
Ahad, 22 Mac 2015
Selamat Ulang Tahun Semua

Isnin, 3 Februari 2014
Taska
Saya nak bagi sedikit tips dan maklumat tentang taska di bawah pemantaun JKM ni.
Mula-Mula sekali, tengok kedudukan taska tu. Kalau berada dalam taman, pastikan taska tu berada di tepi sekali. Kalau korang tengok taska tu duduk tengah-tengah antara deretan rumah, korang reject terus. Sebab syarat tadika atau taska di bawah JKM, taska tersebut mestilah berada di tepi sekali atau corner lot. Itu pertama-tamanya lah kalau nak tau.
Bila dari luaran tengok dah ok..cuba tengok pagar berkunci atau tidak. Syarat JKM, pagar premis hendaklah sentiasa berkunci. Macam taska Hafikh ni,mula-mula saya datang untuk survey, cikgu kat situ tak buka pon pintu pagar. Dia bagitau semua keperluan dan soalan saya di dalam pagar je. dia kata, kalau berminat nanti datang bawa salinan surat beranak bayi dan isi borang yang diberi. Itu sahaja. Salinan surat beranak tu sebab nak tunjuk bila ade pegawai JKM buat lawatan. Biasanye pegawai JKM ada buat lawatan dua kali sebulan atau sebulan sekali...ha..macam tu lah yang saya faham dan ingat..yang pasti memang pegawai JKM ada buat pemantauanlah.
Okey lepas tu semasa pendaftaran pastikan kat taska tu tak ade buaiyan. Kalau ade buai, memang sah le taska tu tak berdaftar okey. Kat tempat Hafikh ni satu lagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa diasingkan. Lima orang bayi kena ada dua orang pengasuh.itu maksima untuk sesebuah taska. Bayi-bayi ni tadi di letakan dalam satu bilik. Saya diberi peluang untuk masuk ke taska Hafikh masa mula-mula nak daftar dulu. Setiap pintu ada penghadang. Itu untuk keselamatanlah.
Itu je yang saya ingat untuk syarat JPM. Untuk bilangan kanak-kanak tu saya tak ingat. Rasanya banyak lagi yang saya dah lupa. Ini sebahagian sahaja. Apapon kalau ade tersalah harap di maafin. Harap sedikit info ni dapat membantu ibubapa yang berhasrat hantar anak ke taska ye.
Sabtu, 1 Februari 2014
Telur Dadar Sayur
Satu menu yang simple. Menu ni asalnye untuk Hafikh. Yelah dia tak boleh lagi makan makanan orang dewasa. Garam pon tak boleh lagi di masukkan dalam makanan dia sehingga usia satu tahun dan seelok-eloknye sehingga dua tahun. Semua orang pon tau kan fakta ni. Sistem perkumuhan baby masih belum lagi matang sepenuhnya so,banyak benda kena ambil berat. Lepas tu Hafikh ni baru je ade dua batang gigi. Terpaksalah masak menu yang cepat hadam untuk dia..erm...cepatlah besar dik. senang sikit mak ko ni nak masak.
Bahan-bahan
Telur
Sosej
Mayonis
Kacang peas
Bawang
Lobak merah
Mula-mula goreng sosej sehingga garing. Pastu korang potong-potong nipis-nipis. Lepas tu pecahkan telur dan kemudian masukkan sosej tadi bersama bawang yang telah dipotong. Jangan lupa masukan kacang peas dan lobak merah yang telah di potong halus-halus juga. Gaul semua sekali.
Ok panaskan kuali dan goreng telur tadi sampai warna keemasan. Api buka kecil tau. Kalau tak nanti cepat je telur tu hangus.
Jumaat, 6 Disember 2013
HAFIKH 9 bULAN
Sekejap je dah masuk 9 bulan kan. macam terasarasa lagi penat bawa hafikh keluar masuk wad masa demam kuning hari tu. okeylah dah lama tak update pasal hafikh. hafikh sekarang tersangatlah aktif. tak sompek den nak jongah blog. Pa yang Hafikh dah boleh buat??
- Dah boleh duduk.
- Dah mula kenal orang pasti siap nak nangis bila orang tak nak dukung dia..haiyooo manyak susah ooo tak macam abang dia dulu, dengan macha pon jadik.
