Selasa, 5 April 2011

Nak Pindah Hotel

Sekarang nih tengah kira-kira duit cukup tak. Tengok dan tengok masih lagi tak cukup...buka tempayan pun tak cukup lagi duit nih. Pening Kak Limah Jap...Haziq lah nie, cakap nak pindah hotel bagai. Wah! kaya betul mak ko nih ye. Ayat nak pindah hotel nih, Haziq yang cakap. Minggu lepas, hai jumaat saya dan suami ke Nusajaya. Settlekan pasal kerja saya sikit so, dak Haziq nih pun ponteng sekolah. Habis je semua, terus pegi Johor Bahru. Maklumlah kat Nusajaya nih belum ada hotel lagi. Semua bangunan kerajaan... Dah namanya nak tido hotel, maka kenalah ke JB. Kalau ikutkan terus balik Muar je petang tuh tapi sebab  ayah dia dah janji nak tido hotel, maka si Haziq nih pun menuntutlah. tu yang terus cakap nak pindah hotel. Uh...sungguh tak kuasa nak dengar.
Bila dah tido hotel kenalah cari yang ade swimming pool kan...sebab ada orang memang hobi berendam so, ronda-ronda, cari-cari dapat satu hotel atas bukit. Bolehlah layan.


Possing atas katil dengan Mak Siti. Sebelum datang hotel ambil adik ipar saya ni dulu kat UTM. Saje buat geng Haziq.


Ini dia dua orang yang suka berendam..

Yang ini pula ketua kumpulan...hehehee...nasib ibu tak leh nak join, kalau tak mesti dah masuk dalam group nih juga. Tapi kalau saya join juga rasanya, akan ada pelampung semulajadi yang timbul
okey tengik pula dua orang nih mencari tempat mandi di pagi hari.

Ayah follow aje si ketua kumpulan nih. Tengok tuh, orang tak de pun lagi dia dah bergegar nak mandi.

Okey sebelum balik ibu pun nak possing juga. tapi yang tak best, si Haziq tayang kaki aje kat kamera. Tak sporting langsung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan