Memaparkan catatan dengan label HARI JADI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARI JADI. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mac 2015

Selamat Ulang Tahun Semua

Weeee....Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat 
Facebook/Hainurrein Haron. Penghantaran percuma dan boleh COD pada yang berdekatan. Amboi kemain macam buat iklan berbayar pulak mak hehehee.. sebenarnya bonquet ni saya tempah untuk my husband. Romantik tak..romantik tak? saya order dengan ikhlas sempena birthday UncleBad pada 21 mac semalam. saya hantar awal sikit dari tarikh tu sebab beday dia jatuh pada hari sabtu. Saya tak nak dia deliver kat rumah sebab saya takot, saya phlak yang ambik sendiri dari adik posmen. Tak mau..sebab tu awal kan ni. Dia deliver kat office. Sempena birthday UncleBad ni saya berharaplah dia diberi kesihatan yang baik dan dapat menjdai Imam terbaik untuk saya dan anak2

Ini anak dua huhuu

Gambar selingan anak dua nie dengan sepupu diaorang. Ingat lagi adam? Adam anak kepada kak UncleBad. Kakak ipar saya lah kan. Diaorang dah balik Malaysia. Kalau sebelum ni payah nak jumpa sebab duduk jauh nun di Columbia tapi lepas ni harap-harap dapat lah jumpa selalu.  Adam pon dah besar sekarang..dah ada adik pon. Aaron nama dia.

Ok kek untuk Haziq dan Hafikh sempena hari lahir pada 13 dan 15 mac hari tu. Haziq dah 9 tahun dan Hafikh dan 2 tahun. Sekejap je dah besar. Kek kongsi. Tak payah beli banyak-banyak. Bukan habis pon. 

Sambutan yang simple tahun nie. Diharap anak2 saya ni akan membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang di dunia serta akhirat. menjadi anak yang sentiasa disenangi oleh semua orang dan menghormati orang tua. Semua pon ucap dan berharap je ni..

Sayang ketat-ketat dari ibu..
Ok lah itu jelah dulu. Dah lama tak mengayat ni, dah tak reti pulak nak menulis. otak kosong.

Selasa, 1 April 2014

Birthday Haziq Dan Hafikh



Dah berapa bulan cerita ni, dah sebulan lebih nie baru nak post. tapi tak pelah kan janji saya masuk kan juga cerita dongeng ni. Tahun ni adalah tahun pertama Haziq menyambut beday dia bersama adik. Kalau tahun lepas birthday party dia tertunda sebab saya bersalin, tahun nie pulak berdua kongsi kek dengan adik. Kenalah kongsi-kongsi kan sekarang. Dah ada adik. gitu..Untuk deco tak berapa nak deco majlis ni, banyak barang-barang tahun lepas saya pakai. Bukan makan tu yang dah lama, tapi baran-barang macam plastik, sticker dan sikit-sikit gift untuk tetamu tu. Jimat lagi. Inilah yang saya suka hahaa.
Ini kad jemputan. Kad tahun lepas ni. Kad setelah di ubah tahun nie punya saya tak simpan siap ade pelan lokasi lagi. dah macam nak buat kerja kawen.

Ni sticker tambahan untuk tampal pada gift tetamu. Untuk tahun ni, Birthday Haziq adalah yang ke 8 (13.2.2006) dan ulangtahun kelahiran pertama untuk Hafikh (15.2.2013) disebabkan tarikh yang dekat maka saya terus sambut sekali. senangkan.jimat pon jimat cuma mungkin lepas ni kena beli kek sorang satu barulah adil sikit...gitu.






Menu
Mee hoon putih/ sambal iakan bilis
roti jala/kari ayam
kuih cara berlauk
puding
lengkong

Aniz dan Liza pon datang. Jauh dari muo jemputan nie.



ini antara gift untuk tetamu..penanda buku




potong kek time




budak ni manja dengan atok dia je. 

ini kek tahun ni. tema tranformers..tapi tak macam tranformers sangat. apepon tq pada homemade cake wanie sebab mendeco kek ni.

 
hadiah dari tetamu yang hadir. apepon tq pada yang sudi hadir. maaf kalau ade kekurangan.



