Memaparkan catatan dengan label HAZIQ TADIKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAZIQ TADIKA. Papar semua catatan

Rabu, 21 November 2012

Perjalanan Menuju Dewasa

Cuti sekolah datang lagi.  Kejap je dah hujung tahun.  Bermakna tahun depan Haziq dah masuk darjah satu. Sekejap je Budak kecik nie dah besar. Kalau dulu kurus kering sekarang dah melebar dah dia. Hari-hari terakhir Haziq sebagai kanak-kanak tadika..Datang sekolah pun sekadar main-main nak habiskan waktu sekolah.  Tak datang pun tak pe tapi sebab tak lama lagi nak cuti, hantar jugalah Haziq kesekolah. Lepas nie dah tak jumpa lagi kawan-kawan yang sama. Kemungkinan semua akan bersekolah tempat yang berlainan.  Teringat masa mula-mula hanatr dia masuk tadika. Masa tu baru 4 tahun. Sekolah TAJ kat Mar. hantar je..dia tak nangis tapi masa mula-mula sekolah dulu selalu tak datang sekolah.Ponteng. Masa tu pun kecik lagi tak lah paksa sangat.Masa tu kawan baik dia nama Hakim. erm, dah lama tak jumpa. Entah kenal lagi tidak. Tahun depan dah masuk darjah satu.  Harap-harap dia senanglah nak pegi sekolah. Biasalah kan bab bangun pagi memang bercinta sikit dak Haziq nie.malas nak memekak. Bile dah masuk darjah satu nie, dah kena belajar betul-betul...ha, tension lah mak lepas nie dan terfikir ape tau..rasa dah tua rupanye aku hahaaa ok jom layan gambar-gambar hari terakhir rakan-rakan Haziq di sekolah tadika...









Best kan jadi budak-budak. Happy je. ape pun semua ini akan jadi kenangan terindah buat Haziq dan semua diantara kita.  apepun semoga anak-anak ini akan menjadi anak yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu dan bapa.


Ahad, 20 Mei 2012

Hari sihat Sepanjang Hayat


kejap tenggelam, kejap timbul..tu lah kan. Sesuka hati je nak muncul, nak nyorok..Biasalah orang lazy buzy macam ai kan...ni pon sebok nak cerita nan kisah yang lalu. Yang dah berlalu seminggu yang lalu.  Daripada Masa gambar nih diambil Haziq sihat walfiat, sampailah demam seminggu dan hari ni dah semakin sehat. Erm seminggu tak pegi sekolah.  Tu lah budak susah makan obat.  Ini adalah Program Sihat Sepanjang Hayat Yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Segamat. Semua Kanank-kanak Tadika Perpadan yang berdekatan masuk pertandingan Mewarna.  Gambar masa mewarna  lupa plak nak ambik.

Nih selepas mewarna tamat. Kat belakang tuh macam biasalah kan ada pemeriksaan kesihatan.

okeh yang ini dua dari kiri adalah Haziq.  Tetiba je cikgu dia suruh naik pentas buat cara-cara gosok gigi dengan pekerja kesihatan.

Ni masa taunggu giliran dapat Hadiah...ceh macam confirm je menang.

Memang menang pon...dapat no 3 je. tak daptlah basikal. yang dapat basikal tuh kawan baik dia, Naim.  Haziq siap nak nangis sebab dia tak dapat basikal. sian.hehee...pastuh suruh ambik gambar dengan naim pon tak nak sebab bengang dia tak dapat basikal.

Nih je hadiah yang dia dapat.  Jam tangan. Tak paki pon lagi sebab dah seminggu tak sekolah.

Ini pulak...tetiba ada orang nak bagi.  Sian agaknye kan...banyaklah. ini namanye, orang yang bertuah macam saya harus dapat muahahaa...hadiah lucky draw.Bertuah kan...
Terimalah show percuma dari saya..v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
vvvv
vvv
vv
v
Haziq dua darpada kiri ye. Yang pegang mikrofon tuh.  Siap tanya kawan sebelah (Naim) lirik lagu. lupa liriklah pulak.  





Selasa, 28 Februari 2012

Salam Satu Malaysia...weeeeii

Kepada semua peminat ai, jangan kecewa yerk kerana sekarang ai dah lama tak hupdate blog bukan ape, ai sekarang tengah sibok dengan show terlampau sana-sini.  Faham-faham je lah orang gile glamour macam ai kan hahaahhaha...boley tak nak poyo cam tuh. sekali-sekala nak gak over ek heheee..Dasar lupa daratan..Yang sebenarnye saya tak lah sibuk sangat sekarang ni kan tapi malas sikit. Tak tau lah ape dah jadi dengan si kepochi sorang nih. Penyakit malas makin menjadi-jadi. Adakah kerana sudah tua, sudah gemok atau sudah bosan...tapi rasanya jawapan yang tepat adalah kerana faktor penyakit ngada-ngada. boley?
Okeh jom segera meneruskan pembacaan.  Dok membebel entah ape-ape macam ade je orang baca blog ko Mak Limah shikin.
Hari sabtu lepas, Haziq masuk pertandingan mewarna sempena majlis Program Merakyatkan seni Dan Budaya Komunita Satu Malaysia.  Wah! semangat bersatu-padu nampak Mak Limah..Biasalah Mak Limah kan, Bersatu -padulah untuk menentang hantu di Kampung Pisang..hehee
Pertandingan nie diadakan kat Jementah, walaupun malas untuk bersiap-siap macam nak gie kerja dipagi sabtu yang hening, tapi sebab haziq dah beriya-iya kena lah layankan. Orang tengah kobar-kobar nih..UncleBad pulak sibok dengan keje. pagi-pagi dah keluar gie pejabat, jadi Mak jugak yang kena. Tak pe menyokong suami hehehee.

sebelum acara mewarna bermula...ambik gambo dulu.  Nih kawan baik Haziq lah kiranya. Nama Naim.  Yang sebelah tuh adik dia. Bila tengok gambar nih, besor plak tengok dak Haziq nih. Pakai baju belang-belang pulak tuh. Dah macam budak darjah satu.

Sian kena dok bawah je. Orang lain bawa meja.  saya tak teringat plak nak bawa meja. kaler aje lah kat bawah tuh.

Tekun mewarna.
Nak ambik hadiah nih..tak sabar sampai tak beratur.
Hai cikgu bila mau bagi hadiah, kami sudah bosan. Yang depan tuh satu sekolah dengan Haziq gak. Nama Kristal@Girl.


Masa nih dak Haziq beriya-iya nak tunggu naik pentas, tapi tak dapat pon hadiah. Sian. Tapi tak pe dapat hadiah penyertaan pon jadilah. Kawan sekolah dia yang dapat cuma sorang ( Girl).  Itu pon hadia saguhati. Takpe cuba lagik.

Pastuh acara yang dinanti adalah makan. Nih gambar dengan ibu Naim. Masa nih, Haziq sorang jerk tak makan.  Saya awal-awal lagi dah tau dia tak kan makan. Sebab aper tau...sebab gia geli makan campur-campur.  Apelah anak orang kaya ke ape...siap nak muntah lagi.  Owh, Haziq, Haziq.  Dulu pon penah gak makan dalam dulang macam nih kat masjid, dia dah termuntah jugak. hish bikin malu jerk.

Tengok.  Lauk kampung lagi. Sedap tau. Boley ker rasa macam nak muntah tengok cegini punya lauk sedap. Tapi mungkin Haziq nih tak biasa tuh yang jadi macam tuh. Nie dalam dulang tau.  Tengok macam nih, macam dalam pinggan pulak..Hah, tetiba pulak lapor tengok gambar nih waktu-waktu tengah hari macam nih.
Okeh lah nak gie makan...hahaaa. Ape sudah jadi dengan program diet ku??jadi raksasa tido ke? 

Khamis, 23 Februari 2012

Giliran Haziq Pulak

Selamat Hari jadi. Hari tuh cerita hari jadi saya, nih cerita hari jadi Haziq pulak.  Biasalah kan saya kan petern lambat nak hupdate blog. Ape pemalas lah kan..dekat sebulan baru terhegeh-hegeh nak cerita hari jadi yang dah basi, masm tapi tak pe ahkak suka. Suka buat lembab-lembab sebab kalau buat rajin-rajin, orang cakap saya tak de keje ke? kenapa ko nak bagi keje ke?? meh,meh, meh saya tadah pastu baling-baling siap swing lagi macam dalam cerita Xman,  pastu Haziq datang angkat batu besar baling kat ko... heheee...merepek.
Hari tuh saya cakap, Haziq nak kek Alwin kan,  puas mencari dan tanya orang tapi tak dapat lah.  Pening gak. Akhirnya pegi order kat kedai kek aje.  Bukan ape kalau order kat orang yang pandai deco, blehlah saya creative kan sikit kek tuh kan (mak ko macam pandai no je nak deco) Bila gie kedai ada pulak kek Angry Bird, sebat je lah . Orang tuh pun macam pening-pening jerk bila saya tanya nak deco kek Alwin & chipmunk.  Saya pon dah pening2 gajah, order je lah ape yang ada dan nasiblah si Haziq tuh okey jerk. heheheee selamat ibu ko.

Bila dah ambik kek tuh, nampak garang gile kek tuh...tapi dah nama pon Angry bird, ko makan je lah budak-budak burung garang tuh.  makan hancur-hancur untuk menghapuskan kemarahan burung tuh. Tengok. Ei, takotnye..

Sebelum tuh, nie keje-keje rewang sebelum majlis kawen heheee taklah keje-keje menyiapkan buah tangan untuk kwn2 sekolah.. 

Rajin betul ketua kelas nih. hah, lupa nak bagi tau sekarang nih dak Haziq nih cikgu dah lantik ketua kelas..ape? macam tak pecaya mak ko bile dia bagi tau hari tuh. ade orang takut ke? oklah jugak yerk bio rajin skit belajo...semangat skit. boley ker?( Ibu yang curiga). Tetiba teringat si 'Intan payung @ ehsan dalam cerita Upin&Ipin. "selamat pagi cikgu". (intonasi Upin&ipin Okeh)

Ini lah sedikit cenderahati untuk kengkawan Haziq.

Bungkusan yang telah di bungkus..Dah macam jajan rumah orang kawen. Nasib tak panggil jiran sebelah datang rewang..

pegang pisau tuh dah macam tak nak lepas dak Haziq nih..Yang kawan sebelah tuh mesti dok cucuk hidung burung tu kan??haaa..jangan kasik tercabut .

Cikgu Tilla tolong pasang lilin.

Bila tengok gambar nih, kenapa pulak dok tersengeh-sengeh depan kek tuh..adakah kerana burung tuh tetiba say Hai..(pening ibu ko dok pikir. kenapa,kenapa,kenapa..)


Nyanyi semua...nak makan kek kena nyanyi..kuat-kuat semua...Si ketua kelas tuh kenapa plak jeling-jeling orang sebelah..

Tuh nak makan pisau kek ape..

Potong kek dengan sopan yerk.

Jemput makan..

semua pandang sini...

ada yang pakai baju sekolah, ada yang tak de kan.. sebab budak2 baru masih tak dapat uniform lagi untuk tahun nie.  sian kan..

suka berposing heh...

Bulan tiga dah nak pikr beday sorang lagi budak manja kuikuikui...kali nih beday UncleBad ler.  Baguskan berturut-turut susun agenda.  Haziq siap cakap nak belikan ayah dia kek 'XMan'.  Apekebenda nye, masak nak cari tak de punya jual.  Nantilah cari ilham..



Selasa, 27 September 2011

Open house sekolah Haziq

Hari nih raya lagik ke? tengok kelendar skit.  Tak habis lagi nak cerita pasal raya.  ape pasal? saje cari pasal..kononye lah. hehee
oret, cerita raya saya, cerita kisah Haziq.  Hari sabtu lepas, cikgu dia buat marhaban, jamuan raya kat sekolah. Punyalah suka anak aku...pagi-pagi bangun dengan penuh semangat.  Senang gile lah. Sampai sekolah, ingatkan dah terlambat, tapi kitaorang antara orang yang terawal tuh menapak kat sekolah.  saya pegi berdua dengan Haziq disusuli ayah dia.  Tapi ayah dia datang kejap jerk.  Tengok kejap-kejap dah terus balik..
Pagi, semua ibubapa dan murid kena tunjuk kreativiti dengan buat something pakai tanah liat.  peh! pening nak buat ape. Korang tau je lah kan...saya nih bukanlah kreatif sangat. satu hari satu malam dok pikir nak buat ape...tak datang idea.  Mula2 tuh buat karipap...karipap tuh...bila tengok orang sebelah-sebelah buat lagi kreatif, mula saya tak senang duduk....nak buat ape nih....
tengoklah ni..semua kreatif.  Buat bakul lah, buah-buahan lah, buat bunga lah.  Ada rasa macam terharu tak ?
Inilah produk yang paling tak kreatif....tau tak nih ape? hahhaaa inilah badut.  Rasa geli tak huhuhuu ini ajelah yang mampu mak pikir nak.. Haziq tolong buat bulat-bulat... sebelah tuh pula, donut tak jadi. warna coklat. aLa-ala hangus gitu.  Pastu Haziq letak merah-merah atas tuh.  Dia kata, gula.. boley lah. Aje kelakar.

