Hari nie mungkin hari terakhir saya menulis dalam blog nie...alamak, nak pegi mana pula aku nie..lain macam jerk. Suspen? jangan risau, saya tak kemana-mana. Kat sini -sini jerk..ok sebelum melalut tak tentu pasal, saya nak minta maaf kepada semua kawan-kawan, teman-teman blog atau sesiapa saja yang pernah terguris hati atau terkasar ayat sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang penulisan ni..Terasa macam wartawan pula.
Marilah sekarang saya memberitahu asal, tujuan dan yang sebenar-benarnya. Jangan boring sebab saya memang suka mengarut. Pada 31 mei 2010 ini InsyAllah saya akan berangkat menunaikan Umrah selama 2minggu. Tak lama pun kan jadi jangan sedih-sedih sepeninggalan saya nanti sebab tak update blog macam ada jerk orang suka baca blog aku yang poyo nie. Disebabkan itu sekali lagi saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan saya nie terutama pada mereka yang mengenali diri saya nie. Sampai bertemu lagi. Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang .Amin.
Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang ikien. Ko antara insan bertuah yang dapat menjejakkan kaki ke RUMAH-NYA. Mudah-mudahan diterima segala amalan ketika berumrah nanti..
BalasPadam