Memaparkan catatan dengan label PENDAPAT/PANDANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENDAPAT/PANDANGAN. Papar semua catatan

Isnin, 3 Februari 2014

Taska

Semalam terbaca isu keselamatan kanak-kanak di taska dalam akbar berita harian. Kalau perasan kebanyakan dari taska yang ada kes sebelum2 ni, semuanya tak de berdaftar dengan JKM. Tetiba risau pulak pasal Hafikh walaupun  Setakat ni memang tak de masalah dan Hafikh pon happy je bila saya bagi dekat salah seorang pengasuh kat situ. Akak pengasuh tu pon dah berumur dia memang jaga bayi berusia dua tahun ke bawah. Sebenarnye sebelum hantar Hafikh ke taska ni, saya dah pastikan taska ni berdaftar dengan JKM dan saya sendiri nemastikan ape juga syarat yang di kenakan oleh JKM, taska ni patuhi. Cewah, macam saya pula pegawai JKM. Masa mula-mula nak survey taska tu, saya ada dua senarai taska yang saya rasa sesuai dan berdekatan dengan pejabat tapi bila dah tengok betul-betul dan setwlah diselidiki, saya rasa taska yang saya hantar Hafikh sekarang lebih mudah dan lebih di yakini. Yelah..anak duduk kat situ lama. Risau juga kalau jadi apa-apa.
Saya nak bagi sedikit tips dan maklumat tentang taska di bawah pemantaun JKM ni.
Mula-Mula sekali, tengok kedudukan taska tu. Kalau berada dalam taman, pastikan taska tu berada di tepi sekali. Kalau korang tengok taska tu duduk tengah-tengah antara deretan rumah, korang reject terus. Sebab syarat tadika atau taska di bawah JKM, taska tersebut mestilah berada di tepi sekali atau corner lot. Itu pertama-tamanya lah kalau nak tau.
Bila dari luaran tengok dah ok..cuba tengok pagar berkunci atau tidak. Syarat JKM, pagar premis hendaklah sentiasa berkunci. Macam taska Hafikh ni,mula-mula saya datang untuk survey, cikgu kat situ tak buka pon pintu pagar. Dia bagitau semua keperluan dan soalan saya di dalam pagar je.  dia kata, kalau berminat nanti datang bawa salinan surat beranak bayi dan isi borang yang diberi. Itu sahaja. Salinan surat beranak tu sebab nak tunjuk bila ade pegawai JKM buat lawatan. Biasanye pegawai JKM ada buat lawatan dua kali sebulan atau sebulan sekali...ha..macam tu lah yang saya faham dan ingat..yang pasti memang pegawai JKM ada buat pemantauanlah.
Okey lepas tu semasa pendaftaran pastikan kat taska tu tak ade buaiyan. Kalau ade buai, memang sah le taska tu tak berdaftar okey. Kat tempat Hafikh ni satu lagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa diasingkan. Lima orang bayi kena ada dua orang pengasuh.itu maksima untuk sesebuah taska. Bayi-bayi ni tadi di letakan dalam satu bilik. Saya diberi peluang untuk masuk ke taska Hafikh masa mula-mula nak daftar dulu. Setiap pintu ada penghadang. Itu untuk keselamatanlah.
Itu je yang saya ingat untuk syarat JPM. Untuk bilangan kanak-kanak tu saya tak ingat. Rasanya banyak lagi yang saya dah lupa. Ini sebahagian sahaja. Apapon kalau ade tersalah harap di maafin. Harap sedikit info ni dapat membantu ibubapa yang berhasrat hantar anak ke taska ye.

hafikh, semoga anak ibu ni sentiasa dilindungi  
Allah dan sihat selalu.gambar ni semasa majlis sambutan hari jadi di taska.

