Isnin, 25 April 2011

Dulu lain sekarang dan Selamanya

Entah ape2 tajuk kan?? boleh lah kot.. Esok kursus dua hari kat Tanjung Leman. Malas betul nak pegi. Bukan ape macam penat pula time-time gini kan...sakit pinggang, sakit punggung, sakit jiwa...banyak betul sakit. Untuk hilangkan sakit saya nak propa sikitlah hari nih. boley? Bukan propa pasal ape pun sebab rasanya orang lain semua dah terkedepan tapi saya baru nak buat nih semua kan.... Saya baru terima surat kelulusan untuk buat sedikit renovation rumah. Dah lama saya tunggu-tunggu. Dah macam-macam idea dalam kepala ni tapi baru sekarang baru nak menjadi nyata.  Harap-harap dapatlah raya rumah baru tahun nih.

Ini surat kelulusan buat kerja


Dan yang ini syarat-syarat kena patuh okey..

Rumah nie sebenarnya dah lima tahun suami saya beli tapi disebabkan kitaorang merantau macam jauh sangat jerk aku nih. Muar je beb!...jadi rumah tu disewakan.  So, sekarang kami bercadang untuk menetap di Segamat jadi sebelum duduk kat rumah tuh, kitaorang buatlah sedikit ubahsuai....tambah mana yang patut. hehheee....sikit jerk. Bukan banyak pun nak buat. memang sangat-sangat teruja nih.
Rumah pun tak de lah sebsar mana pun. Rumah taman, so buat biasa-biasa jerk. Berangan nak rumah sebijik atas tanah lot tapi...mampu ke?? mana tau tetiba ada rezeki tergolek ahaks..barangan. nanti bile dah ade gambar baru kita kongsi-kongsi k.



Khamis, 21 April 2011

Santai

Bosan ye...nape?sebab internet slow?atau sebab dah lama tak lepas perasaan kat sini...ini soalan untuk sape? untuk diri sendiri ke atau untuk orang sebelah atau untuk kau?atau untuk readers....wawawa....mengarut lagi. nak kena pelempang gamaknye. Tak tergamak rasanya nak kena lempang baik kena tumbuk huhuhuuu..
Bab mengarut yang entah ape-ape. Jomlah dah lama saya tak menunjuk-nunjuk kat sini...wa baik betul ayat ye. Bukan menunjuk okey...cuma nak berkongsi cerita sahaja. cerita basi kot...
Hari minggu lalu, saya kemana? dimana-mana..saya tak kemana. Jejalan kat Muar ni jerk. Tempat berendam. Sape lagi yang suka berendam kalau bukan dak Haziq. Tempat nih dah dua, tiga kali kitaorang pegi tapi baru kali nih nak cerita-ceriti.
Terletak di pinggir bandar Muar, tempat rekreasi ini memang tak ramai yang tau. Kira privasilah kan hehee...best juga tempat nih ada tempat sauna, gim selain swimming pool. Pegi sini memang untuk merendam sahaja. Lain-lain tak lah. sebab yang kaki rendam adalah Haziq seorang jadi kitaorang layankan je lah. Bagi dia suka-suka.


berenang-renang ke tepian. Dah tak nak pakai pelampong besar sekarang..

Si ayah yang setia menunggu.

Tengok,tengok...suka sangatlah dapat mandi.

Itu saja aktiviti hujung minggu lepas. Untuk minggu nih, ada sesuatu yang menarik akan saya cerita. best taw... saya tengah happy sebab perkara ituw..banyak-banyaklah saya bersabar menunggu sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini.. sedikit hint, ubahsuai.

Khamis, 14 April 2011

Bila Hati Kata Menyampah

Wah ayat tak tahan. Memang tengah betul betul menyampah nie beb. Menyampah bila dengar suara dia...menyampah bila dengar dia gelak-gelak..menyampah dengar cerita poyo dia...lagik, ape?ape lagik? menyampah nak purak-purak mesra depan dia..menyampah nak senyum-senyum...ahhhh! semuanya menyampahlah. Plastik belaka.  Dengan sape pula menyampah nih? oi, itu rahsia dek non..Tak boley nak bagi tau sebab dia tau aku tak suka dia hahaaa....Tapi nak buat macam mana, bila sekarang hari-hari kena tengok dan selisih depan dia. Nak aje paling kan muka tapi tak baik kan,kan...jadi pura-pura mesra walau dalam hati berkata-kata.  Kadang-kadang tuh menyampah sangat bila tiba-tiba dia buat-buat mesra depan orang padahal bila takde orang, dia buat bodoh jerk...apelah minah nie..ada aku kisah? meluat ar.Ape tips nak elak jangan jadi terlalu membenci ye? takut pula muka anak saya macam dia hahaa...lagi haru biru. Taknak, tak nak Tak baik tau. Kak Lin, tolonglah daku...





