Khamis, 28 Mac 2013

Untuk Hafikh

Minggu ni Adalah minggu bersenang lenang.hahaaa ngada-ngada. Saya kat kampung nih.balik rumah my mom.wah, sungguh selesa.kerana apa..kerana mak ada bantu2 saya.kan ngada-ngada.cuti sekolh seminggu. Jadi saya akan menghabiskan tempoh berpantang 44 hari dirumah mak.tak sabau ok.lg 3hari aje. Kalau tanya haziq ibu nak makan ape bila dah sihat,pasti jawapannya coolblog..sungguh cool. Saya selalu cakap kat dia nak minum coolblog.tu yang dia cakap saya kemaruk nak minum coolblog sekarang. punya gile ibu ko nie ek. okeh disebabksn pantang bakal berakhir dan lama tak update blog saya nak menunjuk masuk kan beberapa hadiah yang hafikh dapat. Tak lah banyak mana pun hadiah dan taklah hebat mana pun Tapi saya sangat menghargsi ape yang diberi sebagai ingatan dan kenangan semasa diawal kelahiran Hafikh. kan lepas ni dah tak nak bersalin lagi..auw, statement penuh yakin.In shaa Allah...ada rezeki (huhu jawapan selamat ). Hadiah atau hamper pertama datangnya dari adik saya angah.kebetulan 2 hari sebelum czer angah ade balik kampung. cuti seminggu maklumlah dok jauh di manjung tu memang payah nak cuti. Nurse kan payah nak cuti sesuka hati kan, husband dia pun navy, lagilah nak kena plan awal-awal. Lama tak jumpa banyak lah cerita kan. Aqilah (anak Dia) pun dah besau dan dah banyak kerek hhuuuhu..(pilih orang bila nak kawan). budak kan..

Ini semua pulak hadiah dari office mate UncleBad. Gambar hamper Angah entah mana saya simpan. dah tak ingat. snap masa sebelum bersalin tapi dah lupa kat kamera mane saya simpan. 

 Ini pun sama, kawan husband saya yang bagi. buah...Mula-mula tu pelik gak tengok bunga. apehal ntah bagi bunga kat orang bersalin. Rupanye hamper buah. Apepon tq bebanyak pada semua yang datang melawat. Makcik-makcik saya pun ada yang datang tapi pon lupa nak ambik gambar ek.  Biasalah bila dah menyembang dan pulak tu baby kejap-kejap nak susu...huru hara mak ko dibuatnye.