Isnin, 16 Mei 2011

Ke wayang kita

Hari jumaat lepas pegi tengok wayang.  Dah lama tak tengok wayang entah macam mana, tergerak hati nak ajak  ayah Haziq tengok wayang.  Bagi sms petang tuh, terus dia kata ok.  Tengok cerita apa tau?...cerita kongsi. Anak dara kat pejabat saya tuh lah, bercerita nak tengok wayang lah ape semua dah saya pula yang terjebak...bak..bak.. Yang paling suka sape lagi anak aku tuh lah.  Dia memang dah lama ajak tengok cerita kungfu Panda. Tapi cerita tuh keluar hujung bulan...bila tengok iklan kat The Store, ada pula gambar kungfu Panda... dia dah sibuk-sibuk cakap nak pegi tengok.  Poning kepala mak...
Muka-muka excited Haziq sebelum masuk panggung.


Cerita kongsi nih bagi saya biasa-biasa saje.  Kalau tak kerana ada Shaheizy Sam sebagai Temulak dalam cerita tuh, rasanya tak gempak sangat kot.  Nasiblah Haziq nih memang suka dengan si Adnan Sempit nih...kala tak confirm dia pun tido...hehehee...cerita nih memang ada kelakar sikitlah tapi cerita dia macam tak sampai kat jiwalah. Saya pun tak tau kenapa...Lawak-lawak pun banyak daripada air muka Sam tuh.  Ape pun saya bagi tiga bintang untuk filem nih.  Ceh, macam pandai jerk nak komen-komen kan...Sorry.




Selasa, 4 Januari 2011

AMANAH HARTANAH BERHAD

Pagi nih, saya tertarik dengan saranan teman sepejabat tentang Amanah Hartanah Bumiputra yang telah dilancarkan oleh pihak maybank. Sebelum nih saya pernah terbaca artikel nih kat blog MAMA FINA tapi tak berapa jelas. Bila tengok iklan kat tv pun saya rasa macam tak berminat je. Perasan tak iklan kat tv tu, ada sorang makcik tuh cakap "Makcik nak kamu pindahkan pasu ni kat sana ya”. Perasan tak??? Tapi hari nih macam tertarik je bila kawan kat pejabat tuh bercerita. Saya pun cuba search internet melalui laman web maybank sebab buat masa nih hanya maybank baru lancarkan amanah nih. dah macam penasihat kewangan plak aku Dan dari beberapa maklumat yang saya dapat, inilah hasil carian saya :

  • Terbuka kepada semua bumiputera berumur atas 3 bulan.
  • Minimum belian RM 500
  • Dividen akan dapat setahun dua kali iaitu 6 6 blan sekali.
  • Kadar pulangan paling rendah 6%.
  • Patuh syariah
  • AHB nih akan melabur dalam hartanah komersial.
  • Tiada buku pelaburan. Kalau nak penyata boleh print kat ATM.

Itu maklumat yang saya perolehi setakat ini. Kalau nak detail rasanya boleh minta pamplet kat Maybank. Korang juga boleh cuba info kat BLOGSAHAM BARU
Pada yang berminat sila daftar di Maybank ye sebab ia adalah satu-satunye bank yang ada amanah Hartanah nih.
Bagus juga untuk kita.

Isnin, 16 Ogos 2010

CANTIK TAPI...

Terkejut saya dengan pendedahan oleh akbar berita Minggu semalam tentang produk-produk yang disenarai hitam oleh kementerian kesihatan. Mana tak nya, ada salah satu produk tu saya pernah pakai dahulu. dahulu ye bukan sekarang.sekaran pakai produk lain tapi macam dah start was-was juga. takut-takut merbahaya.

Produk-produk yang disenarai hitam tu adalah kelulusan dari KKM sendiri tapi mereka dapati pengusaha ini telah menghantar sample yang tidak mengandungi racun dan untuk produk sebenar mereka telah meletakkan hydroquinone, tretinoin dan macam-macam lagilah racun-racun durjana ni.

Punyalah kaya raya si pengusaha produk nie tapi menipu.. alahai kesiannya aku heheee. Memang tak beretika langsung. Bagus juga dengan pendedahan berita Minggu ini. Sekurang-kurangnya ramailah yang akan tersedar yang diri telah tertipu. Tak patut sungguh. kepada teman-teman, rakan-rakan berhati-hati lah dengan produk-produk yang akan menyusahkan kita dikemudian hari. Berkat ke dibulan Ramadhan nie menipu sebegitu dan sampai bila kekayaan mereka itu akan membawa mereka ke syurga dunia nie.. Alahai....







Khamis, 1 Julai 2010

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR?

Kerajaan bercadang untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ni dan keputusan pemansuhan itu akan diumumkan satu atau dua bulan lagi. Saya rasa memang patut pun pemansuhan ini. kenapa?? ye, ia memang akan memberi kesan kepada anak saya sendiri jika ia dimansuhkan. Sekiranya benar2 pemansuhan ini sayalah orang yang paling suka. Peningkan baca entry berbeli-belit nie. Itulah saya. Ok, saya mula rasakan ia patut dimansuhkan sejak dulu lagi. Sejak anak saya kecil, saya dah mula terfikir-fikir tentang ini. Saya selalu lihat dipejabat, apabila peperiksaan besar nie semakin hampir, semua ibubapa akan tertekan...bila time exam pula, terutamanya kaum ibu akan puasa, cuti atau bernazar. Saya dapat rasakan tekanan tu pada saya suatu hari nanti. Sebagai ibu, sememangnya saya rasa tak sanggup untuk menghadapi itu. Dan yang sebenar-benarnya saya tak suka anak saya dinilai berdasarkan berapa banyak 'A' yang dia dapat, sekolah mana dia dapat masuk dan dapat duduk kelas nombor berapa...

Saya ingat dulu masa saya sekolah.bila setiap kali time exam je, sibuklah sedara mara call, tanya dapat apa bila exam..Hush,malas akak nak jawab. Orang akan cakap sebab ko tak pandai, ko cakaplah macam tu...Ye,ye,ye, memang saya tak pandai,tak genius dan cerdik sebab itulah saya sering tertekan bila resulst exam keluar. dibanding-bandingkan dikalangan sedara mara, kawan-kawan sekolah dan yang tak best bila nak tunjuk keputusan  pada parents.Punyalah gigil...kalau time exam biasa kat sekolah tu, bila ada merah mulalah takut gila.Itu zaman saya. Saya harap sangat anak-anak saya tak dinilai dan rasa tertekan seperti itu. Setiap anak-anak ada kemampuan sendiri. Ada lebih dan kurang pada diri masing-masing. Sebagai ibubapa, galakan dan dorongan apa yang mereka minat adalah penting. Tunjukkan jalan untuk mereka berjaya. Bukan saya salahkan my parents but memang begitulah sistem pendidikan kita kat Malaysia nie. Jadi nak,tak nak, ibubapa terpaksa ikutkan rentak tersebut.

Saya pernah terbaca artikel, seorang ibu tak mahu anak dinilai melalui berapa banyak A. Jadi dia ambil keputusan untuk mengajar sendiri anak dirumah. Saya tabik kat dia tapi macam saya ibu yang berkerjaya nie tak mampu nak buat tu semua. Kalau tak kerja sekalipun, belum tentu saya mampu buat. Yelah bukan mudah untuk mendidik anak-anak dengan disiplin dan cara belajar sendiri. Saya juga takut, anak saya tak tau kemahiran sosial bersama rakan pula. Dah satu hal pula takot jumpa orang heheee...

Apa-apapun kita tunggulah keputusan kerajaan macam mana. Apasaja keputusan kenalah terima dan sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada saya, terpaksalah saya menangis kuat-kuat terima dengan redha. Dan kenalah belajar-belajar untuk jadi lebih kuat seperti ibu-ibu sekarang. Apakata anda ????