Rabu, 7 Julai 2010

Opera Mini

Sekarang nie semua orang sibuk cerita kisah bola. Saya sesekali menyelit tu bolehlah sebab tak berapa nak minat kisah-kisah bola. Setakat layankan suami menonton siaran langsung (itupun kalau bukan siaran pagi) bolehlah menyampuk sikit-sikit. Nak lelebih tu, tak de lah. Baik diam dari bersuara nanti kalau dah salah fakta, kan malu.aku bukan tin kosong...

 Hari nie bukan nak cerita pasal bola tu tapi saya nak cerita tentang Opera mini... apa tu? alah, opera yang selalu cina-cina kat bandar tu main.opera lah,opera...tak tau ke, adus, tak tau lah pula..tak tau tanya..apa motif ni?

Opera mini nie adalah salah satu pelayar web yang digunakan dan direka bagi pengguna telefon bimbit. Yang nak dikongsi ni adalah penggunaanya adalah tanpa had dan bayaran. Bila on sahaja program opera mini nie, kredit kita tak akan ditolak. Bestkan. Cuba semak penggunaan telefon bimbit korang samada boleh tak menggunakan program ni. sila klik Opera mini .

Saya pun pada mulanya tak berapa nak tau tentang kewujudan Opera mini ni. Tapi suatu hari saya didatangi oleh...chop,chop..sebenarnya kawan sepejabat, Dila yang ajar semua nie. Tq D.J hikhik..dia ajar download semua.

Untuk download Opera Mini ni, korang perlu buka default phone browser terlebih dahulu, kemudian buka adress m.opera.com, kemudian download dan install versi yang sesuai untuk handphone anda.

Selamat mencuba .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan