Jumaat, 18 November 2011

Pengantin Comel ;-)

Selamat pengantin Baru kepada pasangan Shikin Dan Bakhtiar.  Semoga berkekalan keakhir hayat. Jadilah pasngan yang saling menyayangi, saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain. kikikih...saje nak menggedik ea..Hari nie, hari ulangtahun perkahwinan kitaorang sebenarnya. Ulangtahun yg ke 7. Lama juga dah saya jadi bini orang yek. Saya bersyukur perhubungan ini masih lagi utuh dan kukuh.  Walaupun ada beberapa cobaan (ader ker?) yang kadang2 menduga perasaan, Alhamdulillah kami masih lagi bertahan dan saling menyayangi. Semoga akan selamanya begini keakhir hayat. Sayang sungguh saya kepada Pak Bad nie tak terluah dengan kata-kata hihihiii.  Walaupun saya boley dikatakan seorang yang independent, tapi saya hormat suami saya..cewah mcm bagus je kan tp betul what, kita kena tau, walaupun kita boley buat hampir semua perkara, tapi ada juga benda yang kita perlu bantuan suami kan,kan,kan.  Jadi sayangi dan hormatilah suami anda. tiba2 lari tajuk ek..Paling penting saya sayang kamu, kamu, kamu Ahmad Bakhtiar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan