TIPS


TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI

1) Elakkan Tertekan
- jangan tertekan ye masa berpuasa nie. fikir positif dan yakin kita dapat menyusukan bayi kita dengan    secukupnya. Jangan terlalu fikir susu tak cukup lah, kurang susu lah, boleh ke puasa. itu boleh mengurangkan penghasilan susu. mind set kena positif ye. 

2) Jangan Lupa Bersahur
- Bersahur adalah penting. selain membekalkan tenaga, dengan bersahur juga memberi pengeluaran susu yang berterusan. Makan lebih nasi semasa bersahur terutama mumy yang menyusukan bayi lelaki. lagi banyak tenaga diperlukan. Bayi lelaki kuat menyusu kan.. Minum banyak air sepanjang waktu berbuka hingga imsak bagi mengurangkan dehidrasi. Jika dehidrasi berlaku, kita akan keurangan susu. so, jangan ponteng sahur..

3) Jangan Putus Asa
- Jangan, jangan dan jangan berputus asa. Perlu terus mengepam walaupun terkadang kita dapati susu berkurangan. teruskan. InsyaAllah akan dipermudahkan.

4) Teruskan 'Supply-Demand'
- Semakin kerap kita mengepam, semakin banyak susu akan keluar sebenarnye. pastikan breast kita betul-betul kosong supaya lebih banyak susu akan terhasil. Terdapat satu hormon yang dinamakan Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payudara ibu. FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan. jadi jangan skip masa mengepam susu bagi ibu yang bekerja dan lebih bagus sekiranya pam dengan lebih kerap. Susukan bayi sekerap yang mungkin ye. kita boleh!!!

5) Berlatih Sejak Syaaban
- haaaa...ini lah yang kena buat dari awal lagi. berlatih dari awal jadi taklah semasa bulan ramadhan, badan kita terkejut. dari awal lagi kenalah berlatih. Boleh mula kurangkan makan tapi lebihkan sayuran dan buah-buahan semasa makan tapi pada sesiapa yang tak berlatih atau pun tak berpuasa di bualan syaaban hari tu, jangan lah risau. teruskan berpuasa esok..apapun berbalik kepada apa yang admin tulis tadi, fikir positif dan doa juga jangan lupa ye Semoga tak putus rezeki untuk anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan