Khamis, 20 Mei 2010

JEJALAN PETANG AHAD

Jom...jom..jom ..tengok gelagat Haziq yang terbaru. Sementara nak menanti malam menjelma,dan siang berlalu, saya nak mengomel-ngomel sikit nie. Nak menanti malam tu bukan nya apa.Nak tunggu ayah Haziq nie balik dari Indonesia huhuhu sian kitaorang kena tinggal kat rumah. Tapi apa aku kesah cewah..baik punya ayat...suami saya nie pergi ke Indonesia atas lawatan rasmi pejabat. Jadi tak bolehlah kitaorang nak mengekor. sudah empat hari dan malam nie akan tiba di Malaysia welcome back.. jangan ko tak nak back sudah huhuhu...


Beberapa hari nie, kami berdua ditemani oleh mak mentua dan dua orang adik suami saya. Mereka datang tidor sini. Pagi tadi baru balik. Sebenarnya tak kisah pun tinggal berdua je dengan Haziq nie...tunjuk berani nampak tapi sebenarnya bila dah lama suami duduk dekat nie memang diakui ada seram sikit bila dapat tau nak kena tinggal berdua je nie. Mak mentua pun datang sambil-sambil nak jalan katanya. Kalau dioang tak datang pun  rasanya redah je lah duduk kat rumah tu malam-malam. Macam tak biasa je aku nie dulu pun hampir tiga tahun suami di Penang dan saya di Muar, setiap malam tu tak de lah rasa takut sangat...ye,lah dh terpaksa kan tapi nie dah jadi penakut semula..ko tu memang penakutlah shikin oi.. apa-apa pun thank youlah kat my mother in low kerana meneman kitaorang nie. Susah payah dia drive dari Segamat untuk teman kitaorang nie. thank u very much...


Ok panjang nya membebel...sebenarnya sehari sebelum suami saya betolak iaitu hari ahad yang lalu, dia telah membawa kitaorang berjalan-jalan. Lepas je sampai dari kampung dalam pukul empat lebih kurang, suami aku yang baik hati nie tetiba je menunaikan permintaan Haziq untuk mandi di laut. mamat nie memang suka berendam.. dengan malas dan penatnya ku turutkan jua... sebelum suami saya berangkat pegi saje dia nak bawa Haziq pusing-pusing..so, destinasi nya adalah Tanjung Bidara....


Jalan punya jalan...kitaorang pun bukan pro sangat pegi ke tempat nie tapi disebabkan kawasan tu je laut yang terdekat dengan kitaorang so, redah je lah...Haziq punya pasal. Tak kan lah nak bawa Haziq mandi kat muara sungai Muar pula kan...pening pula ikan-ikan kat situ nanti tengok Haziq berenang-renang ditepian...Perjalanan mengambil masa satu jam dari Muar.


Bila dah sampai tu ada pula orang kata beberapa hari lepas ada buaya timbul kat pantai tu...hai dah seram gak. Namun dengan lafaz Bismillah, suami saya nan sporting nie bawa juga Haziq mandi. Nak lepas kan hajatlah konon. Mandilah korang bersukaria ye...saya tengok tengok je. Malas aku nak tukar baju..dah petang-petang nie..
Mandilah puas-puas

Nie dah lepas mandi. Muka kepuasan setelah dapat main air. your father very control ayu macholah...

cepat-cepat dah lapo ni...o,ko lepas mandi tau nak makan je
Nak juga...sian tak de orang nak ambik kan gambar minah nie..


 

Nah, ambik nak, gambo muka berminyak-minyak bagai. janji ada gambar kuakaka


 
makan kenyang-kenyang ye.tak toleh kiri kanan dah

Disebabkan terlalu suka sebab dapat jalan, si Haziq nie minta ayah dia bawa jejalan ke laut lagi lepas nie. Jagalah Ayah ko, layan jangan tak layan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan