Selasa, 30 April 2013

Hafikh Dua Bulan


Hafikh pada usia dua bulan dah pandai apa ek???ah, mak ko nie lagi mau tanya ye. Dah sah-sah lah ibu kepada Hafikh kan. Lagi nak tanya..Hafikh 15haribulan haritu sudah dua bulan. agak lewat update perkembangan Hafikh. Leka seketika huhuuu..okeyjom tulis cepat-cepat sebelum Hafikh bangun..


  • Dah pandai senyum bila orang agah..cak,cak...tak le ibu dia nie ketawa seseorangkan bile buat lawak. sendiri lawak, sendiri ketawa= dah mereng.  Yang paling bahagia tu (bahagia???ayat skema) bile bangun pagi dia senyum-senyum, keatawa-ketawa tanpa perlu diacah/diagah. Suke sangat. Matakelapkelipatasbawah..
  • Berat sudah 4.8kg.
  • Belum boleh meniarap atau mengiring tapi dah boleh angkat kepala. semalam tengok Facebook sepupu saya, anak dia baru tiga bulan lebih dah pandai meniarap. owh, sungguh teruja nye saya. tak sabar nak tunggu Hafikh. Tapikan lain baby, lain perkembangan nya kan. apepon harap-harap cepatlah Hafikh besar. (tak sedar bila cepat baby besar, cepatlah kita tua) . 
  • Lagik,lagik, dah pandai merajuk bila lambat bagi susu..
  • Dan dah pandai buat bunyi-bunyi. Suka nak bercakap lah tuh.


Erm, itu je lah kot. Yang lain-lain tu macam biasa...macam baby lain gak. Apepon sangat-sangat teruja menanti hari-hari berikutnye. nak tengok ape yang dia dah pandai. Over gitu!! Okey dak bambam dah bangun...cepat-cepat menaip nie. jumpa lagi.





Jumaat, 26 April 2013

KEMAROK KOT

Hai buat per???ceh gedik-gedik plak kan.. saje je nak gedik dipetang yang santai nie. haaa..lama tak update blog. siboklah kempen nak pilihanraya nie. ops, salah cakap. Banyak gak cerita nak kongsi tapi tu lah, malas sangat nak tekan-tekan keyboard. sebab ape tau sebab sekarang nie tengok FB je. Bukan tengok apepon saya nie. Tengok baju-baju baby yang comel-comel. Duit pon habis.  Hari-hari mau beli. Kalau My husband tau, habislah tidak akan diberi bantuan kewangan lagi. auw.. tapikan sekarang pon saya dah ade modal.  Dia pon dah terkena sakit macam saya ni. Hari tuh siap beli exzos kat intenet. Lagilah gile kan. yang best tu penghantaran pos rm 30.00 je pakai pos laju. wah, tak yah gie KL. Jimat duit. Dia kan gile barang-barang kereta. So sekarang dah terjebak beli online. Mula-mulakan takot tau dia nak transfer tapi bila saya dah bagi tips-tips untuk membeli belah diinternet, baru selfconfident melebihi saya. *wink*..k pasni bleh lah saya bagi tips-tips membeli-belah dengan selamat di internet. Setelah membandingkan beberapa blog dan FB pages dan like seberapa banyak pages...saya pages nie yang ok sekali dan urah berbanding peges FB lain.  Lovelykids wardrobe dan satu promote sayangkuhappy jom shopping.

Inilah yang menjadi kegilaan saya sekarang. Rompers dan sleepsuit.

macam sleepsuit nie saya suka sebab tak payah pakai sarung kaki. ai kan pemalas (abaikan gambar baby besar diatas)




Khamis, 11 April 2013

Belajar Untuk Mencintai

 Wah! kemain ayat kau..sebenarnye sekarang ni saya sedang belajar...belajar untuk menyimpan dan memberi susu ibu.  Gempak kan tajuk..motif??? Niat nie dah lama sangat saya simpan. Dah 4tahunrasanya. Sejak mengandungkan anak yang ke dua.  Tapi masa tu hajat tak kesampaian, sekarang nie lah baru nak belajar semula.  Dulu masa lahirkan Haziq saya sempat susukan dia dua bulan je. Masa tu baru dapat keje kat muo, Haziq pun mak yang jaga, jadi untk menyusukan baby selama 6 bulan sekurang-kurangnye tak kesmpaian. Ditambah dengan kurang ilmu, lagilah terus berkubur impian tu. Untuk sekarang nie, saya sedang cuba untuk menyusukan seberapa lama yang boleh dengan susu ibu nih. Harap banyaklah susu saya.  Setakat nie, saya tak ada ambil ape-ape supplement. Cuma saya mengamalkan memakan yang boleh tambah susu seperti tempe, tauhu, kurma, milo (hari-hari minum), sayur-sayuran dan daging selain rajin mengepam. Saya percaya pada 'supply and demand'. lagi kerap menyusu dan mengepam, lagi banyak ssu keluar. Harap-harap dipermudahkan.  Setakat ni Alhamdulillah susu tu cukup.  Saya pun banyak belajar dari blog-blog yang menyokong penyusuan ibu dan juga blog teman baik saya  Saya juga ada beli beberapa buah buku.  Buku-buku nie pun dah empat tahun saya simpan.




