Sabtu, 27 November 2010

Pernah tak bila tengah nak online, tetiba rasa macam nak muntah dan pening kepala?oh, saya rasa begitu dikala ini. Kenapa pula dengan aku nih kan. Mungkin ini salah satu penyakit malas atau slah satu pembawa budak. ha..salahkan pembawakan pula..tapi,tapi,tapi dulu masa mengandung anak ke dua saya pernah rasa pening dan benci dengan beberapa buah lagu..sampai kalau keluar kat radia tu, terus tutup radio. peliklah aku nih kan..nak buat cam mana, dah cegitu jadinya.
Hari nih, tak nak cerita ape. just nak cerita tentang gambar-gambar saya yang telah diprint oleh Photobook.
Ini kali kedua saya membuat tempahan melalui photobook. saya berpuashati dengan order nih. Balik terus simpan tak payah nak susun gambar lagi macam dulu..

Bungkusan dari photobook.


Muka hadapan album saya..hitam putih lagi.


Antara gambar-gambar dalam koleksi nih.

Ok kalau berminat, orderlah kat sini yek. nanti dia akan bagi software terlebih dahulu sebelum korang download gambar.


Saya masih lagi belum berkesempatan untuk berkongsi cerita tentang lawatan ke Sabah hari tuh. Tengah malas sekarang nih. Kerja kat rumah nih macam tak siap-siap pula. Kan best kalau ada bibik. Bibik tolong lipat kain baju nih, bik, tolong mandikan Haziq. Bersih-bersih tau. Bibik tong panaskan air, saya nak buat untuk tuan. Tuan? baik jerk ayat untuk ayah Haziq ye...sudah lah hentikanlah. Tiga sebab saya tak boley ada bibik
1. Rumah bukan besar pon, nak pakai bibik.
2. Tak de bilik untuk bibik..(ye, lah kan rumah Tak besar ) heheheee
3. saya akan bertambah gemok. Hahaa..tau tak pe kan. 
 

Ahad, 21 November 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

.
Semalam saya telah ke majlis rakan baik saya Norazlin Kamaruddin atau saya selalu panggil dia Kak Lin. Dia telah selamat diijabkabulkan pada pagi semalam iaitu 20 november 2010. Tahniah ye. Dah jadi isteri orang dah sekarang. Kak lin ni antara kawan yang rapat dengan saya semenjak saya bekera kat Muar nih. Lepas nih dah jadi orang Key El lah dia sebab ikut suami. Mesti sedih kan..Masa majlis tuh, saya datang lewat ambil gmbar pun sekeping jerk. Datang majlis pun berdua jek dengan husband sebab Haziq sekarang nih kan kat kg. Suka gile mamat tuh dok kat kg. Sampai tak nak balik. Biasalah anak aku tuh, kat kg nenek rajin melayan. Kalau kat sini, asyik kena marah dengan mak ko yang kuat membebel je kan..tak pe,tak pe, main puas-puas cuti sekolah nih ye. Tahun depan siap lah ko..alamak macam kaki dera pula aku nih.



























































































Pelamin pun cantik tapi,masa nak ambik ramai sangat nampak orang kat dalam jadi tak dapatlah nak tunjuk kat sini. apepun selamat pengantin baru yek Kak lin. Semoga berkekalan sehingga keakhir hayat.

















Khamis, 18 November 2010

YANG TERISTIMEWA

 Selamat hari raya Aidiladha, selamat hari jadi,selamat penganti baru..wa, banyak sungguh ucapan selamat aku ye. Bila dah lama tak mengarut, macam-macam ucapan nak dibuat.semua nak cerita sampai kemalam tak habis-habis.
Tapi hari nie ( 18 Nov 2010) yang lebih utama nak ucap selamat pada diri sendiri kerana hari nih adalah ulang tahun perkahwinan saya. Erm, bukan untuk saya seorang tapi kami berdua. saya dan suamilah. Berdualah tuh kan?  tak kan bertiga. Lain macam pula kan..sebab nih hari ulangtahun perkahwinan me and you abang hehee
Tak sangka ye dah enam tahun kita bersama. Walaupun aku nih kurang sabar dan keras kepala, dia tetap penyabar. Harap-harap sampai bila-bilalah bersabar melayan karenah saya nih. Saya benar-benar bersyukur dengan perkahwinan ini. Ia mengajar saya menjadi seorang yang matang dan lebih bertanggungjawab. Saya berkahwin dalam usia muda. Masa tuh saya berumur 22 tahun dan suami 25 tahun.Muda akan ??tapi jodoh dan ketentuan Allah tiada siapa yang tahu.
Mula-mula jumpa mamat nih dulu, dia ada girl lain. Saya pun tak sangka dia nih boleh jadi laki aku yang tersayang hehe...ye, lah selalu tuh memanglah jumpa tapi bukan jumpa dia pun. Jumpa mak dia. saya dengan kawan tuh dulu ( Kak Gee) pernah buat latihan amali kat tempat kerja mak dia. So, memang baiklah dengan mak dia nih. Itupun sebab Kak Gee nih rajin ajak pegi rumah dia jumpa mak dia okeh..bukan jumpa mamat tuh okeh..saya pun masa tengok mamat nih dulu takde lah tabgkap cinta pon. Dia pun tak de lah handsome mane pon heee tapi manis adalah. siap kutuk dia hitam lagi. hehee sorry ye abang diatas keceluparan mulut bini ko nih...
Bila saya start keje kat satu company nih dan dia bekerja ditempat yang sama cuma lain company jerk, barulah cinta berputik.auw, malu nye. itu pun bila orang kat pejabat selalu mengusik. Benci betul masa tuh sebab orang suka ketawakan aku. Itu kisah tujuh tahun lepas ( lebih kuranglah )..sekarangkami telah bersama dan melayari alam rumahtangga dengan aman dan damai. 
Di harapkan mahligai kami ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ops..lupa nak kecoh..hadiah untuk tahun nih tak de ape pon. Cuma keluar makan bersama. Itupun dah kira ok kan. Yang penting saling mengingati. Kebetulan cuti sekolah nih, Haziq nak tinggal kat kg. Dapatlah mak apak ko nih berbulan madu di rumah hahaa...kat rumah aje okey..rileks-rileks, lepak-lepak aje. Jadilah. Oh, yang nak dikecohkan tadi tu adalah...akak yang ini....sudah berisi. Faham?? bukan berisi gemuk okey. Ini berisi kerana ada baby didalam rahim ku. Alhamdulillah. Dah lama kan tak kepoh..tetiba buat pengumuman penjang lebar. Rasanya tak terlewat lagi untuk dikepohkan sebab baru saja tujuh minggu. Diharap kali ini tiada lagi masalah pada kandungan ini. Doakan yang terbaik ye untuk kami sekeluarga..Amin.


Khamis, 4 November 2010

TAK HABIS LAGI

Esok cuti. Nak pegi mane? ohw, sebelum terlupa Happy deepavali yerk kepada sesiapa yang menyambut perayaan tersebut. Nampak gayanye cuti lagi lah kita tiga hari berturut-turut. selonok yerk..esok aktiviti saya nak balik kampung mak saya. Pastu hari ahad nak gie rumah sepupu saya kawen. Sekarang nih, hujung minggu banyak sungguh majlis kahwin. Boley dikatakan tiap-tiap minggu ada jemputan. ha...nak dengan tak nak pegi jerk. Tapi biasanya bila orang dah ajak kenalah pegi kalau tak de ape urusan. wajib pegi tau kalau dijemput.

Hari nih, masih lagi sibuk. tapi malam nih sempat juga nak online setelah beberapa hari tak buka internet. Macam orang penting jerk kan sibuk...bukan buat-buat sibuk tau. Sibuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Di pejabat, minggu depan ada audit haaa...malas nye tapi bagus juga,   sekurang-kurangnye boleh tengok apa yang kurang dan tertinggal dalam fail tuh..

Cuba tengok budak dua orang nih. ape keje lah yerk..Rajin tuh. melambak-lambak kertas atas meja. Ni lah muka-muka orang rajin kat pejabat tuh. Muka-muka yang tak derk tuh, muka pemalas lah tuh huhu...aku pon lah tuh??? Norin dengan Dila thank you yerk tolong tengok-tengok kan fail ISO tuh. Sungguh tak sempat nak update kalau korang tak tolong. akak ko nih tau jerk lah..malas sibuk. Dalam sibuk-sibuk tuh boley pula akak ko nih ambik gambar candid korang..memang sungguh nak kena pelempang akak ko nih. Tapi jangan salah kan akak 100%...sebab akak pon ada tolong sikit-sikit isik borang tuh walau pun hanya beberapa helai terakhir heheheee...okey lah tuh kan daripada ada orang tuh...tak tolongpon..tau nak siap jerk lepas tuh ada pula yang jadi tukang menyampok jerk. mengalahkan tokey kilang bagi arahan..( ada ke? sape haa? aku ke yang bersalah? ) heheee.
Itu jerk lah nak membebel hari nih. Saje jerk nak cerita pasal keje yang tak siap-siap hari nih...boley lah minta tolong kalau ada sesape yang rajin...boley ke? mesti lah boley kan...boley blah hehe.