Isnin, 7 Januari 2013

HARI JADI ATOK

Hari untuk makan dan makan. Semalam adalah hari lahir bapa mentua saya. Hari ahad pulak tuh, ape lagi dia ajak gie Melaka. Nak beli kek dia tak nak so, dia nak belanja makan. terbalik pulak patut kitaorang belanja dia kan. Orang paling suka adalah Haziq.  Sebab ape, sebab dia nak ajak makan Kenny Rogers. Kat Segamat tak de Kenny Rogers. tu yang beriya nak ajak makan kat Melaka. Ini dah bukan hari jadi atok tapi hari jadi Haziq.  Dah lah hari jadi dia bulan dua nie, dia dah request nak buat kat rumah lah bagai kan. Malas betul ibu ko nie nak buat. Siap dah request tema ape..Fening. selalu buat beday party dia kat sekolah je kan tapi tahun nie dah darjah satu, tak delah masanye cikgu nak layan birthday party nie kat sekolah. Amacam...malas betul mak buyong nak pikir. Sakit kepala...jom lah layan gambar jejalan sebentar ke Melaka semalam

Menci tengok my husband siap tutup muka pulak. Poyo betul

Orang yang dirai adalah Atok Aji.  Yang tepi sekali. 



Ayah ko tetap tak nak pandang kamera. Tak sporting langsunglah. 

Entah ape gaya dak Haziq nie buat.



Ha ambik nak si demok yang tengah duduk tuh.  Malu ai. Besar betul rasanya sekarang. Walaupun dulu besar tapi sekarang lagi besau.  Ape macam ini.
Apepon Selamat Hari Jadi untuk bapa mentua saya. Semoga dipanjangkan umur dan semakin dimurahkan rezeki.


Khamis, 19 April 2012

Hari Jadi Aja 2012

ehem...macam tak datang idea pulak..tapi nak update blog.  Sebab esok pasti tak sempat nye.  Ini pon cecurik masa sikit. Nak cerita pasal hari jadik lah. Hari jadi adik ipar saya, Aja. Beday dia sebenarnya dua hari lepas tapi hari nie baru nak upload gambar bagai..semalam penat. Dari pagi dok kat site. Muhahaaaa gile poyo akuk.
Malam belanja Aja makan Pizza Hut..teragak juga nak pegi Domino Pizza tapi tetiba teringat pulak kat Pizza Hut sekarang hari-hari ada free makan untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. hahaaa gile jimat.

Haziq nih memang lelebih selalu dalam majlis orang...

Tengok...lebih-lebih nampak..owh, untuk makluman, malam tuh ambil gambar pakai kamera telefon jerk. sebab nye kamera rosak. Tak tau kenapalah lense dia tak bleh keluar.  Duit lagik jawabnye...

Okeh asik muka dia jerk...


air yang Aja order...Cappucino Frappe 

Okeh, abaikan background budak tutup muka tu...inilah hidangan percuma untuk kanak-kanak.  ada beberapa meal untuk kanak-kanak.  Ada enam set meal untuk peilihan. Ada macam-macam set kat sini  Haziq pilih set Kids Bolgnaise. Dalam set tuh ada spagetti dan air soya. Dia kan suka mee. air coke sebelah tu abaikan juga. itu set lain. 

Pepperoni Delight

Super Supreme

Assam Boi Fizz


kek secret recipe, indulgence..ade lebey lagi dalam peti ais hahaaa punya lah besau. tak habis.

Nie masa petang sebelum pegi makan Pizza malam tu. Upacara Potong kek.

Haziq dah macam hari jadi dia pulak.sibok nak potong kek.  Bile tengok gambar semua, baru perasan gambar saya dan UncleBad tak de.  Rasanya malam tuh ada gambar kitaorang pastuh bile selidik-selidik, Haziq kata dia dah terdelete gamabr tuh masa tengah sibok-sibok dia main handset..haaaa frust..

Okeh apepon terimakasih pada penaja utama kakak ipar saya yang tak dapat nak celebrate sama.  So, semua makan-makan tuh dia yang seponser..heheee beriya-iya cerita ek tapi oarang lain yang bayar hehee. TQ Kak Long.




Khamis, 23 Februari 2012

Giliran Haziq Pulak

Selamat Hari jadi. Hari tuh cerita hari jadi saya, nih cerita hari jadi Haziq pulak.  Biasalah kan saya kan petern lambat nak hupdate blog. Ape pemalas lah kan..dekat sebulan baru terhegeh-hegeh nak cerita hari jadi yang dah basi, masm tapi tak pe ahkak suka. Suka buat lembab-lembab sebab kalau buat rajin-rajin, orang cakap saya tak de keje ke? kenapa ko nak bagi keje ke?? meh,meh, meh saya tadah pastu baling-baling siap swing lagi macam dalam cerita Xman,  pastu Haziq datang angkat batu besar baling kat ko... heheee...merepek.
Hari tuh saya cakap, Haziq nak kek Alwin kan,  puas mencari dan tanya orang tapi tak dapat lah.  Pening gak. Akhirnya pegi order kat kedai kek aje.  Bukan ape kalau order kat orang yang pandai deco, blehlah saya creative kan sikit kek tuh kan (mak ko macam pandai no je nak deco) Bila gie kedai ada pulak kek Angry Bird, sebat je lah . Orang tuh pun macam pening-pening jerk bila saya tanya nak deco kek Alwin & chipmunk.  Saya pon dah pening2 gajah, order je lah ape yang ada dan nasiblah si Haziq tuh okey jerk. heheheee selamat ibu ko.

Bila dah ambik kek tuh, nampak garang gile kek tuh...tapi dah nama pon Angry bird, ko makan je lah budak-budak burung garang tuh.  makan hancur-hancur untuk menghapuskan kemarahan burung tuh. Tengok. Ei, takotnye..

Sebelum tuh, nie keje-keje rewang sebelum majlis kawen heheee taklah keje-keje menyiapkan buah tangan untuk kwn2 sekolah.. 

Rajin betul ketua kelas nih. hah, lupa nak bagi tau sekarang nih dak Haziq nih cikgu dah lantik ketua kelas..ape? macam tak pecaya mak ko bile dia bagi tau hari tuh. ade orang takut ke? oklah jugak yerk bio rajin skit belajo...semangat skit. boley ker?( Ibu yang curiga). Tetiba teringat si 'Intan payung @ ehsan dalam cerita Upin&Ipin. "selamat pagi cikgu". (intonasi Upin&ipin Okeh)

Ini lah sedikit cenderahati untuk kengkawan Haziq.

Bungkusan yang telah di bungkus..Dah macam jajan rumah orang kawen. Nasib tak panggil jiran sebelah datang rewang..

pegang pisau tuh dah macam tak nak lepas dak Haziq nih..Yang kawan sebelah tuh mesti dok cucuk hidung burung tu kan??haaa..jangan kasik tercabut .

Cikgu Tilla tolong pasang lilin.

Bila tengok gambar nih, kenapa pulak dok tersengeh-sengeh depan kek tuh..adakah kerana burung tuh tetiba say Hai..(pening ibu ko dok pikir. kenapa,kenapa,kenapa..)


Nyanyi semua...nak makan kek kena nyanyi..kuat-kuat semua...Si ketua kelas tuh kenapa plak jeling-jeling orang sebelah..

Tuh nak makan pisau kek ape..

Potong kek dengan sopan yerk.

Jemput makan..

semua pandang sini...

ada yang pakai baju sekolah, ada yang tak de kan.. sebab budak2 baru masih tak dapat uniform lagi untuk tahun nie.  sian kan..

suka berposing heh...

Bulan tiga dah nak pikr beday sorang lagi budak manja kuikuikui...kali nih beday UncleBad ler.  Baguskan berturut-turut susun agenda.  Haziq siap cakap nak belikan ayah dia kek 'XMan'.  Apekebenda nye, masak nak cari tak de punya jual.  Nantilah cari ilham..