Selasa, 28 Februari 2012

Salam Satu Malaysia...weeeeii

Kepada semua peminat ai, jangan kecewa yerk kerana sekarang ai dah lama tak hupdate blog bukan ape, ai sekarang tengah sibok dengan show terlampau sana-sini.  Faham-faham je lah orang gile glamour macam ai kan hahaahhaha...boley tak nak poyo cam tuh. sekali-sekala nak gak over ek heheee..Dasar lupa daratan..Yang sebenarnye saya tak lah sibuk sangat sekarang ni kan tapi malas sikit. Tak tau lah ape dah jadi dengan si kepochi sorang nih. Penyakit malas makin menjadi-jadi. Adakah kerana sudah tua, sudah gemok atau sudah bosan...tapi rasanya jawapan yang tepat adalah kerana faktor penyakit ngada-ngada. boley?
Okeh jom segera meneruskan pembacaan.  Dok membebel entah ape-ape macam ade je orang baca blog ko Mak Limah shikin.
Hari sabtu lepas, Haziq masuk pertandingan mewarna sempena majlis Program Merakyatkan seni Dan Budaya Komunita Satu Malaysia.  Wah! semangat bersatu-padu nampak Mak Limah..Biasalah Mak Limah kan, Bersatu -padulah untuk menentang hantu di Kampung Pisang..hehee
Pertandingan nie diadakan kat Jementah, walaupun malas untuk bersiap-siap macam nak gie kerja dipagi sabtu yang hening, tapi sebab haziq dah beriya-iya kena lah layankan. Orang tengah kobar-kobar nih..UncleBad pulak sibok dengan keje. pagi-pagi dah keluar gie pejabat, jadi Mak jugak yang kena. Tak pe menyokong suami hehehee.

sebelum acara mewarna bermula...ambik gambo dulu.  Nih kawan baik Haziq lah kiranya. Nama Naim.  Yang sebelah tuh adik dia. Bila tengok gambar nih, besor plak tengok dak Haziq nih. Pakai baju belang-belang pulak tuh. Dah macam budak darjah satu.

Sian kena dok bawah je. Orang lain bawa meja.  saya tak teringat plak nak bawa meja. kaler aje lah kat bawah tuh.

Tekun mewarna.
Nak ambik hadiah nih..tak sabar sampai tak beratur.
Hai cikgu bila mau bagi hadiah, kami sudah bosan. Yang depan tuh satu sekolah dengan Haziq gak. Nama Kristal@Girl.


Masa nih dak Haziq beriya-iya nak tunggu naik pentas, tapi tak dapat pon hadiah. Sian. Tapi tak pe dapat hadiah penyertaan pon jadilah. Kawan sekolah dia yang dapat cuma sorang ( Girl).  Itu pon hadia saguhati. Takpe cuba lagik.

Pastuh acara yang dinanti adalah makan. Nih gambar dengan ibu Naim. Masa nih, Haziq sorang jerk tak makan.  Saya awal-awal lagi dah tau dia tak kan makan. Sebab aper tau...sebab gia geli makan campur-campur.  Apelah anak orang kaya ke ape...siap nak muntah lagi.  Owh, Haziq, Haziq.  Dulu pon penah gak makan dalam dulang macam nih kat masjid, dia dah termuntah jugak. hish bikin malu jerk.

Tengok.  Lauk kampung lagi. Sedap tau. Boley ker rasa macam nak muntah tengok cegini punya lauk sedap. Tapi mungkin Haziq nih tak biasa tuh yang jadi macam tuh. Nie dalam dulang tau.  Tengok macam nih, macam dalam pinggan pulak..Hah, tetiba pulak lapor tengok gambar nih waktu-waktu tengah hari macam nih.
Okeh lah nak gie makan...hahaaa. Ape sudah jadi dengan program diet ku??jadi raksasa tido ke? 

1 ulasan:

  1. program diet x menjadi ker...peminat blog kamu hahaha jgn le malas2 update blog yer...klin

    BalasPadam