Khamis, 17 Disember 2009

SEKOLAH BARU, PENGALAMAN BARU










Inilah sebahagian drp peralatan persekolahan haziq. Semalam pegi belikan dia kasut sekolah. Sebenarnye, ibu dia yg terlebih excited padahal bukan sekolah ape pun baru nak masuk kan dia ke tadika. Tahun depan genap usia dia empat thn. aku hanya beli barang keperluan seperti kasut, stokin, peralatan menulis dan beg sekolah. Yang lain tunggu dia daftar dulu baru tambah keperluan sebab aku pun tak berapa tahu ape sekolah tu perlukan nanti. Mcm baju sekolah memang, kena tempah dengan sekolah. Jadi kenalah tunggu hari mendaftar untuk ambik saiz badan dia yg comel tu. Semalam pun masa nak beli kasut susah juga nak cari saiz kecil. Kelakar tgk dia test kasut semalam. Haziq...haziq....

Memang Haziq nie nak sekolah dr usia tiga thn lg tp baru thn nie dia akan melalui pengalaman ke sekolah. Tahun lps tak bagi dia sekolah sebab masih lg pakai pempers. Untuk thn nie, dia pun dh pandai ckp so, bglah dia sekolah. Kesian gak selalu berangan kat rumah panggil ibu dia nie cikgu. Lg pun biarlah dia belajar sikit2 drp dok kat rumah pengasuh dia tak buat ape2 tu. Lg pun dia boring agaknye sbb semua org tak de. Anak pengasuh dia yg baik dgn dia ( abg Is) tu sekolah lg.Jd selalu tgk org tu pakai baju sekolah, bawa beg sekolah, tu yg dia pun nak sekolah.

Sekolah yang aku pilih nie adalah sekolah dibawah kerajaan negeri johor. Tadika Agama Johor. Antara kelebihan dan sebab aku pilih sekolah nie adalah :

  • Kat sekolah nie, ada belajar jawi. So, sebelum anak aku nie pandai yg lain2, biarlah dia kenal dulu huruf Al-Quran nie.
  • Selain yuran murah, sekolah nie berdekatan dgn rmh aku. Senang skit lah nak hantar dan ambil dia balik sekolah
  • Sekolah nie adalah sekolah bantuan kerajaan. Untuk perancangan akan dtg mungkin aku nak try hantar dia ke sekolah aliran cina pula. Baru perancangan je tu...
Untuk itu aku berharap anak aku nie akan belajar bersungguh2 dan rajin utk kesekolah. Dan harapan ku juga semoga dia akan lebih gembira menjalani kehidupan kanak2  dgn bergaul bersama kawan2 baru serta lebih menambah keyakinan diri. Inilah sebahagian drp pengalaman sebagai ibu yang aku tempuhi. Bahagianya menjadi seorang ibu.

Isnin, 14 Disember 2009

BELUM MASANYA LAGI

14hb December 2009, aku masih lagi bekerja seperti biasa. Belum lg bersalin dan tiada lg tanda2 akan bersalin. Erm, risau gak. Hari2 pun org asyik tanya. Tp nak buat mcm mane,baby ibu nie belum nak keluar lg kan...

Mlm minggu lalu,ada konsert di Tg. Emas, muar. Mini konsert hot fm. Aku tak pegi pun. Tak larat lah. So, mlm tu haziq dan nenek serta atuk je pegi sendiri ke konsert tersebut. Kesian pula atok dia melayan dia smpi tak nak balik mamat tu. Esoknye, satu hari dok bercerita tentang konsert. Siap dia nyanyi,suruh aku goyang tangan. Dengan gitar dia pun menyanyi bagai nak rak. Ptg ahad, dia keluar sama ayah dia, beli microfon pula. Mcm biasa ayah dia mmg melayan je... Kadang2 nak tergelak juga tengok perangai anak bujang aku nie. Suka berangan. Lg 2bulan ank masuk 4 tahun, Mcm2 perangai dia tiru. Memang tak sangka betul tgk anak aku yg dulu kecik,dah besar dan cerdik. Loya buruk pun ye. Kdg2 sakit hati je. Tambah2 bila ayah dia 'back-up' lg menjadi2 dia tp bila ayah dia marah tau pula takut.  Klu aku marah, Tak takut pun dia.

Ini antara aksi2 haziq....

Khamis, 10 Disember 2009

ESOK HAZIQ BALIK

Diam tak diam dah 2mggu haziq dok kat kg. Awalnye mak janji nak htr dia hari nie tp xjd.ditangguh esok krn ayah nak gi 'rewang' rumah org kawen dulu. Hish, dah lame tak jumpa haziq. rindu pula ibu kat dia. Nie dah dua mlm berturut2, sblm tido dia call aku.guna telefon nenek. Cerita dah beli jam ben10 lah, topi lah dan mcm2 lg. Selalu taknak ckp dgn ibu, ayah tapi nie nak pula.Rindu kot...Ape2 pun tak sabar nak tggu esok nak jumpa haziq. Dan sabtu nie nak bawa dia pegi tanjung. Ada konsert hot fm. Mesti teruja haziq tgk konsert.selama nie tak pernah pun bawa dia tgk org menyanyi nie.klu g 'k-box' pernah lah.Ibu dia yg terlebih sudah menyanyi.hehehhe

LAWATAN KE KLINIK

Hari nie spt mggu2 lps, setiap khamis aku pergi ke klinik. Menunggu hari nie,berdebar2 juga. Buat pertama kalinya darah aku bertambah. Jika sebelum nie di bawah 11.0mg tp hari nie 11.6mg. Hari2 terakhir utk menunggu kelahiran baru darah aku bertambah. Tapi takpe lah mungkin ade sedikit perubahan dgn keadaan baby.manetau kan.Kuasa Allah.

Esok aku akan ke hospital pula.tak tau lah ape doktor ckp. Kemungkinan juga utk aku bersalin awal dgn cara memasukkan ubat adalah besar sbb kandungan aku pun dah masuk minggu ke 39.Dah boleh sgt utk bersalin. Member aku, Anis ckp semalam, mengikut pengalaman dia, masuk kan ubat tu sakit.sampai dia tak boleh berjalan utk kekatil. Takut juga aku dgr. Aku nie pun mmg penakut. Lagilah aku cuak.

Rabu, 9 Disember 2009

PENING LALAT

Hari nie sepanjang hari duduk kat office. Settlekan semua kerja2 yang tertangguh.Sejak berminggu lalu banyak msa kat site. Utk minggu nie semua kerja sebutharga dah siap.tinggal sorang lg kontraktor yg tak hantar payment. Geram juga memikirkan pasal kontraktor nie. Ada yang 'eksen',ada yang poyo je lebih dan paling menyampah ckp tak serupa bikin. Nie ada sorang kontraktor mangkuk yang belagak pandai tp tak pandai pun.Janji nak hantar inventori hari nie tapi tak hantar2 pun. Poyo seh... Dr minggu lps janji nak htr tp tak hantar2 pun.kursus lah apelah.bukan nye ape sgt tp dah hujung2 tahun nie, semua nak tutup akaun. Office bagi tempoh smpi 15 hb je. Kita nie lah pening2 nak menjawab dgn bos.

Hari nie pun aku dah mula2 risau sbb tak bersalin2 lg. Bengang juga hari2 bila org serempak tegur "tak keluar lg?".Hai, boring nye.Dlm pada tu takut pun ade juga.maklumlah pengalaman pertama nak bersalin normal. sebelum nie caseran. Itu pun tak rasa sakit doktor suruh bedah juga sbb baby kecil. tak boleh melalui bersalin normal tkt lemas.herm...entahlah.mcm2 penyakit aku nie.Kali nie pun kecik dan lg bermasalah. Aku terpaksa gak pilih normal sbb klu casaeran lg,bermakna aku ada satu lg peluang utk bersalin. Takutnye. Aku berharap baby aku nie kuat dan selamat dilahirkan sempurna.

Isnin, 7 Disember 2009

Menghitung hari

Minggu lps balik kg.rumah mak aku.setelah seminggu meninggalkan haziq di kampung, niat hati nak bawa dia balik tp dia tak nak.menangis2 tak nak balik. Hish..tension aku.ye,lah dok rumah nenek selalu jln,ade org rajin nk melayan dia.pastu ade plak cucu org sebelah tu sebaya dia.sukalah ade kwn dia nak ajak main.Ayah dia pun bg ajer dia tggl kat kg. Risau, tak tau kenapa tp sedih pun ade sbb dia tak nak balik. Bukan ape, malam2 kdg2 teringat2 juga.

