Memaparkan catatan dengan label ANNIVERSARRY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANNIVERSARRY. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Ulangtahun Perkahwinan Ke Lapan.

Hari ini...hari ini adalah ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 8..Mok cik dah tuo. Ha, Haziq pon dah 7 tahun. Kejap je masa berlalu. Dari tak de apa-apa kini dah ada apa-apa..dari kecik kini dah besau, dari muda kini sudah tua..hehehee..macam comell je, macam cantik je..dah macam ayat nak makan penampar pulak. : )
oklah saya tak tau nak romantis-romantis bagai ni dan semestinye kalau romantik kang sesorang je perasan. UncleBad tu silap-silap kata " dah kenapa??". Tadi pagi pon sama wish bagai kat dia pastu boleh pulak cakap hari ni heh tarikh kawen. pastu cakap plak ..lupalah sambil gelak-gelak.. eh, aje nye. Apepon saya berdoa semoga perkahwinan kami akan bahagia keakhir hayat. Sentiasa diberkati Allah, bersama susah dan senag dan diharap kami dapat mendidik anak-anak amanah Allah kepada kami sebaik yang mungkin. Amin.
Sayang ketat-ketat.



Jumaat, 18 November 2011

Pengantin Comel ;-)

Selamat pengantin Baru kepada pasangan Shikin Dan Bakhtiar.  Semoga berkekalan keakhir hayat. Jadilah pasngan yang saling menyayangi, saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain. kikikih...saje nak menggedik ea..Hari nie, hari ulangtahun perkahwinan kitaorang sebenarnya. Ulangtahun yg ke 7. Lama juga dah saya jadi bini orang yek. Saya bersyukur perhubungan ini masih lagi utuh dan kukuh.  Walaupun ada beberapa cobaan (ader ker?) yang kadang2 menduga perasaan, Alhamdulillah kami masih lagi bertahan dan saling menyayangi. Semoga akan selamanya begini keakhir hayat. Sayang sungguh saya kepada Pak Bad nie tak terluah dengan kata-kata hihihiii.  Walaupun saya boley dikatakan seorang yang independent, tapi saya hormat suami saya..cewah mcm bagus je kan tp betul what, kita kena tau, walaupun kita boley buat hampir semua perkara, tapi ada juga benda yang kita perlu bantuan suami kan,kan,kan.  Jadi sayangi dan hormatilah suami anda. tiba2 lari tajuk ek..Paling penting saya sayang kamu, kamu, kamu Ahmad Bakhtiar.




Khamis, 18 November 2010

YANG TERISTIMEWA

 Selamat hari raya Aidiladha, selamat hari jadi,selamat penganti baru..wa, banyak sungguh ucapan selamat aku ye. Bila dah lama tak mengarut, macam-macam ucapan nak dibuat.semua nak cerita sampai kemalam tak habis-habis.
Tapi hari nie ( 18 Nov 2010) yang lebih utama nak ucap selamat pada diri sendiri kerana hari nih adalah ulang tahun perkahwinan saya. Erm, bukan untuk saya seorang tapi kami berdua. saya dan suamilah. Berdualah tuh kan?  tak kan bertiga. Lain macam pula kan..sebab nih hari ulangtahun perkahwinan me and you abang hehee
Tak sangka ye dah enam tahun kita bersama. Walaupun aku nih kurang sabar dan keras kepala, dia tetap penyabar. Harap-harap sampai bila-bilalah bersabar melayan karenah saya nih. Saya benar-benar bersyukur dengan perkahwinan ini. Ia mengajar saya menjadi seorang yang matang dan lebih bertanggungjawab. Saya berkahwin dalam usia muda. Masa tuh saya berumur 22 tahun dan suami 25 tahun.Muda akan ??tapi jodoh dan ketentuan Allah tiada siapa yang tahu.
Mula-mula jumpa mamat nih dulu, dia ada girl lain. Saya pun tak sangka dia nih boleh jadi laki aku yang tersayang hehe...ye, lah selalu tuh memanglah jumpa tapi bukan jumpa dia pun. Jumpa mak dia. saya dengan kawan tuh dulu ( Kak Gee) pernah buat latihan amali kat tempat kerja mak dia. So, memang baiklah dengan mak dia nih. Itupun sebab Kak Gee nih rajin ajak pegi rumah dia jumpa mak dia okeh..bukan jumpa mamat tuh okeh..saya pun masa tengok mamat nih dulu takde lah tabgkap cinta pon. Dia pun tak de lah handsome mane pon heee tapi manis adalah. siap kutuk dia hitam lagi. hehee sorry ye abang diatas keceluparan mulut bini ko nih...
Bila saya start keje kat satu company nih dan dia bekerja ditempat yang sama cuma lain company jerk, barulah cinta berputik.auw, malu nye. itu pun bila orang kat pejabat selalu mengusik. Benci betul masa tuh sebab orang suka ketawakan aku. Itu kisah tujuh tahun lepas ( lebih kuranglah )..sekarangkami telah bersama dan melayari alam rumahtangga dengan aman dan damai. 
Di harapkan mahligai kami ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ops..lupa nak kecoh..hadiah untuk tahun nih tak de ape pon. Cuma keluar makan bersama. Itupun dah kira ok kan. Yang penting saling mengingati. Kebetulan cuti sekolah nih, Haziq nak tinggal kat kg. Dapatlah mak apak ko nih berbulan madu di rumah hahaa...kat rumah aje okey..rileks-rileks, lepak-lepak aje. Jadilah. Oh, yang nak dikecohkan tadi tu adalah...akak yang ini....sudah berisi. Faham?? bukan berisi gemuk okey. Ini berisi kerana ada baby didalam rahim ku. Alhamdulillah. Dah lama kan tak kepoh..tetiba buat pengumuman penjang lebar. Rasanya tak terlewat lagi untuk dikepohkan sebab baru saja tujuh minggu. Diharap kali ini tiada lagi masalah pada kandungan ini. Doakan yang terbaik ye untuk kami sekeluarga..Amin.