Buku yang dibeli dari blog mommy lyna. nie bukan buku sebenarnye, ini ebook. saya beli dan print. tak mahal pon RM 20.00 rasanya. Yelah tak puas kot nak baca dalam komputer. Ini adalah dari pengalaman diaselama menysu dan membesarkan anak-anak. macam-macam persoalan dia kupas dalam nie dan banyak gak lah membantu saya.  Lagipon senangkan, kalau lupa buka je buku. takyah nak buka komputer bagai.

dan satu lagi buku tajuk "panduan menyusu bagi ibu bekerja" Cam tuh lah lebih kurang tajuknye tapi sayangnye entah kat mana saya letak. tak jumpa masa nak snap gambar tadi hahaa...tensi tau cari tak jumpa-jumpa dah lah si Hafikh nie tak nak tido. Tido kejap bangun, tido lagi bangun lagi...bilelah ibu ko nie nak kurus..lak lari tajuk..

nie pulak gambar Hafikh tido dengan nyenyak nye. macam kena peluk. nie gambar pagi semalam. nyenyak kan. Kalau hari nie punya gambar dah lain. dah botak. semalam petang cukur rambut dia. dah clear dah kepala dia. 
Malas nak snap gambar botak hari nie. tunggulah bebila free banyak nanti. hari nie nak tunjuk gambar kenyeyakkan dia tido. Malam-malam,  sekarang dia dah tak kerap bangun macam dalam pantang. Dah tak payah lagi saya tido sambil duduk pangku dia...dah, dah..semua tu dia dah tak buat perangai lagi harap sampai bile-bile lah macam tuh..senang saya nak mimpi malam-malam. lagilah dengan tilam empok baru nie, memang tak boleh bka mata lah hehee many thank you lah pada mak long sebab sponsor tilam nie hihik..tapi siang, jangan harap nak tido macam nih...dah besar sikit nie dah pandai tido-tido ayam. kejap sentap. tak tau lah nie macam mana nak hantar rumah orang bulan depan..risau juga kalau payah tido nie.  













Jumaat, 5 April 2013

Kisah abang ler Pulak.

Sekarang nie setiap hujung minggu (ahad) Haziq memang sibuk. Kali nie nak cerita kisah Haziq pulak. Dah lama tak cerita tentang budak nie. Sejak jadi abang nie, dia rajin sikitlah nak membantu. tapi bab bersepahkan mainan masih lagi menjadi tabiat. Itu je yang tak tahan. Bersepah rumah. Dia memang rajin jaga adik. selalu bila adik nangis, dia akan pujuk dan nyanyikan. Tapi kalau dah lama sangat ibu tak muncul-muncul, dia jerit jugaklah sampai satu ketika tu dia tanya "ibu tak sayang anak sendiri ke?". Hah, pening nak jawab. Lepas tuh uka kacau adik tido. Kejap-kejap cium, kejap-kejap cakap-cakapdengan adik padahal adik tu bar geliat sikit-sikit dia  dah sibuk kacau. Geram je ibu ko tengok. Kadang-kadang tu kesian gak, dia dah biasa sorang kat rumah tu, selalu nak minta ape-ape ibu tolong, sekarang sampai nak buat keje sekolah pun ibu tengok sekejap-sekejap. Yelah, kejap kang adik dah nangis,kejap kang dah berak pulak, ibu pun dah macam ape kejap sana, kejap sini.  Saya akan rasa lega sikit bila UncleBad balik awal. Masa tu senang sikit. Semua kerja sekolah Haziq ayah dia akan tolong. Ha legalah kan..Pasal hujung minggu pulak, sekarang setiap ahad dia sibuk dengan training taekwondo. Mula-mula dulu ingatkan dia sekejap je nak pegi tapi nie dah dekat dua bulan lebih dia tetap bersemangat nak pegi kelas. Kalau ayah dia tetiba cakap suruh ponteng, macam nak nangis nak pegi jugak.  Baguslah. Lagipun dia bercampur dengan ramai budak peringkat umur. Matang sikit kot. (nak juga letak kot).
tali pinggang putih je pon..nak juga tunjuk gaya.