 2014

Taska

Semalam terbaca isu keselamatan kanak-kanak di taska dalam akbar berita harian. Kalau perasan kebanyakan dari taska yang ada kes sebelum2 ni, semuanya tak de berdaftar dengan JKM. Tetiba risau pulak pasal Hafikh walaupun  Setakat ni memang tak de masalah dan Hafikh pon happy je bila saya bagi dekat salah seorang pengasuh kat situ. Akak pengasuh tu pon dah berumur dia memang jaga bayi berusia dua tahun ke bawah. Sebenarnye sebelum hantar Hafikh ke taska ni, saya dah pastikan taska ni berdaftar dengan JKM dan saya sendiri nemastikan ape juga syarat yang di kenakan oleh JKM, taska ni patuhi. Cewah, macam saya pula pegawai JKM. Masa mula-mula nak survey taska tu, saya ada dua senarai taska yang saya rasa sesuai dan berdekatan dengan pejabat tapi bila dah tengok betul-betul dan setwlah diselidiki, saya rasa taska yang saya hantar Hafikh sekarang lebih mudah dan lebih di yakini. Yelah..anak duduk kat situ lama. Risau juga kalau jadi apa-apa.
Saya nak bagi sedikit tips dan maklumat tentang taska di bawah pemantaun JKM ni.
Mula-Mula sekali, tengok kedudukan taska tu. Kalau berada dalam taman, pastikan taska tu berada di tepi sekali. Kalau korang tengok taska tu duduk tengah-tengah antara deretan rumah, korang reject terus. Sebab syarat tadika atau taska di bawah JKM, taska tersebut mestilah berada di tepi sekali atau corner lot. Itu pertama-tamanya lah kalau nak tau.
Bila dari luaran tengok dah ok..cuba tengok pagar berkunci atau tidak. Syarat JKM, pagar premis hendaklah sentiasa berkunci. Macam taska Hafikh ni,mula-mula saya datang untuk survey, cikgu kat situ tak buka pon pintu pagar. Dia bagitau semua keperluan dan soalan saya di dalam pagar je.  dia kata, kalau berminat nanti datang bawa salinan surat beranak bayi dan isi borang yang diberi. Itu sahaja. Salinan surat beranak tu sebab nak tunjuk bila ade pegawai JKM buat lawatan. Biasanye pegawai JKM ada buat lawatan dua kali sebulan atau sebulan sekali...ha..macam tu lah yang saya faham dan ingat..yang pasti memang pegawai JKM ada buat pemantauanlah.
Okey lepas tu semasa pendaftaran pastikan kat taska tu tak ade buaiyan. Kalau ade buai, memang sah le taska tu tak berdaftar okey. Kat tempat Hafikh ni satu lagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa diasingkan. Lima orang bayi kena ada dua orang pengasuh.itu maksima untuk sesebuah taska. Bayi-bayi ni tadi di letakan dalam satu bilik. Saya diberi peluang untuk masuk ke taska Hafikh masa mula-mula nak daftar dulu. Setiap pintu ada penghadang. Itu untuk keselamatanlah.
Itu je yang saya ingat untuk syarat JPM. Untuk bilangan kanak-kanak tu saya tak ingat. Rasanya banyak lagi yang saya dah lupa. Ini sebahagian sahaja. Apapon kalau ade tersalah harap di maafin. Harap sedikit info ni dapat membantu ibubapa yang berhasrat hantar anak ke taska ye.

hafikh, semoga anak ibu ni sentiasa dilindungi  
Allah dan sihat selalu.gambar ni semasa majlis sambutan hari jadi di taska.

Sabtu, 1 Februari 2014

Telur Dadar Sayur

Satu menu yang simple. Menu ni asalnye untuk Hafikh. Yelah dia tak boleh lagi makan makanan orang dewasa. Garam pon tak boleh lagi di masukkan dalam makanan dia sehingga usia satu tahun dan seelok-eloknye sehingga dua tahun. Semua orang pon tau kan fakta ni. Sistem perkumuhan baby masih belum lagi matang sepenuhnya so,banyak benda kena ambil berat. Lepas tu Hafikh ni baru je ade dua batang gigi. Terpaksalah masak menu yang cepat hadam untuk dia..erm...cepatlah besar dik. senang sikit mak ko ni nak masak.

Bahan-bahan
Telur
Sosej
Mayonis
Kacang peas
Bawang
Lobak merah

Mula-mula goreng sosej sehingga garing. Pastu korang potong-potong nipis-nipis. Lepas tu pecahkan telur dan kemudian masukkan sosej tadi bersama bawang yang telah dipotong. Jangan lupa masukan kacang peas dan lobak merah yang telah di potong halus-halus juga. Gaul semua sekali.

Ok panaskan kuali dan goreng telur tadi sampai warna keemasan. Api buka kecil tau. Kalau tak nanti cepat je telur tu hangus.

 ini sebenarnye telur dadar je tapi saya ubah sikit menjadi lebih sihat dan menawan hihiii..sangat lah menawan haha...ok pada sesape yang ade anak kecil dan masih tercari2 menu yang sesuai...bolehlah try telur ni. senang aje.jom cuba.