Jumaat, 15 Mac 2013

Kuning Kekuningan



Masa sebelum bersalin saya merancang nak update blog hari-hari, nak susun-susun gambar dan hantar ke Photobook untuk print dan nak buat bisness kecil-kecilan..kelas kau..semua nak buat.yelah cuti tiga bulan..banyak benda nak buat. Tapi reality nye dah 30 hari berpantang nie, satu ape pon saya tak buat. Sudah sebulan okeh. Update blog pon baru 2 kali lepas bersalin.
Owh sungguh tension hari-hari pegi cek darah. sampai tak menyempat nak buat semua perancangan...tak mampu okey. Selepas keluar wad hari tuh, hari yag ke tujuh Hafikh dah kena tahan wad. Dengan saya sekali kena masuk wad sebab jaga dia dok bawah lampu biru.  Masa tu, satu lampu je. 16 mgd/L. tiga hari dok wad, doktor bagi keluar tapi kuning tuh masih ada tapi dah tak banyak. suka nye lah masa tuh. penat oi, dok wad lama-lama..boring. Pastu bile dah balik rumah still lagi kena cek darah kat klinik kesihatan. Kesian anak saya. Dah kebal rasanya dengan ambik darah bagai. hari-hari pegi klinik. dah tak macam orang dalam pantang.  Sian ek. dah lah semua tak leh makan. Halia, kunyit, jamu segala jenis herbalah tak boleh. Pati ikan haruan pon tak makan. bukan ape takut bacaan bilirubin Hafikh naik lagi. Sudahnye, nak makan pun takut. sampai dah tak tau mak saya nak masak kan ape untuk saya. Semuanye pucat dan putih hahaaa...ok, bila dah cek hari-hari tetiba hari yang ke15 bacaan tu naik mendadak...sampai 15mgd/L owh sngguh tension. dan pada hari ke 17 kena cek pakar kanak-kanak.  Mula-mula tu doktor cakap ok.  baby dah hari ke17 tak kena tahan wad sebab biasanye selepas hari ke 14 otak baby dah kuat. jadi kuning tu tak masuk ke otak. owh, sungguh lega sebelum balik doktor ambil air kencing dan darah baby dan suruh datang dua minggu lagi. Sian adik. melalak-lalak orang ambik darah. tak ta lah macam mana pula nurse tu ambik air kencing.  Saya tak dibenarkan masuk. Dengar je lah anak menangis dari luar.  Tapi petang esoknye, doktor suruh saya bawa baby ke hospital sebab dia kata bacaan tinggi sangat 23mgd/L. Kali nie baby masuk wad sorang. kalau hari tu rendah lagi jadi saya kena jaga baby kat wad dan letak bawah satu lampu biru tapi kali nie Hafikh kena dok bawah dua lampu biru dan dimasukkan air.  Kali nie dia masuk wad SCN. Wad khas untk baby yang bermasalah. wad nie lah tempat Haziq membesar selama sebulan diawal kelahiran dia dulu. Sekarang, adik dia pula dok situ. Susahnye saya nak ada anak kan??? tapi saya redha Allah sedang menguji saya lagi. Kesian dia tangan dah berselirat dengan tiup air. Tapi yang bagus nye, Hafikh nie masih aktif. Tu yang doktor kata tak perlu risau. doktor cuma takut ada jangkitan kuman. Masuk air satu hari je pastu dah tak masuk lagi.. dia pun dah duduk bawah satu lampu. kira kurang sikitlah panas. Sian anak ibu. tapi masih lagi kuning. Saya cuma datang jenguk dan hantar susu. Kat situ hanya ibubapa je yang boleh masuk. So, Haziq dah tak dapat jumpa adik dalam beberapa hari.


Saya pun tak tau kenapa lambat sangat kuning dia hilang. dia kuat menyusu dan pandai menyusu. Susu saya pun banyak Alhamdlillah. malam pun tak lena tidur dibuatnye. Mungkin juga saya ada tersalah makan. Mla-mula hari tu memang ade makan halia. Tu naik bacaan tinggi tapi sekarang saya tak makan lagi.  Bila dah terdesak ni, macam-macam petua saya buat. Minum susu kambing (saya Yang minum), makan anggur hijau, mandi air beli kat sen sei dan last sekali  jemur baby. Dulu-dulu jemur baby okey, sekarang cuaca pun dah terik, matahari pun dah panas sangat...jemur bawah matahari tidak digalakkan. tapi bile dah terdesak saya buat juga pagi seawal 8.00 pagi sampai 9.00 pagi jek. it pun kadang-kadang 10 minit je. tak turun juga bacaan tuh.. bila search kat internet, susu kambing juga boleh menyebabkan bacaan kuning tinggi. lah, ye ke...semua orang kata minum susu kambing baby cepat hilang kuning tapi mungkin untuk baby saya tak sesuai.  so, sekarang saya mengharapkan cepatlah kuning dia turun.buat masa ni saya tak ambil ape-ape lagi untuk cepatkan turun kuning tu. Cukuplah dengan kerap bagi susu. Cuma saya cuba untuk bagi Hafikh anggur hitam.. hitam pulak?? hari tu hijau. Ah, try aje. ini yang terakhir ikhtiar. Haraap semakin turun dan hilang. Saya pun dah tak repeat klinik untuk ambil darah sebab pun nurse tengok hari tu dah tak banyak kuning tapi masih lagi ada. kat muka dan dada sikit.   Minggu depan ada repeat doktor pakar. Harap keputusan darah untuk tirod tempoh hari tak de masalah.  Negatif. Dah tak larat mak nak ulang-alik spital dan tengok Hafikh kena ambik darah hari-hari.

Tangan baby kesan ambik darah

nie pulak jarum untuk masuk air. Jarum nie nurse tanggalkan masa keluar wad . Lebamlah sikit tangan Hafikh hari tu. tapi sekarang dah okey.


Tidur bawah lampu. sian Hafikh.