- Sekarang sudah pandai memanjat. Tak tau lah lepas nie dia merangkak dulu atau tidak sebab orang kata kalau dah duduk terus je jalan...orang katalah.
- Masih lagi menyusu badan tapi bila bersama saya je. Kat taska udah ngak mau susu ibunyeee.. siap taska pulang balik stok yang saya hantar..sodih.
- Suka panjat-panjat atas badan ayah dia. Tersangatlah aktif. Penat mak.
- Kalau dulu tido malam 8.30malam dah hanyut tapi sekarang pukul 10 pon masih nak main lagi. Bila tido lambat, ibu dia lah yang payah nak buat kerijo. Maklumlah siang kerijo di pejabat . Malam pulak kerijo kat rumah pon boleh tahan banyak. Poning ahhh..
- Gigi dah tumbuh dua batang. gigi sebelah bawah je. .
- Kuat makan. Walau dah kenyang sekalipon, mulut tu sentiasa nganga bila orang hulur makan. amboi, nak lawan abang ke??
Dah itu je kot perkembangan Hafikh. Lain kali cerita lagik..tapi entah ler.. bile lagi kesempatan untuk buka blog.
Sabtu, 9 November 2013
Vaksin
Alkisah dua minggu lepas,pegi bawa dua anak kesayangan ke klinik pakar kanak-kanak. Hafikh selalu demam dan Haziq pula kena semput. Haziq yang sihat walafiat tu sekarang dah mengidap semput okeh..dulu tak de tapi awal tahun ni lh baru dapat. Dia akan semput atau asthma ni masa batuk.kesian ahkak tengok dia. UncleBad yang cool tu pon dah risau giler.
Ok tu kisah Haziq.
Pernah dengar tak pneumokokal? Penyakit ni disebabkan oleh bakteria pneumokokus. Saya pon tak tau pasal penyakit ni dan ramai yang tak tau tentang kewujudan penyakit ni..Saya pon asalnye Hafikh sebelum ni kerap demam. Elok sekejap,pastu demam balik pakej lengkap selsema dan batuk.
Kawan UncleBad cadangkan dapatkan suntikan tambahan. Vaksin ni memang tak de dalam jadual suntikan yang kita selalu ambik kat klinik tu

ini jadual imunisasi yang biasa kita ambil kat klinik.
Sedikit info pasal penyakit ni ia biasanya ditemui dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebabkan oleh batuk atau bersin. Penyakit pneumokokal nie sangat serius dan boleh mengakibatkan kerosakkan otak, kehilangan pendengaran dan kematian...Macam seram kan.. okey lagi...Siapa yang perlu dilindungi dari penyakit ni adalah
- kanak-kanak bawah umur 5 tahun
- kanak-kanak yang tinggal kat taska
- mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
Jumaat, 13 September 2013
Ubat Baru
Rabu, 4 September 2013
Hafikh Enam Bulan
di usia 6 bulan nie Hafikh dah pandai
Khamis, 18 Julai 2013
Hafikh Lagi daaaa...
Eh, sebenarnye saya nak cerita pasal Hafikh. Hai Hafikh lagi ek. Semua nye Hafikh. Cerita Haziq bila pula?? Biasalah kan baby nie best sikit nak cerita. Haziq dah besar, dah banyak kot cerita tentang dia sebelum nie. hahaa...
