Jumaat, 28 Mei 2010

SAMPAI BERTEMU LAGI

Hari nie mungkin hari terakhir saya menulis dalam blog nie...alamak, nak pegi mana pula aku nie..lain macam jerk. Suspen? jangan risau, saya tak kemana-mana. Kat sini -sini jerk..ok sebelum melalut tak tentu pasal, saya nak minta maaf kepada semua kawan-kawan, teman-teman blog atau sesiapa saja yang pernah terguris hati atau terkasar ayat sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang penulisan ni..Terasa macam wartawan pula.

Marilah sekarang saya memberitahu asal, tujuan dan yang sebenar-benarnya. Jangan boring sebab saya memang suka mengarut. Pada 31 mei 2010 ini InsyAllah saya akan berangkat menunaikan Umrah selama 2minggu. Tak lama pun kan jadi jangan sedih-sedih sepeninggalan saya nanti sebab tak update blog macam ada jerk orang suka baca blog aku yang poyo nie. Disebabkan itu sekali lagi saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan saya nie terutama pada mereka yang mengenali diri saya nie. Sampai bertemu lagi. Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang .Amin.



Selasa, 25 Mei 2010

WALI BAND - BAIK BAIK SAYANG ( ORIGINAL )



First time dengar lagu nie, xdelah best sangat. Saya tau lagu nie pun sebab suami saya yang suruh dengar. Ha, ambik nak, balik dari Indonesia terus je suka lagu-lagu dari seberang. hehehe... tapi sebab dia suruh dengar dan bila dah hari-hari buka dalam kereta, best jugalah. Jiwang sungguh suami aku nie. cuba-cubalah dengar ye...hiburkan hati

Khamis, 20 Mei 2010

JEJALAN PETANG AHAD

Jom...jom..jom ..tengok gelagat Haziq yang terbaru. Sementara nak menanti malam menjelma,dan siang berlalu, saya nak mengomel-ngomel sikit nie. Nak menanti malam tu bukan nya apa.Nak tunggu ayah Haziq nie balik dari Indonesia huhuhu sian kitaorang kena tinggal kat rumah. Tapi apa aku kesah cewah..baik punya ayat...suami saya nie pergi ke Indonesia atas lawatan rasmi pejabat. Jadi tak bolehlah kitaorang nak mengekor. sudah empat hari dan malam nie akan tiba di Malaysia welcome back.. jangan ko tak nak back sudah huhuhu...


Beberapa hari nie, kami berdua ditemani oleh mak mentua dan dua orang adik suami saya. Mereka datang tidor sini. Pagi tadi baru balik. Sebenarnya tak kisah pun tinggal berdua je dengan Haziq nie...tunjuk berani nampak tapi sebenarnya bila dah lama suami duduk dekat nie memang diakui ada seram sikit bila dapat tau nak kena tinggal berdua je nie. Mak mentua pun datang sambil-sambil nak jalan katanya. Kalau dioang tak datang pun  rasanya redah je lah duduk kat rumah tu malam-malam. Macam tak biasa je aku nie dulu pun hampir tiga tahun suami di Penang dan saya di Muar, setiap malam tu tak de lah rasa takut sangat...ye,lah dh terpaksa kan tapi nie dah jadi penakut semula..ko tu memang penakutlah shikin oi.. apa-apa pun thank youlah kat my mother in low kerana meneman kitaorang nie. Susah payah dia drive dari Segamat untuk teman kitaorang nie. thank u very much...


Ok panjang nya membebel...sebenarnya sehari sebelum suami saya betolak iaitu hari ahad yang lalu, dia telah membawa kitaorang berjalan-jalan. Lepas je sampai dari kampung dalam pukul empat lebih kurang, suami aku yang baik hati nie tetiba je menunaikan permintaan Haziq untuk mandi di laut. mamat nie memang suka berendam.. dengan malas dan penatnya ku turutkan jua... sebelum suami saya berangkat pegi saje dia nak bawa Haziq pusing-pusing..so, destinasi nya adalah Tanjung Bidara....


