Selasa, 18 Mei 2010

KESIHATAN YANG UTAMA

Beberapa hari yang lepas saya telah melawat kawan saya yang sakit di hospital. Dia terkena jangkitan pada paru-paru. Dah lama tak jumpa dia nie. Lama sangat menyepi. Cuma semalam wife dia telefon menyatakan dia telah berada di hospital selama sebulan. Terkejut sungguh saya, petang tu saya dan beberapa orang rakan telah pergi melawatnya. Dulu saya memang baik dengan saya. Dia selalu tolong dan membantu bila say memerlukan bantuan terutama tentang kereta. Dia pun tak kedekut jadi bila dapat tahu dia sakit, sedih juga. Wife dia pun baik dengan saya. Orangnya peramah dan mudah dibuat kawan. Tak sangka diam-diam dia sakit.

Tabah sungguh melihatkan isterinya yang setia menemani. Berulang-alik dari tempat kerja ke hospital setiap hari dengan anak yang masih kecil. Semoga dipemudahkanlah segala urusan. Dah lama tak jumpa, rupa-rupanya mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan. Dari apa yang diberitahu, kawan saya nie pada mulanya hanya demam biasa tapi setelah beberapa hari menjadi teruk. Setelah dibawa ke hospital barulah dia tahu,bahawa paru-parunya telah dijangkiti kuman. Tak pelah. Sekurang-kurangnya ada lagi cara untuk meyelesaikanya.  Hari nie dia telah dibawa ke hospital pakar Sultanah Aminah, Johor Bahru. Semoga dia cepat sembuh.

Terbaru pula dalam paper keluar pula bekas pemimpin Al-Arqam telah kembali ke Rahmatullah setelah mendapat jangkitan pada paru-paru. Tiba-tiba risau pula tentang kawan saya tadi.
Sedikit info tentang jangkitan paru-paru nie...

Biasanya jangkitan ini berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, namun itu tak bermaknana orang yang pertengahan usia tidak boleh dijangkiti. Dikenali juga sebagai pneumonia Biasanya disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.


Antara tanda-tanda awal jangkitan Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Harap2 kawan saya tu cepat sembuh. Kesihatan memang diutamakan. Kurangkan merokok yang penting sebab itu pun salah satu punca jangkitan baru-paru nie. Tapi yang sedih nye suami saya pun seorang perokok. Macam dah boring nasihat berbakul-bakul tapi masuk longkang juga..( betul ke ayat nie). Sama-sama kita ingat mengingati...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan