Khamis, 1 Julai 2010

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR?

Kerajaan bercadang untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ni dan keputusan pemansuhan itu akan diumumkan satu atau dua bulan lagi. Saya rasa memang patut pun pemansuhan ini. kenapa?? ye, ia memang akan memberi kesan kepada anak saya sendiri jika ia dimansuhkan. Sekiranya benar2 pemansuhan ini sayalah orang yang paling suka. Peningkan baca entry berbeli-belit nie. Itulah saya. Ok, saya mula rasakan ia patut dimansuhkan sejak dulu lagi. Sejak anak saya kecil, saya dah mula terfikir-fikir tentang ini. Saya selalu lihat dipejabat, apabila peperiksaan besar nie semakin hampir, semua ibubapa akan tertekan...bila time exam pula, terutamanya kaum ibu akan puasa, cuti atau bernazar. Saya dapat rasakan tekanan tu pada saya suatu hari nanti. Sebagai ibu, sememangnya saya rasa tak sanggup untuk menghadapi itu. Dan yang sebenar-benarnya saya tak suka anak saya dinilai berdasarkan berapa banyak 'A' yang dia dapat, sekolah mana dia dapat masuk dan dapat duduk kelas nombor berapa...

Saya ingat dulu masa saya sekolah.bila setiap kali time exam je, sibuklah sedara mara call, tanya dapat apa bila exam..Hush,malas akak nak jawab. Orang akan cakap sebab ko tak pandai, ko cakaplah macam tu...Ye,ye,ye, memang saya tak pandai,tak genius dan cerdik sebab itulah saya sering tertekan bila resulst exam keluar. dibanding-bandingkan dikalangan sedara mara, kawan-kawan sekolah dan yang tak best bila nak tunjuk keputusan  pada parents.Punyalah gigil...kalau time exam biasa kat sekolah tu, bila ada merah mulalah takut gila.Itu zaman saya. Saya harap sangat anak-anak saya tak dinilai dan rasa tertekan seperti itu. Setiap anak-anak ada kemampuan sendiri. Ada lebih dan kurang pada diri masing-masing. Sebagai ibubapa, galakan dan dorongan apa yang mereka minat adalah penting. Tunjukkan jalan untuk mereka berjaya. Bukan saya salahkan my parents but memang begitulah sistem pendidikan kita kat Malaysia nie. Jadi nak,tak nak, ibubapa terpaksa ikutkan rentak tersebut.

Saya pernah terbaca artikel, seorang ibu tak mahu anak dinilai melalui berapa banyak A. Jadi dia ambil keputusan untuk mengajar sendiri anak dirumah. Saya tabik kat dia tapi macam saya ibu yang berkerjaya nie tak mampu nak buat tu semua. Kalau tak kerja sekalipun, belum tentu saya mampu buat. Yelah bukan mudah untuk mendidik anak-anak dengan disiplin dan cara belajar sendiri. Saya juga takut, anak saya tak tau kemahiran sosial bersama rakan pula. Dah satu hal pula takot jumpa orang heheee...

Apa-apapun kita tunggulah keputusan kerajaan macam mana. Apasaja keputusan kenalah terima dan sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada saya, terpaksalah saya menangis kuat-kuat terima dengan redha. Dan kenalah belajar-belajar untuk jadi lebih kuat seperti ibu-ibu sekarang. Apakata anda ????




Tiada ulasan:

Catat Ulasan