Jalan punya jalan...kitaorang pun bukan pro sangat pegi ke tempat nie tapi disebabkan kawasan tu je laut yang terdekat dengan kitaorang so, redah je lah...Haziq punya pasal. Tak kan lah nak bawa Haziq mandi kat muara sungai Muar pula kan...pening pula ikan-ikan kat situ nanti tengok Haziq berenang-renang ditepian...Perjalanan mengambil masa satu jam dari Muar.


Bila dah sampai tu ada pula orang kata beberapa hari lepas ada buaya timbul kat pantai tu...hai dah seram gak. Namun dengan lafaz Bismillah, suami saya nan sporting nie bawa juga Haziq mandi. Nak lepas kan hajatlah konon. Mandilah korang bersukaria ye...saya tengok tengok je. Malas aku nak tukar baju..dah petang-petang nie..
Mandilah puas-puas

Nie dah lepas mandi. Muka kepuasan setelah dapat main air. your father very control ayu macholah...

cepat-cepat dah lapo ni...o,ko lepas mandi tau nak makan je
Nak juga...sian tak de orang nak ambik kan gambar minah nie..


 

Nah, ambik nak, gambo muka berminyak-minyak bagai. janji ada gambar kuakaka


 
makan kenyang-kenyang ye.tak toleh kiri kanan dah

Disebabkan terlalu suka sebab dapat jalan, si Haziq nie minta ayah dia bawa jejalan ke laut lagi lepas nie. Jagalah Ayah ko, layan jangan tak layan.








Rabu, 19 Mei 2010

TAKUT HANTU....

WAh! suspen sungguh...sebenarnya bukan saya yang takut hantu (cewah, cewah...macam berani jerk ) saya ni seorang yang berani  tau heehhe nie semua kisah seorang budak berusia empat tahun yang terlebih takut. Sape lagi kalau bukan Haziq tu. Bukan main lagi. Sekarang nie sejak-sejak kat tv3 tu keluar cerita seram, suka betul dia tengok. Bukan ape, bila dia dah tengok-tengok, malam mengigau peh, terkejut kadang-kadang tu. Bila tengok cerita hantu tak ingat punya syok. Bila saya nak ke bilik atau dapur, dia akan cakap " ayo..pat-pat siku lipat "... eh, bukan main lagi dia takut kan kita. Tau tak tu cerita ape?..tak kan tak tau kot...cerita penunggu gunung raya kat TV3 tu. Konon-konon nak takutkan ibu dia lah tu. sebenarnya bila ayah dia tak ada kat rumah takut juga saya huhu tapi macam biasalah buat-buat berani. Ibu pun nak poyo juga...


Cerita tentang hantu nie, bukanlah baik benar pun untuk budak-budak. Saya selalu ingatkan bila tengah tengok tu, saya pesan itu semua bukan betul-betul. Baca doa kalau dia takut .Bila saya cakap tak payah tengok, dia nak tengok juga. ( mana tak nya ayah dia pun sama suka tengok cerita hantu).Kadang-kadang tu yang geramnya, bila nak masuk bilik ambil barang pun takut. Nak kena teman. Tu yang saya tak suka bila dah terpengaruh cerita-cerita nie. Nak pergi ambil mainan pun nak kena teman, kalau kita tak teman dia mulalah merengek-rengek. Kalau tidak pun, dia akan berlari cepat-cepat nak keluar dari bilik. Susah nak buat kerja.


Sekarang nie kalau apa-apa saya suruh dia baca Doa kuat-kuat. Kalau nak masuk bilik, baca Doa kuat-kuat sepanjang jalan nak masuk kebilik tu. Saya rasa itu saja cara yang boleh saya buat sekarang. Biar berani dan confident sikit. Selalu takut pun tak bagus. Harap-harap menjadilah ilmu saya nie. Ilmu tauladan ni, bukan ilmu yang bukan-bukan.