Sebelum nyanyi ambik gambar dulu

Macam-macam ragam ketika buat pesembahan nyanyi lagu raya.
Nak juga

Dapat juga hadiah.  Hadiah saguhati. Yang ini semua orang dapat.  Jadi lah ye.  Tahun depan cuba lagi. Suka Haziq.  Macam dapat nombor satu plak.  Malu mak..

Ahad, 31 Julai 2011

Rombongan Sekolah

owh...sungguh kemalasan sekarang nih..dok rumah time cuti nih rasa macam tak cukup masa.  Sejak dah dok rumah sendiri terasa macam dah lari gile life dulu-dulu.  Harapnye, akan kembali seperti biasa bila dah keje minggu depan.  Keje? dah lama tak keje memang rasa rindu nak pening2 buat keje. Cuma Malasnye nak kelam kabut....dah dekat dua bulan jadi surirumah, bangun pagi lewat sikit siap kan Haziq pegi sekolah, pastu jemput dia plak balik sekolah...dan bla,bla,bla...Keje start hari jumaat. hari terakhir dalam seminggu waktu bekerja Nak sambung cuti tapi saya masih lagi belum lapor diri di pejabat baru takkan nak ngada2 kan sambung cuti walaupun hakikatnye boley sangat nak sambung. Tapi tak pelah...keje, kenal-kenal kawan baru, masuk ngaji pagi tuh dan biasa-biasakan tempat baru.
Saya rasa sudah terlalu lama tak cerita tentang sekolah haziq...tentang ragam budak-budak sekolah.  Sekarang nih Haziq masuk sekolah baru.  Dekat je ko dengan rumah.  Jalan kaki jerk.  Sekolah tadika Perpaduan.  Cuba sampai setengah tahun.  Tak sempat nak cari sekolah tadika lain.  Rasanya okey juga sekolah sini.  Selain dapat kenal kawan dekat-dekat rumah nih,  banyak aktiviti dijalankan kat sekolah nih.  Ibubapa pun kena aktif sekali. Kalau dulu pegi sekolah naik kereta, sekarang jalan kaki jerk tak sampai tiga minit dah ada depan sekolah.
Untuk pertama kalinya, Haziq telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Zenxin Organic Park.  Dari sekolah naik bas. biasalah kan bebudak nih sema nya teruja. Yang pompuan siap pakai lipstik. bling-bling lagi. cewah, macam tak biasa pulak...dulo-dulo pun bila time sekolah buat rombongan punyalah suka sampai tak tido malam Rombongan ni sebenarnya hanya untuk kanak-kanak tadika jerk.  Ibubapa tak pegi. Hanya AJK sekolah jerk dibenarkan.  Saya plak pegi sebab cikgu pelawe...katenye Haziq masih baru takut tak biasa dengan kekawan lagi tapi hakikat sebenarnye, budak telinga capang tuh tak kan menangis punya.  Kebal dengan usikan hehee...tapi bila cikgu dah ajak tuh, saya on aje.  Masih bercuti lagi plak tuh. Tak de hal lah.  Risau gak biar lepas dia macam tuh jerk.  Anak sorang tuh...risau, risau, risau ( nyanyi sikt lagu kalau cinta-aliff Aziz) gatal jerk bunyi hehehee...
Mula-mula sampai turun dari bas kena beratur...tegak-tegak okey...si Haziq tuh tengah-tengah budak perempuan semua
selamat datang Zenin Organic Park yang terletak di Daerah Kluang, Johor.
Pusat penanaman organic terbesar di Malaysia.

Mula-mula dibawa ke kebun buah naga. Macam pokok kaktus cuma pokok naga ni daun panjang-panjang sikit. Tu yang pegang pembesar suara adalah pekerja kat situ.

Sempat bergambar depan pokok naga.

Lepas tuh semua naik atas menara. Tangkap gambar tengok pemandangan  kebun dari atas.. nih dak Haziq dah kepenatan memanjat tangga
Ambil gambar ramai-ramai
Lepas tuh pegi petik kangkung plak


Semua petik kangkung...

Dah macam lalang plak kangkung nih hehehe


Balik boleh jual..Suka dapat petik sayur.

makan time


Lepas makan bagi arnab makan plak...Haziq tuh Takut 

Tengok, dok jejauh jerk dia

aksi depan kandang arnab


Okey dah settle semua nih, tunggu keretapi plak untuk balik ke Segamat.

Ibu pun nak possing sama



Pegang tiang signboard jangan bagi jatuh

muka Ibu-ibu yang terlebih teruja

Sempatbeli jajan..

Buat muka dan akhirnya tido dalam keretapi sampai Segamat.