Mcm nie lah perasaan bila dah jd ibu. Tergiang2 dia panggil kita. Memang terasa bila dia takde. Dlm keadaan skrg nie, aku memang berhati2 dan terlalu berjaga2 tentang anak. Ye,lah...baby yang bakal aku lahirkan nie belum tentu lg nasib mcm mane. Walau bermcm andaian dan risiko yg diberitahu oleh doktor tp selagi belum lahir, aku akan terus berdoa dan berusaha tapi dlm pd masa yang sama aku tetap cuba untuk menerima sebarang kemungkinan yg mendatang. Aku akan cuba untuk redha namun itu semua ketentuan Allah. aku berharap aku dpt melahirkan secara normal. Sekurang2nya jika terjadi ape2, peluang utk aku mengandong dan melahirkan lagi baby adalah besar. Jika tidak, aku cuma ada satu aje lg peluang memandangkan aku pernah melahirkan secara caseran sblm nie. Risau nye.

Mengikut perancangan, aku due date minggu dpn iaitu 17/12/09. So, far belum ade tanda2 lg aku akan bersalin.Setakat sakit sikit2 tu ade lah. Kalau dpt bersalin awal pun bagus. Tak lah hujung thn sgt. Mcm2 perancangan aku nak buat masa cuti bersalin nie, tp tgk dulu mcm mana keadaan baby.  Ape2 pun mmg aku tengah berdebar2 nie. Harap2 baby aku nie sekuat abang nye dulu. Tak tau lah ape permasalahan aku nie. Walaupun doktor ckp bukan salah sesiapa tp aku still tertanya2 mengapa kelahiran baby IUGR nie bleh berulang.Walaupun dulu anak first selamat dan ade sikit masalah sbb dia kecil tp Alhamdulillah dia sihat sekarang. Cuma kandungan kali ini lebih complicated berbanding dulu. Semoga Allah kuatkan semangat ku .Amin.

Jumaat, 4 Disember 2009

Hari yang mendebarkan

Hari nie, 4 disember 2009..pergi ke hospital. Mengikut perancangan aku mmg nak bersalin normal dan doktor di JB pun menggalakkan utk normal.memandangkan sblm nie aku dah sizer, better normal sbb tkt peluang utk tambah anak lg mungkin tinggal sekali je. Aku berharap dpt melahirkan secara normal. Aku mengharapkan anak aku nie dilahirkan sihat.  Walaupun doktor ckp peluang adalah tipis tp selagi belum bersalin aku akan terus berdoa.

Antara risiko pada baby aku nie:

  1. Kemungkinan dilahirkan anak tiada lg.
  2. Disebabkan buah pinggang dia besar, kemungkinan jika lahir pun jangka hayat tidak lama.
  3. Air ketuban tiada, paru2 baby pun tak mengembang dan matang dgn sempurna.
Semua tu memang berat utk aku terima. Cuma aku berharap seandainya ape yg diramalkan doktor benar2 terjadi, semoga aku tabah dan redha menempuh dugaan yang Esa ini. Mungkin ada hikmah. Tapi selagi ada peluang utk ku berdoa, aku akan berdoa utk kesejahteraan anak yg ku kandung ini

CINTA HATIKU

CINTA HATIKU

kembali bersama

erm...dh lame sgt tak menulis blog nie.sibuk sgt skrg nie.tambah2 dh dekat due date pregnant nie,risau semua kerja tak siap.Alhamdulillah, setakat nie semua dah settle.nak beranak bila2 pun bleh..hehe...

Tiga minggu lps,aku dpat anugerah Perkhidmatan cemerlang.Erm,Alhamdulillah...dimurahkan rezeki thn nie.terima kasihlah kat bos aku yg sudi mencadangkan name aku yg baru je keje 3thn nie.
Dgn semua penerima APC thn 2009, JKR Muar
Mak Buyong ...

Minggu lepas semasa hari raya haji, balik ke Segamat.Kg suami aku. Thn nie buat korban utk anak kesayangan, Haziq. Ayah dia bawa dia gie tgk sembelih lembu.Ingatkan dia takut tp balik je, dia bercerita ttg lembu tu byk darah lah, mati lah dgn aksi2 dia. Dan utk thn ini pertama kalinya anak ku nie, pergi sembahyang raya dgn ayah dia.pagi2 lg dah bangun nak ikut ayah. Ayah dia ckp kat masjid dia tak kacau pun. Dia ikut je ape yg ayah dia buat. Oklah. Tak sangka anak yg aku lahirkan dulu kecil, duduk lama dlm incubator dah besar dan petah. Gembira rasanya.


Penat sgt sampai tertido. Baju melayu pun tak nak lucut.Haziq,haziq....