Selasa, 18 Mei 2010

KESIHATAN YANG UTAMA

Beberapa hari yang lepas saya telah melawat kawan saya yang sakit di hospital. Dia terkena jangkitan pada paru-paru. Dah lama tak jumpa dia nie. Lama sangat menyepi. Cuma semalam wife dia telefon menyatakan dia telah berada di hospital selama sebulan. Terkejut sungguh saya, petang tu saya dan beberapa orang rakan telah pergi melawatnya. Dulu saya memang baik dengan saya. Dia selalu tolong dan membantu bila say memerlukan bantuan terutama tentang kereta. Dia pun tak kedekut jadi bila dapat tahu dia sakit, sedih juga. Wife dia pun baik dengan saya. Orangnya peramah dan mudah dibuat kawan. Tak sangka diam-diam dia sakit.

Tabah sungguh melihatkan isterinya yang setia menemani. Berulang-alik dari tempat kerja ke hospital setiap hari dengan anak yang masih kecil. Semoga dipemudahkanlah segala urusan. Dah lama tak jumpa, rupa-rupanya mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan. Dari apa yang diberitahu, kawan saya nie pada mulanya hanya demam biasa tapi setelah beberapa hari menjadi teruk. Setelah dibawa ke hospital barulah dia tahu,bahawa paru-parunya telah dijangkiti kuman. Tak pelah. Sekurang-kurangnya ada lagi cara untuk meyelesaikanya.  Hari nie dia telah dibawa ke hospital pakar Sultanah Aminah, Johor Bahru. Semoga dia cepat sembuh.

Terbaru pula dalam paper keluar pula bekas pemimpin Al-Arqam telah kembali ke Rahmatullah setelah mendapat jangkitan pada paru-paru. Tiba-tiba risau pula tentang kawan saya tadi.
Sedikit info tentang jangkitan paru-paru nie...

Biasanya jangkitan ini berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, namun itu tak bermaknana orang yang pertengahan usia tidak boleh dijangkiti. Dikenali juga sebagai pneumonia Biasanya disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.


Antara tanda-tanda awal jangkitan Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Harap2 kawan saya tu cepat sembuh. Kesihatan memang diutamakan. Kurangkan merokok yang penting sebab itu pun salah satu punca jangkitan baru-paru nie. Tapi yang sedih nye suami saya pun seorang perokok. Macam dah boring nasihat berbakul-bakul tapi masuk longkang juga..( betul ke ayat nie). Sama-sama kita ingat mengingati...








Jumaat, 14 Mei 2010

JOM JOINT CONTEST " AKU DAN MAKANAN ITU".



First time masuk contest. Macam berminat je nak masuk. Terbuka hati tengok contest makanan nie..So, hari nie macam relaks sikit saya pun cuba memasukkan dan cuba-cuba nasib. Kalau ada yang berminat klik sini untuk tengok syarat-syaratnya.Tak taulah boleh tak gambar nie sebab bukan gambar sendiri..Mari kita tengok sape yang kena.

............
.................
...................
..........................
...............................


........................................


......................................


Sedapnye Haziq makan. Inilah favourite makanan dia. Tau tak setiap hari, tanpa jemunya dia selalu minta Nasi goreng cina dengan ayam masak merah tapi, tapi,tapi, ayam tu tak berapa pedaslah. Berselera sungguh dia makan. Nak yang dekat kedai je,kalau ibu masak tak nak..wawawa tak sedaplah tu. Bila makan nak minta sikit pun tak bagi. Makanlah ye selagi boleh makan. Yang penting cepat sikit anak ibu besar.



SUKAN LAGI

Pada hari sabtu yang lepas, sekali lagi sukan peringkat Daerah Muar diadakan. Sukan nie hanya diantara jabatan-jabatan kerajaan sekitar Muar je. Antara acara yang dipertandingkan adalah Caroom, Bowling, badminton, sepak takraw, bola jaring, dart dan karaoke. Majlis dirasmi oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar .

Saya dengan bangganya mengumumkan masuk dart. Punyalah berpeluh-peluh tunggu giliran. macam terror je.. tapi memang terror pun hehehe..dapat no satu. Cemerlang sungguh permain jabatan aku nie. Tapi kalau nak tau saya hanya tumpang tuah je. sebab main by group so, adalah peluang menang. Kalau harapkan tangan saya ni, sampai ke malam baling tak kena je. (Sampai juling biji mata aku yang besar ni). Tapikan yang penting dapat nombor. Dapat hadiah lagi. Ada sesape marah?? jangan marah ye..atau jangan jealouse ye. Rezeki,yang penting kita happy. Ha..jangan ada pula yang nak kutuk lepas nie, taulah awak tak menang..hehehh. kepada Rina, lepas nie ko dah boleh beli dart baru jangan pinjam je.hehee..beli yang RM 250 tau. wa..banyaknye duit. Apa-apa pun jom kita layan gambar-gambar poyo kat bawah ni.

Sape ni?hehe..pemain carrom terbaik.

orang kuat GEMPITA.Ye,ke...
Wah,wah...bukan main lagi ye

Ape En.Banan ( ketua pasukan )cakap dengan Tuanku tu....




Focus betul-betul. Petang tu menjadi sungguh tangan Kak Anis dan Kak Midah. Tumpang bangga beb
Malam sebelum sukan bermula, diadakan karaoke antara jabatan. Nie lah wakil pejabat saya. Gubahan rindu puisi syahdu
Dan inilah penyokong-penyokong yang tak jemu menunggu giliran 'artis' kita menyanyi.

 

ANIS FC. Sokongan padu dari kitaorang semua.

Memang best sungguh join sukan kali nie.Walaupun tak berapa nak minat main sukan nie tapi sebabkan dah lama sangat tak bergerak mengaktifkan diri, saya pun masuklah sekadar suka-suka. Apa-apa pun banyak lagi yang perlu diperbaiki. Banyak skill lagi yang perlu ditambah...macam masak lauk pula. Semua sekadar semangat. Malam ni jangan lupa tengok perlawanan badminton ok.

Itu saje laporan yang terlewat dari saya







Isnin, 10 Mei 2010

NEW BORN AND BREASTFEEDING

Tengok tajuk macam nak buat ulasan dlm bahasa 'salleh' je. Biasalah dah terbiasa cakap 'mat salleh' hehee...tak de lah. Saje je buat tajuk entry macam tu. suka-suka. Buat-buat pandai walaupun yang sebenarnye 'hancus'..Bahasa jiwa bangsa. Cuba ingat-ingat balik ayat tu. masa sekolah dulu selalu dengarkan..baik ingat balik sebelum saya suruh buat karangan sekarang...


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sepupu saya iaitu Mimi aini yang telah menyambut kehadiran cahaya mata pertama pada ahad yang lepas ( 2 mei 2010). Mesti seronok setelah berkorban selama setahun menangguhkan kehadiran cahaya mata kerana mengikuti Kursus perguruan lepasan Ijazah (KPLI). Tahniahlah ye dapat baby girl lagi. Semoga dapat menyusukan baby secara ekslusif tanpa susu tepung.


Saya memang teruja nak menyusukan baby sehingga mencecah umur dua tahun. Itu memang impian saya sekiranya ada peluang untuk menyambut cahaya mata lagi. Dulu masa anak pertama saya tidak dapat meyusukan selama dua tahun. Faktor jauh dari baby dan kekurangan ilmu penyusuan membuatkan saya tak berjaya menyusukan anak sendiri namun itu bukan penghalang untuk anak yang lain. Masa mengandungkan anak kedua pun saya telah menyimpan impian itu sehingga sanggup beli buku untuk menambah ilmu. Namun Allah menentukan segalanya...Dia lebih menyayangi anak saya itu. Walaubagaimana pun, saya tetap menyimpan impian itu untuk anak seterusnya. Semoga Allah memakbulkan doa dan harapan saya ini.


