Tengok tajuk macam nak buat ulasan dlm bahasa 'salleh' je. Biasalah dah terbiasa cakap 'mat salleh' hehee...tak de lah. Saje je buat tajuk entry macam tu. suka-suka. Buat-buat pandai walaupun yang sebenarnye 'hancus'..Bahasa jiwa bangsa. Cuba ingat-ingat balik ayat tu. masa sekolah dulu selalu dengarkan..baik ingat balik sebelum saya suruh buat karangan sekarang...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sepupu saya iaitu Mimi aini yang telah menyambut kehadiran cahaya mata pertama pada ahad yang lepas ( 2 mei 2010). Mesti seronok setelah berkorban selama setahun menangguhkan kehadiran cahaya mata kerana mengikuti Kursus perguruan lepasan Ijazah (KPLI). Tahniahlah ye dapat baby girl lagi. Semoga dapat menyusukan baby secara ekslusif tanpa susu tepung.
Saya memang teruja nak menyusukan baby sehingga mencecah umur dua tahun. Itu memang impian saya sekiranya ada peluang untuk menyambut cahaya mata lagi. Dulu masa anak pertama saya tidak dapat meyusukan selama dua tahun. Faktor jauh dari baby dan kekurangan ilmu penyusuan membuatkan saya tak berjaya menyusukan anak sendiri namun itu bukan penghalang untuk anak yang lain. Masa mengandungkan anak kedua pun saya telah menyimpan impian itu sehingga sanggup beli buku untuk menambah ilmu. Namun Allah menentukan segalanya...Dia lebih menyayangi anak saya itu. Walaubagaimana pun, saya tetap menyimpan impian itu untuk anak seterusnya. Semoga Allah memakbulkan doa dan harapan saya ini.
Saya sedih bila ada ibu-ibu yang memberi pelbagai alasan untuk tidak memberikan susu ibu kepada anak. Walaupun saya tiada pengalaman, tapi saya rasa banyak maklumat yang boleh kita dapat daripada orang yang berpengalaman. Tambahan pula kini dengan mudah kita boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan sebagainya. Ini semua bergantung kepada ibu-ibu itu sendiri. Benda baru memang susah untuk memulakanya tapi setelah kita pelajari dan sentiasa buat ia akan menjadi sebahagian dari rutin harian. Ada ibu-ibu bekerja pula, menjadikan kerja sebagai alasan untuk tidak menyusukan bayi. Sekarang banyak persatuan dan orang perseorangan yang menyokong penyusuan ibu. Saya bangga dengan teman saya iaitu Mama Fina dan ibuhakimhaikal. Mereka bekerja dan mampu menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Saya berharap mereka akan berjaya dalam meneruskan perjuangan menyusukan anak sehingga berumur dua tahun.
Saya juga akan berusaha kearah itu sekianya ditakdirkan mengandung dan melahirkan bayi lagi. Sama-samalah kita berusaha dalam melahirkan generasi yang lebih cemerlang.
Kin..aku doakan ko dpt baby nanti dan dapat susukan sepenuhnya dengan susu ibu..jangan putus asa kin..buat baby cepat2..hehe... ;)
BalasPadamBukan mudah, tapi percayalah jika niat&tekad di hati memilih BF,maka insyaallah, dipermudahkan perjalanan seterusnya.
BalasPadam