Khamis, 29 Disember 2011

Ape tuh??

Wey, makan ape tengahari nih.  Nasi berlauk ayam masak lomak cili padi, lauk  udang Galah ( mesti banyak time-time hujan cegini), makan hati berulam jantung atau makan nasi beriyani gum atau pun ikan baung...tau tak ikan baung? bandar betul kalau tak tau ikan baung. Yelah ahkak orang kampung semua yang kampung-kampung punya masakan ahkak bedal eh salah, ahkak tau. Tapi hari nie ahkak ko bukan nak makan tuh semua.  Ko tau lah kan ahkak ko nie tengah diet balik rumah bukak periuk.  Makan sikit jerk .ala-ala tak lalu makan gitu harap-harap si UncleBad tuh balik malam kang tak ajak aku gie bukak saham lagi kat mac Donald atau kedai ape tuh dia panggil, kedai janda...oooo, janda jerk ko suka heh.. tapi bak kata UncleBad, "dulu janda sekarang dah kahwin". owh, tetiba ahkak ko jadi lurus bendol.  Bendol pon tak selurus aku. muhahaaa...


Nie hah, nie lah makanan tengahari nie. Sian bebenor nampak nye.  Makan Quaker Oat cookies jerk.  Ye nak menambahkan kelazatan, beli yang madu, manis sikit. Habis nak buat cemana.  Kata nak diet, nak cantik macam neelofa dan nak nampak muda macam Rozita Che Wan serta nak jelita macam Fazura..Ah, semua aku nak ..lempang sikit bagi sedar diri.
Lazatnye keenakannya.  bayangkan tengah makan ketam...ish, memang terbaek. Tu je lah nak kepoh. bye.


Rabu, 28 Disember 2011

Makan Tak Habis-habis

Tau ape aktiviti malam sekarang? sejak dok Segamat nih, En Bad kita semakin kencang menggugur kan Iman.  Iman okey...Malam-malam buta boley ajak gie makan.  Pening tuh nak layan. Kalau dia nak gemok sorang pegi lah...ini dengan aku, dengan anak aku dia ajak gemok same-same.. sentap tuh.. Aku nih beriya-iya makan petang dan malam kekonon tak nak makan. ko tengok ape dah jadik...dia suruh aku makan okeh.  Kalau aku tak nak dia boley cakap 'makan je sikit..tu kentang tuh tak habis kang "....'tak nak."  Pastu Haziq plak nyampok, " ibu nih makan lah nanti sakit perut padan muka ". Tengok, tengok , tengok tak sentap ker. Haaaaa bila nak keras kan hati lama-lama bila dah kena bakar, terus je..aku pun ambik sikit.  tapi sikit-sikit pon, ko tau jelah kentang goreng tuh berapa banyak kolestrol dia. Pastuh boley pula En Bad nih cakap macam tak cukup lah.  Nak beli lain pulak.boley? mula-mula sengeh-sengeh jerk aku tapi bila tengok ini......

haku dah jadi tak keruan.  "ish macam sedap jerk".  dia boley kata, "Makan lah". tapi Alhamdulillah untuk malam itu aku berjaya tahan diri.  rasa sikit je tepi ayam. Harap-harap untuk hari seterusnya aku boley bertahan. Tau tak masa tengah makan nih pukul berapa?  Tok, tok harimau pukul berapa?? pukul 11.30 malam.  Malam nih beb.. ko tak rasa gile ape, tengah-tengah malam ko nak makan sebegini banyak.  Banyak sungguh dugaan.  dapat plak laki yang tak supportive nie...lagi lah hampeh aku rasa.  aku nih pulak dah tahap gaban risau... tengok baju pun dah banyak yang sendat.  Gila kentang aku..

 Musim prosperity burger, nah lantak banyk2 daging panggang konon...agak2 banyak tak kolestrol daging nih. Kalau tak banyak syok juga ahkak nak makan muahaaa..

kentang lagi hah..mana taknye tak kurus kalau dah hari2 makan benda nih.malam plak tuh.

budak nih makan sambil main..tengok berapa bayk mainan dia angkut

ayah ko, bukan main lagi makan. Muka nak buat 'derk' aje kunyah makanan tu semua. 

Nie muka kelat yang terkulat-kulat tengok makanan depan mata. Bertahan lah.

Kadang-kadang boley plak dia ajak  teman gi makan mee goreng basah kat bando.. pergh bila tengok orang makan memang sedap beb..terkadang tuh yang tewas.  En Bad nih rajin balik keje  malam, bila dah sampai rumah dia makanlah nasi semua.  pastuh aku ingat dah malam nak terus tido, tapi dia boley plak tetiba ajak keluar jalan-jalan.  pastuh tau je lah,ajak makan. konon-konon nak minum sikit-sikitlah dia..tapi bila smpi kedai, dia punya order macam besok dah tak de lagi makanan tuh kat Segamat. lagii aku sentap beb..memang mantap lah lepas nih.  penyelesaian nya, kena rajin2 lah ke kelas aerobik hehee rajin ker??