Hafikh dah berusia 5 bulan dan 3 hari. apa yang dia dah pandai?? Dia baru je pandai meniarap. Letak aje pusing. Pusing aje letak. tangan masuk mulut memang tak bleh blah. Geram tengok. Bila nangis suka nak ketuk-ketuk kepala. . Masih lagi menyusu badan. ha.. tapi dengan nada kecewa, saya sudah campur dengan formula milk semasa berada di taska. frust sangat, sangat, sangat.. saya target nak susu badan secara exclusive sampai dia usia enam bulan tapi tak kesampaian. satu bulan je lagi kot tapi nak buat macam mana stok susu habis. Langsung tak de sikit pon yang tinggal. Banyak saya beli plastik penyimpanan susu tapi tak dapat nak guna sudah. Ni nak cerita, saya simpan stok yang saya rasa cukup untuk Hafikh semasa saya bekerja namun ape yang dirancang tak menjadi. Minggu pertama kerja, saya sangat sibuk tapi sempat lagi pam susu kat pejabat sebanyak 3 kali dan sekali pada waktu malam. Masuk minggu kedua masih lagi sibuk. Banyak kerja yang urgent perlu disiapkan Huru hara betul lah masa tu. Pastu meeting luar daerah lagi. Jadi kesempatan untuk pam susu tak ade. Lama-lama stok tak cukup walaupun pengeluaran susu masih lagi seperti biasa. Tak tau macam mana nak buat. Pernah sekali saya pam dalam kereta semasa meeting kat Nusajaya tapi yang menjadi masalah bila pergi meeting naik kenderaan jabatan, kat mana ai mau pam..Memang tension tau sampai satu tahap, masa tu saya ada mesyuarat kat Kuantan, Lepas tu mak mentua telefon susu tak cukup. Masa tu lah start minum susu formula. Sibuk betul mak ko nie nak.. Sekarang nie saya masih lagi pam kat pejabat macam biasa. Setiap hari kena pam tau. Kalau tak, stok untuk esok tak ade. Bila saya balik lewat sikit terpaksalah campur susu biasa. Sian kan Hafikh. Tapi saya akan pastikan Hafikh menyusu sehingga dua tahun. Lagi pon Bulan depan dia dah start makan, jadi rasanya tak ada masalah kot. Erm, nak sedapkan hati lah tu. Dah, dah tak cerita bab tu lagi. Sedih.. sambung balik, Hafikh sekarang dah mula kenal orang tapi setakat nie dia oklah. Tak lah tak nak orang langsung. Mungkin sebab hantar dia kat taska jadi ramai orang yang dia jumpa. Cuma yang tak tahan tu, bila petang je tak nak tido. Bila tak nak tido mula buat perangai. Tambah masa puasa nie. Memang sentaplah saya tengok. Sabar je lah.
Isnin, 3 Jun 2013
Hafikh 3 bulan Dan Ibu
Dah dua minggu saya masuk kerja. Sekejap jerk. Hafikh dah masuk tiga bulan. Setakat nie, belum ade perubahan yang ketara dari Hafikh. Saya mengharapkan, dia cepat meniarap...hahaa..gile over mak ko. Semua nak cepat. Hari tuh gie klinik, dah ambik cucuk kali ketiga. Dos ape entah tak ingat tapi dah tiga kali lah cucuk huhuuu..Bulan depan nurse cakap datang tak payah cucuk lagi cuma timbang berat badan je. Untuk cucuk kali nie, Alhamdullillah Hafikh tak demam. Nurse siap suruh bagi ubat lepas kena cucuk tu. Takut demam. Saya pun balik cepat-cepat bagi ubat tapi sikit je yang masuk mulut. Yang lain habis basah kat baju. Pandai pulak tu, tau kita bagi dia ubat. Masa tu saya pun redha jelah. Nasiblah tak demam. Terror jugalah Hafikh ye..hahaa. Ok jom kita tengok ape yang Hafikh dah pandai diusia 3 bulan..jom,jom..dah macam kepoh pulak.
- Pertama-tamanya semakin suka senyum-senyum dan semakin pandai ketawa kuat terutama bila orang acah dia..lagilah.
- Dah pandai kenal orang exspecially sayalah kan ibu dia. Nampak muka mak dia nie, terus minta angkat. kaki tangan semua bergerak-gerak.
- Leher dah semakin tegak dengan stabil. Makin keras jerk saya tengok.
- Suka buat buih-buih kat mulut.
- Suka dan toleh bila orang panggil nama dia. Masa nie bagai kan digeletek-geletek dia ketawa.
- suka menghisap tangan...
Selasa, 30 April 2013
Hafikh Dua Bulan
Hafikh pada usia dua bulan dah pandai apa ek???ah, mak ko nie lagi mau tanya ye. Dah sah-sah lah ibu kepada Hafikh kan. Lagi nak tanya..Hafikh 15haribulan haritu sudah dua bulan. agak lewat update perkembangan Hafikh. Leka seketika huhuuu..okeyjom tulis cepat-cepat sebelum Hafikh bangun..
- Dah pandai senyum bila orang agah..cak,cak...tak le ibu dia nie ketawa seseorangkan bile buat lawak. sendiri lawak, sendiri ketawa= dah mereng. Yang paling bahagia tu (bahagia???ayat skema) bile bangun pagi dia senyum-senyum, keatawa-ketawa tanpa perlu diacah/diagah. Suke sangat. Matakelapkelipatasbawah..