Saya sedih bila ada ibu-ibu yang memberi pelbagai alasan untuk tidak memberikan susu ibu kepada anak. Walaupun saya tiada pengalaman, tapi saya rasa banyak maklumat yang boleh kita dapat daripada orang yang berpengalaman. Tambahan pula kini dengan mudah kita boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan sebagainya. Ini semua bergantung kepada ibu-ibu itu sendiri. Benda baru memang susah untuk memulakanya tapi setelah kita pelajari dan sentiasa buat ia akan menjadi sebahagian dari rutin harian. Ada ibu-ibu bekerja pula, menjadikan  kerja sebagai alasan untuk tidak menyusukan bayi. Sekarang banyak persatuan dan orang perseorangan yang menyokong penyusuan ibu. Saya bangga dengan teman saya iaitu Mama Fina dan  ibuhakimhaikal. Mereka bekerja dan mampu menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Saya berharap mereka akan berjaya dalam meneruskan perjuangan menyusukan anak sehingga berumur dua tahun.


Saya juga akan berusaha kearah itu sekianya ditakdirkan mengandung dan melahirkan bayi lagi. Sama-samalah kita berusaha dalam melahirkan generasi yang lebih cemerlang.






Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Buat semua ibu-ibu saya ucapkan selamat menyambut hari ibu. Kepada yang masih ada ibu tu, hargailah ibu anda selagi dia masih ada. Besar pengorbanan seorang ibu. Dari ibu kita banyak belajar semua perkara tentang kehidupan. Dari kecil sehinggalah kealam remaja. Jangan sesekali dilupa pada pengorbanan dan jasa ibu kepada kita.

Sebagai ibu, saya rasa memang banayk perkara yang terpaksa kita korbankan untuk kebahagiaan anak dan keluarga. Bila dah jadi ibu nie, barulah tau macam mana susahnya nak membesarkan anak. Dulu kecil-kecil, suka melawan cakap mak, degil bila dah ada anak nie, barulah tau macam mana rasa bila anak dah pandai menjawab bila kita tegur...huhu..padan muka aku. Cuma saya berharap dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak sendiri. Buat bonda tersayang, terima kasih tak terhingga kerana melahirkan, membesarkan diri ini yang kadang-kadang terleka dengan kedegilan sendiri. Semoga kebahagiaan kita sekeluarga akan berkekalan dan menjadi panduan dalam  membina keluarga sendiri pula.





Rabu, 5 Mei 2010

BERTEMU KEMBALI

Sudah lama blog nie terabai. Bukan apa, keterbatasan waktu di pejabat dan rumah membuatkan saya lupa sebentar pada hobi baru nie. Walau macam mana pun, setiap apa yang dilalui mesti diteruskan tanpa perlu berpaling kebelakang. Hei,hei,hei, apa kena nie merepek sudah sebelum kemerepekan menjadi semakin melalut, kita mulakan acara kita...satu, dua, go...

Ini adalah kisah diantara seorang aku dan dua orang lelaki kecil dan besar.. merepek lagi dah nie... Pada hari sabtu yang lalu aku dengan senang hatinya mengajak suami aku, pegi main bowling.wau! boleh tahan minah nie.. saje nak bawa haziq suka-suka. Memang terlebih suka sampaikan esoknye ajak kitaorang main bowling lagi..Adik manis, banyak duit?..sebelum bengkok, terus aje si ibu yang pemalas nie ajak tido.wakaka..pening lo.

Dengan bangganye dia baling...

Malam tu pun dengan sukaria nya si Haziq nie main. pAdahal bukan kuat pun dia baling tapi excited gile bila dapatbaling bola tu. Kitaorang pun buat-buatlah pegangkan. Saje bagi sokongan pada sikecil nie. Nah, ambik kau, semua masuk longkang. Malam tu pun orang tak ramai, so, tak de lah segan sangat. Suami saya pun dengan senang hati melayan je ibu yang bayar,layan je lah ye... apalagi, cepat-cepat keluar dari kereta untuk main. Takut-takut dia ubah fikiran (jika kau ubah fikiran, aku kan setia...sila sambung sendiri). Setelah keluar peluh-peluh membasahi badan, kitaorang pun baliklah..Haziq pun muka dah puas. Seronok dia. Dapatlah menghilangkan stress.Malam tu semua kalah.hahaaa

Sini ayah baling...strike ke???

Sibuk tengok-tengok kat result tu...macam paham jerk.

Paham ke tu

Sebelum balik, cuba bling bola pula

Ayah pula yang lelebih