Khamis, 7 April 2011

Macam-Macam Lauk Dari Dapur Kak Limah Balik Rumah..Ade ker??

Nak cerita tentang masak. Dah lama tak cerita pasal makan kan... sebab ape? sebab tengah diet hehehe boley? boley blah. Bila angin rajin tetiba timbul dan masa tu tengah rajin gile nak snap gambar, macam-macam lauk nak ambik gambar. Walaupun masak tak berapa nak sedap tapi tetap nak poyo. sila tengok gambar ini....

Mula-mula tengok dulu lauk pucuk turi masak lemak nih.  Ada udang lagi. Kekonon nak best lah rasa tuh. Rumah saya nih, ada budak kecik tuh bila makan mesti nak ada kuah...kalau tak de kuah, dia tak nak makan. Cerewet tau budak kecik tuh..dah macam atok-atok pula makan nak kena ada kuah..Ini sayur yang dimasak pada hari ahad lepas. Dah habis pon.


Yang ini lauk dia pula. Ikan goreng jerk... Cukup ke dua ekor je? makan sorang sikit okey. hehee...jangan risau atas kuali ada lagi yang tak masak..  Ini sekadar hiasan. Untung ikan nih, sebelum dimakan dapat jadi model dulu.

Dan akhir sekali telur masin. senang jerk menu hari minggu saya. semua yang simple. Telur nih pun sebenarnya dapat daripada rumah orang kawen.  Tak susah pun nak mencipta menu makan tengahari hehee... bagi yang rajin tiba-tiba macam saya lah.

Okey yang ini pula lauk dua hari lepas...sotong masak sambal. Letak bawang sikit, pastu letak lada. Boh gula sikit supaya rasa manis-manis...Tak lah pedas sangat takut budak kecik yang sorang tuh tak tahan pedas..

Ini sayur pula. Goreng je.. tak susah. Sayur nih sebenarnye saya jerk yang banyak makan. Haziq dan ayah dia tuh, cuit-cuit jerk sebab dua-dua jakon tak makan sayur.

Yang paling mahal lauk nah lah okey...Ikan pekasam. Ini import daripada utara. Sekarang nih senang nak beli barang-barang buatan utara tanah air. Sebab adik saya dok sana jadi soh diorang import jerk. Gerenti sampai depan pintu.

Dah. Itu je gambar semasa hari rajin. Semalam tak masak. Tak berapa nak sihat semalam lagipun satu hari air tak de. Jangan membazir air, kita makan kat kedai saje.



Selasa, 5 April 2011

Nak Pindah Hotel

Sekarang nih tengah kira-kira duit cukup tak. Tengok dan tengok masih lagi tak cukup...buka tempayan pun tak cukup lagi duit nih. Pening Kak Limah Jap...Haziq lah nie, cakap nak pindah hotel bagai. Wah! kaya betul mak ko nih ye. Ayat nak pindah hotel nih, Haziq yang cakap. Minggu lepas, hai jumaat saya dan suami ke Nusajaya. Settlekan pasal kerja saya sikit so, dak Haziq nih pun ponteng sekolah. Habis je semua, terus pegi Johor Bahru. Maklumlah kat Nusajaya nih belum ada hotel lagi. Semua bangunan kerajaan... Dah namanya nak tido hotel, maka kenalah ke JB. Kalau ikutkan terus balik Muar je petang tuh tapi sebab  ayah dia dah janji nak tido hotel, maka si Haziq nih pun menuntutlah. tu yang terus cakap nak pindah hotel. Uh...sungguh tak kuasa nak dengar.
Bila dah tido hotel kenalah cari yang ade swimming pool kan...sebab ada orang memang hobi berendam so, ronda-ronda, cari-cari dapat satu hotel atas bukit. Bolehlah layan.


Possing atas katil dengan Mak Siti. Sebelum datang hotel ambil adik ipar saya ni dulu kat UTM. Saje buat geng Haziq.


Ini dia dua orang yang suka berendam..

Yang ini pula ketua kumpulan...hehehee...nasib ibu tak leh nak join, kalau tak mesti dah masuk dalam group nih juga. Tapi kalau saya join juga rasanya, akan ada pelampung semulajadi yang timbul
okey tengik pula dua orang nih mencari tempat mandi di pagi hari.

Ayah follow aje si ketua kumpulan nih. Tengok tuh, orang tak de pun lagi dia dah bergegar nak mandi.

Okey sebelum balik ibu pun nak possing juga. tapi yang tak best, si Haziq tayang kaki aje kat kamera. Tak sporting langsung.