- Berat sudah 4.8kg.
- Belum boleh meniarap atau mengiring tapi dah boleh angkat kepala. semalam tengok Facebook sepupu saya, anak dia baru tiga bulan lebih dah pandai meniarap. owh, sungguh teruja nye saya. tak sabar nak tunggu Hafikh. Tapikan lain baby, lain perkembangan nya kan. apepon harap-harap cepatlah Hafikh besar. (tak sedar bila cepat baby besar, cepatlah kita tua) .
- Lagik,lagik, dah pandai merajuk bila lambat bagi susu..
- Dan dah pandai buat bunyi-bunyi. Suka nak bercakap lah tuh.
Erm, itu je lah kot. Yang lain-lain tu macam biasa...macam baby lain gak. Apepon sangat-sangat teruja menanti hari-hari berikutnye. nak tengok ape yang dia dah pandai. Over gitu!! Okey dak bambam dah bangun...cepat-cepat menaip nie. jumpa lagi.
Khamis, 28 Mac 2013
Untuk Hafikh
Jumaat, 15 Mac 2013
Kuning Kekuningan
Owh sungguh tension hari-hari pegi cek darah. sampai tak menyempat nak buat semua perancangan...tak mampu okey. Selepas keluar wad hari tuh, hari yag ke tujuh Hafikh dah kena tahan wad. Dengan saya sekali kena masuk wad sebab jaga dia dok bawah lampu biru. Masa tu, satu lampu je. 16 mgd/L. tiga hari dok wad, doktor bagi keluar tapi kuning tuh masih ada tapi dah tak banyak. suka nye lah masa tuh. penat oi, dok wad lama-lama..boring. Pastu bile dah balik rumah still lagi kena cek darah kat klinik kesihatan. Kesian anak saya. Dah kebal rasanya dengan ambik darah bagai. hari-hari pegi klinik. dah tak macam orang dalam pantang. Sian ek. dah lah semua tak leh makan. Halia, kunyit, jamu segala jenis herbalah tak boleh. Pati ikan haruan pon tak makan. bukan ape takut bacaan bilirubin Hafikh naik lagi. Sudahnye, nak makan pun takut. sampai dah tak tau mak saya nak masak kan ape untuk saya. Semuanye pucat dan putih hahaaa...ok, bila dah cek hari-hari tetiba hari yang ke15 bacaan tu naik mendadak...sampai 15mgd/L owh sngguh tension. dan pada hari ke 17 kena cek pakar kanak-kanak. Mula-mula tu doktor cakap ok. baby dah hari ke17 tak kena tahan wad sebab biasanye selepas hari ke 14 otak baby dah kuat. jadi kuning tu tak masuk ke otak. owh, sungguh lega sebelum balik doktor ambil air kencing dan darah baby dan suruh datang dua minggu lagi. Sian adik. melalak-lalak orang ambik darah. tak ta lah macam mana pula nurse tu ambik air kencing. Saya tak dibenarkan masuk. Dengar je lah anak menangis dari luar. Tapi petang esoknye, doktor suruh saya bawa baby ke hospital sebab dia kata bacaan tinggi sangat 23mgd/L. Kali nie baby masuk wad sorang. kalau hari tu rendah lagi jadi saya kena jaga baby kat wad dan letak bawah satu lampu biru tapi kali nie Hafikh kena dok bawah dua lampu biru dan dimasukkan air. Kali nie dia masuk wad SCN. Wad khas untk baby yang bermasalah. wad nie lah tempat Haziq membesar selama sebulan diawal kelahiran dia dulu. Sekarang, adik dia pula dok situ. Susahnye saya nak ada anak kan??? tapi saya redha Allah sedang menguji saya lagi. Kesian dia tangan dah berselirat dengan tiup air. Tapi yang bagus nye, Hafikh nie masih aktif. Tu yang doktor kata tak perlu risau. doktor cuma takut ada jangkitan kuman. Masuk air satu hari je pastu dah tak masuk lagi.. dia pun dah duduk bawah satu lampu. kira kurang sikitlah panas. Sian anak ibu. tapi masih lagi kuning. Saya cuma datang jenguk dan hantar susu. Kat situ hanya ibubapa je yang boleh masuk. So, Haziq dah tak dapat jumpa adik dalam beberapa hari.
















.jpg)









