Jumaat, 13 September 2013

Ubat Baru

Sudah dua hari saya kesakitan begini..sakit tekak.batuk-batuk yang tak keruan. membingitkan telinga orang yang mendengar dan menyedihkan bagi orang yang melihat hahaaa..teruk benau nampak batuk saya kali ini. Harap cepatlah pergi. Bila batuk-batuk risau jangkit pada Hafikh. Kalau Haziq memang tak yah ceritalah sebab dia yang pembawa virus batuk ni. Sekarang dia dah ok cuma Hafikh pulak dah terkena jangkitan.  Hafikh sejak-sejak tumbuh gigi ni pula, Kadang-kadang kesian tengok dia mengigit-gigit kain semua. mungkin gatal gusi. Hari tu dua tiga hari dia kena cirit birit. Risau saya. Tertanya-tanya juga. salah makan ke saya. Rupanya bayi yang nak tumbuh gigi memang macam tu ye..barulah tau. Itu pon lepas FIL saya belikan ubat kat sei sei. Kat kotak ubat tu memang tulis untuk bayi yang sakit perut, kembung perut terutama bayi yang baru tumbuh gigi. ada ek ubat tumbuh gigi. Hafikh makan ubat ni elok ko.. Jom saya kongsi sikit tentang ubat nih..



Harga dalam Rm 12.00 . Ubat nie memang khas untuk kembong perut dan masalah penghadaman terutama pada bayi yang hendak tumbuh gigi. Sukatan makan dia :
1 - 6 bulan : satu sudu teh (5ml)
6 bulan - 2 tahun : 2 sudu ted (10ml)
2 tahun ke atas : 2 - 3 sudu teh (10 - 15ml)
memang mujarab. dalam 10 minit lepas minum Hafikh dah boleh tido. Lagipon rasa ubat nie tak macam ubat pon. macam rasa mint sikit.
Semua ada di tulis pada kotak ubat nie.  Kat farmasi pon ade jual. try lah. mesti puas hati. 

Tengok muka happy je sedangkan masa nie dia tengah kena cirit-birit.  Diam tak diam dah tujuh bulan Hafikh dilahirkan..dah semakin besar, semakin susah tido siang.  Berbulu je saya tengok kekadang. Biasalah, mak-mak nie kan banyak urusan. Mana nak kemas baju, basuh baju, lipat baju , sidai baju semuanyelah berbaju-baju.. Nak harapkan si abang, kojap je lah. Lepas tu dia dah sibuk nak main mainan dia. Menyepahkan rumahlah tu. Kadang-kadang ek, penat nye hari-hari buat itu ini. naik turun tangga tapi kenapa tak kurus-kurus jugak hahaaa tetiba keluar soklan cepu mas. dah tua metabolisma dah kurang. hehee soal dan jawab sendiri. tak gituwww.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan