Memaparkan catatan dengan label IBU SAYANG AYAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBU SAYANG AYAH. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mac 2015

Selamat Ulang Tahun Semua

Weeee....Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat 
Facebook/Hainurrein Haron. Penghantaran percuma dan boleh COD pada yang berdekatan. Amboi kemain macam buat iklan berbayar pulak mak hehehee.. sebenarnya bonquet ni saya tempah untuk my husband. Romantik tak..romantik tak? saya order dengan ikhlas sempena birthday UncleBad pada 21 mac semalam. saya hantar awal sikit dari tarikh tu sebab beday dia jatuh pada hari sabtu. Saya tak nak dia deliver kat rumah sebab saya takot, saya phlak yang ambik sendiri dari adik posmen. Tak mau..sebab tu awal kan ni. Dia deliver kat office. Sempena birthday UncleBad ni saya berharaplah dia diberi kesihatan yang baik dan dapat menjdai Imam terbaik untuk saya dan anak2

Ini anak dua huhuu

Gambar selingan anak dua nie dengan sepupu diaorang. Ingat lagi adam? Adam anak kepada kak UncleBad. Kakak ipar saya lah kan. Diaorang dah balik Malaysia. Kalau sebelum ni payah nak jumpa sebab duduk jauh nun di Columbia tapi lepas ni harap-harap dapat lah jumpa selalu.  Adam pon dah besar sekarang..dah ada adik pon. Aaron nama dia.

Ok kek untuk Haziq dan Hafikh sempena hari lahir pada 13 dan 15 mac hari tu. Haziq dah 9 tahun dan Hafikh dan 2 tahun. Sekejap je dah besar. Kek kongsi. Tak payah beli banyak-banyak. Bukan habis pon. 

Sambutan yang simple tahun nie. Diharap anak2 saya ni akan membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang di dunia serta akhirat. menjadi anak yang sentiasa disenangi oleh semua orang dan menghormati orang tua. Semua pon ucap dan berharap je ni..

Sayang ketat-ketat dari ibu..
Ok lah itu jelah dulu. Dah lama tak mengayat ni, dah tak reti pulak nak menulis. otak kosong.

Jumaat, 18 November 2011

Pengantin Comel ;-)

Selamat pengantin Baru kepada pasangan Shikin Dan Bakhtiar.  Semoga berkekalan keakhir hayat. Jadilah pasngan yang saling menyayangi, saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain. kikikih...saje nak menggedik ea..Hari nie, hari ulangtahun perkahwinan kitaorang sebenarnya. Ulangtahun yg ke 7. Lama juga dah saya jadi bini orang yek. Saya bersyukur perhubungan ini masih lagi utuh dan kukuh.  Walaupun ada beberapa cobaan (ader ker?) yang kadang2 menduga perasaan, Alhamdulillah kami masih lagi bertahan dan saling menyayangi. Semoga akan selamanya begini keakhir hayat. Sayang sungguh saya kepada Pak Bad nie tak terluah dengan kata-kata hihihiii.  Walaupun saya boley dikatakan seorang yang independent, tapi saya hormat suami saya..cewah mcm bagus je kan tp betul what, kita kena tau, walaupun kita boley buat hampir semua perkara, tapi ada juga benda yang kita perlu bantuan suami kan,kan,kan.  Jadi sayangi dan hormatilah suami anda. tiba2 lari tajuk ek..Paling penting saya sayang kamu, kamu, kamu Ahmad Bakhtiar.




Selasa, 22 Mac 2011

SUDAH TUA KAMUH..

Berapa umur dia...cubang bilang dengan jari, mesti tak cukup walaupun dah ditambah dengan jari kaki. Bermakna sudah melebihi bilangan kaki dan tangan hehee... suka betul nak mengutuk kan.  Macam lah diri sendiri tu muda sangat.  Saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE.........23 eh, eh, salah.. 32 lah.. terbalik pulak. Semalam birthday suami saya. Lambat buat entry. Malas sangat nak mengarang. Tapi hari nih pun kira oklah sebab pagi-pagi  dah rajin online.  Curi masa jap.
semoga semakin dimurahkan rezeki. Diberkati Allah selalu.  Bila sambut hari jadi, yang terlebih excited adalah dia nih.V
VV
VV
VV
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Beriya-iya nak potong kek. 

Beli pun nak kek utltraman. Macam Birhday dia pulak. Ayah dia boley dok tepuk tangan jerk. Hish,hish...tak patut
Ok semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat.



Khamis, 18 November 2010

YANG TERISTIMEWA

 Selamat hari raya Aidiladha, selamat hari jadi,selamat penganti baru..wa, banyak sungguh ucapan selamat aku ye. Bila dah lama tak mengarut, macam-macam ucapan nak dibuat.semua nak cerita sampai kemalam tak habis-habis.
Tapi hari nie ( 18 Nov 2010) yang lebih utama nak ucap selamat pada diri sendiri kerana hari nih adalah ulang tahun perkahwinan saya. Erm, bukan untuk saya seorang tapi kami berdua. saya dan suamilah. Berdualah tuh kan?  tak kan bertiga. Lain macam pula kan..sebab nih hari ulangtahun perkahwinan me and you abang hehee
Tak sangka ye dah enam tahun kita bersama. Walaupun aku nih kurang sabar dan keras kepala, dia tetap penyabar. Harap-harap sampai bila-bilalah bersabar melayan karenah saya nih. Saya benar-benar bersyukur dengan perkahwinan ini. Ia mengajar saya menjadi seorang yang matang dan lebih bertanggungjawab. Saya berkahwin dalam usia muda. Masa tuh saya berumur 22 tahun dan suami 25 tahun.Muda akan ??tapi jodoh dan ketentuan Allah tiada siapa yang tahu.
Mula-mula jumpa mamat nih dulu, dia ada girl lain. Saya pun tak sangka dia nih boleh jadi laki aku yang tersayang hehe...ye, lah selalu tuh memanglah jumpa tapi bukan jumpa dia pun. Jumpa mak dia. saya dengan kawan tuh dulu ( Kak Gee) pernah buat latihan amali kat tempat kerja mak dia. So, memang baiklah dengan mak dia nih. Itupun sebab Kak Gee nih rajin ajak pegi rumah dia jumpa mak dia okeh..bukan jumpa mamat tuh okeh..saya pun masa tengok mamat nih dulu takde lah tabgkap cinta pon. Dia pun tak de lah handsome mane pon heee tapi manis adalah. siap kutuk dia hitam lagi. hehee sorry ye abang diatas keceluparan mulut bini ko nih...
Bila saya start keje kat satu company nih dan dia bekerja ditempat yang sama cuma lain company jerk, barulah cinta berputik.auw, malu nye. itu pun bila orang kat pejabat selalu mengusik. Benci betul masa tuh sebab orang suka ketawakan aku. Itu kisah tujuh tahun lepas ( lebih kuranglah )..sekarangkami telah bersama dan melayari alam rumahtangga dengan aman dan damai. 
Di harapkan mahligai kami ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ops..lupa nak kecoh..hadiah untuk tahun nih tak de ape pon. Cuma keluar makan bersama. Itupun dah kira ok kan. Yang penting saling mengingati. Kebetulan cuti sekolah nih, Haziq nak tinggal kat kg. Dapatlah mak apak ko nih berbulan madu di rumah hahaa...kat rumah aje okey..rileks-rileks, lepak-lepak aje. Jadilah. Oh, yang nak dikecohkan tadi tu adalah...akak yang ini....sudah berisi. Faham?? bukan berisi gemuk okey. Ini berisi kerana ada baby didalam rahim ku. Alhamdulillah. Dah lama kan tak kepoh..tetiba buat pengumuman penjang lebar. Rasanya tak terlewat lagi untuk dikepohkan sebab baru saja tujuh minggu. Diharap kali ini tiada lagi masalah pada kandungan ini. Doakan yang terbaik ye untuk kami sekeluarga..Amin.


Selasa, 25 Mei 2010

WALI BAND - BAIK BAIK SAYANG ( ORIGINAL )



First time dengar lagu nie, xdelah best sangat. Saya tau lagu nie pun sebab suami saya yang suruh dengar. Ha, ambik nak, balik dari Indonesia terus je suka lagu-lagu dari seberang. hehehe... tapi sebab dia suruh dengar dan bila dah hari-hari buka dalam kereta, best jugalah. Jiwang sungguh suami aku nie. cuba-cubalah dengar ye...hiburkan hati